Jumaat, 30 April 2010

Sahabatku tergelincir Fikrah

Selamat menyambut perayaan mingguan bagi umat Islam seluruhnya.Penghulu segala hari datang lagi menjenguk kita buat keberapa kali ntahnya dalam hidup kita.

Isu mahasiswa al-Azhar khususnya dan Mesir amnya telah mewarnai bulan april ini.meletup-letup bagai lahar gunung berapi.geram,marah,sakit hati.semua ada.geram pada siapa?tentulah pada yang mencetuskan 'gunung berapi' itu.sabar ada tahapnya,marah pun ada tahapnya.sabar,sabar,sabar.husnul zhon,husnul zhon,husnul zhon.itulah perkataan popular bagi yang tidak memahami.sudah puas bersabar sebenarnya.sudah habis husnul zhon dan memujuk diri.habis sudah modal yang di bawah tahap marah.isu gejala sosial,penindasan ke atas PMRAM,pelajar qiraat yang tak naik-naik nama,perpindahan pelajar dan macam-macam lagi.mahu bersabar lagi?bacul sesiapa yang masih mahu mendiamkan diri.makin lama isu makin banyak dilahirkan.takkan mahu diam lagi?kita aturkan strategi yang tersusun rapi.ini bukan soal kecik jika ia berkaitan dengan penindasan dan pencabulan hak.ini sangat serius.perlu ditangani segera.kita Mahasiswa Islam.perlu ada jati diri yang kuat.

Jangan pelik jika melihat kebangkitan mahasiswa Mesir nanti.kami bukan kayu yang hanya seperti meja yang tak bergerak.bukan untuk mencetuskan provokasi,tapi inginkan reformasi.

Sejarah berdarah ARMA akan kembali.kami bukan suka menentang,tapi jika dicabar,kami sahut.ini jiwa pemuda.

Saya juga ingin merakamkan kesedihan atas 'tergelincirnya' seorang sahabat ke lembah yang boleh dianggap keji.Mahasiswa al-Azhar,tetapi pendokong kuat parti sekular di Bumi Anbiya' ini.bagi dia,tiada masalah.bagi saya itu satu dosa besar.kawan yang baik dan banyak membantu,tapi tak ada akal yang tinggi untuk menilai.saya terlalu sedih,kerana tangannya akan dinilai Allah sebagai pengkhianat.moga Allah memberikannya hidayah untuk berubah.sapa tahu?

Khamis, 29 April 2010

Saintis Britain minta bukti kukuh

LONDON - Seorang saintis Britain meminta satu kumpulan ekspedisi China-Turki menunjukkan lebih banyak bukti saintifik bahawa mereka telah menemui bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada Isnin lepas, agensi berita AFP melaporkan sekumpulan 15 penjelajah dari Hong Kong dan Turki mendakwa menemui tujuh struktur berupa kandang kayu besar di dalam lereng curam bersalji pada ketinggian sekitar 4,000 meter berhampiran puncak Gunung Ararat di timur Turki.

"Kami belum dapat mengesahkan 100 peratus ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami 99.9 peratus yakin bahawa kami telah menemuinya (bahtera Nabi Nuh)," kata seorang pembikin filem yang menyertai ekspedisi itu, Yeung Wing-cheun berhubung penemuan sisa tinggalan kayu pada Oktober tahun lalu di gunung berkenaan.

Menurutnya, sisa tinggalan dan struktur kayu itu bukan peninggalan penempatan manusia dahulu kala kerana tiada tempat tinggal manusia pernah ditemui pada ketinggian melebihi 3,500 meter di lokasi berkenaan.

Kumpulan penjelajah itu enggan mendedahkan dengan tepat lokasi penemuan itu sehingga pemerintah Turki bersetuju untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai tapak arkeologi.

"Saya melihat struktur diperbuat daripada papan kayu balak. Setiap papan selebar kira-kira 20 sentimeter," kata seorang ahli kumpulan ekspedisi itu, Panda Lee pada sidang akhbar di Hong Kong Isnin lepas.

"Saya turut melihat pasak-pasak kayu, bukti struktur itu adalah binaan dahulu kala sebelum penggunaan paku besi.

"Kami kemudian berjalan ke satu lagi tapak. Saya dapat melihat beberapa serpihan papan dilitupi glasier, sesetengahnya memiliki panjang sehingga 20 meter," tambah Lee.

Menurutnya, dinding kayu sebuah kandang adalah rata dan melengkung seperti dinding bahtera manakala klip video yang ditunjukkan kumpulan itu mendedahkan struktur kandang itu mempunyai beberapa pintu, tangga dan pasak kayu.

Pasukan penjelajah itu memberitahu, papan yang mereka temui berasal daripada kayu pokok pain Cypress walaupun kitab Injil sebelum ini menyatakan, bahtera Nabi Nuh dibina daripada kayu kokka.

Kitab al-Quran dan Injil ada menyatakan, banjir besar berlaku di bumi dengan Tuhan memerintah Nabi Nuh membina sebuah bahtera dan membawa bersamanya haiwan.

Menurut kitab Taurat, ukuran panjang bahtera Nabi Nuh adalah 160 meter, lebar 24 meter dan tinggi 16 meter iaitu lebih tinggi daripada sebuah bagunan tiga tingkat manakala dek bahtera itu pula seluas 36 gelanggang tenis.

Ujian penentuan tarikh karbon mendapati struktur yang ditemui di Gunung Ararat itu berusia 4,800 tahun.

Bagaimanapun, seorang pakar arkeologi Britain, Mike Pitt berkata, buat masa ini, kumpulan ekspedisi itu masih belum mengemukakan bukti kukuh.

"Jika berlaku banjir besar yang berupaya mengapungkan kapal hingga ketinggian 4,000 meter ke lereng sebuah gunung pada 4,800 tahun lalu, saya yakin terdapat bukti geologi mengenai banjir ini di seluruh dunia tetapi sehingga kini tiada bukti lagi," kata Pitt.

Penganut agama Kristian sebelum ini menyatakan Nabi Nuh memerlukan 40,000 haiwan bagi mewakili setiap jenis binatang di bumi.

Namun, mereka yang sangsi dengan kenyataan itu memberitahu, Nabi Nuh perlu membina kapal amat besar yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1.5 juta spesies haiwan sekiranya ingin membawa bersama semua haiwan di bumi.

Ekspedisi penemuan serpihan kayu itu turut boleh dilihat di laman perkongsian video YouTube di Internet. - Agensi


<-GAMBAR yang disiarkan agensi berita AFP pada Selasa lalu menunjukkan seorang anggota ekspedisi melihat dinding kayu yang dipercayai kandang haiwan di dalam bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki.

Rabu, 28 April 2010

Tiga Ucapan Takziah

Pertama,takziah buat mahasiswa Malaysia di al-Azhar,Mesir yang menerima tekanan yang kuat dari pelbagai sudut.semoga tekanan ini menjadikan kita lebih kuat dan mantap.orang beriman akan diuji.itu janji Allah.

Kedua,Takziah juga buat ahli dan exco Kelab Umno Kaherah kerana kalian memilih jalan yang salah.kenapa salah?takkan nak bagi tau jugak kot.belajar sahaja agama,tetapi menjadi sampah kepada agama itu sendiri.Redha dengan maksiat,bersekongkol dengan kumpulan yang menghina Islam,yang menzalimi mak bapak korang dekat Malaysia.apa lagi?xtah la,tak tau nak cakap apa.panas hati aku.pilih la nak menjadi pengikut 'firaun' atau 'Nabi Musa'.jika tangan dan mulut korang yang jadi penyebab kesusahan kesusahan kawan-kawan yang lain,tanggunglah akibatnya nanti.doa 6000 mahasiswa menanti.kami teraniaya.ingat kalimah ni,kami teraniaya.Malu dekat cina dengan india dekat Malaysia je korang ni.belajar saje agama.bersubahat dengan pendokong zionis.moga Allah beri hidayah.

Ketiga,Ucapan takziah juga buat keluarga arwah adik aminulrasyid amzah,15 yang baru kehilangan insan tersayang akibat kecuaian pihak berkuasa yang sesuka hati menggunakan kuasa.Arwah ditembak di kepala akibat sikap terburu-buru polis yang menyangkakan arwah adalah penjenayah yang dicari.mudah sungguh polis Malaysia bertindak.jika mangsa adalah jenayah sekalipun,adakah patut untut dia ditembak?penakut.ya,memang polis malaysia penakut.bab jaga ceramah PR,sidang DUN, itu laju.pandai bertindak.ikut sahaja arahan.berubah la wahai pihak yang berkuasa,jangan dikongkong oleh kuasa politik kepartian lagi.kamu patut bebas.bebas dari segala-galanya.rakyat akan menilai.

Bahtera Nabi Nuh ditemui


HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

Selasa, 27 April 2010

Isu wafidin ke cairo: Siapakah dalangnya?

Tangisan kesedihan,dukacita dan kecewa.seribu satu rasa kini menyelubungi sahabat-sahabat muhafazah.saya sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa kalian semua.saya turut merasa kekecewaan itu kerana diperlakukan sedemikian rupa.di waktu2 terakhir untuk mengulangkaji pelajaran sebelum imtihan,Allah telah turunkan imtihan kepada kita terlebih dahulu.

Sekarang ini,semua mahasiswa sibuk membincangkan isu yang sama,'wafidin perlu berpindah ke Kaherah'.mana-mana pun saya pergi,isu yang sama disembangkan.reaksi kawan2?macam-macam ada.ada yang bersimpati,ada yang tak kisah,ada yang tak percaya dan macam-macam lagi.yang di kaherah pastinya sedikit selesa,tak rasa apa-apa.ada yang bongkak pun ada."ini bukan masalah aku"kata mereka.yang di muhafazah.macam-macam tindakan telah diambil.sekarang ni,Mansurah paling advance,mereka sudah mengadakan muktamar atau perbincangan sesama pihak berwajib universiti.jawapannya tetap belum pasti.masih ragu-ragu.

Siapa punya angkara?ini soalan wajib disebalik isu ini.wakil Malaysia di muktamar mansurah telah bertanya soalan ini kepada wakil universiti,tetapi tidak dijawab.mereka pun naik buntu dengan soalan itu.susah untuk menunding jari,takut-takut tersalah tunding,patah balik dekat diri sendiri.walaupun sudah ada bunga-bunga bayangan siapa si perancang utama masalah ini.

Saya mengambil sikap tunggu dan lihat peristiwa akan datang disamping mencari sumber-sumber kajian kes untuk dianalisis.

Saya yakin dengan al-Azhar asy-Syarif tempat saya menuntut ilmu ini.Al-Azhar tak akan menyusahkan pelajarnya.Kemulian al-Azhar pasti tercalar jika perkara ini betul-betul dilaksanakan.melainkan al-Azhar bersedia untuk menceritakan siapakah dalang yang berkompromi dalam isu hangat ini.Pelik,ia berlaku secara tiba-tiba tanpa siapa pun menduga.kepada kawan-kawan,bersabarlah atas ujian ini.

Isnin, 26 April 2010

Isu JPMK: Lagi ditekan, lagi bangkit

Saya tak faham dengan bangsa UMNO ni.mesti nak buat kacau.ada-ada je yang tak kena.masalahnye syeikh,bukan dekat Malaysia,dekat Mesir pun nak kacau orang.

Saya menghormati kerajaan Malaysia yang memerintah,tapi saya cukup benci orang yang membawa pangkat pegawai atau wakil kerajaan Malaysia tetapi menggunakan lambang parti.sungguh sempit politik mereka.mereka ke sini bukan dibiayai oleh parti UMNO.Tetapi oleh rakyat Malaysia yang membayar cukai.ratus ribu syeikh dan biaya.bukan sikit2.tapi apa yang mereka buat?ini amanah dari kerajaan Malaysia kepada mereka.memang kerajaan sekarang UMNO, tapi tak semestinya perlu membawa nama itu ke sini.

Hari ini mahasiswa Islam yang bergelar ustaz ustazah ditekan dengan pelbagai tekanan oleh pihak-pihak yang diberi amanah.hidup disini makin siksa,terus terang saya cakap.dah la perlu berhadapan dengan karenah arab yang macam-macam peel,wakil-wakil mak ayah pun buat perangai bukan-bukan jugak.naik lemas baca perangai buruk mereka ni.apa masalah pun saya tak tau.yang peliknya,wakil-wakil baru yang buat perangai,bukan yang lama-lama.saya respect beberapa pegawai yang bersikap profesional walaupun boleh dikira dengan jari.

Encik,saya nak bagi tau dekat encik,jangan cuba-cuba nak cabar semangat mahasiswa,tolong la.kami datang jauh-jauh nak belajar ni.belajar agama pulak tu.nanti orang-orang nila yang akan ajar anak encik mengenal Tuhan dan Rasul.takkan encik nak zalimi mereka.

Isu ARMA takyah gaduh-gaduh la.bagi sahaja hak PMRAM balik.itu hak PMRAM Cik.saya yakin semua baca sejarah.walaupun tak ada hitam putih,tapi hak tetap hak encik.berdosa ambik hak orang lain.bukan nak bangunan,nak 1 bilik je pun.tak luak la ARMA tu.Bukan merayu ni,tapi nak bagi tau.

Suara mahasiswa suara keramat.ingat tu semua.mari kita bangkit menuntut hak.ini hak semua dari kita.mari kita bersatu.

Ahad, 25 April 2010

PRK 094: Kita Kalah

Maaf terlambat update.seperti sudah dijangka,kemenangan PRK Hulu Selangor akan memihak kepada UMNO-BN.Dengan taburan jutaan ringgit telah menggelapkan mata 24,997 pengundi di sana.

Yang paling menyedihkan adalah,kemenangan BN ini telah disumbangkan oleh kaum Melayu dan kebanyakkannya dari kawasan FELDA.

Sokongan dari Cina kepada PR sangat ketara dan PR hampir memenangi semua kawasan majoriti Cina.

Calon BN dari MIC,P Kamalanathan telah memperolehi 24,997 undi manakala calon PR dari PKR Dato' Zaid Ibrahim telah memperolehi 23,272 undi dan kemenangan memihak kepada BN dengan majoriti 1725 undi.

Disebalik kekalahan ini pasti tersirat 1001 hikmah yang Allah sembunyikan dari pengetahuan kita.

Kemenangan BN ini bukan sesuatu yang percuma dan mudah sebenarnya.mereka telah membelanjakan hampir RM64 juta untuk memancing undi di sana.segala jentera kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk keharmonian rakyat telah digunakan sehabis-habisnya sebagai lembu tunggangan.Sebut saja tv3,RTM,utusan malaysia,Berita harian,dewan serbaguna di kampung-kampung.apa lagi?

Sedangkan PR?diberi tekanan demi tekanan oleh pemerintah.adakah ini keadilan?entahlah.mungkin ini konsep keadilan ala Malaysia yang tak ada di mana-mana dunia.sangat unik Negara kitakan?

Tapi bagi saya,kemenangan ini sebenarnya satu lagi petanda kecancuran UMNO-BN.Kenapa?sebab kemenangan ini bukan dari kebenaran,tetapi hasil penipuan.Tipulah siapa yang tak nampak penipuan juak-juak.dah banyak benang-benang kebatilan dibuka dan terbuka sendiri.

Kepada para pengundi Hulu Selangor,nak tak nak perlu menerima kemenangan BN.Janji telah ditabur,apa lagi tunggu.tuntut segala janji-janji mereka itu.jangan lepaskan walau satu pun.

Pejuang kebenaran perlu tabah menerima kekalahan ini kuatkan semangat dan teruskan perjuangan.Hanya Allah menyimpan rahsia hikmahnya.

PRK PO94: Kezaliman akan hancur

Hari penentu telah tiba.hari ini bakal menyajikan kepada kita pertembungan diantara hakk dan batill.

Kita tunggu keputusannya sama-sama dan nantikan siapakah yang akan Allah takdirkan sebagai pemenang.

Jika dipihak sana yang menang kita terima dan jika pihak kita yang menang kita syukuri.Bagi kita pasti mengharapkan kemenangan pihak yang benar.kezaliman perlu dicantas habis-habisan supaya mereka tidak terus menzalimi rakyat.

Yang pasti,jutaan ringgit wang rakyat telah dibelanjakan untuk kempen parti pemerintah.belum lagi dikira janji-janji yang di taburkan dan ugutan yang dikenakan kepada peneroka-peneroka FELDA.

Kempen jijik ini memang sudah adat mereka.menggula-gulakan rakyat dengan taburan wang ringgit dan janji-janji manis untuk menarik pengundi.bagi yang di atas pagar pasti akan termakan gula-gula mereka.

Hanya doa yang dapat saya kirimkan untuk kemenangan Pakatan Rakyat di sana.moga Allah berikan kita kemenangan ini untuk membuktikan kepada dunia penolakan rakyat terhadap BN.Kezaliman itu akan hancur dan kebenaran itu menang.Percayalah dengan janji Allah.

Tahniah SUARA!!

Alhamdulillah akhirnya perancangan SUARA untuk mengadakan program wacana ilmiah telah dipermudahkan oleh Allah.program berjalan dengan baik dan dihadiri oleh ramai mahasiswa/wi Malaysia walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan.

Program asal yang dirancang akan buat di dataran hayyu Asyir terpaksa ditukar ke Rumah Kelantan atas dasar-dasar tertentu.

Antara penceramah yang hadir;

1.Us.Along
Pres. SUARA

2.Us.Fadhil Nor Yamani
Exco Pemuda PAS Pahang

3.Us.Yusof Embong
Timb. Pesuruhjaya PAS Pahang

Pengisian yang disampaikan sungguh mantap dan menaikkan semangat calon-calon pejuang Agama Allah.

Kepada SUARA dan seluruh penggeraknya diucapkan tahniah kerana berjaya mengadakan program ini juga walaupun dihalang oleh pihak-pihak yang tertentu.


P/S: Saya bukan penggerak SUARA,tetapi penyokong perjuangan mereka untuk membuka minda Mahasiswa/Wi supaya tidak terkongkong oleh politik kepartian yang sempit.

Pandu kereta guna mata


BERLIN - Sekumpulan penyelidik Jerman dari Universiti Free di Jerman semalam berkata, mereka berjaya mencipta satu teknologi terbaru yang membolehkan sebuah kereta dapat dipandu dengan hanya menggunakan mata.

Seorang penyelidik, Paul Rojas dan pasukannya turut mengadakan demonstrasi teknologi kereta itu yang dikenali sebagai eyeDriver di sebuah lapangan terbang terbiar di sini.

Stering kereta itu akan bergerak mengikut pergerakan mata.

Teknologi tersebut mampu mengesan arah pergerakan mata pemandu bagi mengemudi kereta sehingga pada kelajuan maksimum 50 kilometer sejam.

"Langkah seterusnya ialah untuk kami cuba memandu hampir 100 kilometer sejam namun cabaran terbesar ialah bagi mengemudikan kereta berkenaan di dalam sebuah bandar raya yang penuh dengan pejalan kaki dan pelbagai halangan lain," katanya.

Bagaimanapun, aspek keselamatan menjadi kebimbangan seperti apakah yang bakal terjadi jika pemandu mengerling seketika ke arah seorang wanita cantik atau cuba mengambil telefon bimbit yang sedang berbunyi.

Bagi menangani isu itu, kereta tersebut dilengkapi dengan alat pemanduan arah global (GPS), beberapa kamera, laser dan pengimbas supaya kenderaan tersebut dipandu secara automatik. - AP

Kerana Cinta : Remaja 14 Tahun Hampir Bunuh Diri


KANGAR - Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini, gempar apabila dikejutkan dengan percubaan seorang pelajar lelaki yang cuba terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah tersebut semalam.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila remaja berusia 14 tahun tersebut tiba-tiba keluar ke arah koridor belakang kelasnya dan berdiri di atas lantai koridor di penjuru bangunan sekolah.

Tindakan pelajar tingkatan dua aliran agama itu kemudian mengejutkan para guru dan rakan-rakan lain apabila dia mendakwa mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tiga tingkat tersebut.

Para guru serta beberapa pelajar lain berusaha memujuk pelajar berkenaan sebelum sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian.

Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya.

- Kosmo Online

Sabtu, 24 April 2010

Analisis kes: Mahasiswa Mesir bukan kayu

Sekali lagi jiwa mahasiswa tercabar dan dicabar.tak habis dengan satu isu,ada lagi isu lain yang timbul.

Inilah dugaan dan cabaran yang perlu dipikul oleh golongan agamawan melayu di Mesir.

Saya tidak mahu menceritakan plot kejadian,sebab sudah diulas oleh sahabat yang lain.cuma mahu menjadi seorang pengalisis bebas.

Isu siapa besar?siapa kecil?masih lagi dimainkan oleh pihak tertentu.walaupun sudah jelas siapa yang benar dalam kes ini,namun tetap juga dinyanyi-nyanyikan oleh pihak terbabit.susah sangat ke untuk meminta maaf.adakah terhina orang yang menghulurkan tangan untuk memohon kemaafan?tidak.itu jawapannya.malah diangkat darjat oleh Allah s.w.t.

Kenapa mahasiswa perlu diganggu?kerajaan Malaysia mengutus utusannya disini bukan untuk menyebarkan fikrah politik sempit,tetapi untuk menjaga kebajikan anak-anak Malaysia di sini.

Mahasiswa Mesir tidak pernah menafikan peranan kedutaan dan Jabatan Penuntut di sini,malah dianggap 'ayah'.tetapi tolong jangan menzalimi anak-anak ini.kenapa perlu menafikan hak PMRAM dalam segala aspek dan sudut.saya sangat pelik.PMRAM bukan pembangkang.jangan takut.PMRAM sudah banyak berjasa kepada warga Melayu di sini.fakta yang tidak boleh disangkal lagi.telah tercatat dalam sejarah.malah penubuhan Kedutaan Besar Kaherah juga dicadangkan oleh PMRAM.PMRAM sedia memberi kerjasama sepenuhnya.tapi?

Esok,asalnya akan diadakan wacana ilmiah membincangkan peranan Melayu Mesir yang akan menggabungkan beberapa individu berlainan warna.namun 'si dia' telah menarik diri dari berhadapan dengan mahasiswa/wi mesir.akibatnya perancangan program ditukar-tukar sehingga hari ini.sangat menyulitkan.saya hanya mengambil keputusan untuk menunggu sehingga detik malam esok.

semoga Allah tunjukkan kebenaran,tamatkan peperangan ini dengan aman tanpa ada pihak yang terkorban dan berkorban.

Jumaat, 23 April 2010

Kartika selesai jalani hukuman


KUANTAN, 22 April — Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno hari ini selesai menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini, untuk selama tiga minggu.


Kartika, 33, sebelum ini terlepas daripada hukuman sebat selepas Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan meringankan hukuman itu.

Beliau dilihat meninggalkan rumah kanak-kanak itu kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana selepas mula ditempatkan di rumah itu pada 2 April lepas.

Kartika melambai-lambaikan tangan kepada pihak media dan jurugambar yang berkumpul di perkarangan depan pintu masuk rumah kanak-kanak itu.

Ibu tunggal yang mempunyai dua anak itu dijatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai 2009 selepas didapati bersalah meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang.

Sementara itu, bapa Kartika, Shukarnor Abdul Mutalib, 62, ketika dihubungi berkata beliau bersyukur selepas hukuman yang dikenakan terhadap anaknya itu berakhir hari ini.

“Kami sekeluarga amat bersyukur pada Tuhan,” kata Shukarnor.

Shukarnor berkata dia sekeluarga kini berasa tenteram dan berharap mereka tidak lagi diganggu dan menjadi tumpuan pihak media.

Shukarnor berkata beliau akan mengambil Kartika Sari Dewi di Kuala Lumpur.

“Kami sekeluarga akan bertolak dari Perak ke Kuala Lumpur kerana Kartika akan bertolak dari Kuantan terus ke Kuala Lumpur bersama peguamnya,” katanya. — Bernama


Keturunan Mahsuri ke-7 Aishah akhiri zaman bujang


PHUKET, 23 April — Wan Aishah Wan Nawawi, generasi ketujuh Mahsuri mengakhiri zaman bujang semalam — menjadi isteri kepada Alee Tongyon, seorang usahawan muda industri pelancongan.

Digelar “Princess”, Wan Aishah, yang nama Siamnya ialah Sirintra Yayee, dinikahkan sendiri oleh datuk sebelah ibunya, Abdul Karim Dumluck dengan bersaksikan khatib Masjid Kampung Tambon, Kemala di sini Abdul Kadir, dan bilal masjid, Rofiq Somsat.

Majlis pernikahan itu dilangsungkan malam tadi di masjid berdekatan kediaman ibu bapa Wan Aishah di Kampung Tambon, Kemala.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini satu majlis resepsi akan berlangsung di rumah Wan Aishah esok dan dijangka dihadiri hampir 600 tetamu jemputan.

Salah seorang ahli keluarga Wan Aishah memberitahu pernikahan Wan Aishah diatur oleh keluarga.

Alee, 27, merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.

Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan awal tahun lalu.

Bakal suami Wan Aishah difahamkan seorang usahawan yang memiliki syarikat produksi dan terlibat dalam bisnes hotel serta resort di Phuket.

Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.

Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 1990-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.

Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun.

Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.

Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.

Tok Guru Nik Aziz: Serang peribadi calon kerja bodoh

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

HULU SELANGOR, 23 April — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat adalah satu perkara memalukan politik di Malaysia.

“Umno tidak ada modal. Calon ini calon parti.

“Kalau Umno ada modal serang partilah, mengapa mesti nak serang calon?

“Jangan serang tubuh badan calon , ini kerja bodoh, kerja budak-budak,” katanya.

Nik Aziz berkata, Jika parti A lawan parti B, maka Umno perlu lawan dengan parti yang bertanding dan bukannya menyerang peribadi lawan.

“Kalau dia boleh bertumbuk, lari atau debik (pukul) semata-mata untuk lepas geram itu tanda dia tak boleh lawan.

“Dia hanya nak buat hujah dan asyik serang peribadi lawan,” katanya ketika mengulas mengenai dakwaan Barisan Nasional (BN) yang menyerang peribadi Zaid serta melabelkannya sebagai kaki botol ‘tegar’ dan memiliki kuda untuk berjudi.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di masjid kerana urusan politik juga disebut dalam al-Quran.

“Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan Menteri Kewangan serta Menteri Sosial.

“Jadi mengapa tidak boleh?

“Ini kerana ia kerja saki-baki penjajah barat yang asingkan agama dan politik.

“Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh orang Islam dan ia sangat mendukacitakan, “ katanya.mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah yang melarang sebarang tindakan menggunakan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi negatif.

Hari ini, Sultan Sharafuddin bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.

Lagi Budak Syaitan: Dua anak halau ibu

KLANG: Keluarga tunggang terbalik. Itu gambaran boleh diberikan terhadap sebuah keluarga apabila suami bersama dua anak lelakinya sanggup bersekongkol menghalau ibu kandung dari rumah, semata-mata kerana membela perempuan simpanan bapa mereka.
Tidak cukup kata-kata kesat dan cacian, mangsa turut mendakwa dipijak, ditendang di kepala, perut dan kemaluan oleh suami berusia lewat 40-an bersama perempuan simpanan terbabit ketika mahu mempertahankan rumah tangganya daripada musnah.


Difahamkan, mangsa yang enggan meninggalkan rumahnya, dibelasah lebih empat jam dengan disaksikan kedua-dua anaknya di hadapan rumah mereka di sini.


Namun, harapannya untuk mendapat pembelaan daripada kedua-dua anak kandung berusia 14 dan 12 tahun turut lenyap apabila mereka menyebelahi bapa dan perempuan simpanan lelaki terbabit, membuatkan ibu berkenaan terpaksa mengalah sebelum meninggalkan rumah sehelai sepinggang.


Difahamkan, perempuan simpanan berusia awal 30-an itu mempengaruhi kedua-dua anak mangsa yang sudah tidak bersekolah itu dengan melaburkan wang ringgit dan kekayaan dimilikinya selain pasangan kekasih terbabit dikatakan ‘menyihir’ kedua-dua remaja berkenaan supaya membenci ibu mereka.


Semuanya bermula apabila mangsa yang mahu dikenali sebagai Puspa, 47, mendakwa mengetahui suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai perempuan simpanan sehingga mengabaikan kebajikannya dan anak-anaknya.


Menurutnya, setiap kali dia mempersoalkan perubahan sikap suaminya selepas memiliki perempuan terbabit, dia akan dibelasah.


“Bukan sekali atau dua, saya diperlakukan sedemikian lebih setahun. Saya hanya mampu berdoa supaya suami berubah.


“Disebabkan itu juga, saya mendiamkan diri bagi mengelak suami berang,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, semalam.

Puspa berkata, awal bulan lalu dia mendapatkan nombor telefon perempuan terbabit dalam telefon bimbit suaminya dan menghubungi wanita itu.


“Kami bertengkar lebih 30 minit. Mana tidaknya, perempuan itu mendakwa akan menghalau saya keluar dari rumah saya.


“Malah, dia juga memberitahu akan menjadikan rumah saya sebagai ‘banglo’ barunya,” katanya.


Tindakannya menghubungi perempuan itu mengundang padah apabila wanita terbabit melaporkannya kepada suami mangsa.

Berikutan itu, suami mangsa berang lalu membelasah Puspa.


Puspa berkata, pada awal bulan ini kira-kira jam 10 pagi, wanita terbabit datang ke rumah sebelum menghalaunya keluar.


“Ketika itu saya cuba mempertahankan rumah tangga sebelum suami masuk campur. Suami bukan saja menampar, malah turut memijak kepala, menendang kemaluan dan perut saya.


“Biarpun diperlakukan sedemikian lebih empat jam, saya masih cuba mempertahankan rumah tangga, namun mengalah selepas kedua-dua anak turut mengarahkan saya keluar “Saya tak tahu apa yang terjadi kepada mereka,” katanya.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Klang.


Sehingga kini, mangsa sudah membuat lebih 10 laporan polis membabitkan perbuatan keji suaminya selain beberapa kes ugutan dilakukan lelaki terbabit.


Difahamkan, Puspa juga sudah membuat banyak aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai dakwaan suaminya bersekedudukan dengan perempuan terbabit, namun tiada tindakan diambil sehingga kini.


Puspa berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap suaminya dan perempuan simpanan itu supaya kejadian sama tidak berulang.


“Saya juga berharap kedua-dua anak sedar mengenai perbuatan mereka,” katanya.

Rabu, 21 April 2010

Analisis P094: UMNO terbukak seluar

UMNO sudah hilang pedoman.itulah kata2 yang layak untuk musuh yang satu itu.PRK Hulu Selangor membuka segala-halanya.Terbeliak mata rakyat dibuatnya.akibat memulakan isu moral sebagai bahan kempen,secara tak sedar sihingus membuka seluar bapanya sendiri.inilah balasan Allah atas orang yang tak menjaga aib saudaranya.

Hari ni,pemimpin DAP mencabar supaya juak-juak bersumpah tidak pernah meneguk arak.Sungguh memalukan.bayangkan,agama lain mencabar orang yang mengaku Islam.padahal,mereka sudah ada bukti bergambar yang kukuh dan sahih.memang memalukan.itu baru kes arak,belum lagi dibuka kes lain yang lebih memalukan.tengoklah rakyat Malaysia dan fikirkanlah.

Saya juga sedih apabila melihat gambar seorang ulama' yang disegani dan disayangi,Tok Guru Nik Aziz,telah diedit dengan jahatnya.bukan calang2 orang,ulama' ni,boleh mengundang laknat Allah Taala.bukan orang cina buat,bukan india buat,bukan juga iban yang buat,tapi orang Islam sendiri.Tersangat menyedihkan,inilah hasil didikan UMNO 52 tahun.menghasilkan maha firaun dan abu jahal abad ini.mereka berjaya.

Tiada alasan lagi untuk menolak UMNO-BN.Cukuplah kejahatan yang dilakukan.rakyat Malaysia perlu bersama menolak sijahat ini.tiada bahasa lagi yang boleh mengajar mereka kecuali dengan undi.minda rakyat telah ditutup selama ini.kebenaran telah nyata.saya hanya di sini boleh melahirkan rasa marah.inilah selemah-lemah iman yang saya ada.

Para blogger,tolong jangan takut untuk bersuara.tambah-tambah golongan yang faham tentang agama.ini peringatan untuk saya dan sahabat-sahabat sealiran.pejuang jangan mala,takut dan kedekut.jangan hanya jadi penonton.sangat rugi,sesekali jadilah penyerang atau pertahanan.malu kita kepada orang yang tak beriman dengan Allah,kerana mereka lebih sayangkan ulama' kita dari kita.pertahankanlah wahai akhi muslim semua.bersatulah

Selasa, 20 April 2010

Analisis PRK 094: Perang bermula

Saya tertarik untuk mengulas apa yang berlaku dalam PRK Hulu Selangor.serangan peribadi; dilemparkan kepada calon PKR@PR Dato' Zaid Ibrahim(DZI) oleh BN.

Ini bukan isu main-main.ini satu usaha jahat yang berniat untuk membuka aib orang.sungguh hina siapa yang memulakan kerja syaitan ini.menggunakan teknologi secara salah dan menyebarkannya untuk tontonan.SYAITAN pun tak buat kerja macam ni.iya,memang DZI pernah meneguk air kencing iblis itu,tapi itu dulu.beliau sudah mengaku bertaubat kepada Allah.terima@tidak taubatnya,serahkan kepada Allah untuk menilainya.yang pelik,selepas tersebarnya berita panas ni,juak-juak pulak yang macam cacing kepanasan.sebab apa?sebab dah terkantoi.kalau mereka boleh bagi gambar,kita pun boleh bagi gambar,tapi bukan yang diedit,bukan yang tipu,tapi yang ori.mana yang lebih kuat antara yang ori dan edited?mesti la yang ori.Ini merupakan salah satu pertolongan dari Allah bagi saya.sudah mual dengan sikap juak-juak yang hipokrit.ala-ala yahudi merampas tanah palestin.untuk kemenangan satu jajahan(parlimen&DUN) mereka sanggup lakukan apa sahaja.tak payah nak senarai,terlalu banyak dan segalanya ada bukti.

Saya bukan taasub pakatan rakyat,tapi saya pembenci kezaliman.walau mana-mana pihak yang lakukan,ia akan menjadi bahan kebencian saya.

Saya pelik,kenapa masih lagi yang buta hatinya,pekak telinganya,bisu mulutnya.masih menyokong si puak itu.moga Allah membuka hati mereka untuk menerima kebenaran.

KATAK.Puak ni lagi haru maru.time-time macam nilah nak buat perangai.lompat sana-sini.tension tak jadi exco lompat,tak jadi calon lompat.tak ada prinsip perjuangan langsung.

Apa nak jadi dengan Negaraku pun tak tau lah.makin menjadi-jadi kerosakan muda mudi.aku berdoa moga terhindar diri.Ya Allah,selamatkanlah negaraku dari terus diperintah musuhmu.kebenaran itu milikmu.buktikanlah.

Isnin, 19 April 2010

Tips: Cara Menjana Idea Menulis Blog

Ramai yang ingin berblog,tetapi mengalami satu masalah,tak ada idea.ini memang masalah lazim yang dihadapi oleh para blogger.termasuklah diri ini.jika ditanya kawan2,kenapa tak updated blog?jawapannya sama.i no idea.anda?mesti pernah punya.di bawah ini saya kongsikan beberapa perkara yang saya buat untuk menjana idea menulis :

1.membaca isu yang anda minat
-membaca sangat penting bagi seorang penulis.baca apa sahaja,tambah2 yang anda hendak kongsikan kepada pembaca blog anda.baca dan ingat segala fakta yang hendak dijadikan point penulisan.

2.Berimaginasi
-ha,ini lagi penting.penulis perlu ada imaginasi kreatif yang membangun idea.bayangkan apa sahaja perkara menarik yang membuat anda tertarik.contoh,tajuk post saya ni.ini adalah hasil imaginasi saya tentang idea.pegang kata kunci anda.

3.Bergaul dan berkawan
-Ada macam-macam jenis orang di sekeliling anda.ambil kesempatan ini untuk berbual dengan mereka dan cuba korek pemikiran mereka.jika mereka ada cerita untuk dikongsi,lagi bagus.ambik dan anda pula kongsi dengan pembaca anda.

4.Paksakan otak anda
-Nampak kasar bukan,tapi ini adalah salah satu jalan terbaik untuk menjana idea anda.buka akaun blogger anda,pilih new post,dan mula menaip.tulis dulu apa yang terlintas difikiran.cuba perah idea yang terbeku dalam otak.kita semua ada idea,tapi tidak tahu untuk mengeluarkannya.

5.Copy and paste
-Ini paling mudah,tapi perlu mendapat keizinan penulis terlebih dahulu jika itu syaratnya.tetapi terlebih elok anda mengulas sedikit bahan yang anda copy paste itu atau jika anda mampu,ubah sikit cara pengolahan teks dan membetulkan fakta yang salah jika ada.baca dulu teks tersebut dan jangan sekali-kali copy tanpa anda pun tidak tahu apa isinya.

* Sekadar perkongsian untuk dimanfaatkan.saya bukan penulis mapan,tapi sedang berusaha kearah itu.

Jom jadi penulis!!

Ahad, 18 April 2010

Najib Ajak Pemimpin 'Mengabdikan diri' Kepada Rakyat : Apa Pandangan Anda?

Suasana Penamaan Calon PRK P094 Hulu Selangor

Video Kereta Achik Spin Terbakar

Ajarkan aku semangat menulis!

Semangat menulis.semalam ada sahabat baik saya minta diajarkan semangat menulis.pelikkan pemintaannya.saya pun tak tau nak cakap apa,sebab saya bukanlah orang yang layak untuk menjawab persoalan itu.saya hanya sekadar penulis yang baru merangkak.nak berjinak-jinak dengan bidang ni walaupun sudah lama saya meminatinya.apa-apapun saya akan cuba memberikan satu dua buah fikiran yang boleh dijadikan tips untuk penulis blog pemula :

1.Tujuan@matlamat membina blog.
-Ini item yang sangat penting dan perlu dititik beratkan.dengan matlamat yang jelas,kita mampu untuk mencipta imaginasi menulis.contoh: untuk berdakwah.kalau betul2 tujuan untuk berdakwah,mana mungkin ada hari yang kita tinggalkan untuk menyeru ummat.tidak kurang juga dikalangan blogger yang bertujuan untuk wang.ada juga yang bertujuan jahat dan berbagai-bagai lagi tujuan menulis.anda?

2.minat mendalam
-Ini juga penting.mana ada orang konsisten dengan kerja yang tidak diminati.apalagi seorang penulis yang memerlukan perahan idea yang banyak.jika sudah menjana minat,anda pasti tak akan meninggalkan sawang memenuhi laman anda dengan lama.adakah anda minat menulis?

3.mempunyai pengetahuan asas menulis.
-Ini juga penting.tanpa yang ini anda tidak mampu untuk mncurahkan idea anda di kanvas monitor.cukuplah dengan pengetahuan asas seperti penggunaan tanda baca,huruf besar dan sebagainya.

4.Berani untuk gagal
-Ini bermaksud,anda bersedia untuk dikutuk kerana kecacatan tulisan anda.bila anda berani,anda akan selalu bersedia untuk mendengar umpatan orang lain terhadap anda.anda sudah bersedia?

5.Berani terima risiko
-Dan terakhir yang juga penting ialah anda bersedia untuk menghadapi pelbagai risiko ancaman daripada pelbagai pihak.tambahan jika anda seorang pengkritik politik.anda sanggup?

Sekadar perkongsian.'Selamat datang ke dunia blogger yang hebat'

Analisis politik: Hulu Selangor medan memprotes UMNO-APCO


Dah lama tak menulis tentang politik rasanya.padahal itu tujuan saya membina blog ini dulu.

Sekali lagi Malaysiaku dilanda demam PRK.Kali ini di P094 Kuala Selangor.Memang menarik.sebab apa menarik?sebab ia berlaku dalam keadaan politik Malaysia dilanda pelbagai isu yang tidak terjawab oleh juak2.PM sibuk jalan2 sana sini.anak2 buah terkontang-kanting dekat sini.Rakyat jangan cakap la,dah lama tak diendah.

PRK P094 ini menjadi medan untuk rakyat menunjukkan protes kepada pemerintah yang hipokrit dan korup.ditambah dengan isu APCO yang jelas melambangkan Malaysia dihujung telunjuk Yahudi.memang kerja gila.

Saya dapat rasakan calon PR dari PKR Dato' Zaid Ibrahim akan memenangi saingan ini dengan kelebihan undi yang banyak.UBN sudah diambang kehancuran dan penghujung hayatnya.Masakan tidak,nak pilih calon pun jenuh gaduh2.sana nak,sini nak.sanggup menipu pulak tu.kata nak naikkan calon tempatan,rupa-rupanya entah sapa-sapa yang dipilih.akibatnya,tunggulah undi protes dari pengundi tempatan yang dah muak dengan juak2.sampai pemuda Gerakan pun kata Muhyidin tak layak jadi TPM.Kesian...kesian....mana nak letak muka yop,geng sendiri yang kata,bukan orang lain.tapi bagi diri pribadi saya pun,memang tak layak.tersangat kurang bijak melihatkan gerak tanduk TPM Malaysia ni.kata-katanya yang rasis,lebih menghina,penipu.ish...tak tersenarai la.banyaknya.tak layak seorang menteri 1Malaysia berperangai macam tu.

Rakyat Hulu Selangor patut memberikan tumbukan knock-out kepada UBN untuk menurunkan sikit ego juak-juak ni.Dah banyak bukti dan pertunjuk yang membongkar kejahatan-kejahatan mereka.Rakyat dah puas ditipu dan diperkosa habis-habisan.52 memerintah tak ada apa yang membanggakan kecuali bangunan pencakar langit yang digadai,litar F1 yang membazir duit rakyat.taraf hidup rakyat?macam tu jugak.

:) Undilah PR

Sabtu, 17 April 2010

Achik Spin meninggal dalam kemalangan jalan raya



17 Apr 2010- Achik Spin telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya berhampiran perhentian Nilai. kereta toyota estima yang dinaiki bersama rakannya terbabas dan melanggar papan tanda lebuhraya lalu terbakar.Kemalangan berlalu dalam pukul 7 malam tadi.
Arwah yang duduk di kerusi sebelah pemandu dikatakan tersepit tidak dapat menyelamatkan diri dan meninggal di tempat kejadian. kawan arwah yang merupakan pemandu kereta berjaya keluar untuk menyelamatkan diri.

Sumber : oh artis! via from perak with love

P/S : Al-Fatihah untuk arwah. semoga Allah mengampunkan dosanya dan dosa kita.

Jumaat, 16 April 2010

Soal HATI?

HATI.Teringin nak berbicara soal hati.tempat yang menjadi tempat bersarangnya dua sifat yang bertentangan.hati juga menjadi tempat penilaian seorang manusia.seperti mafhum hadis Nabi saw yang bermaksud,dalam diri manusia ada seketul daging,jika elok daging itu,maka eloklah seluruh diri manusia itu.jika buruk,maka buruknya seluruhnya.ia adalah HATI.

Dekat mana hati tu?di dadakah?di kepalakah?dikakikah?atau dimana?sudah ma'ruf,hati letaknya didada.bukannya jantung.bukan juga hati yang boleh dipegang itu.hati sebetulnya tidak boleh dipegang.tapi ia ada dalam diri.semua yang bernama manusia ada hati.ia anugerah Allah yang sangat tinggi.disitulah tempat menyimpan keimanan dan ketakwaan.disitu jugalah tempat syaitan menyuntikkan bius jahatnya.jika keimanan yang ada itu kental,maka ia akan menjadi benteng yang sangat kuat untuk mempertahankan hati.jika lemah,maka mudahlah kerja syaitan merosakkan manusia.

Dosa juga memberi kesan kepada hati.orang yang selalu melakukan dosa,akan hitam hatinya.kerana setiap dosa akan menghasilkan titik hitam di hati.jika ia tidak dicuci segera,maka kehitaman tadi akan menjadi karat yang sukar dibuang lagi.itu sebab,manusia yang selalu melakukan dosa dan maksiat kepada Allah tidak akan membuang tabiat buruknya,malah merasa selesa dengan kemaksiatannya.

Cara menyuci hati.mudah sahaja,dengan al-Quran dan zikir.mengingati mati juga dapat menyucikan hati.malah memberikan ketenangan.jika kita sudah bersedia untuk itu.setiap kebaikan juga dapat mengubati hati.cukup mudah.yang susahnya untuk memulakan dan istiqamah dengan kebaikan.kebayakkan dari kita suka melengahkan kebaikan,tetapi cepat untuk merancang kejahatan.inilah contoh hati yang tidak sihat dan perlu dirawat.

Marilah sama-sama kita menjaga hati dari dikotori oleh dosa.kerana hati yang hitam tidak lagi boleh diselamatkan.

Khamis, 15 April 2010

Menulis, susah ke?

Penulis.ramai yang tidak sedar,kita semua penulis.semua mampu mengolah ayat,membina perenggan,membuat karangan.semua mampu.selagi akal ada di kepala,kita mampu sebenarnya.

Tetapi,yang tak ramainya,penulis yang bersifat pejuang.bukan pejuang kosong,tapi pejuang kebenaran dan agama.ramai menulis untuk diri sendiri semata.tak salah,tapi alangkah baiknya mewakafkan karya untuk agama.memberi inzar kepada manusia.itukan satu ibadah,malah dituntut.

Ada juga pejuang yang malas.berat tangan,kedekut idea.kata pejuang,tapi pemalas.sedangkan musuh tak pernah rehat.kita sahaja yang syok sendiri.buat kerja sendiri tanpa peduli dunia Islam yang dibuli.saya sangat hairan dengan situasi ini.tak ada sensitiviti di kalangan mahasiswa dan mahasiswi.ada ilmu banyak berkali-kaki.tapi hanya disimpan dalam peti.sebab itu disekeliling sudah berlaku keruntuhan moral yang meruncing dan menggusarkan hati.

Banyak ilmuan,tapi tak buat kerja.xda budaya amar ma'ruf nahi mungkar.alasan,kami sibuk menadah ilmu.alhamdulillah,ilmu sudah dibudayakan.tapi...sayang.fikrah tak ada.manhaj dakwah tak tau.akhirnya,lahirlah puak-puak penentang yang tak faham apa yang ditentang.bercakap meletup-letup.memang hebat.tapi kosong mcm tin kosong.kesian kawan-kawan yang jadi macam ni.asasnya satu je,TAK FAHAM.

Itulah,saya ada harapan sebenarnya.saya taklah hebat.kerja pun tak banyak yang dibuat.tapi saya ada matlamat yang tersemat.tak taulah mungkin pelik kot matlamat saya ni.nak tau apa dia?nantilah bagi tau.tapi rasanya ramai dah tau kot.sebab suara saya tak ada sebut benda lain.dekat muhasabah sebut tu,dalam tazkirah benda yang sama,dekat muktamar pun itu juga isunya.tak taulah,mungkin ini jalan saya.untuk membenarkan sabda nabi dan mengikutinya.diri ini tak punya ilmu yang banyak.masih terkejar-kejar menghilangkan jahil diri.tapi itu bukan alasan.

Terjun perigi ikut suara ghaib


MACHANG - Seorang suri rumah terpaksa menunggu lebih satu jam di dalam sebuah perigi yang airnya pada paras pinggang selepas dia terjun ke dalam perigi tersebut kononnya atas arahan satu suara ghaib.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi di Kampung Laha, Pulau Chondong dekat sini semalam, Siti Ramlah Wok, 52, tidak cedera dan diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat selepas terperangkap dalam perigi yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Perigi itu digali lebih 10 tahun lalu dengan paras kedalaman enam meter.

Bagaimanapun musim kemarau sejak awal tahun ini menyebabkan ia jarang digunakan lagi sehingga ditumbuhi semak.

Ia hanya digunakan sekali sekala oleh penoreh getah di kampung itu untuk mencuci tangan dan peralatan menoreh.

Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku di situ kerana sebelum ini tiada kes penduduk terjun ke dalam perigi atau orang mendengar suara ghaib yang meminta mereka terjun ke dalam perigi itu.

Rabu, 14 April 2010

Judi: Pakatan Rakyat kumpul tandatangan bantah lambakan kedai judi


KUALA LUMPUR 14 APR: Pakatan Rakyat akan mengumpulkan tanda tangan semua ahli parlimen tanpa mengambil kira fahaman politik bagi membantah jumlah hari cabutan khas atau special draw.

Memorandum itu akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai desakan kepada Perdana Menteri itu supaya mengawal cabutan judi itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook pada sidang dewan rakyat mempersoal tindakan kerajaan Umno BN yang menambah bilangan cabutan khas dipercayai bagi meningkatkan kadar kutipan cukai judi.

“Kita bersetuju semua ahli parlimen tanpa mengira parti menghantar satu memorandum kepada kepada Perdana Menteri mengenai isu perjudian. Kita akan minta semua ahli parlimen akan menandatanganinya kerana perjudian semakin banyak diluluskan,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, memorandum yang akan diserahkan kepada Najib mengandungi dua perkara pokok iaitu untuk membatalkan 20 kali cabutan khas bagi 2010 dan mendesak jumlah hari taruhan dikurangkan.

“Dua perkara itu menyeru Perdana Menteri supaya membatal semua cabutan khas yang berjumlah 20 kali untuk 2010. Yang kedua mengurangkan hari pertaruhan dari tiga kali seminggu kepada dua kali seminggu,” katanya.

Apa dah jadi: Setan Kecil di Sekolah

PETALING JAYA: Marah kerana dihukum atas kesalahan disiplin, sekumpulan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya Selatan boleh diibaratkan ‘setan kecil’ apabila sanggup merosakkan sembilan kereta guru dengan menyimbah cat kuning dan putih, petang kelmarin.
Mereka juga bertindak ganas apabila memecahkan cermin belakang sebuah kereta Perodua Myvi milik guru.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, kumpulan pelajar samseng terbabit dipercayai melakukan kerja itu selepas waktu rehat sesi petang .


Kenderaan guru terbabit diletak bersebelahan pagar berdekatan makmal dan kumpulan pelajar terbabit dipercayai menceroboh kawasan sekolah dengan memanjat pagar.


Menurut sumber, seorang pelajar tingkatan dua dikenal pasti menjadi ketua kumpulan samseng itu dan bakal berdepan tindakan tegas.


“Mereka pantas melarikan diri dengan memanjat pagar sebelum lesap ke kawasan perumahan berdekatan sekolah,” katanya yang enggan dikenali.

Katanya, pelajar terbabit mengisi cat kapur berwarna putih dan kuning ke dalam beberapa karung plastik sebelum menyembur cecair itu di kenderaan guru.


Sumber itu berkata, difahamkan seorang daripada pelajar terbabit mahu merosakkan kenderaan guru disiplin, tetapi mungkin bertukar fikiran dengan merosakkan lapan lagi kenderaan lain yang berada di tempat letak kereta itu.


Bagaimanapun, pelajar tingkatan dua yang mengetuai serangan itu tersilap langkah apabila memecahkan kereta milik seorang guru wanita kerana menyangka ia milik guru disiplin yang menghukum mereka.

Menurut sumber itu lagi, polis tiba di sekolah berkenaan kira-kira jam 5 petang untuk menjalankan siasatan sebaik dimaklumkan kejadian itu.


Tinjauan Harian Metro mendapati kawasan parkir di kawasan sekolah itu sudah diletakkan papan larangan meletak kereta dan direntang dengan tali.


Difahamkan, kejadian disedari pengawal keselamatan sekolah apabila sekumpulan pelajar lain menjerit memberitahu ada pelajar menyimbah cat dan memecahkan kenderaan guru dipercayai menggunakan batu.


Antara kenderaan yang menjadi mangsa lepas geram kumpulan pelajar itu ialah Proton Exora, Perodua Myvi dan Perodua ViVA.


Sekolah menengah terbabit juga sekolah angkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan dijalankan.


Bagaimanapun, Arjunaidi enggan mengulas lanjut berhubung serangan kumpulan pelajar samseng itu.


Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi talian 03-79662222. Difahamkan kes terbabit dilanjutkan kepada pengetahuan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Kementerian Pelajaran.


Sumber: mymetro.com

Ulasan program: Muktamar Sanawi PMRAM ke-77

Alhamdulillah,muktamar sanawi PMRAM ke-77 telah berjaya dilangsungkan semalam.tiada yang panas-panas,semuanya suam-suam kuku sahaja.walaupun masih ada segelintir ahli yang tidak faham konsep muktamar,tetapi berjaya dikendalikan oleh pengerusi sidang merangkap tuan presiden.

Muktamar dimulakan dengan majlis perasmian pembukaan oleh tuan presiden pada tepat jam 8.30 pg dan berakhir 12.05 minit pagi.memang meletihkan walau hanya sekadar perwakilan beku.keadaan dewan yang sejuk menambahkan lagi kebekuan kami.

PMRAM cawangan Perak menghantar 24 orang ikhwah dan 20 orang akhwat sebagai perwakilan.tidak ketinggalan ramai juga menjadi pemerhati di sudut dewan.

Muktamar yang diadakan di Nadi riadi,hayyu sadis telah menghimpunkan 400 perwakilan ikhwah dan 300 perwakilan akhwat.pengurangan angka dari akhwat sebenarnya.

Pentadbiran PMRAM 2009 mempunyai nombor yang unik antaranya:
1.muktamar ke-77,HEWI Ke-23 dan apabila dicampur menjadi 100.
2.tanggal 11 April yanh lepas,genaplah usia PMRAM 80 tahun.
3.Us.Muiz merupakan Presiden ke-50.

Sangat unik bukan,namun keunikan ini telah dicemari oleh pelbagai insiden yang mencalari PMRAM.Tidak perlu saya menyebutkannya di sini kerana sedia dimaklumi.

Pemimpin datang dan pergi,itu fitrah alam.hari ini,bermulalah episod pentadbiran diketuai oleh Us.Shahrizan.dibantu oleh 5 BP yang kekal,us.zuhaili,us.Azlan,us.adlan,us.farkhan dan us.taufiq.berganding bahu juga bersama 9 muka baru yang bakal mewarnai pentadbiran PMRAM tahun ini.

Sesi kali ini bertemakan ' KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH' telah dibahaskan semalam.saya ditugaskan sebagai pembahas mewakili cawangan Perak. dalam subtopik 'KITA PMRAM'.

Semoga pentadbiran PMRAM kali ini berjaya melahirkan aktivis-aktivis PMRAM yang berkuali dan mempunyai fikrah yang jitu untuk berkerja untuk ISLAM amnya dan PMRAM khususnya.

Selasa, 13 April 2010

Edisi Rencana: PMRAM dan tribulasi


Muktamar Sanawi PMRAM kembali lagi.muktamar yang sudah masuk edisi ke-77 akan membuka tirainya pada 7.30 pagi nanti.perjalanan sesi 08/09 yang dipimpin oleh Us.Muiz Mohammad bakal melabuhkan tirai.

Pemimpin silih berganti.itu adat sebuah kerajaan atau pertubuhan.mana mungkin pemimpin itu kekal di takhtanya selamanya walau dia seorang terbaik dari kalangan yang terbaik.begitu juga PMRAM.Sebuah persatuan Mahasiswa Islam.bergerak aktif menabur bakti kepada ahli-ahlinya.Bergerak berasaskan dua elemen utama,al-Quran dan as-Sunnah.

Mehnah dan tribulasi kerap melanda PMRAM.Pelbagai anasir cuba menghancurkan PMRAM.Namun,PMRAM tidak pernah leka dari membentengi organisasinya.bersenjatakan jundi-jundinya yang ramai,PMRAM terus berlayar tanpa menoleh ke belakang lagi.

Hari ini,PMRAM menjangkau 80 tahun penubuhannya.satu usia yang lama dan memasuki umur kematangan.Apa yang perlu dibangga bukan pada usianya.tetapi kebanggaan itu pada hasil dan usaha yang PMRAM lakukan bagi merealisasikan misi dan visinya.

Dengan dua slogan yang selalu dilaungkan, SATU FIKRAH,SATU AMAL & KITA PMRAM,menjadikan PMRAM lebih kuat dan lebih padu.Bersandarkan kepada kesatuan ahli yang cuba dikukuhkan melalui asas-asas kesatuan Islam yang tidak lari dari dusturnya.

Semoga perjalanan yang panjang ini direnungkan oleh ahli-ahli.Bakti dan tenaga yang PMRAM keluarkan tidak patut dilupakan dan dinafikan.semua telah maklum dengan hak PMRAM yang telah lama dinafikan.ARMA,bukan nama asing bagi kita.Sebuah hadiah yang berharga buat PMRAM dari kerajaan Mesir atas bantuan yang telah ahli PMRAM hulurkan semasa perang 3 penjuru dahulu.namun,haknya dirampas dengan kejam.tanpa diberi kembali walau berbuih mulut,berpeluh badan menuntut kembali hak itu.

Semoga sesi baru PMRAM yang akan datang ini,PMRAM lebih gah menyelusuri denai perjuangannya.KITA PMRAM

Isnin, 12 April 2010

Lontaran Khas: Buat Yb Zulkifli Nordin (Bebas, Kulim-bandar bharu)

Membaca blog YB Zukifli Nordin(zn) yang dipecat oleh PKR itu membuatkan saya terpinga,pelik dan geli.bukan untuk mencipta sentimen.tapi cuba melahirkan rasa hairan.

Yb Zul terkenal dengan sikapnya yang tegas menyuarakan isu-isu Islam di parlimen.sangat berpendirian keras.namun kelihatan lembik apabila di'ajak' oleh pihak penguasa ke US.Beliau yang kini bebas lebih akur dengan memilih 'husnul zhon' sebagai kata kunci politik.yang peliknya,memilih husnul zhon kepada pemimpin UMNO.dan suul zhon kepada parti lawannya.bagus dah,tapi kenapa husnul zhon kepada 1 pihak sahaja?pihak itu pulak yang terang-terangan menzalimi rakyat,menghina Islam,menolak hukum Islam,mencabuli hak asasi bukan Islam.bukankah ini semua perjuangan Yb Zul dulu?lantang mengkritik UMNO kerana terangan mereka buat semua diatas.kenapa nak husnul zhon pulak sekarang?ya,mereka solat.ya,mereka buat kelas agama.ya,mereka ajar anak solat.itu sangat baik.ada ganjaran pahala.Insya'Allah.TAPI?macammana dengan dasar perjuangan mereka?mcmmn dengan kezaliman mereka?mcmmn dengan hinaan mereka kepada Islam dan hukumnya?itukan dosa besar dan patut kita perangi.kenapa perlu memuja-muji pemimpin begini.

Tidakkah Yb Zul lebih tahu perangai mereka.Yb seorang peguam.sudah lama berjuang.kenapa meninggalkan jemaah dan memilih solo.Nabi tidak berjuang keseorangan.baginda dibantu jemaah.kan ramai itu lebih kuat dari keseorangan.sebab serigala lebih berani membaham seorang.AWAS dengan tipu daya syaitan dan dunia.ia tidak kekal.

Kenapa terlalu cepat menilai manusia.ingat!itu 'bekas' musuh Yb.mereka boleh lakukan apa sahaja.jangan husnul zhon dengan kebatilan.Islam penuh falsafah yang perlu dinilai dan dihayati.dalam solat sahaja ada beribu falsafah.Solat bukan dinilai hanya dalam 2,3,4 rakaat sahaja.malah pelaksanaan falsafah solat itu lebih penting dari itu.

Ahad, 11 April 2010

Sajak: KITA PMRAM

Gah namamu
Hebat sejarahmu
Fitnah atasmu jijik
Namun dikau utuh di situ
Membawa lampu perjuangan
Di denai kota pasir
Di lembah sungai Nil.

Pmram
Ulangtahunmu menjangkau lapan puluh
Tua angka itu
Namun matang usiamu
Bukan mudah jalan ini
Jiwamu meronta
Cintamu setia
menaungi
Menerangi
Mendidik
Mentarbiah
Anak-anak pelukanmu.

Manakan sama
Jika dicari lagi
ibu sepertimu
walau diherdik
Tetap sayang
Walau diterajang
Tetap rindu
Walau diludah
Tetap memaafi.

Di ulangtahunmu
Kami berikrar
Untuk
Membelamu
Membelaimu
Membentengmu
Tiap detik waktu kamî
Kerna kami laungkan bersama
'KITA PMRAM'



Sajak khas untuk PMRAM,sempena ulangtahun ke-80.moga PMRAM terus utuh dan kukuh selamanya.

Jumaat, 9 April 2010

Edisi Menagarut: Parti homoseks bertanding pilihan raya

MANILA: Mahkamah tertinggi Filipina memutuskan semalam parti homoseks boleh menyertai pilihan raya negara itu yang akan diadakan bulan depan.

Mahkamah Agung semalam yang menyatakan homoseks bukanlah satu jenayah, mengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (Comelec) untuk memperakui parti Ang Ladlad, iaitu sebuah parti homoseks untuk membolehkannya menyertai pilihan raya 10 Mei depan.

“Comelec diarah memasukkan parti itu dalam senarainya,” kata keputusan mahkamah berkenaan.

November lalu suruhanjaya berkenaan melarang Ang Ladlad daripada menyertai pilihan raya atas dasar moral.

Parti berkenaan berharap untuk memenangi kerusi melalui sistem yang membolehkan parti yang mewakili kumpulan masyarakat kecil mendapat tempat dalam Kongres.
Undang-undang Filipina tidak melihat homoseks sebagai jenayah. – AFP
!

Edisi Mengarut: Ramai percaya makhluk asing wujud


SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 20 peratus penduduk dunia percaya kewujudan makhluk asing dan mereka menyamar sebagai manusia, menurut satu tinjauan terbaru.

Malah, 40 peratus warga India dan China percaya makhluk asing ‘menyertai’ masyarakat dengan menyamar sebagai manusia.

Kepercayaan itu paling rendah di Belgium, Sweden dan Belanda iaitu lapan peratus, menurut tinjauan Reuters Ipsos membabitkan 23,000 orang dewasa di 22 negara.

Bagaimanapun, majoriti penduduk dunia - 80 peratus - tidak percaya makhluk asing wujud.

“Ada pertalian antara negara ramai penduduk menunjukkan lebih ramai percaya ia wujud dan menyamar berbanding negara kurang penduduk.

“Ia juga mungkin kerana di negara kurang penduduk, anda lebih mengenali jiran sebelah,” kata John Wright, Naib Presiden Kanan Ipsos. – Reuters

Nizar dakwa MB Perak takut bubar DUN


Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 9 April — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menganggap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai “penakut” kerana tidak berani untuk membubarkan Dewan Undangan Negerinya (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru walaupun hasil kajian menunjukkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk menang.

“Beliau (Zambry) kata BN akan menang sekiranya pilihan raya baru diadakan, itu apa yang tersurat tetapi hakikatnya beliau sendiri tidak yakin untuk menang.

“Sebab itu beliau kata tidak berhasrat untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya baru dengan mahu menumpukan kepada agenda pembangunan Perak selain mengotakan janji kepada rakyat.

“Ketika persidangan mengapa beliau menggunakan khidmat polis untuk mengawal persidangan, menutup mikrofon dan tidak membenarkan media masuk untuk membuat liputan?

“Ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan diri sendiri dan takut kalah sebab itu macam-macam alasan diberikan untuk tidak membubarkan DUN,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Zambry yang mengatakan kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya baru sekalipun hasil kajian menunjukkan BN berupaya untuk menang.

Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang berkata, hasil kajian dari Pakatan Rakyat (PR) juga menunjukkan keputusan positif.

“Hasil kajian kita menunjukkan sekiranya pilihan raya baru diadakan seluruh kerusi MCA serta MIC akan kalah dan lebih separuh kerusi BN akan menjadi milik PR.

“Ini kerana majoriti rakyat masih memberikan sokongan kepada kita dan mereka mahu melihat pilihan raya baru diadakan.

“Kita telah bekerja kuat selama ini dan kita yakin menang sekiranya pilihan raya baru diadakan,” katanya.

Tambahnya, tindakan Zambry yang tidak mahu mengadakan pilihan raya baru bertentangan dengan prinsip rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

“Beliau kata rakyat didahulukan tetapi mengapa tidak mahu mengadakan pilihan raya baru?

“Rakyat mahu pilihan raya baru diadakan tetapi Zambry tidak mahu, bukankah ini bertentangan dengan prinsip rakyat didahulukan?

“Ini jelas menunjukkan beliau tidak mendahulukan rakyat tetapi lebih kepada soal kepentingan politiknya,” katanya lagi.

Sumber: themalaysianinsider.com

Edisi motivasi: Anda Malas? baca ini

Malas.anda pernah dengar?atau pernah merasainya?semua manusia pasti pernah berasa malas.nak bangun tidur,pergi kerja,solat,study semuanya malas.tak tau punca.tapi tetap berat untuk melakukan.anda tau apa menyebabkan anda malas?mari kita bincangkan.

Malas selalu berlaku ketika jiwa dalam keadaan letih,fikiran kusut dan hati yang tidak tenang.kajian membuktikan,malas adalah musuh nombor 1 kejayaan.antara sebab kemalasan:
1.tidak minat sesuatu kerja.
2.hilang semangat
3.kecewa
4.letih
5.tiada matlamat yang jelas.dll

Sesuatu kerja akan rendah kualitinya jika dilakukan dalam keadaan malas.contohnya solat yang dilakukan dalam keadaan malas.pasti ada rukun yang dilakukan tidak sempurna.contohnya ruku'.AWAS! solat yang dilakukan dalam keadaan sambil lewa dan bermalas-malasan tidak akan diterima dan perlakunya akan dicampak ke neraka well.nauzzubillah.

Malas boleh diubati dan dirawat.caranya mudah.dengan hanya menetapkan matlamat yang jelas pada setiap pekerjaan yang hendak dilakukan.keduanya minat.ramai orang malas untuk ke tempat kerja kerana kurangnya minat terhadap pekerjaannya.oleh itu,timbulkan minat kepada apapun pekerjaan anda.bila minat timbul,anda pasti akan lebih teruja untuk berkerja.caranya: dengan mengimaginasikan hasil yang akan anda dapat selepas melakukan sebarang pekerjaan.contoh,jika anda seorang guru.bayangkan jika anda menyampaikan dengan baik,murid2 anda akan tertarik dan menumpukan perhatian,kemudian keputusan peperiksaan mereka mesti baik.begitulah seterusnya.

Walau apapun pekerjaan anda.anda berhak untuk melakukan yang terbaik.apalagi seorang pelajar.pelajar yang tiada matlamat yang jelas dan minat yang mendalam pasti akan kecundang.

Anda adalah kapten diri anda sendiri.kemudilah kapal anda dengan baik tanpa bermalas-malasan.takut-takut ia karam ditengah lautan luas.selamat mencuba!!!

Khamis, 8 April 2010

Kerja Syaitan: Filem homoseksual pertama tempatan tunggu kelulusan LPF

Satu lagi percubaan merosakkan akhlak remaja Islam Malaysia, menggunakan nama kebebasan media, rakyat Malaysia dihidangkan dengan filem-filem yang kotor. percubaan kali pertama ini bakal membuka pintu kefasadan yang lebih teruk. Tak tau nak cakap apa dah, tak habis dengan satu hal, ada pulak hal yang lain. Dunia hampir kiamat.


KUALA LUMPUR: Filem bertemakan homoseksual pertama Malaysia mungkin memasuki pawagam tempatan tidak lama lagi, selepas kerajaan meringankan sekatan tapisan yang menyekat industri filem di negara ini sejak sedekad.

Walaupun filem berbahasa Melayu tidak memaparkan babak seks secara jelas mahupun adegan bercium, tayangannya bakal memberikan kebebasan kepada media popular di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam untuk mengorak langkah, di mana ramai pihak bimbang ia akan dipengaruhi konservatisme Islam.

“Dalam Botol, atau ‘In A Bottle’, berkisarkan kisah seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan rakan lelakinya berdepan masalah apabila beliau menjalani pembedahan menukar jantina,” kata penerbit filem itu, Raja Azmi Raja Sulaiman, yang turut menulis cerita berkenaan berdasarkan pengalaman seorang rakannya.

“Kami mengambil risiko. Saya berasa bimbang. Kami tidak tahu sama ada sekiranya Lembaga Penapisan Filem (LPF) filem itu masih membenarkan kami menayangkan filem ini akhirnya,” katanya. - AFP

Posting ke-105 dalam setahun.


Alhamdulillah,sedar tidak sedar,ini merupakan posting saya yang ke 105.setelah setahun 2 bulan umur laman saya ini,barulah ia menjangkau 3 angka.bagi seorang pakar,ia terlalu lambat.tetapi,bagi seorang amatur seperti saya,ia merupakan 1 pencapaian yang boleh tahan.tidak sehebat blogger lain,tapi sekurangnya saya punya laman yang aktif.

Mengimbau detik membuka akaun blogspot,saya tergelak sendirian.sebenarnya,bukan ini sahaja laman yang saya ada.banyak lagi,tapi semua tersadai.dibiar bersawang tak diperduli.redqalbi.blogspot ini saya bina di bulan februari tahun 2009.ketika itu berlakunya krisis di perak.saya sangat2 geram dengan apa yang berlaku.tetapi tiada tempat untuk diluah.akhirnya,Allah mengilhamkan saya untuk membina blog ini.pada peringkat awalnya,saya hanya banyak copy-paste dari laman2 yang saya minat.dan hanya mengulas sikit-sikit isu berkaitan.akhirnya,saya mula belajar membuat artikel untuk diposting.Alhamdulillah,saya jadi minat.tetapi lama kelamaan saya mula jadi tawar untuk berkarya.saya telah biarkan laman saya besawang hampir 6 bulan.dengan faktor saya pulang ke Malaysia menjadi punca utama.saya jadi malas.

Februari yang lalu menjadi bulan kebangkitan.Allah sekali lagi telah mengilhamkan saya untuk berkarya semula.Alhamdulillah,saya ikut gerak hati itu.saya mula berkarya tanpa jemu.malah rasa bersalah jika tidak meng-updated walau sehari.

Saya bercita-cita melihat lebih ramai blogger azhari yang aktif.terutama anak perak di Mesir yang ketandusan penulis mapan.boleh dikira dengan jari blogger yang aktif.bagi saya,blog merupakan tapak pertama untuk belajar menulis.ini sahaja medium yang mudah untuk dimiliki.saya ingin lahirkan lebih banyak 'blogger aktif' di masa akan datang.agar dapat dibina komuniti blogger Anak Perak Mesir.seperti yang saya canangkan kepada exco pada masa lepas.

Rabu, 7 April 2010

Dato' Sri Nizar: Rakyat Perak masih menyokong PR

Mantan Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin tetap yakin bahawa rakyat di bumi Perak akan memilih Pakatan Rakyat (PR) sebagai kerajaan negeri seandainya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan pilihan raya diadakan sekarang.

Sambil menolak analisis soal selidik yang dijalankan oleh ILHAM centre, yang menjangkakan PR akan kalah jikalau pilihan raya diadakan sekarang, berdasarkan perhitungan bahawa sokongan Melayu terhadap PR akan menurun pada kadar 7–10 %, Nizar mendakwa rakyat di bumi Perak telah menjadi "buta warna kulit".



"Saya perlu mengaku bahawa saya tidak dapat menyetujui sepenuhnya analisis tersebut," sebelum beliau menyambung, "Kalau itulah analisisnya, maka Zambry (MB BN) adalah orang pertama yang ketawa dan ketawa dan mengadakan pilihan raya sekarang kerana beliau akan menang sekarang juga."

"Tetapi, saudara-saudara, kita cabar dia. Kalau anda (Zambry/BN) rasa anda akan menang dengan apa-apa cara juga, adakan pilihan raya sekarang dan tengok siapa yang akan menang!"

Malah, beliau sempat mengusik parti musuh politiknya, dengan meminjam slogan UMNO, "Kami menyatakan, kalau ada pilihan raya hari ini, besok, semalam dan bila-bila...dulu, kini dan selama-lamanya, kita Insyaallah akan menang!"

Hampir 40% setuju BN sah kerajaan negeri di Perak

Kata-kata bekas MB Perak dalam forum berjudul "Pencabulan Amalan Federalisme: Implikasi kepada Institusi Perundangan di Malaysia" disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 600 orang hadirin. Forum ini dianjurkan oleh Free Public Forum (FPF) bersama ILHAM Centre pada pada 1 April, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bertempat di Auditorium Dewan Sivik MBPJ.

Selain Nizar Jamaluddin yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, ahli panelis yang dibariskan termasuklah pakar perlembagaan Professor Abdul Aziz Bari, pakar perundangan Sulaiman Abdullah dan ahli parlimen Subang-PKR Sivarasah Rasiah. Bagaimanapun, dua orang panelis yang dijadualkan sebelum ini, iaitu bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim dan EXCO Kelantan, Husam Musa gagal hadir.

Sebelum forum dimulakan, Pengarah Urusan ILHAM Centre, Mohd Azlan bin Zainal membentangkan laporan soal selidik yang dijalankan oleh ILHAM, berjudul Tinjauan Lapangan terhadap Isu-isu Semasa di Perak. Tinjauan ini dijalankan antara 1 hingga 4 Mac 2010, iaitu selepas panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa Zambry Abdul Kadir dari UMNO-BN adalah Menteri Besar Perak yang sah. Tinjauan terhadap 1,031 orang responden ini mengambil tempat di kawasan DUN Kuala Sepetang, dengan struktur penduduk mengikut kaum Melayu 59.96%, Cina 31.67%, India 8.34%, dan lain-lain 0.03%.

Menurut Mohd Azlan, tinjauan ini menunjukkan 39.2% responden bersetuju bahawa Kerajaan BN Perak adalah sah di sisi Undang-Undang Tubuh Perak, sementara 31.0% tidak bersetuju, dan 26.8% tidak pasti. Di samping itu, 37.0% responden bersetuju dengan keputusan mahkamah berkaitan dengan pengesahan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, namun pandangan ini tidak dipersetujui oleh 30.0% yang lain dan 28% yang tidak pasti.

PR bakal tewas kalau pilihan raya diadakan

Apa yang menarik, tinjauan tersebut menunjukkan pola di mana responden yang semakin lanjut usia dan semakin rendah taraf pendidikannya, didapati lebih cenderung untuk menyetujui bahawa BN dan Zambry adalah kerajaan negeri dan MB yang sah di Perak.

Malah, ketika diajukan soalan "sekiranya pilihan raya diadakan semula seluruh Perak, jangkaan Parti akan menang", hasil tinjauan masih memihak kepada BN dengan peratusan sebanyak 55.3%, berbanding kepada PR 48.5% dan hanya 11.2% menyatakan tidak pasti.

Ketika merumuskan hasil tinjauan tersebut, ILHAM menjangkakan sokongan kaum Cina kepada PR Perak akan kekal di Perak, tetapi sokongan daripada kaum Melayu akan menurun 7–10 %, dan kaum India pula bergantung kepada isu.

Semasa mengulas analisis tersebut, Nizar Jamaluddin berkata, "...tetapi di Perak, analisis itu mungkin tidak berkesan lagi di Perak. Kerana kami tidak lagi membezakan antara kami dengan Melayu, Cina, India...dalam analisis kita. Itu telah berlalu."

"Merdeka Center dan NGO lain boleh menganalisa berdasarkan faktor-faktor tersebut," Nizar bersambung, "Tapi biar saya beritahu anda dari hati saya, ia tidak berlaku begitu di Perak lagi. Untuk satu dan setengah tahun yang lalu, 11 bulan semasa kita memegang tampuk kuasa, Alhamdulillah kami mampu menghakis perasaan perkauman di Perak. Kita adalah buta warna dalam kulit."

"Dasar Apartheid" di Perak?

Biarpun dipertikaikan sama ada hujah di atas berpijak pada bumi, Nizar tetap mempertahankan kenyataan beliau dengan mengambil contoh bagaimana beliau sebagai calon bukan Cina dari PAS berjaya meraih sokongan 85% pengundi Cina di PRK Bukit Gantang, sokongan kemuncak dari komuniti Cina yang belum dicapai oleh pemimpin Cina dari DAP mahupun MCA. Tidak cukup dengan itu, beliau menggambarkan bagaimana buat pertama kalinya pimpinan DAP dan PKR yang bukan Melayu mula membaca al-Quran dalam DUN.

"Tak pernah ada dalam sejarah negeri Perak, bahawa kehormatan kami antara satu kaum dengan kaum yang lain paling tinggi yang pernah dicapai dalam zaman Barisan Nasional," katanya.

Nizar Jamaluddin yang kini menjadi Ketua Pembangkang dalam DUN Perak menjelaskan kepada hadirin mengapa ADUN PR terpaksa keluar dari DUN Perak secara beramai-ramai dalam persidangan mesyuarat DUN Perak, baru-baru ini.

Nizar mendakwa bahawa PR "mahu jadi pembangkang yang cukup-cukup kuat, untuk menjadikan persidangan itu berjalan licin dan lancar", namun berdepan dengan pencabulan hak, apabila pembesar suara ADUN PR ditutup, malah media tidak dibenarkan masuk ke dewan untuk mengikuti persidangan yang mengambil masa hanya lima jam ini, kecuali beberapa media milikan UMNO seperti TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan sebagainya.

Beliau bertanya, "Bolehkah anda bayangkan? Nak masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak, Barisan Nasional masuk pukul 9:30 (pagi), ikut pintu A, pakai lif nombor tiga. Bukan hanya Afrika Selatan ada (dasar) Apartheid, Ipoh ada. Pakatan Rakyat masuk ikut pintu B, pakai lif nombor enam, masuk pukul 9:45 (pagi). Nak masuk macam masuk kapal terbang, ada scanner, ada x-ray,...ada telefon, rampas; ada video cam, rampas..."

Tolak Ketuanan Melayu

Sebelum mengakhiri ucapannya, Nizar Jamaluddin menyeru agar konsep "Ketuanan Melayu" ditolak. Beliau membacakan ayat dari Quran, menterjemahkannya, "Wahai orang-orang yang beriman, kamu hendaklah laksanakan kebenaran sentiasa. Dan kamu mestilah jadi saksi yang adil, dan janganlah sikap kamu benci kepada kaum dan bangsa lain menjadikan kamu tidak adil. Berlaku adilah kau, sesungguhnya ia cukup rapat dengan ketaqwaan dan bertaqwalah kamu sesungguhnya Allah maha mengetahui dalam perkhabarannya berkenaan apa yang kamu lakukan..."

"Kita hari ini sewajarnya membuangkan (konsep) 'Ketuanan Melayu' yang diuar-uar dan diasak oleh UMNO-Barisan Nasional," tegasnya, "I repeat (Saya mengulangi), mengapa kita jadi hari ini, kerana sindrom Ketuanan Melayu tanpa kita sedari menular di hati sanubari kita."

Malah, Nizar mengingatkan bahawa tiada kalimah Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata, "UMNO ingatkan, Malaysia bapak dia punya! Hari ini Pakatan Rakyat, kita menyeru seluruh rakyat, untuk membantu kita dalam perarakan ke Putrajaya. Kita kini dalam perarakan ke Putrajaya, menjujung banner Ketuanan Rakyat!"

Sulaiman: Nizar tetap MB sah

Sementara itu, meskipun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Zambry Abdul Kadir sebagai MB yang sah pada 9 Februari yang lalu, namun dalam hati pengamal undang-undang, Sulaiman Abdullah, Nizar Jamaluddin kekal sebagai MB Perak yang sah.

Penghakiman ini membuatkan beliau "teringat peristiwa yang berlaku berabad-abad dahulu". Sulaiman (gambar kiri) berkata, "...Galileo Galilei, iaitu ahli astronomi dan fizik, yang mengatakan bahawa bumi kita mengelilingi matahari. Tetapi pihak berkuasa berpendapat bahawa matahari yang mengelilingi bumi kita, dan bumi kita tidak bergerak. Jadi, apabila Galileo tidak bersetuju menarik balik pendapat dia, mereka cuba membakarkan dia sehinggalah dia setuju dengan pendapat palsu mereka."

"Tetapi semasa dia dikeluarkan dari api itu, dia berbisik juga, 'tetapi ia(bumi) bergerak', bumi kita yang bergerak," katanya.

Sulaiman menerima tepukan gemuruh dari bawah pentas, apabila dengan nada yang tenang mengatakan, "Jadi, beberapa mahkamah, beberapa pembesar negara, boleh mengatakan bahawa di sisi undang-undang, Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar Perak. Tetapi dalam hati nurani saya, menurut undang-undang Tuhan, undang-undang manusia yang baik, saya percaya bahawa beliau tetap Menteri Besar Perak yang sah!"


Oleh: Lim Hong Siang

Pengasingan gerabak: Diterima, tapi jangan paksa


Oleh G. Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 7 April — Pemimpin wanita parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan menyambut baik langkah pengasingan gerabak komuter KTM ikut gender, tetapi berharap ia bukan satu langkah paksa.

Sebaliknya penumpang perkhidmatan komuter khususnya wanita wajar diberikan pilihan sama ada mahu menggunakan gerabak khas untuk kaum lelaki ataupun wanita.

“Saya menyambut baik tetapi pilihan harus diberikan sama ada mahu menggunakan gerabak lelaki atau wanita... misalnya jika saya menggunakan komuter bersama ahli keluarga, juga diikuti anggota keluarga kalangan lelaki... bagaimana keadaan mereka?” soal Pengarah Eksekutif Sisters in Islam Dr. Hamidah Marican kepada The Malaysian Insider.

Hamidah berpendapat perkara-perkara seperti ini perlu dihalusi supaya tidak mencetuskan suasan tidak senang di kalangan pengguna.

“Kita harus sediakan pilihan,” kata beliau pendekatan ini bukan sesuatu yang baru kerana sudah diamalkan di Jepun dan di beberapa negara lain.

Malah kata beliau, ada hotel di negara-negara tertentu yang menyediakan tingkat khusus untuk wanita.

Beliau melihat keperluan ini dari sudut pilihan, bukannya satu bentuk paksaan.

Dalam pada itu, ketua wanita parti komponen Pakatan Rakyat juga menerima baik cadangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mewujudkan gerabak berasingan untuk wanita kerana akan memberi keselesaan perjalanan kepada golongan itu dalam persekitaran lebih selamat.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin berkata, pengasingan dimaksudkan akan memberi lebih keselesaan kepada golongan wanita selain melindungi mereka daripada gangguan seksual.

“Cadangan mewujudkan gerabak berasingan ini bagus kepada golongan wanita kerana selain memberikan keselesaan sepanjang perjalanan, mereka juga selamat daripada masalah gangguan seksual.

“Jadi dengan adanya gerabak berasingan ini, wanita akan berasa dilindungi sepanjang perjalanan ke destinasi masing-masing.

“Dengan adanya gerabak berasingan ini secara tidak langsung, masalah gangguan seksual dapat dikurangkan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan untuk untuk mewujudkan gerabak komuter berasingan bagi penumpang lelaki dan wanita dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpang.

Aminuddin berkata tinjauan KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita.

Katanya, jika kereta api komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Salleh juga berpendapat pengasingan akan meningkatkan keselamatan golongan tersebut apabila menggunakan pengangkutan awam.

“Apabila ada gerabak berasingan ini, wanita akan berasa lebih selamat dan selesa semasa menggunakan perkhidmatan komuter.

“Apa yang penting mereka tidak akan lagi mengalami masalah gangguan seksual apabila berada dalam komuter.

“Mungkin perkara ini baru di negara kita tapi negara-negara Eropah telah melakukannya dan kita lihat kesan positifnya kepada golongan wanita,” katanya.

Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM) Che Asmah Ibrahim berpendapat, cadangan tersebut amat bagus kerana ia secara tidak langsung dapat membantu wanita.

“Kita memang menyokong cadangan ini kerana kita melihat ramai wanita menjadi mangsa gangguan seksual dalam kereta api terutamanya ketika waktu puncak.

“Pada waktu ini ramai orang yang akan berasak-asak dan ketika ini juga ada lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atas wanita.

“Mungkin gerabak berasingan ini boleh dilakukan ketika waktu puncak sahaja iaitu pada waktu pagi dan petang,” katanya.

Beliau berkata, gerabak pengasingan ini merupakan satu langkah terbaik dalam menjaga martabat dan juga kehormatan wanita.

“Sekarang kita banyak dengar aduan tentang gangguan seksual yang melibatkan wanita, jadi apabila pengasingan ini dibuat maka kehormatan wanita dapat dijaga.

“Selain itu, lebih selesa sekiranya wanita diletakkan dalam satu gerabak berasingan daripada bercampur dengan lelaki,” katanya.


Sumber: malaysianinsider.com

Nak apa lagi: ‘Geng Kapak’ mengganas di sekolah Pahang


PEKAN, 7 April — Sekumpulan empat pelajar lelaki yang menggelar diri mereka sebagai “Geng Kapak” dikatakan telah mencederakan seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mahmud Mat dekat sini semalam.

Norizan Janal A’bidi, 15, mendakwa kumpulan itu sering memukul dan mengugutnya dengan pisau untuk meminta wang daripadanya. Kejadian itu dikatakan berlaku sejak Februari lalu.

“Mereka selalu minta wang kepada saya iaitu sebanyak 50 sen hingga RM1. Memang saya tak pernah bagi dan sebab itulah mereka sering memukul saya.

“Petang semalam saya terpaksa menipu menyatakan saya berpuasa dan tidak mempunyai wang sehingga menyebabkan mereka menolak saya semasa menuruni tangga, melibas saya dengan kerusi dan menekan kepala saya ke atas meja “ katanya di rumahnya di Kampung Pulau Serai, Jalan Tanjung Selangor.

Norizan berkata dia telah memberitahu perkara tersebut kepada pengetua sekolah selepas peristiwa semalam dan hanya memberitahu ibunya dalam kejadian sebelum ini.

“Tetapi apabila pengetua masuk ke kelas untuk mencari mereka, keempat-empat mereka menghilangkan diri. Selepas pengetua keluar dari kelas, mereka secara tiba-tiba datang menyerang saya. Pelajar lain juga takut dengan mereka,” katanya.

Ibu mangsa, Jelimah Abdullah berkata beliau terkejut apabila melihat anaknya pulang dari sekolah dengan kesakitan.

“Apabila diperiksa, leher dan punggungnya bengkak,” katanya.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan polis sedang menyiasat. — Bernama


- Sapa nak jawab? geng kapak dah masuk sekolah. lepas ni apa lagi kita tak tau. Siapa yang silap? tepuk dada, tanya iman masing-masing.

Baca boleh, percaya jangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (bawah, kiri) berkata kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan dewan undangan negerinya (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru sekalipun hasil kajian menunjukkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk menang.

Beliau berkata, buat masa ini kerajaan negeri pimpinannya itu mahu menumpukan kepada agenda pembangunan Perak selain mengotakan janji kepada rakyat negeri berkenaan.

"Terima kasih atas hasil kajian itu dan yang pasti ada pihak yang tidak gembira dengannya. Apa yang lebih penting bagi kita ialah kerajaan BN di Perak kini melaksanakan perkara yang betul dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi janji ke arah kebaikan rakyat," katanya kepada pemberita di Selama, hari ini.

Bagaimanapun, Zambry yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri berkata, hasil kajian itu mendorong BN Perak untuk bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Beliau diminta mengulas kajian oleh sebuah badan pemikir bebas, Ilham Center yang menunjukkan sokongan majoriti rakyat Perak telah beralih kepada BN dan parti itu boleh memenangi pilihan raya DUN jika ianya diadakan sekarang.

"Dalam penilaian saya, rakyat akan memberi mandat baru apabila tiba pilihan raya berdasarkan apa yang kita laksanakan untuk mereka," katanya.

- Bernama

Sumber: Malaysiakini



- Siapa percaya rakyat Perak menyokong BN? apa bukti? kita boleh bezakan antara penakut dan berani. kalau berani dia takkan keluarkan kenyataan ini. Rakyat Perak nakkan pilihanraya yang adil dan telus. bukan diadili oleh mahkamah yang senget. tunjukkan bukti kajian. kalau betul BN perak berupaya untuk menang, hari ni jugak pergi istana untuk mintak perkenan bubarkan DUN. Itu baru anak jantan. Betul tak?

Sajak: Permata untuk Emak

Emak
Cintamu cinta murni
Menemani citra fitrah insani
Membelai kami
Menjaga kami
Memujuk kami
Menyanyangi kami
Setiap saat tak jemu.

Emak
Dihari lahirmu
Aku jauh di sini
Merantau benua kita
Demi sebutir permata
Yang kudamba untukmu
membalas titik keringatmu
Berkorban demi anakmu
Membakar jiwaku
Tak pernah jemu
Tak pernah bisu.

Ibuku
Aku pasti kau menantiku
Membawa permata yang ditunggu
walau lama menagih janji itu
Kau tetap menantiku

Ibuku
Doakan aku anakmu
Berjuang
Bertempur
Berlari
Di medan ini
Ku dambakan naungan kasih doamu
Buatku tabah
Meniti denai ilmu
Mencari pelangi redha
Mengutip permata
Di pepasiran bumi sahra.



Nukilan khas untuk ibu tersayang.