Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Julai 2010

Ulama resah Krisdayanti cium suami orang



JAKARTA - Perbuatan penyanyi terkenal, Kris- dayanti mencium kekasihnya, Raul Lemos di depan wartawan pada satu sidang akhbar kelmarin telah mendapat reaksi daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor sebuah akhbar semalam.

"Mungkin tindakan itu melanggar moral, tetapi dianggap biasa berdasarkan tanggapan kewartawanan," kata Ketua MUI, KH Hamidan semasa dihubungi dengan telefon bimbitnya di sini semalam.

Menurutnya, perbuatan itu dianggap tidak sihat untuk dilihat oleh orang awam.

Krisdayanti yang popular dengan lagu Menghitung Hari mencium kekasihnya itu di sebuah restoran di Jakarta kelmarin.

Ketika ditanya menganai harapan isteri kekasih Krisdayanti, Silvalay Noor Arthalia yang meminta MUI menegur suaminya dan penyanyi itu kerana melakukan perbuatan tidak senonoh, Hamidan enggan mengulas lanjut.

"Ya, itu yang kami lihat adakah ia mempunyai kaitan pornografi atau pornoaksi. Namun, ia bukan bidang MUI," kata Hamidan.

Buat masa ini, kekasih Krisdayanti itu yang merupakan seorang ahli perniagaan Timor Leste masih belum bercerai secara sah dengan isterinya.

Menurut Hamidan, pihaknya berasa resah dengan perbuatan Krisdayanti kerana kini Indonesia dihantui dengan skandal video lucah melibatkan penyanyi Ariel Peterpan, pengacara terkenal, Cut Tari dan Luna Maya.

"Jelas, bagaimana kesannya ke atas anak-anak mereka, masyarakat umum dan isteri (Raul) itu. Kami berasa resah," katanya. - Agensi

Jumaat, 2 Julai 2010

Gilo: Lelaki 90 tahun rogol empat beradik



kosmo!online
BANGKOK - Seorang lelaki Australia berumur 90 tahun, Karl Joseph Kraus ditangkap dan didakwa merogol empat beradik perempuan di bawah umur di utara Thailand dengan menggunakan coklat import dan belajar bahasa Inggeris di rumahnya sebagai umpan untuk memerangkap mereka, kata polis semalam.

Dia ditangkap kelmarin di rumahnya dekat bandar Chiang Mai.

Menurut Ketua Polis Doi Saket, Kritapol Yeesakorn, polis turut merampas kira-kira 100 gambar bogel kanak-kanak.

Dia berkata, beberapa gambar menunjukkan Kraus bergambar bogel dengan sejumlah kanak-kanak dan polis kini sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak berkenaan.

Ketua polis itu berkata, Kraus yang tinggal di Thailand lebih sedekad lalu memujuk keluarga budak perempuan itu pada 2008 dengan menawarkan pembelajaran bahasa Inggeris.

"Dia (Kraus) akan mengumpan budak perempuan itu ke rumahnya dengan gula-gula, terutamanya coklat dari luar negara yang mahal dan meminta mereka melakukan perlakuan seks dengannya," kata Kritapol.

Menurutnya, baru-baru ini, Kraus memberi wang kepada kakak sulung empat beradik itu sebanyak 4,000 baht (RM400) bagi menggantikan gula-gula.

Ibu bapa empat beradik itu mengetahui perbuatan terkutuk tersebut selepas mendapati anak-anak mereka tidak berminat untuk keluar bermain di luar rumah.

Selepas ditanya, empat anak mereka itu yang berumur tujuh, 11 dan 12 tahun memberitahu perbuatan buruk Kraus menyebabkan satu aduan polis dibuat. - Agensi

Isnin, 28 Jun 2010

Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda


SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Warkah Dari Murid Ustaz Fathul Bari ( yang masuk UMNO tu)


Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari dan Sahabatnya

Murabbi yang ana kasihi,

Penyertaan ustaz ke dalam UMNO, bukanlah suatu yang sangat mengejutkan ana kerana ana sedia maklum hubungan ustaz dengan UMNO sebelum ini.

Ana tahu ustaz, bahawa UMNO sedang mempergunakan ustaz dan geng- geng ustaz sebagai alat politik mereka. Kita boleh menutup mata bila berdepan dengan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah menipu kita. Lihat apa yang terjadi kepada saudara Anwar Ibrahim. Mereka sangat memerlukan undi Melayu pada saat ini kerana pilihanraya semakin hampir.

Cumanya pada kali ini, ana memilih untuk berlaku naif. Ana bukannya tidak dapat membaca tindakan politik UMNO yang saya benci, tetapi kethiqahan ana kepada Ustaz menyebabkan ana terasa ingin menasihati ustaz.

Oleh kerana parti adalah wasilah dan segala jamaah adalah wasilah , oleh sebab itulah wasilah- wasilah ini dengan realiti yang ada sentiasa berijtihad bahawa cara ustaz antara cara terbaik.

Kita tahu bahawa parti politik hanyalah sebuah wadah perjuangan dan hukum menyertai UMNO bukanlah bermaksud menjadi kafir atau murtad.

Kita bersetuju sekiranya kemasukan ke UMNO itu adalah dengan niat untuk berdakwah dan mengubah keburukan menjadi kebaikan dengan cara mendekati penyokong UMNO.

Itu adalah bidang ijtihad yang tiada siapa berhak menghukum dosa dan pahala kecuali Allah SWT.

Jujurnya memasuki pada waktu genting seperti ini membawa beberapa tanggapan yang bercampuk aduk ketika ini. Memasuki UMNO ketika UMNO sangat pro- Amerika dlm pendirian praktis dan lisan menyebabkan ustaz akan ditimpa masalah imej dikalangan rakyat. Sedangkan menerima hadiah daripada pemerintah pun dielak oleh salafussoleh agar mulut mereka tidak takut menegur kesalahan pemerintah.

Ana mengharap para ustaz yang masuk kali ini, oleh kerana mereka banyak menegur dan membasmi kejahatan walaupun bid'ah yg kecil dalam ceramah mereka sebelum ini(satu perkara yg baik), maka kalau ustaz membisu dengan kemaksiatan yg nyata dilakukan oleh UMNO, kedudukan ustaz akan terhina di sisi umat.

Syeikh yang ana kagumi,

Ana ingin mencabar ustaz menggunakan wasilah yg ada untuk membasmi kezaliman UMNO yang nyata dan pendirian politik antarabangsa pemimpin UMNO yang ke arah cara pemerintahan kafirin sekarang ini. Harap ustaz merealisasikan usul- usul perjuangan Sheikh Muhammad yang jelas menentang MUWALAT ini dalam kebanyakan kitab beliau. Kalau tidak , tinggalkan nama perjuangan sunnah ustaz kerana ustaz sedang merosakkan nama pejuang sunnah itu.

Sesungguhnya tugas Ustaz sangatlah berat apabila berada dalam UMNO. Mana Ustaz nak tangkis fitnah dari pentaksub parti pembangkang lagi, mana nak berdepan dengan najis mughallazah dalam UMNO sendiri dan sebagainya.

Ustaz Fathul Bari yang ana muliakan,

Seperkara lagi Ustaz, ana harap Ustaz berjaya melakukan ta'awun bukannya tuhdod. Ta'awun maksudnya di sini pengislahan sistem UMNO yang sekular kepada Islam. Dalam masa ustaz melakukan kerja dakwah ustaz, jangan pula melakukan tuhdod yakni membantai kerja dakwah pejuang di sebelah sini, PAS. Kalau ustaz hentam kerja dakwah ulama' PAS, ustaz tunggu ana langgar ustaz. Hehe...

Apapun ana ucapkan selamat berjaya kepada ustaz. Ana mengambil ketetapan falsafah bahawa UMNO atau PAS atau pemimpin HANYAlah asbab sementara sahaja. Bukan akidah.

Ana tidak beriman kepada jenama PAS atau pemimpin Hadi atau Nik Aziz. Jika wujud keperluan menjatuhkan sesesuatu demi Allah, demi sistemNya, Nik Aziz pun ana akan langgar. Muktamad!

Berbalik kepada Ustaz Fathul Bari dan sahabat, pertamanya, ana ucapkan selamat berjaya kepada beliau. Menanti dan meneliti bentuk jalan apakah yang boleh dilakukan Ustaz Fathul Bari dan sahabat demi Allah dan sistemNya. Kemudian, seandainya kami dapati ustaz semakin menajiskan dirinya, maka, ana akan langgar.

"Ya Allah, Tuhan kami semua. Jika Ustaz Fathul Bari dan sahabat benar keranaMu, Ya Allah, berikan kekuatan kepada beliau. Jika Ustaz Fathul dan sahabat semakin melanggarMu, atau melewatkan proses tegaknya sistemMu, maka; berikan kekuatan kepada kami atau mana- mana golongan yang Kau hadirkan untuk melanggarnya. Amin."

Ketahuilah ustaz, mungkin orang yang paling tajam mengkritik ustaz adalah orang yang paling mengasihi ustaz, berbanding orang yang memuja dan memuji di sekeliling kita. Ana hanya seorang murid ustaz, dan kekal murid sebelum dan selepas kritikan ini.

Allah tahu yang terbaik.

- asyrafmuiz.blogspot.com
-loveperak.blogspot.com

Khamis, 24 Jun 2010

Ulama' Bukan Pengganas

Sekali lagi usaha menakut-nakutkan golongan agamawan dicanang merata.entah apa salah golongan ini sehingga mereka dipandang serong oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.dicop dan dilabel sebagai pengganas satu tuduhan yang sangat berat.tuduhan ini seolah-olah mengatakan agama Islam adalah agama yang mengajar keganasan kepada umatnya.sedangkan asal nama Islam itu sendiri daripada perkataan sejahtera.jelas,Islam agama yang membawa kesejahteraan kepada seluruh alam.Agama yang suci datang dari Tuhan semesta alam ini tidak pernah menyarankan umatnya bunuh membunuh,keji mengeji,umpat mengumpat,aniaya menganiayai dan sebagainya.Islam adalah agama yang menekankan konsep keamanan kepada seluruh umat manusia.

Ulama' adalah pewaris para nabi.perginya para nabi tidak meninggalkan harta mahupun takhta kepada umat manusia.tetapi al-kitab dan as-sunnah yang ditinggalkan menjadi tinggalan yang wajib dipegang oleh seluruh umat.dan diantara yang memegang teguh dua tinggalan ini sudah pastinya golongan ulama'.tetapi,kenapa golongan ini yang sering dihina-dinakan.kalau betul kita berpegang kepada Hadis Nabi 'ulama' adalah pewaris para Nabi' pasti keadaan ini tidak berlaku.ulama' adalah golongan yang patut dihormati dan dicintai.Allah akan mencintai orang yang mencintai pencintanya.tetapi,dewasa ini kita melihat ulama' tidak lagi ditempatkan ditempatnya yang sepatutnya.golongan ini tidak lagi dijadikan ikutan.malah,artis yang tidak langsung berakhlak mulia dijadikan idola dan ikutan anak muda yang masih mencari cara hidup.inilah kesan dari hedonisme yang dijadikan budaya di negara kita tercinta.

Kami golongan yang mencintai ilmu dan para ulama' menolak sekeras-kerasnya tuduhan militan kepada para ulama' dan menyangkal sama sekali tuduhan golongan ini terlibat dengan aktiviti keganasan samaada dari kumpulan JI@sebagainya.

Sabtu, 19 Jun 2010

Erdogan dan AKP membawa Turki kepada peranan sepatutnya


Oleh Abu Firdaus

Dengan peristiwa flotila bantuan kepada gaza, akhirnya Turki menunjukkan dirinya sebagai kuasa tegas menampilkan sikap kemanusiaan dan keislaman. Suara tegas Perdana Menteri Reccep Tayyip Erdogan mengenai Palestin meletakkan negara sekular bermajoritikan penduduk Islam sebagai kembali berperanan di tempat yang sewajarnya.


Sememangnya masalah Palestin adalah kerana adanya Israel. Tetapi mengapakah Israel boleh berada di sitru kalau tidak kelemahan kerajaan Islam sendiri. Kesengsaraan rakyat Palestin adalah hasil daripada tumbangnya Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul.

Bayangkanlah kalau Khilafah Uthmaniah ini kuat dan dapat mempertahankan diri daripada kemasukan penjajahan Barat, maka empatyar yang besar meliputi wilayah Palestin akan memberikan bukan saja keselamatan kepada umat Islam tetapi juga kuasa besar yang menentukan hala tuju dunia.

Kalaulah dahulu Khilafah Uthmaniah dapat diselamatkan dan dengan melalui pemodenan, dapat diwujudkan suatu sistem demokrasi yang seperti khilafah berparlimen, maka keadaan boleh berbeza. Instituis khalifah masih wujud di istranvul bukan saja untuk Uthmaniah tetapi juga umat Islam seluruhnya.

Apabila institusi dipertahankan dan pemerintahan dibuat atas nama Islam, maka Uthmniah atau dieja dengan Osmania merupakan negara pelbangsa bangsa meliputi Turki, Arab, Yahudi dan semua warga yang tinggal di bawah pemerintahannya, iaitu termasuklah Palestin itu sendiri.

Justeru di bawah Osmania, Palestin menjadi wilayah unmtuk semua bangsa termasuk Arab dan Yahudi. Bukan itu saja orang yahudi juga bebas dalam Osmania seperti mana dalam pemerintahan khilafah-khilafah sebelum ini. Malagh mereak mungkin menjadi tenaga utama birokrasi dan in telektual di Istanbul.

Tetapi sejarah tidak menyaksikan perkara itu. Sebaliknya Khilafah Uthmaniah tumbang dan negara-negara nasionalisme wujud, dengan Istanbul sendiri tidak lagi jadi ibu negara.kekuasaan Islam. Sebaliknya tinggalan Khilafah Utmaniah itu menjadi Republik Turki yang diwujudkan atras nama bangsa Turki dan ibu negaranya ialah Anklara.

Sementara keseluruhan wilayah-wilqyqhnya berpecah-pecah dan muncul negara-negara bangsa di atasnya iaitu. Syria, Iraq, Lubnan, Jordan, Arab Saudi dan lain-lain. Tetapi malangnya Palestin gagal ditubuhkan. Setelah ia menjadi mandat oleh Britain, dari atas buminya diwujudkan Israel. Tetapi Palestin dinafikan haknya. Negara Jordan yang ditubuhkan dengan kedaulatan meliputi Tebing Barat dan Baitulmakdis dianggap adalah negara bagi rakyat Palestin. Ketika mana orang Yahudi dibawa hijrah ke Israel, orang Palestin pula dihalau dari bumi mereka untuk dipaksa tinggal di Jordan.

Kejatuhan khilafah sememangnya amat dikesalkan kerana ia mendatangkan pelbagai kesengsaraan kepada umat Islam. Daripada keadaan ini jugalah timbul masalah datang Palestin. Republik Turki yang baru pimpinan Kemal Attaturk menganjurkan sekularisme yang ekstrem hingga mencabut akar Islam negara itu.

Dia serta merta menjadikan Turki sekutu Barat. Dan daripada keadaan ini, secara berterusan ia bersekutu dengan Amerika Syarikat dan Britain. Maka tanpa teragak-agak Ankara menjalin hubungan diplomatik dengan Israel dan mengiktirafnya. Dalam Perang Dingin, ia menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan sentiasa mengimpikan untuk menjadi negara anggota Kesatuan Eropah (EU).

Sekutu Barat bermakna sekutu Israel. Tetapi rakyat Turki tidak erda hal ini. Attaturk memerintah secara kediktatoran tentera. Apabila demokrasi mula dipereknalkan sedekit demi sedit, maka muncullah parti islam. Tetapi parti islam ditekan kerana dianggap bercanggah dengan fahaman nasional.

Daripada Parti Keselamatan Rakyat (Milli Salamat Parti – MSP) yang dipaksa dibubarkan kerana keislamannya, diubah pula kepada parti-parti lain seperti Parti Fadhilat dan Parti Kebajikan di bawah kepimpinan Necmettin Erbakan, tetapi terasnya sama. Kesemuanya diharamkan kerana disifatkan bercanggah dengan perlembagaan Turki atas cirri Islam parti itu.

Akhirnya para aktivis Islam ini menubuhkan sebuah parti yang diisytiharkan bukan parti Islam, bernama Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). Parti ISam walaupun ditekan dan dipaksa mengubah identity tetapi dengan kepimpinan yang baik di bawah Erdogan telah berjaya sedidkit demi sedikit mengembalikan Turki ke peranannya yang terdahulu.

Walaupun ia tidak mempunyai kekuatan seperti dulu pada zaman Khilafah Uthmaniah tetapi peranannya sebagai pewaris kepimpinan Islam mula terselarlah. Ia mengambil sikap berbeza daripada pemerintahan Turki terdahulu. Tetapi sebaliknya cara ini ia mengembalikan peranan Turki sebagai negara yang prihatin kepada umat Islam lainnya.

Turki sebagai pewaris Khilafah Uthmaniah bertanggungjawab terhadap usaha mempertahankan Palestin,.Perkara ini dapat berlaku kerana kejayaan parti AK dalam mendapatkan sokongan rakyat Turki yang kini menunjukkan sikap mereka sebenar. Apa yang membolehkan parti AK berbuat demikian adalah kepimpinannya yang dapat dipercayai dan berkesan.

Parti AK tidak boleh dinamakan sebagai parti Islam, kerana ia tidak dinyatakan demikian. Apa yang sering dirujukkan kepadanya ialah ia merupakan parti pro-Islam. Atau parti bekas aktivis Islam. Kerana umumnya ia digerakkan dan dipimpin oleh mereka yang menganggotai parti-parti Islam sebelumnya.

Di mana-mana negara di dunia, umat Islam bersedia untuk memberi sokongan kepada parti Islam, parti pro-Islam atau parti berorientasikan Islam. Malah bayangkan betapa dunia Arab mengamalkan demokrasi dan parti islam bertanding, berkemungkinan parti-parti seumpama itu akan berjaya. Namun begitu sokongan orang Islam adalah bersyarat. Parti Islam mesti dipimpin dan diatur dengan baik serta mempunyai dasar dan kebuijakan yang dapat diterima rakyat. nnn..

Sabtu, 29 Mei 2010

MillatFacebook Alternatif terbaik Facebook


Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

~jom pakat-pakat tukar ke millatfacebook.aku dah buat,korang bile lagi?kita hapuskan facebook slow2.HANCUR ISRAEL!!!

Ahad, 23 Mei 2010

Malaysia Bakal ‘Muflis’ Pemimpin Berwibawa


KUALA LUMPUR : Baru-baru ini empat mahasiswa UKM telah dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana dituduh melanggar undang-undang universiti.

Arahan itu telah dikeluarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) susulan setelah mereka ditangkap oleh pihak polis di Hulu Selangor ketika Pilihanraya kecil berlangsung di sana.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) telah membantah keras terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan norma demokrasi yang telah diamalkan di negara kita.

"Sebagai mahasiswa, mereka berhak berada di mana sahaja dan bebas untuk menyuarakan hak mereka.

"Tindakan yang dikeluarkan oleh pihak universiti itu jelas melanggar hak kebebasan bersuara di negara ini," kata Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Muhammad Syafiq kepada erapakatan.

Menurut beliau, pihak Universiti harus sedar mahasiswa ialah aset dan agen perubah kepada kepimpinan negara, ini dilihat sebagai salah satu latihan sebelum menceburkan diri selepas keluar dari menara gading kelak.

Bagi Syafiq, jika mahasiswa disekat pemikiran dan perjuangan mereka, sudah pasti negara akan lumpuh dan ‘muflis’ kepimpinan yang berwibawa suatu hari nanti.

"Mereka tertuduh juga merupakan mahasiswa jurusan Sains Politik dan semestinya mereka perlu turun kelapangan untuk menyaksikan sendiri suasana politik Malaysia lagi-lagi ketika pilihanraya sedang berlangsung.

"Ini ialah salah satu praktikal dan latihan bagi mereka selaku mahasiswa jurusan Sains Politik," kata beliau lagi.

Syafiq yang mewakili MPMN mempersoalkan mengapa pihak universiti perlu mengenakan tindakan tersebut?

Bagi beliau hal ini jelas pihak pentadbiran Universiti menafikan hak kebebasan akademik.
Sehubungan itu, MPMN menggesa pihak Universiti menarik balik tindakan yang telah dikenakan ke atas mereka dan memuji tindakan mahasiswa yang mempraktikkan hak demokrasi.

MPMN juga akan terus memperjuangkan kes tersebut dengan segenap rupa dan cara untuk membela dan memperjuangkan hak mereka.

"Pihak universiti jangan cuba untuk memperbodoh dan menakut-nakutkan mahasiswa dengan tindakan yang telah dikeluarkan.

Pihak Universiti seharusnya bertindak lebih profesional dalam kes ini.

Tertuduh ialah Hilman Idham, Ismail Aminudin, Azlin Shafina adzha dan Woon King Chai.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Universiti pada 2 dan 3 Jun 2010. pihak MPMN mengharapkan dan menyeru kepada gerakan-gerakan kampus, NGO, ahli politik dan indvidu agar terus membela dan memperjuangkan mahasiswa yang jelas telah dicabuli hak mereka oleh pihak Universiti.


sumber: erapakatan


Jangan goyah kawan-kawan !!!!!

Kami akan sentiasa memperjuangkan nasib kalian !!!

Kita bukan tunggul untuk dipukul-pukul !!!!

Hak tetap hak, teruskan perjuangan !!!!!!

Mahasiswa 21 Tahun Berhak Berpolitik



KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong kenyataan Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr. Toh Kin Woon yang menyatakan bahawa mahasiswa yang berusia lebih 21 tahun ke atas berhak untuk terjun ke dunia politik.

Datuk Dr. Toh Kin Woon memberikan respons terhadap tindakan undang-undang yang dikenakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas empat mahasiswa Sains Politik UKM yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

Bagi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman, tindakan empat mahasiswa UKM tersebut selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.

Beliau yang mewakili DPPWP mempersoalkan, jika sekiranya usia 21 tahun adalah usia kelayakan mengundi, mengapa mereka tidak dibenarkan untuk berpolitik dan menyatakan sikap mereka terhadap mana-mana parti politik.

"Bukankah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, justeru mengapa mesti ada sekatan terhadap empat mahasiswa tersebut untuk mengamalkan hak demokrasi mereka?" soal beliau.

Beliau berpandangan undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak sesuai digunapakai buat masa kini kerana ia menyekat mahasiswa untuk menyatakan hak mereka.

"AUKU adalah alat untuk menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik, sedangkan dengan cara inilah mampu mematangkan mahasiswa dan melatih kepemimpinan mereka.

"Sepatutnya mahasiswa diberikan kebebasan mengenali lanskap politik negara, agar mereka tahu dan mampu menangani isu-isu semasa dengan baik. Apa yang berlaku hari ini, ramai mahasiswa yang tidak tahu menahu hal ehwal negara menyebabkan mereka menjadi lesu dan tidak bersikap proaktif dalam kepemimpinan mereka," tegas Fadhil.

Bagi beliau, empat mahasiswa tersebut terlibat berkempen di luar dari universiti mereka, justeru apakah perlu universiti mengambil tindakan terhadap hak dan privasi mereka.

"DPPWP bersetuju sekiranya tindakan diambil apabila mereka mengabaikan pelajaran atau meninggalkan kelas pengajian serta menjatuhkan nama baik universiti.

"Tindakan diambil terhadap mereka hanya kerana mereka berkempen untuk Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, tetapi bagaimana sekiranya mereka adalah ahli Umno dan terlibat secara langsung dengan kempen di mana-mana pilihanraya kecil? Sejarah menunjukkan bahawa UMNO dan BN sentiasa akan menggunakan golongan pelajar di dalam kempen mereka," tegas beliau lagi.

Beliau dan DPPWP berharap pihak UKM bersikap lebih profesional dan lebih rasional dalam menangani isu ini.

Sememangnya UKM akan lebih gemilang seandainya mereka mampu memberikan ruang demokrasi bernafas di dalam kampus dan memberikan hak kepada mahasiswa yang telah berusia 21 tahun untuk memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik atas nama demokrasi yang sebenar.

Sumber: erapakatan


Mahasiswa perlu bebas !!!!!

kami generasi kepimpinan negara, mana mungkin ditekan dan di ugut !!!!!!!!

Hidup Mahasiswa !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

PAS desak Dasar Judi Negara dikaji semula


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula dasar judi kebangsaan.

Bercakap kepada pemberita di pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS di Klang hari ini, Hadi berkata Pakatan Rakyat bersama dalam pendirian semua pimpinan agama bahawa judi mengundang mudarat.

Namun pembanterasan gejala judi menghadapi kesulitan kerana soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah kuasa mutlak Kerajaan Pusat.

"Kita memang telah lama mengadakan perbincangan dengan semua agama yang menyatakan judi salah di sisi agama dan ia dah lama kita haramkan," kata Hadi.

Presiden PAS itu berkata demikian mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) agar Dewan Pemuda Pas mendesak Pakatan Rakyat menghapuskan lesen judi di negeri yang ditadbir gagasan itu.

Katanya, soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat menerusi Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, katanya, PAS bercadang untuk membenarkan anggota parti daripada kalangan bukan Islam turut terlibat membuat keputusan dalam parti dengan mengundi pada muktamarnya.

Hadi berkata bagaimanapun beberapa penelitian perlu dilakukan terlebih dahulu khususnya berkaitan perlembagaan parti sebelum keputusan dibuat.

"Kita perlu kepada banyak pindaan perlembagaan berhubung hal ini dan akan disusuli kemudian (bukan Islam boleh mengundi ketika muktamar)," katanya.

Perkara itu juga katanya memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Bagaimanapun kata Hadi, anggota PAS bukan Islam tetap diberi peluang memainkan peranan mereka demi perjuangan parti menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Sehingga kini dewan itu mempunyai kira-kira 20,000 anggota di seluruh negara, katanya.

"Hari ini kita telah melantik anggota jawatankuasa dewan itu di peringkat kebangsaan dan mereka akan menggerakkan operasi ke peringkat negeri selain menjadi wakil dewan dalam majlis-majlis rasmi parti," katanya.


Sumber: malaysiakini

Sabtu, 15 Mei 2010

Peguam Syarie Bukan Islam Pertama di Malaysia


Panas...panas....dengan semangat 1Malaysia, sape-sape pun leh jadi peguam SYARIE..KAH KAH kah~~~~!!!!sudah berani skang.Dah takder orang Islam ker???tula DER,belajar ghajin2 kat sini,balik leh jadi PEGUAM.kah kah kah~~~~!!!!..


Seorang peguam wanita yang bukan beragama Islam, Victoria Jayaseelee Martin, hari ini memperolehi kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk beliau berkhidmat sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada permohonan untuk suatu perintah bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerima masuk Victoria sebagai peguam syarie.

Ini adalah kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah.

Hakim Zawawi yang membenarkan permohonan itu menolak bantahan yang dikemukakan oleh MAIWP.

Victoria (atas, kanan) mendapat kelulusannya pada tahun 2004 daripada Universiti Islam Antrabangsa dan berkata beliau ingin menjadi peguam syarie demi kepentingan keadilan.

Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, syarat sebelum seseorang boleh menjadi peguam syarie adalah dia mesti merupakan seorang Islam.

Di negeri-negeri lain, bukan Islam dibenarkan menjadi peguam syarie.

Bagaimanapun, Selangor baru-baru menarik balik kekecualian itu dan hanya peguam Islam yang dibenarkan di mahkamah syariah di negeri itu.

Victoria diwakili oleh peguam Ranjit Singh, manakala pendakwa kanan persekutuan, Nadia Hanim Mohd Tajuddin mewakili MAIWP.

Victoria, yang mempe
roleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonanya sebagai peguam syarie ditolak MAIWP Islam melalui jawatankuasa peguam syarie.

Beliau berkata melalui sepucuk surat bertarikh 6 April, 2006, beliau menghantar permohonan tetapi MAIWP memaklumkan beliau bahawa permohonannya sedang diproses.

Selepas lebih tiga tahun, tiada jawapan daripada MAIWP berhubung permohonannya.

Katanya melalui sepucuk surat bertarikh 4 Ogos, 2009 beliau memohon semula sebagai peguam syarie tetapi MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie melalui sepucuk surat bertarikh 9 Sept, 2009 menolak permohonannya atas alasan bahawa beliau bukan Islam.

Beliau kemudian memfailkan permohonan kebenaran pada 23 Oktober tahun lalu yang antara lain untuk satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan MAIWP kerana menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Victoria juga mahukan satu pengisytiharan bahawa Kaedah 10 daripada Rukun Peguam Syarie 1993, yang memberi mandat bahawa orang Islam sahaja boleh diterima sebagai peguam syarie adalah ultra vires kepada Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Beliau juga menuntut satu pengisytiharan bahawa di bawah kaedah yang sama, yang memberi mandat bahawa hanya orang Islam diterima sebagai peguam syarie, adalah bertentangan dengan Artikel 8(1), 8(2), 5 dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Peguamnya, Ranjit Singh memberitahu pemberita bahawa hakim menolak hujahan MAIWP bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa bagi mendengar permohonan anak guamnya berhubung permohonan menjadi peguam syarie.

Katanya beliau memaklumkan hakim bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk menangani perkara itu.

Ranjit berkata hakim juga menolak hujahan MAIWP bahawa jika Victoria tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Majlis Agama, beliau boleh membuat rayuan dengan majlis itu.



Sumber: mymetro

Rabu, 12 Mei 2010

Video Penyerahan Memorandum KITA kepada KPT

Aku nak tunjuk kat korang satu video best ni, takla ganas tapi cukup untuk menggetarkan Pakcik-pakcik kat JPMK(Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah)nun.Dorang ingat kita leh lepas macam tu jer kot. Tak dapek la.Siap-siap la bag untuk packing barang yer. Kalau nak nyusahkan kami kat sini boleh berambus. Ganas la ayat aku ni~~huhuhu~~tak ada bahasa yang elok dah untuk pakcik-pakcik tak reti buat keje ni..jom kite layan video ni yer.....



Korang jangan buat-buat tanya lak, ni video penyerahan memorandum kepada KPT atas kezaliman pakcik-pakcik JPMK kat dak2 MEDIC dan QIRAAT kat MESIR,oleh DPPP(Dewan Pemuda PAS Pusat)diketuai oleh Setiausahanye Saudara Kamaruzzaman.

Buat pengetahuan korang, yang pakai baju koko pakai spec tu( belakang) budak Mesir.Satu batch dengan aku lagi. Nama die Abdul Hadi, dak Selangor. Balik-balik terus terjun ke medan. Ko memang mantop la Hadi.Aku akan ikut jejak ko,INSYA'ALLAH.

Sebarkanlah video ni,bagi pakcik-pakcik JPMK kalut macam belut.

Nie berita yang aku petik dari harakahdaily :

PUTRAJAYA, 12 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menuntut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyiasat secara mendalam punca yang menyebabkan pelajar Malaysia dihalang daripada menduduki peperiksaan di Maahad Qiraat al-Azhar, Mesir, cawangan Shubra dan Mansourah.

Tuntutan itu dinyatakan dalam satu memorandum yang diserahkan oleh Setiausaha DPPP, Kamaruzaman Mohamad kepada KPT di sini, hari ini.

Memorandum itu diterima oleh pegawai khas Menteri Pengajian Tinggi, Mohd Arif Adnan.

"Pihak kami meminta KPT menyiasat dengan lebih terperinci bagaimana kes sebegini boleh berlaku dan berharap memorandum yang diserahkan ini dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar kita di sana," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

DPPP juga mahu KPT melaksanakan program pra perlepasan dan program pasca ketibaan bagi memastikan segala urusan yang berkaitan dengan pendaftaran pelajar baru dipantau dan segala masalah berbangkit ditangani seawal mungkin.

Selain itu, KPT diminta meningkatkan koordinasi dengan semua pihak yang terlibat dengan penghantaran pelajar Malaysia ke Mesir termasuk pihak Kedutaan Malaysia di Mesir dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan urusan penghantaran pelajar ke Al Azhar berjalan secara sistematik.

Pelajar-pelajar tahun satu dari Malaysia tidak dapat menduduki peperiksaan tersebut yang dijadualkan pada 8 Mei yang lepas akibat isu-isu birokrasi pentadbiran.

Kamaruzaman berkata, pelajar tidak harus dipersalahkan sebaliknya pihak yang bertanggungjawab di Malaysia dan Mesir khususnya Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) perlu lebih profesional dalam menguruskan pelajar baru di Al Azhar.

"DPPP melihat wujudnya kelemahan dan kepincangan yang ketara dalam aspek pengurusan pelajar-pelajar baru di Maahad Qiraat Al Azhar.

"Wujud keraguan yang munasabah terhadap kepekaan dan profesionalisme JPM di Mesir dalam menangani permasalahan pelajar Malaysia di sana," katanya lagi.

Satu lagi tuntutan dalam memorandum berkenaan adalah mengenai masalah kelewatan proses pemuafakatan bersama KPT bagi pelajar perubatan sesi 2009/2010 di bawah seliaan KPT yang ditempatkan di lima buah universiti di Mesir iaitu Kaherah, Ain Shams, Iskandariah, Tanta dan Zaqaziq.

Seramai 65 orang pelajar perubatan sesi berkenaan didaftarkan di kuliah perubatan dalam program Government-to-Government (G2G) namun mereka tidak layak menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.

Kelewatan pemuafakatan ini dikesan berpunca daripada sikap KPT Mesir yang menganak tirikan pelajar G2G dan sikap JPM Kaherah yang tidak efektif dalam menangani masalah tersebut.

"Berdasarkan pengalaman sesi terdahulu, jangka masa proses permuafakatan ini dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum bulan Januari, tahun pertama pengajian.

"Tapi apa yang berlaku, prosedur tersebut selesai pada 6 April 2010. Ini bermakna, ia telah tertunda lebih dari empat bulan dari jangka masa yang sepatutnya," katanya.

Kelewatan itu menimbulkan masalah kepada pelajar terbabit kerana proses penghantaran fail maklumat pelajar ke universiti masing-masing tergendala menyebabkan mereka masih belum disahkan secara hitam putih sebagai pelajar di universiti mereka.

Justeru DPPP mencadangkan agar JPMK mengeluarkan surat dalam kapasiti tugas mereka bagi memohon kebenaran dekan universiti Ainsham, Tanta dan Zaqaziq untuk memberi kelonggaran kepada pelajar menduduki peperiksaan akhir tahun di universiti masing-masing.

Selain itu, DPPP mahu JPMK memberi desakan kepada pihak KPT Mesir supaya menyegerakan proses penghantaran fail maklumat pelajar ke universiti masing-masing.

Sementara itu, Kamaruzaman memberitahu, hasil perbincangan kira-kira 15 minit bersama pihak KPT, pihak kementerian berjanji akan menyiasat laporan yang dinyatakan dalam memorandum tersebut dan mengambil tindakan segera.

Turut mewakili KPT, Prof. Fauzi, iaitu individu yang bertanggungjawab menguruskan pelajar Malaysia di Mesir.

Selasa, 27 April 2010

Isu wafidin ke cairo: Siapakah dalangnya?

Tangisan kesedihan,dukacita dan kecewa.seribu satu rasa kini menyelubungi sahabat-sahabat muhafazah.saya sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa kalian semua.saya turut merasa kekecewaan itu kerana diperlakukan sedemikian rupa.di waktu2 terakhir untuk mengulangkaji pelajaran sebelum imtihan,Allah telah turunkan imtihan kepada kita terlebih dahulu.

Sekarang ini,semua mahasiswa sibuk membincangkan isu yang sama,'wafidin perlu berpindah ke Kaherah'.mana-mana pun saya pergi,isu yang sama disembangkan.reaksi kawan2?macam-macam ada.ada yang bersimpati,ada yang tak kisah,ada yang tak percaya dan macam-macam lagi.yang di kaherah pastinya sedikit selesa,tak rasa apa-apa.ada yang bongkak pun ada."ini bukan masalah aku"kata mereka.yang di muhafazah.macam-macam tindakan telah diambil.sekarang ni,Mansurah paling advance,mereka sudah mengadakan muktamar atau perbincangan sesama pihak berwajib universiti.jawapannya tetap belum pasti.masih ragu-ragu.

Siapa punya angkara?ini soalan wajib disebalik isu ini.wakil Malaysia di muktamar mansurah telah bertanya soalan ini kepada wakil universiti,tetapi tidak dijawab.mereka pun naik buntu dengan soalan itu.susah untuk menunding jari,takut-takut tersalah tunding,patah balik dekat diri sendiri.walaupun sudah ada bunga-bunga bayangan siapa si perancang utama masalah ini.

Saya mengambil sikap tunggu dan lihat peristiwa akan datang disamping mencari sumber-sumber kajian kes untuk dianalisis.

Saya yakin dengan al-Azhar asy-Syarif tempat saya menuntut ilmu ini.Al-Azhar tak akan menyusahkan pelajarnya.Kemulian al-Azhar pasti tercalar jika perkara ini betul-betul dilaksanakan.melainkan al-Azhar bersedia untuk menceritakan siapakah dalang yang berkompromi dalam isu hangat ini.Pelik,ia berlaku secara tiba-tiba tanpa siapa pun menduga.kepada kawan-kawan,bersabarlah atas ujian ini.

Sabtu, 24 April 2010

Analisis kes: Mahasiswa Mesir bukan kayu

Sekali lagi jiwa mahasiswa tercabar dan dicabar.tak habis dengan satu isu,ada lagi isu lain yang timbul.

Inilah dugaan dan cabaran yang perlu dipikul oleh golongan agamawan melayu di Mesir.

Saya tidak mahu menceritakan plot kejadian,sebab sudah diulas oleh sahabat yang lain.cuma mahu menjadi seorang pengalisis bebas.

Isu siapa besar?siapa kecil?masih lagi dimainkan oleh pihak tertentu.walaupun sudah jelas siapa yang benar dalam kes ini,namun tetap juga dinyanyi-nyanyikan oleh pihak terbabit.susah sangat ke untuk meminta maaf.adakah terhina orang yang menghulurkan tangan untuk memohon kemaafan?tidak.itu jawapannya.malah diangkat darjat oleh Allah s.w.t.

Kenapa mahasiswa perlu diganggu?kerajaan Malaysia mengutus utusannya disini bukan untuk menyebarkan fikrah politik sempit,tetapi untuk menjaga kebajikan anak-anak Malaysia di sini.

Mahasiswa Mesir tidak pernah menafikan peranan kedutaan dan Jabatan Penuntut di sini,malah dianggap 'ayah'.tetapi tolong jangan menzalimi anak-anak ini.kenapa perlu menafikan hak PMRAM dalam segala aspek dan sudut.saya sangat pelik.PMRAM bukan pembangkang.jangan takut.PMRAM sudah banyak berjasa kepada warga Melayu di sini.fakta yang tidak boleh disangkal lagi.telah tercatat dalam sejarah.malah penubuhan Kedutaan Besar Kaherah juga dicadangkan oleh PMRAM.PMRAM sedia memberi kerjasama sepenuhnya.tapi?

Esok,asalnya akan diadakan wacana ilmiah membincangkan peranan Melayu Mesir yang akan menggabungkan beberapa individu berlainan warna.namun 'si dia' telah menarik diri dari berhadapan dengan mahasiswa/wi mesir.akibatnya perancangan program ditukar-tukar sehingga hari ini.sangat menyulitkan.saya hanya mengambil keputusan untuk menunggu sehingga detik malam esok.

semoga Allah tunjukkan kebenaran,tamatkan peperangan ini dengan aman tanpa ada pihak yang terkorban dan berkorban.

Jumaat, 23 April 2010

Kartika selesai jalani hukuman


KUANTAN, 22 April — Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno hari ini selesai menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini, untuk selama tiga minggu.


Kartika, 33, sebelum ini terlepas daripada hukuman sebat selepas Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan meringankan hukuman itu.

Beliau dilihat meninggalkan rumah kanak-kanak itu kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana selepas mula ditempatkan di rumah itu pada 2 April lepas.

Kartika melambai-lambaikan tangan kepada pihak media dan jurugambar yang berkumpul di perkarangan depan pintu masuk rumah kanak-kanak itu.

Ibu tunggal yang mempunyai dua anak itu dijatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai 2009 selepas didapati bersalah meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang.

Sementara itu, bapa Kartika, Shukarnor Abdul Mutalib, 62, ketika dihubungi berkata beliau bersyukur selepas hukuman yang dikenakan terhadap anaknya itu berakhir hari ini.

“Kami sekeluarga amat bersyukur pada Tuhan,” kata Shukarnor.

Shukarnor berkata dia sekeluarga kini berasa tenteram dan berharap mereka tidak lagi diganggu dan menjadi tumpuan pihak media.

Shukarnor berkata beliau akan mengambil Kartika Sari Dewi di Kuala Lumpur.

“Kami sekeluarga akan bertolak dari Perak ke Kuala Lumpur kerana Kartika akan bertolak dari Kuantan terus ke Kuala Lumpur bersama peguamnya,” katanya. — Bernama


Khamis, 15 April 2010

Terjun perigi ikut suara ghaib


MACHANG - Seorang suri rumah terpaksa menunggu lebih satu jam di dalam sebuah perigi yang airnya pada paras pinggang selepas dia terjun ke dalam perigi tersebut kononnya atas arahan satu suara ghaib.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi di Kampung Laha, Pulau Chondong dekat sini semalam, Siti Ramlah Wok, 52, tidak cedera dan diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat selepas terperangkap dalam perigi yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Perigi itu digali lebih 10 tahun lalu dengan paras kedalaman enam meter.

Bagaimanapun musim kemarau sejak awal tahun ini menyebabkan ia jarang digunakan lagi sehingga ditumbuhi semak.

Ia hanya digunakan sekali sekala oleh penoreh getah di kampung itu untuk mencuci tangan dan peralatan menoreh.

Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku di situ kerana sebelum ini tiada kes penduduk terjun ke dalam perigi atau orang mendengar suara ghaib yang meminta mereka terjun ke dalam perigi itu.

Rabu, 14 April 2010

Judi: Pakatan Rakyat kumpul tandatangan bantah lambakan kedai judi


KUALA LUMPUR 14 APR: Pakatan Rakyat akan mengumpulkan tanda tangan semua ahli parlimen tanpa mengambil kira fahaman politik bagi membantah jumlah hari cabutan khas atau special draw.

Memorandum itu akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai desakan kepada Perdana Menteri itu supaya mengawal cabutan judi itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook pada sidang dewan rakyat mempersoal tindakan kerajaan Umno BN yang menambah bilangan cabutan khas dipercayai bagi meningkatkan kadar kutipan cukai judi.

“Kita bersetuju semua ahli parlimen tanpa mengira parti menghantar satu memorandum kepada kepada Perdana Menteri mengenai isu perjudian. Kita akan minta semua ahli parlimen akan menandatanganinya kerana perjudian semakin banyak diluluskan,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, memorandum yang akan diserahkan kepada Najib mengandungi dua perkara pokok iaitu untuk membatalkan 20 kali cabutan khas bagi 2010 dan mendesak jumlah hari taruhan dikurangkan.

“Dua perkara itu menyeru Perdana Menteri supaya membatal semua cabutan khas yang berjumlah 20 kali untuk 2010. Yang kedua mengurangkan hari pertaruhan dari tiga kali seminggu kepada dua kali seminggu,” katanya.

Apa dah jadi: Setan Kecil di Sekolah

PETALING JAYA: Marah kerana dihukum atas kesalahan disiplin, sekumpulan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya Selatan boleh diibaratkan ‘setan kecil’ apabila sanggup merosakkan sembilan kereta guru dengan menyimbah cat kuning dan putih, petang kelmarin.
Mereka juga bertindak ganas apabila memecahkan cermin belakang sebuah kereta Perodua Myvi milik guru.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, kumpulan pelajar samseng terbabit dipercayai melakukan kerja itu selepas waktu rehat sesi petang .


Kenderaan guru terbabit diletak bersebelahan pagar berdekatan makmal dan kumpulan pelajar terbabit dipercayai menceroboh kawasan sekolah dengan memanjat pagar.


Menurut sumber, seorang pelajar tingkatan dua dikenal pasti menjadi ketua kumpulan samseng itu dan bakal berdepan tindakan tegas.


“Mereka pantas melarikan diri dengan memanjat pagar sebelum lesap ke kawasan perumahan berdekatan sekolah,” katanya yang enggan dikenali.

Katanya, pelajar terbabit mengisi cat kapur berwarna putih dan kuning ke dalam beberapa karung plastik sebelum menyembur cecair itu di kenderaan guru.


Sumber itu berkata, difahamkan seorang daripada pelajar terbabit mahu merosakkan kenderaan guru disiplin, tetapi mungkin bertukar fikiran dengan merosakkan lapan lagi kenderaan lain yang berada di tempat letak kereta itu.


Bagaimanapun, pelajar tingkatan dua yang mengetuai serangan itu tersilap langkah apabila memecahkan kereta milik seorang guru wanita kerana menyangka ia milik guru disiplin yang menghukum mereka.

Menurut sumber itu lagi, polis tiba di sekolah berkenaan kira-kira jam 5 petang untuk menjalankan siasatan sebaik dimaklumkan kejadian itu.


Tinjauan Harian Metro mendapati kawasan parkir di kawasan sekolah itu sudah diletakkan papan larangan meletak kereta dan direntang dengan tali.


Difahamkan, kejadian disedari pengawal keselamatan sekolah apabila sekumpulan pelajar lain menjerit memberitahu ada pelajar menyimbah cat dan memecahkan kenderaan guru dipercayai menggunakan batu.


Antara kenderaan yang menjadi mangsa lepas geram kumpulan pelajar itu ialah Proton Exora, Perodua Myvi dan Perodua ViVA.


Sekolah menengah terbabit juga sekolah angkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan dijalankan.


Bagaimanapun, Arjunaidi enggan mengulas lanjut berhubung serangan kumpulan pelajar samseng itu.


Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi talian 03-79662222. Difahamkan kes terbabit dilanjutkan kepada pengetahuan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Kementerian Pelajaran.


Sumber: mymetro.com

Rabu, 7 April 2010

Dato' Sri Nizar: Rakyat Perak masih menyokong PR

Mantan Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin tetap yakin bahawa rakyat di bumi Perak akan memilih Pakatan Rakyat (PR) sebagai kerajaan negeri seandainya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan pilihan raya diadakan sekarang.

Sambil menolak analisis soal selidik yang dijalankan oleh ILHAM centre, yang menjangkakan PR akan kalah jikalau pilihan raya diadakan sekarang, berdasarkan perhitungan bahawa sokongan Melayu terhadap PR akan menurun pada kadar 7–10 %, Nizar mendakwa rakyat di bumi Perak telah menjadi "buta warna kulit".



"Saya perlu mengaku bahawa saya tidak dapat menyetujui sepenuhnya analisis tersebut," sebelum beliau menyambung, "Kalau itulah analisisnya, maka Zambry (MB BN) adalah orang pertama yang ketawa dan ketawa dan mengadakan pilihan raya sekarang kerana beliau akan menang sekarang juga."

"Tetapi, saudara-saudara, kita cabar dia. Kalau anda (Zambry/BN) rasa anda akan menang dengan apa-apa cara juga, adakan pilihan raya sekarang dan tengok siapa yang akan menang!"

Malah, beliau sempat mengusik parti musuh politiknya, dengan meminjam slogan UMNO, "Kami menyatakan, kalau ada pilihan raya hari ini, besok, semalam dan bila-bila...dulu, kini dan selama-lamanya, kita Insyaallah akan menang!"

Hampir 40% setuju BN sah kerajaan negeri di Perak

Kata-kata bekas MB Perak dalam forum berjudul "Pencabulan Amalan Federalisme: Implikasi kepada Institusi Perundangan di Malaysia" disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 600 orang hadirin. Forum ini dianjurkan oleh Free Public Forum (FPF) bersama ILHAM Centre pada pada 1 April, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bertempat di Auditorium Dewan Sivik MBPJ.

Selain Nizar Jamaluddin yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, ahli panelis yang dibariskan termasuklah pakar perlembagaan Professor Abdul Aziz Bari, pakar perundangan Sulaiman Abdullah dan ahli parlimen Subang-PKR Sivarasah Rasiah. Bagaimanapun, dua orang panelis yang dijadualkan sebelum ini, iaitu bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim dan EXCO Kelantan, Husam Musa gagal hadir.

Sebelum forum dimulakan, Pengarah Urusan ILHAM Centre, Mohd Azlan bin Zainal membentangkan laporan soal selidik yang dijalankan oleh ILHAM, berjudul Tinjauan Lapangan terhadap Isu-isu Semasa di Perak. Tinjauan ini dijalankan antara 1 hingga 4 Mac 2010, iaitu selepas panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa Zambry Abdul Kadir dari UMNO-BN adalah Menteri Besar Perak yang sah. Tinjauan terhadap 1,031 orang responden ini mengambil tempat di kawasan DUN Kuala Sepetang, dengan struktur penduduk mengikut kaum Melayu 59.96%, Cina 31.67%, India 8.34%, dan lain-lain 0.03%.

Menurut Mohd Azlan, tinjauan ini menunjukkan 39.2% responden bersetuju bahawa Kerajaan BN Perak adalah sah di sisi Undang-Undang Tubuh Perak, sementara 31.0% tidak bersetuju, dan 26.8% tidak pasti. Di samping itu, 37.0% responden bersetuju dengan keputusan mahkamah berkaitan dengan pengesahan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, namun pandangan ini tidak dipersetujui oleh 30.0% yang lain dan 28% yang tidak pasti.

PR bakal tewas kalau pilihan raya diadakan

Apa yang menarik, tinjauan tersebut menunjukkan pola di mana responden yang semakin lanjut usia dan semakin rendah taraf pendidikannya, didapati lebih cenderung untuk menyetujui bahawa BN dan Zambry adalah kerajaan negeri dan MB yang sah di Perak.

Malah, ketika diajukan soalan "sekiranya pilihan raya diadakan semula seluruh Perak, jangkaan Parti akan menang", hasil tinjauan masih memihak kepada BN dengan peratusan sebanyak 55.3%, berbanding kepada PR 48.5% dan hanya 11.2% menyatakan tidak pasti.

Ketika merumuskan hasil tinjauan tersebut, ILHAM menjangkakan sokongan kaum Cina kepada PR Perak akan kekal di Perak, tetapi sokongan daripada kaum Melayu akan menurun 7–10 %, dan kaum India pula bergantung kepada isu.

Semasa mengulas analisis tersebut, Nizar Jamaluddin berkata, "...tetapi di Perak, analisis itu mungkin tidak berkesan lagi di Perak. Kerana kami tidak lagi membezakan antara kami dengan Melayu, Cina, India...dalam analisis kita. Itu telah berlalu."

"Merdeka Center dan NGO lain boleh menganalisa berdasarkan faktor-faktor tersebut," Nizar bersambung, "Tapi biar saya beritahu anda dari hati saya, ia tidak berlaku begitu di Perak lagi. Untuk satu dan setengah tahun yang lalu, 11 bulan semasa kita memegang tampuk kuasa, Alhamdulillah kami mampu menghakis perasaan perkauman di Perak. Kita adalah buta warna dalam kulit."

"Dasar Apartheid" di Perak?

Biarpun dipertikaikan sama ada hujah di atas berpijak pada bumi, Nizar tetap mempertahankan kenyataan beliau dengan mengambil contoh bagaimana beliau sebagai calon bukan Cina dari PAS berjaya meraih sokongan 85% pengundi Cina di PRK Bukit Gantang, sokongan kemuncak dari komuniti Cina yang belum dicapai oleh pemimpin Cina dari DAP mahupun MCA. Tidak cukup dengan itu, beliau menggambarkan bagaimana buat pertama kalinya pimpinan DAP dan PKR yang bukan Melayu mula membaca al-Quran dalam DUN.

"Tak pernah ada dalam sejarah negeri Perak, bahawa kehormatan kami antara satu kaum dengan kaum yang lain paling tinggi yang pernah dicapai dalam zaman Barisan Nasional," katanya.

Nizar Jamaluddin yang kini menjadi Ketua Pembangkang dalam DUN Perak menjelaskan kepada hadirin mengapa ADUN PR terpaksa keluar dari DUN Perak secara beramai-ramai dalam persidangan mesyuarat DUN Perak, baru-baru ini.

Nizar mendakwa bahawa PR "mahu jadi pembangkang yang cukup-cukup kuat, untuk menjadikan persidangan itu berjalan licin dan lancar", namun berdepan dengan pencabulan hak, apabila pembesar suara ADUN PR ditutup, malah media tidak dibenarkan masuk ke dewan untuk mengikuti persidangan yang mengambil masa hanya lima jam ini, kecuali beberapa media milikan UMNO seperti TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan sebagainya.

Beliau bertanya, "Bolehkah anda bayangkan? Nak masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak, Barisan Nasional masuk pukul 9:30 (pagi), ikut pintu A, pakai lif nombor tiga. Bukan hanya Afrika Selatan ada (dasar) Apartheid, Ipoh ada. Pakatan Rakyat masuk ikut pintu B, pakai lif nombor enam, masuk pukul 9:45 (pagi). Nak masuk macam masuk kapal terbang, ada scanner, ada x-ray,...ada telefon, rampas; ada video cam, rampas..."

Tolak Ketuanan Melayu

Sebelum mengakhiri ucapannya, Nizar Jamaluddin menyeru agar konsep "Ketuanan Melayu" ditolak. Beliau membacakan ayat dari Quran, menterjemahkannya, "Wahai orang-orang yang beriman, kamu hendaklah laksanakan kebenaran sentiasa. Dan kamu mestilah jadi saksi yang adil, dan janganlah sikap kamu benci kepada kaum dan bangsa lain menjadikan kamu tidak adil. Berlaku adilah kau, sesungguhnya ia cukup rapat dengan ketaqwaan dan bertaqwalah kamu sesungguhnya Allah maha mengetahui dalam perkhabarannya berkenaan apa yang kamu lakukan..."

"Kita hari ini sewajarnya membuangkan (konsep) 'Ketuanan Melayu' yang diuar-uar dan diasak oleh UMNO-Barisan Nasional," tegasnya, "I repeat (Saya mengulangi), mengapa kita jadi hari ini, kerana sindrom Ketuanan Melayu tanpa kita sedari menular di hati sanubari kita."

Malah, Nizar mengingatkan bahawa tiada kalimah Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata, "UMNO ingatkan, Malaysia bapak dia punya! Hari ini Pakatan Rakyat, kita menyeru seluruh rakyat, untuk membantu kita dalam perarakan ke Putrajaya. Kita kini dalam perarakan ke Putrajaya, menjujung banner Ketuanan Rakyat!"

Sulaiman: Nizar tetap MB sah

Sementara itu, meskipun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Zambry Abdul Kadir sebagai MB yang sah pada 9 Februari yang lalu, namun dalam hati pengamal undang-undang, Sulaiman Abdullah, Nizar Jamaluddin kekal sebagai MB Perak yang sah.

Penghakiman ini membuatkan beliau "teringat peristiwa yang berlaku berabad-abad dahulu". Sulaiman (gambar kiri) berkata, "...Galileo Galilei, iaitu ahli astronomi dan fizik, yang mengatakan bahawa bumi kita mengelilingi matahari. Tetapi pihak berkuasa berpendapat bahawa matahari yang mengelilingi bumi kita, dan bumi kita tidak bergerak. Jadi, apabila Galileo tidak bersetuju menarik balik pendapat dia, mereka cuba membakarkan dia sehinggalah dia setuju dengan pendapat palsu mereka."

"Tetapi semasa dia dikeluarkan dari api itu, dia berbisik juga, 'tetapi ia(bumi) bergerak', bumi kita yang bergerak," katanya.

Sulaiman menerima tepukan gemuruh dari bawah pentas, apabila dengan nada yang tenang mengatakan, "Jadi, beberapa mahkamah, beberapa pembesar negara, boleh mengatakan bahawa di sisi undang-undang, Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar Perak. Tetapi dalam hati nurani saya, menurut undang-undang Tuhan, undang-undang manusia yang baik, saya percaya bahawa beliau tetap Menteri Besar Perak yang sah!"


Oleh: Lim Hong Siang

Pengasingan gerabak: Diterima, tapi jangan paksa


Oleh G. Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 7 April — Pemimpin wanita parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan menyambut baik langkah pengasingan gerabak komuter KTM ikut gender, tetapi berharap ia bukan satu langkah paksa.

Sebaliknya penumpang perkhidmatan komuter khususnya wanita wajar diberikan pilihan sama ada mahu menggunakan gerabak khas untuk kaum lelaki ataupun wanita.

“Saya menyambut baik tetapi pilihan harus diberikan sama ada mahu menggunakan gerabak lelaki atau wanita... misalnya jika saya menggunakan komuter bersama ahli keluarga, juga diikuti anggota keluarga kalangan lelaki... bagaimana keadaan mereka?” soal Pengarah Eksekutif Sisters in Islam Dr. Hamidah Marican kepada The Malaysian Insider.

Hamidah berpendapat perkara-perkara seperti ini perlu dihalusi supaya tidak mencetuskan suasan tidak senang di kalangan pengguna.

“Kita harus sediakan pilihan,” kata beliau pendekatan ini bukan sesuatu yang baru kerana sudah diamalkan di Jepun dan di beberapa negara lain.

Malah kata beliau, ada hotel di negara-negara tertentu yang menyediakan tingkat khusus untuk wanita.

Beliau melihat keperluan ini dari sudut pilihan, bukannya satu bentuk paksaan.

Dalam pada itu, ketua wanita parti komponen Pakatan Rakyat juga menerima baik cadangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mewujudkan gerabak berasingan untuk wanita kerana akan memberi keselesaan perjalanan kepada golongan itu dalam persekitaran lebih selamat.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin berkata, pengasingan dimaksudkan akan memberi lebih keselesaan kepada golongan wanita selain melindungi mereka daripada gangguan seksual.

“Cadangan mewujudkan gerabak berasingan ini bagus kepada golongan wanita kerana selain memberikan keselesaan sepanjang perjalanan, mereka juga selamat daripada masalah gangguan seksual.

“Jadi dengan adanya gerabak berasingan ini, wanita akan berasa dilindungi sepanjang perjalanan ke destinasi masing-masing.

“Dengan adanya gerabak berasingan ini secara tidak langsung, masalah gangguan seksual dapat dikurangkan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan untuk untuk mewujudkan gerabak komuter berasingan bagi penumpang lelaki dan wanita dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpang.

Aminuddin berkata tinjauan KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita.

Katanya, jika kereta api komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Salleh juga berpendapat pengasingan akan meningkatkan keselamatan golongan tersebut apabila menggunakan pengangkutan awam.

“Apabila ada gerabak berasingan ini, wanita akan berasa lebih selamat dan selesa semasa menggunakan perkhidmatan komuter.

“Apa yang penting mereka tidak akan lagi mengalami masalah gangguan seksual apabila berada dalam komuter.

“Mungkin perkara ini baru di negara kita tapi negara-negara Eropah telah melakukannya dan kita lihat kesan positifnya kepada golongan wanita,” katanya.

Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM) Che Asmah Ibrahim berpendapat, cadangan tersebut amat bagus kerana ia secara tidak langsung dapat membantu wanita.

“Kita memang menyokong cadangan ini kerana kita melihat ramai wanita menjadi mangsa gangguan seksual dalam kereta api terutamanya ketika waktu puncak.

“Pada waktu ini ramai orang yang akan berasak-asak dan ketika ini juga ada lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atas wanita.

“Mungkin gerabak berasingan ini boleh dilakukan ketika waktu puncak sahaja iaitu pada waktu pagi dan petang,” katanya.

Beliau berkata, gerabak pengasingan ini merupakan satu langkah terbaik dalam menjaga martabat dan juga kehormatan wanita.

“Sekarang kita banyak dengar aduan tentang gangguan seksual yang melibatkan wanita, jadi apabila pengasingan ini dibuat maka kehormatan wanita dapat dijaga.

“Selain itu, lebih selesa sekiranya wanita diletakkan dalam satu gerabak berasingan daripada bercampur dengan lelaki,” katanya.


Sumber: malaysianinsider.com