Isnin, 31 Mei 2010

Petang nie Aku Keboringan!

Dalam debaran menanti hari esok,dan lagi aku mengupdet blog ptg2 ni.xpela DER kan,jgn stress2.aku pun tak tau nak tls ape kt sni.cuma nak rayu korang doakan aku.ni last chance aku.sedih pon ada nak cite.tapi ape leh buatkan.yg ada cuma saat ini.dah usha,TAWAKKAL ALA ALLAH.

Esok juga bermulanye exam dak2 taun 1 syariah.berkerut2 aku nengok muke dak2 tu mengapai.tambah dgn musim panas yg menyengat pulak.Ya ALLAH,tak tau la mcmmn esok.doa2 jela DER.Aku ni nulis mcm first time amik exam lak ek.takut bebeno.bukan takut DER,cume nak kongsi perasaan.aku tau korang pun rase mcm aku gakkan.jgn tipu la.

Dlm sibuk2 nak peksa ni,jgn lp tgggjwb tu.pd Allah dan manusia.jgn bt pasal time2 ni.jg kesihatan tau DER.msm pns ni slalu dak2 kite trkena sindrom demam mengejut.tb2 je demam.jgn bt main.aku Alhamdulillah Allah tak uji mcm tu lg.cume ujian lain tu ada la time pekse ni.kalau nak cite pengalaman,aku prnh kena sakit gigi,ilang hp mahal,gaduh dgn member,pijat gigit idung,perut lapo dan mcm2 lg ujian.Besa la tu,ujian hidup utk matangkan kite.

Aku plg kesian kat member2 yg kehilangan org tersayang time2 pekse ni.tak dpt byg perasaan dorang.taun lps ahli bait aku dak taun 1,thn ni bks ahli bait dak taun 4,dulu kwn baik aku.setiap taun msti ada punya.moga2 aku dijauhkan drpd ujian yg berat ni.moga2 ibu bapa kite dipnjgkan usia.aku brniat nak hadiahkan kejayaan ni utk mrk.aku dh trlajak taun.huhu!nasib mak bapak aku jns paham.xpela.mak bpk korang amacam?korang pandei,xpe.huhu!

Dlm dok aku menaip ni,kak aku bg yg no 2 bg msg ucp slamat maju jaya.huhu!trharu pun ada.dia siap bg tips lg,nak msk dwn pekse nnti niat 'aku nak brjaya dan nak hadiahkan kejayaan utk kuarga' mantap gak kak aku ni.huhu!aku akn ingt pesananmu itu wahai kakakku.

Ok la DER,dh maghrib ni.esok bt btl2 tau.doakn aku same ye.tata,tutu,titi..cayok2 DER!!

Ahad, 30 Mei 2010

Susahnya Mengulang Al-Quran

Pejad celik pejam celik,esok 31 MEI 2010.Tarikh ape tu?tarikh aku exam ler.Bermulalah peperangan minda dan jiwa yg saban tahun aku tempuhi.Kegagalan lalu aku jadikan pedoman diri,betapa sakitnye kegagalan itu hanya ALLAH TAALA yg tau.Kecewa jgn kate la.tapi aku akur dgn ketentuanNYA.DIA maha mengetahui rahsia di sebalik kegagalan itu.

Yang lepas tu biar la.biarkan dia pergi membawa memori luka itu.Yang penting dan nyata skarang,aku berada di 30 MEI 2010.Masih punya waktu utk memulun ape yg nak dipulun dan tak cukup lg.Mengulan. AL-QURAN ni bukan mudah,walau 2 juzu' tapi payahnye ALLAH shj yg tau.betul la kata para huffaz,nak mengafal ni senang.nak menjaganye tu payah.tambah2 diriku yg penuh dgn dosa dan maksiat ni.nak memanggil blk ayat yg dah lari tu mmg susah.Quran ni kuat merajuk,sehari kite tak belai die,seminggu die lari dr kite.belum lg sebulan,setahun,10 thn etc.besar sungguh amanah para huffaz ni.kena pelihara dgn sebaiknye ayat2 ALLAH dlm dada tu.

Ada juga yg sekadar menghafal al-QURAN,tp melawan ayat al-QURAN.Nauzzubillah.Di Malaysia contohnya,kelas-kelas al-QURAN brtaburan.guru-guru al-QURAN ada di setiap ceruk kampung,namun dari segi penghayatan masih kurang.Penerangan tentang hukum2 yg terkandung dlm al-QURAN msh trbatas.sukatan sekolah pun sekadar asas-asas shj.yg btl2 menerangkan Islam secara mendalam hanya pondok2,sek. agama yg tak diusik kerajaan dan surau2 BULAN.

Ramai masih keliru dgn ISLAM yg SYUMUL.Masyarakat menganggap ISLAM hanya ibadat dan nikah kahwin.benda2 lain agama tidak ambik cakna.Agamawan dianggap brfikiran sempit,pelajar2 agama dicemuh tak ada mase depan dan pelbagai lagi tafsiran silap masyarakat.mane silapnye?siape punye keje?siape yg kena betulkan?jawapannye pada korang.

Aku mengambil kesempatan di sini untuk memohon ampun dan maaf atas segala salah silap.doakan aku.

Sabtu, 29 Mei 2010

Bila Perak akan haramkan judi?


Kenyataan Dr. Zambry yang mengatakan orang Islam tidak boleh kata judi halah mendapat liputan yang meluas dari pelbagai Media Pro BN dan kononnya dia semacam jaguh apabila disifatkan MB BN yang bersuara lebih awal berkenaan dengan bantahan yang meluas dari umat Islam dan rakyat Malaysia dengan kelulusan kerajaan membenarkan judi bolasepak secara berlesen.

Sehubungan dengan itu saya suka untuk menjelaskan :-

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

Sementara itu di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

1. Bilakah Kerajaan Perak akan melakukan tidakan yang sama dan Zambry mestilah meneruskan segala ucapannya dengan memastikan arahan segera dikeluarkan kepada semua majlis Bandaraya, majlis perbandaran dan majlis Daerah diseluruh perak untuk melarang Judi Bolasepak yang baru-baru ini diluluskan kerajaan untuk beroperasi dipermis Kerajaan tempatan.

2. Segala langkah yang baik oleh Kerajaan Perak mestilah didokong oleh semua pihak dan dalam Isu terkini adalah dalam isu Judi Bolasepak.

3. Sehubungan itu saya menyeru seluruh Sekretariat Parlimen Pakatan Rakyat di 24 Parlimen di Perak menghantar memorendum kepada semua Majlis Tempatan masing-masing bagi mendesak mereka untuk menagguh pemberiaan lesen kebenaran untuk judi bolasepak beroperasi dikedai Toto yang ada.

4. Selain itu saya mewakili Pakatan Rakyat Perak, mengucapkan tahniah kepada tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang dan beberapa PBT di Selangor. Selain itu kami berharap langkah sedemikian mendapat perhatian dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah dalam masa terdekat.


Drs. Khalil Idham Lim,
Setiausaha Sekretariat
Pakatan Rakyat Perak,
ADUN Titi Serong.

MillatFacebook Alternatif terbaik Facebook


Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

~jom pakat-pakat tukar ke millatfacebook.aku dah buat,korang bile lagi?kita hapuskan facebook slow2.HANCUR ISRAEL!!!

Relax Sikit DER!

Ulamak UMNO Jangan Permainkan Agama


Membuat blogwalking ke seantero blog2 dan portal2 berita sdikit menggerakkan otak aku yg berIQ tggi ni.huhu!jgn mrh DER,aku cm memuji ciptaan ALLAH.Sana situ sinun ada isu.Lame2 bace rase nak muntah.byk beno masalahnye dunia nie.mcm tak prnah aman dan xda harapan nak aman.Inilah bukti dunia makin uzur dan trlalu hampir dgn prjanjian kehancurannye.Bilakah saat itu?aku pun xtau.bersedie jer la yer.

Dalam aku dok jalan-jalan tadi aku terserempak dan trtarik dgn tulisan DR.MAZA,ala yg dulu trkenal dgn kewahabiannye tu.lantak la tue.moge2 dia dh brubah.aku respect dgn kelantangannye membidas ulamak-ulamak pro UMNO @ ala-ala UMNO.korang bace la dlm malaysiakini ade.Aku sokong pndpt beliau tntg prangai alamak-alamak UMNO ni.jgn kate aku wahabi sdh.sekeh kang.huhu!Skarang byk sggh isu tntg ISLAM kt Malaysia.Trbaru isu JUDI yg diredhai kerajaan mengong BN yg diketuai UMNO.Jenuh la alamak2 UMNO brjela2 brhujah nak menangkan KERA mrk.Untk ape suma ni?ni soal JUDI bro,bkn PADI atau MAGGI.Agama mn yg galak brjudi ni?cube nyatakn.xkan korang nak ckp apek dgn nyonya main mahjung tu brjudi kot.ingt deme mcm org melayu ker suma nak brjudi.

Korang tak fikir ker akibat akn dtg?korang tak fikirkan laknat Tuhan?yg pergi sokong tu buat ape?come-on la,jgn gadaikan agama dan ilmu seciput korang tu.Korang dpt untg ker?ada Najib bg habuan ker?Aku bukanlah pandai mcm korang,tapi takla BODOH utk sokong benda yg jelas ALLAH dh haram.

BAGI LESEN SBB NAK KAWAL YG HARAM.Ape ni?ckp pakai otak ke lutut?tahap nombor ekor yg KERA-JAAN bg lesen tu pun xleh kawal,inikan pulak nak bg lesen lain.

Ada pulak puak2 UMNO ni guna maslahah.maslahah tengkorak hang.maslahah apenye brjudi ni,MAFSADAH ada la.Aku tak sedih puak UMNO yg x tau agama,aku sedih dgn golongan yg blajo agama ni.korang kalau dh sesat pun,jgn la nak sesatkan org lain.Kembali la ke jalanNYA.Semoga kite dikurnia HIDAYAHNYA.

Jumaat, 28 Mei 2010

"Awat blog hang tak panas dah?"

Salam DER,lame tak ketemu.ada sht ke?hope sht2 la yer nak exam ni.Hari ni jumaat lg.kejap jer mase brlalu.sedar2 2,3 hr lg aku exam.doa2 la aku najah yer DER.Untk kwn2 skali.biar thn ni suma NAJAH MANTOP.Xda istilah ngulang2 dah.huhu!ayt insaf.

Smlm smase aku on the way blk dr rmh perak lps majlis bace yasin ada member tegur aku,die kate "awat blog ang tak panas dah redqalbi".adoi,slamber gile knk2 ni menegur aku.aku terkedu,nsb tak terkentut.aku tak jwb pun.aku gelak jer.smbl jln aku fikir,bile mase lak blog aku ni panas?slame ni suam2 kuku ada la.firasat aku,mgkin bdk ni bkn pembace tegar blog aku dan die cb bandingkn blog aku dgn ibnu ir fadzil.mane blh DER nak banding2.Aku,aku la.die,die la.tapi xpe,tq bro..hg bg aku idea yg bernas.nak panas2 yer.blh jer.tggu tau bro.skang aku nak fokus exam dulu.tula post2 aku pasal exam jer.mane dan copy,aku copy.lps exam biiznillah aku bikin panas yer.musim panas pun makin meninggi darjah celciusnye.sesuai sangatlah nak bikin panas.Huhu! jgn mare yer DER,nanti kena jual.

Korang jgn bimbang la,aku tak kacau org.cuma kacau hati org jer.aku ada pandangan,korang ada pandangan.nak simpan2 buat ape.luahkan jer.ye tak DER?ramai org takut slh mase ckp,tp org tak tkt sbb dorang diam.ape maknenye DER?Maknenye sampai bile korang nak diamkn diri dgn smbunyikn kebenaran.korang tau,luahkan la.pakat2 buat blog.toksah takut la.org hari ni lbh slesa diam dr diancam.dorang dah rase syok bile org xtau dorang tak suke si polan si polan.kire bangge la dpt kwn suma org.tp kat blakang die nmbr 1 kutuk mrk2 tu.aku bkn ajak korang bermusuh,tp ajak korang jd BERANI.Kwn dgn suma org,dah itu Islam galak.kite brsaudare.tp Islam tu galak juga tegur menegur.Dgn care BILHIKMAH.ada method yg dah digariskan.aku bkn la superhero yg brani sgt pun.sm mcm korang jgk.tp skadar penaik smngt brsm.tata

Ratu Cantik 1Malaysia Unsur Pecah Belah Islam

Kembali menghangat, 1Malaysia, semua boleh.Apa sudah jadi ni? mana pergi fatwa terdahulu? entah ler wahai MALAYSIA!


KUALA LUMPUR : Baru-baru Ann Fiona Philips dari Sarawak menjuarai gelaran Ratu Cantik 1Malaysia mengalahkan Rodiatul Adawiah Abd Latid and Aimi Zanura Mohd Zafrullah.

Phillips akan mewakili Malaysia dalam Ratu Cantik ‘World Pageant 2010’ di Venezuela nanti.

Bumiperak.blogspot yang dipetik berkata ini merupakan kejayaan agenda Barat terutamanya Amerika Syarikat untuk mengkucar-kacirkan Islam. Sebelum ini Miss USA 2010 yang dimenangi rakyatnya yang berketurunan Arab Islam, Rima Fakih, 24 pembuka tirai menjadi wanita simbol dan bahan memperagakan untuk dipertontonkan seterusnya menjadi ikutan remaja Islam.

Satu masa lalu kita telah didedahkan dengan satu fatwa berkaitan hukum wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik. Fatwa ini telah dikeluarkan oleh Allahyarham Dato Haji Ishak Baharom, bekas mufti negeri Selangor iaitu sekitar tahun 1997 dan disahkan oleh Sultan Selangor. Fatwa ini dikeluarkan ekoran sekitar tahun itu banyak pertandingan ratu cantik yang telah dijalankan dan apa yang menyedihkan dan memalukan apabila terdapat ramai juga wanita yang beragama Islam tidak terlepas dari menyertainya.

Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 "Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780).

Adakah dengan ‘pertabalan’ ratu cantik Islam ini akan membuka jalan atau peluang kepada remaja-remaja Islam lain untuk turut sama mengorak langkah menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik kelak? Cukup merisaukan andai perkara ini bisa mempengaruhi pemikiran anak muda zaman sekarang yang mana sememangnya buta dalam menilai halal haram sesuatu perkara.

Inilah kejayaan besar buat negara barat dan musuh-musuh Islam kerana kehalusan dan kelicikan perancangan mereka yang sukar dihidu yang pada akhirnya akan memusnahkan identiti masyarakat Islam itu sendiri. Kita selaku masyarakat Islam pada hari ini perlu sedar dan cakna akan serangan demi serangan yang telah barat halakan khasnya agar umat Islam sentiasa leka, lalai dan hancur mengikut apa yang telah mereka rancangkan.

Pihak yang berwajib juga haruslah memainkan peranan yang sepatutnya dalam memastikan isu umat Islam khususnya wanita Islam tidak lagi diperkotak katikkan dan dijaga maruah serta martabatnya dimata masyarakat lain. Kita tidak menghalang wanita untuk menyertai apa sahaja bentuk pertandingan, asalkan pertandingan itu tidak bertentangan dengan apa yang telah Islam gariskan. Begitu juga dengan isu pertandingan ratu cantik ini.

-bumiperak.blogspot.com-

Relax Sikit!

Video Lawak untuk release tension. Kah Kah Kah!!!


Khamis, 27 Mei 2010

Hamba Sekeping Kertas

Imtihan sudah tiba! bermakna diri makin rajin.tak ada istilah tidur banyak,sembang banyak,termenung banyak,main banyak dan pelbagai lagi yg banyak2 selalu pak cik mak cik Azhari dan Azhariah buat.yang ada hanya study banyak,ngafal banyak,baca banyak,solat hajat banyak,doa banyak dan pelbagai lagi perbuatan yg jarang2 pak cik mak cik tadi buat di time lain ada di fatrah imtihan.Bukan untuk memburukkan,tapi ini realiti yg berlaku termasuk diri yg menulis.

Hebatnya penangan yg dikatakan imtihan sehingga bisa mengubah seorang manusia 360° dlm masa hanya sebulan.Takut,gentar,gerun...itulah kepastian yg terpapar.Persoalannya di sini,apa yg ditakutkan sangat tu?kenapa baru nak berubah?kenapa kena tipu diri sendiri?soalan tu,jawablah sendiri.

Imtihan banyak melahirkan hamba.Hamba yg sanggup melakukan apa sahaja asalkan kertas yg diidam digenggam erat.kertas yg tertulis maqbul,jayyid,jayyid jidan,mumtaz.Tidak salah memburu kejayaan,malah digalakkan.tetapi kenapa semangat itu tak sama seperti memburu SYURGA ALLAH.Study sampai lebuh subuh.study sampai sakitkan hati kawan.study sampai tak jalankan amanah yg terpundak.apa ni?study untuk apa ni?itulah dinamakan HAMBA KERTAS.Kejayaan dlm imtihan itu penting,tapi lbh penting menjaga hak ALLAH dan orang lain.Itukan juga tuntutan yg wajib kita tunaikan.

Allah kurniakan akal untuk kita berfikir,dihiasi pulak ilmu yg membimbing.Sungguh indah jika kejayaan kita disertai redha ALLAH dan redha makhluk lain.

Apa guna kita pulun hanya untuk sekeping kertas yg tak bernyawa.Yg gunanya hanya untuk menjadi bukti bijaknya kita dalam menjawab soalan imtihan.bangga ke hulu ke hilir menjaja 'akulah graduan al-Azhar' tetapi melanggar syariat Allah.Nauzzubillah.moga2 kita dijauhkan sifat itu.Pulunlah mencari SYURGA ALLAH spt pulunnya kita mencari SEKEPING KERTAS IJAZAH.fikir2kan brsama

Rabu, 26 Mei 2010

Hukum Islam di Acheh


Indahnye bile hukum Islam terlaksana. segalanye terjage dan dijage. Bukan kate maksiat yang besar2, pakaian pun diambil kira. inilah realiti yang berlaku di Acheh dan tiada di Malaysia, dan kome bace ape kate Polis yang bertugas bile dipersoalkan tugasnye...SUBHANALLAH!



MEULABOH, Indonesia - Polis Islam di Aceh akan menerima 20,000 skirt panjang untuk diberikan kepada wanita yang melanggar etika pakaian Muslim, kata seorang pegawai, Ramli Mansur semalam.

"Mulai hari ini, saya akan menyerahkan kira-kira 20,000 skirt kepada polis syariah di Aceh Barat," katanya yang merupakan Ketua Daerah Aceh Barat.

Menurutnya, pesalah-pesalah wanita akan menukar seluar panjang dengan skirt panjang dan longgar jika polis syariah menangkap mereka.

Mansur berkata, pada suatu hari, dia terpaksa menjawab soalan daripada Tuhan apakah yang telah dilakukannya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

"Kami akan meningkatkan serbuan terhadap pesalah undang-undang syariah di sini. Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat di Aceh Barat," katanya.

Polis pencegah maksiat semalam menyoal 30 wanita mengenai pakaian yang dipakai mereka di sebuah kampung di Aceh Barat semalam.

"Apakah silapnya dengan pakaian saya? Undang-undang manakah yang telah saya langgar? Adakah saya seorang pengganas yang menyebabkan saya diminta menunjukkan kad pengenalan saya?" kata seorang wanita berumur 40 tahun, Fatima yang ditahan oleh polis agama.

Namun, protesnya tidak didengari dan dia menutup seluar jeannya dengan skirt yang dibawa dari rumah.

Polis agama itu tidak mempunyai kuasa untuk menangkap wanita kerana melanggar etika pakaian tetapi mereka diminta menukar pakaian yang tidak sesuai dengan ciri-ciri Islam. - AFP


sumber: kosmo

Bersedia Atau Tidak, Bolos Saja Dinding Itu!

SATU...DUA...TIGA...kira-kira,mengira,dikira,terkira,berkira...hari,jam,detik,saat berlalu tanpa kata.saat itu akan datang juga.IMTIHAN,EXAM,PEPERIKSAAN atau ape pun namenye memang menggerunkan calon-calonnye termasuk aku,kome,die,mereke dan kite.dub dab dub dap jantung berdegup.Kome takut?kenape takut?tak bersedie?ape lagi tunggu,masih ade mase nak ngapai,bace,ngulang,telan,minum..ape?esok pekse?dan lagi la!esk pgkan.hr ni br pukul bape.sejam,dua jam,tige jam?byk leh dpt tu.tak ada smangat?nak aku bg smangat?tak perlu?ok.

Jangan runsing la.tak ade ape2 la.kome pikir ape?gagal?nauzzubillah!!jangan la mintak.dah doa?dah banyak?Alhamdulillah.doa lagi dan lagi dan lagi!teruskan berdoa tu.Bumi Anbiya' ni.doa makbul.

Hafal tak masuk?ada buat maksiat tak?ada?padan la tak masuk.buat salah dgn org ada tak?ada?padan la ngapai tak masuk.satg buat solat taubat tau.pi mintak maaf kat org.penting ker?penting la.nak najah tak?kalau nak buat la.

Gitulah watak manusia.nak berjaya,tapi last minit mcm aku,ko,kome,mereke,kite,beliau.ape?ngko tak?bgs la tu.yg rase terlambat.blm lg kot.ade mase lg.pulun dik pulun!tengok jam skarang.pukul brape?dan lg kan?slagi ibu jari tak msk dlm dewan peksa.slagi tu kome msh ada masa berusaha.tapi sblm tu aku nak tanya,ape kome buat sblm ni?ha,gagap nak jwb.sudah la.pi study.bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu!

PSP: Kat tepi tu ada aku letak referendum bantahan AUKU untuk menyokong dak2 UKM yg kena tahan baru ni.kalau kome rase benci,geram,marah,boring,poyo,bongkak,angkuh,ngeri dgn AUKU yg jahat tu,klik gambar tu dan tandatangan referendum tu.terbuka kpd mahasiswa,pekerja,askar,nurse,cikgu,cikgi,makcik,pakcik,paksu,paklong,bawab,tuan bawab,anak bawab,graduan,graduanita,wanita,puspanita,rashidah,fasidah,jalan dah.semua blh.takkan tu pun tkt kot?deme nak kmpl 10 ribu.msk tau.tata..

Pemuda PAS Perak: Di mana pengasingan kuasa?


IPOH, 25 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Speaker Pakatan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar semalam sebagai mencabar kuasa Speaker dan mencampuri urusan Dun.

Setiausahanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, keputusan itu seolah-olah menunjukkan tidak berlaku pengasingan kuasa antara legislatif dan kehakiman dalam negara ini.

"Bagi Pemuda Perak, mahkamah dilihat telah mencampuri urusan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mana kuasa yang telah diberikan kepada Speaker adalah jelas tanpa boleh di cabar oleh mana-mana mahkamah.

"Jika perkara ini berlaku, jelas pengasingan kuasa yang sepatutnya dilaksankan berdasarkan legislatif dan kehakiman tidak berlaku di dalam negara kita," katanya.

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam menolak permohonan Sivakumar, untuk mengenepikan keputusan membenarkan tiga Adun yang keluar parti menjadi wakil Bebas mengekalkan kerusi masing-masing.

Tiga Adun tersebut adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin yang mengetuai panel tiga hakim, membatalkan permohonan Sivakumar selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh peguam ketiga-tiga wakil rakyat serta peguam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang bertindak sebagai pencelah.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata, selain menafikan kuasa speaker, perkara 72 Perlembagaan juga seperti tidak dihormati dan beliau juga tidak menolak kemungkinan ada campur tangan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

"Apakah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan kuasa Speakar dan mencemar DUN yang dipelihara oleh Perlembagaan.

"Secara tidak langsung Perlembagaan Malaysia dibawah Artikel 72 telah dikhianati oleh sistem itu sendiri. Sekarang ini jelas menunjukkan seperti ada campur tangan pihak-pihak tertentu di dalam memastikan pelanggaran perlembagaan negara yang sudah dirancang ini," katanya.

Cari petai jumpa bom


BALING: Dua pencari petai hutan hari ini terkejut apabila besi buruk yang disepak dan diketuk mereka di hutan Gunung Gadong, Siong di sini, rupa-rupanya sebutir bom lama.
Zaini Md Edi, 31, dan Ayub Abdul Rahman, 30, dari Kampung Kuala Kedua yang terletak kira-kira tiga kilomter dari hutan terbabit, berkata mereka mengetuk "besi buruk" itu beberapa kali setelah menyepaknya.

"Kami mengorek besi itu dengan parang dan terkejut apabila mendapati ia adalah bom," kata Ayub semasa ditemui di sini, hari ini.

Katanya, mereka mengambil keputusan mengalihkan bom lama itu ke kawasan lebih tinggi sebelum membuat laporan di Pondok Polis Kampung Lalang, Siong.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Kuala Kedua, Al Mokhtar Ahmad, 49, berkata sebelum itu, penduduk kampung menemui sebutir lagi bom lama tidak jauh dari tempat bom terbabit ditemui. - Bernama

USM cipta plastik daripada kulit buah


GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi tampil dengan inovasi terkini apabila sekumpulan tiga penyelidiknya berjaya menghasilkan plastik mesra alam menggunakan konsep teknologi hijau bagi menggantikan plastik yang tidak boleh terurai untuk kegunaan pembungkusan.

Kumpulan penyelidik itu diketuai oleh Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Prof. Dr. Hanafi Ismail dengan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Noor Aziah Abdul Aziz dan Ooi Zhang Xian dari Bahagian Sains dan Teknologi Makanan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.

Menurut Hanafi, plastik yang mampu terurai itu dihasilkan daripada bahan buangan buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit serta jerami buah cempedak.

"Pada masa ini, kebanyakan plastik komersial dibuat daripada petroleum dan gas asli yang tidak boleh terurai.

"Idea kami adalah untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh petroleum berasaskan polimer yang lengai dengan serangan mikro organisme dan tidak terurai," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan produk berkenaan yang dinamakan Fruitplast di sini semalam.

Katanya, proses menghasilkan Fruitplast mengambil masa seminggu untuk menukarkan sisa buah-buahan menjadi lapisan plastik.

Sumber: kosmo!online

Selasa, 25 Mei 2010

Judi bola: Surat terbuka Tamrin untuk Jamil Khir


Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom

Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.

Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.

Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.

Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.

Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Yang Berhomat Dato’,

Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?

Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?

Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya.
Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?

Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?

Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.

Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya:

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Yang Berhormat Dato’

Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?

Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.

Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:

i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA

Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.

ii) BELUNGGU HUTANG

Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.

iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK

Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.

iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN

Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.

Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.

Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.

Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?

Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.

Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.

Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,




TAMRIN TUN GHAFAR

Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Kebawah DYMM Raja Raja Melayu

YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO

YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO

Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan

Mufti Mufti

Media Cetak dan Elektronik


Sumber: harakahdaily

Adakah kita MAHASISWA?

Tajuk yang berbentuk persoalan untuk kalian fikir-fikirkan.jika kalian yang digelar MAHASISWA,larikan minda sebentar memikirkan persoalan di atas.secara prinsipnya MAHASISWA diasaskan oleh dua perkataan yang berbeza iaitu MAHA dan SISWA.

Penulis tidak berniat untuk membahaskan takrif MAHASISWA secara terperinci.cuma penulis ingin lontarkan idea peranan MAHASISWA yang dilihat semakin malap kebelakangan ini.entah dari mana silapnya,MAHASISWA kini dilihat tidak terlalu ekstrem untuk kehadapan dan bersuara mempertahankan hak.ini realiti yang dapat kita lihat dewasa ini,isu MAHASISWA banyak ditimbulkan oleh pelbagai pihak yang berkempentingan.penindasan,percabulan hak,ugutan dan pelbagai lagi isu yang menghangatkan keadaan seputar.namun,persoalannya di sini,ke mana suara mahasiswa yang ramai itu?yang bangkit menentang hanya boleh dibilang jari.lagi-lagi suara itu,lagi-lagi laman itu,yang lain mana?bukankah kita MAHASISWA.Suara kita suara keramat.jika seorang dijentik,yang patut bangun adalah seribu.kenapa pejuang itu harus dibiar keseorangan diugut.bukankah mereka memperjuangkan nasib kita?

Suara kita adalah suara keramat.Sebuah kerajaan bisa runtuh dek gemanya suara MAHASISWA.Penulis bukan ingin menimbulkan provokasi murahan.ini sekadar luahan kekecewaan.Adakah kalian rasa cukup sekadar menadah kitab kuliah dan tertulis di sijil lulus cemerlang?dalam masa yang sama kalian tidak mengendahkan suasana seputar yang bobrok.

Ulama' terdahulu bukan sekadar menadah kitab,namun mereka tetap melakukan kerja dakwah.kita?takkan hanya berpuas hati memerap diri di rumah,keluar2 sahaja,Aku seorang GRADUAN TERHEBAT .OH!mudahnya menggelarkan diri.mana kualiti yang kalian nak pamerkan kepada masyarakat? masyarakat zaman ini tak mudah tertipu.Cabaran kita makin sukar,jadilah MAHASISWA bukan MAHAPURAPURA.

Sumber: tintaEmas

Isnin, 24 Mei 2010

Jangan Gentar: Mahasiswa dilindungi PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Sumber: halisfansuri.wordpress.com


Sejak kebelakangan ini, macam-macam kes yang berlaku, terutamanya yang berkaitan dengan Mahasiswa, penulisan saya kali ini berkaitan dengan mahasiswa dan undang-undang. Bagaimana anda hendak menjawab jika anda di dilafazkan dengan perkataan yang mengerikan, potong zakat? Sumbat ISA ? dsb..

ISU PERTAMA

BAGAIMANA JIKA ANDA DIUGUT UNTUK DITARIK ZAKAT, DERMASISWA ATAU YANG BERKAITAN DENGANNYA?

Usah gentar, kerana anda dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Jika anda diugut dengan penarikan bantuan pelajaran, ketahuilah sebenarnya mereka telah mencabuli hak asasi sebagai rakyat Malaysia. Dan hak anda dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan di bahagian 2 fasal 12 Hak-hak berkenaan dengan pelajaran (1)(a)(b) iaitu :

BAHAGIAN 2 PERLEMBAGAAN

KEBEBASAN ASASI

Perkara 12.Hak-hak berkenaan dengan pelajaran

(1) Dengan tidak menyentuh keluasan makna Perkara 8*, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap mana-mana jua warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir-

(a) Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang disenggara oleh sesuatu pihakberkuasa awam, dan, khususnya, tentang kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau tentang bayaran atau

(b) Tentang memperuntukkan bantuan kewangan dari wang sesuatu pihakberkuasa awam untuk menanggung murid-murid atau untuk pelajaran murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajaran(sama ada disenggara atau tidak disenggara oleh sesuatu pihak berkuasa awam dan sama ada dalam atau luar Persekutuan)

*Apa yang disebut sebagi Perkara 8 di atas adalah fasal Sama Rata.

Sedikit saya akan menyebut mengenai Fasal ini.

Perkara 8.Sama Rata.

(1) Semua orang sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Maka jelaslah kepada kalian bahawa tiada sesiapa pun berhak untuk mencabuli hak asasi kalian sebagai warganegara Malaysia. Jika masih lagi ada yang menggertak kalian dengan penarikan bantuan pelajaran, maka baca Perlembagaan Persekutuan di hadanpannya, atau suruh sahaja dia balik menyemak semula Perlembagaan.

Jika anda membawa keperingkat yang lebih tinggi, anda ada harapan untuk mempertahankan hak kalian di muka pengadilan dengan memperuntukkan Fasal ini. Di Negara kita adanya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), jika ada diantara kalian yang melaporkan kepada mereka, pada bacaan saya, peguam bela kalian akan berhujah dengan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

Minta kepada mereka, apakah faktor dan hujah mereka untuk menafikan peruntukkan

Perkara 12 ini diterima pakai, jika ada, sila minta untuk disebutkan supaya mereka boleh menarik bantuan pelajaran kalian.

Oleh itu, janganlah takut, anda punyai hak selaku warganegara.

ISU KEDUA


BAGAIMANA PULA JIKA SAYA DIUGUT UNTUK DISUMBATKAN DI DALAM ISA, ATAU PENJARA?

Usah gentar, kerana anda dilindungi oleh Akta.

Sejak dahulu lagi, ada dikalangan mahasiswa terutamanya dikalangan pimpinan PMRAM yang diugut untuk disumbatkan ke dalam ISA atau penjara dan sebagainya,

Saya akan menyentuh berkenaan Akta Keselamatan Dalm Negeri 1960, akta ini menghuraikan tentang hal-hal yang berkait berkenaan salah laku jenayah yang, kuasa penahanan, kuasa rampasan, perintah menteri dan sebagainya. Saya tidak menyentuh semua melainkan suku kesimpulan akta. Persoalan. Adakah perbuatan-perbuatan pimpinan PMRAM atau sesiapa sahaja yang diugut untuk ditahan ISA atau penjara selari dengan akta ini?

Berikut adalah tafsiran akta bagi kefahaman kepada pembaca mengenai akta ini,

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI,

1960

(AKTA 82)

Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan perbuatan subversif*, penghapusan keganasan berancang terhadap orang dan harta dalam kawasan-kawasan tertentu Malaysia, dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

[Malaysia Barat-1hb Ogos, 1960;

Malaysia Timur-16hb September, 1963.]


BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya adalah diancam oleh sekumpulan orang yang substansial* dari dalam dan luar Malaysia-

(1) Untuk menyebabkan keganasan berancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; dan

(2) Untuk mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara lain daripada cara yang sah. Kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undang –undang;

DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu adalah mendatangkan mudarat kepada keselamatan Malaysia;

DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat adalah perlu dihentikan atau dicegah tindakan itu;

Pembaca yang budiman, kini fahamilah kalian secara ringkas mengenai akta tersebut, oleh itu akta ini akan bertindak jika ada sebarang perbuatan subversif yang memudaratkan Negara,

Subversif mengikut tafsiran Syeksyen 3 Akta 82 (a)(b)(c) ialah perbuatan yang membangkitkan keganasan berancang terhadap orang atau harta di Malaysia, lagi ialah perbuatan bagi menyokong, mengembang atau menganjurkan apa-apa tindakan yang mendatangkan mudarat kepada keselamatan Malaysia.


Maka, perbuatan subversif manakah yang telah, sedang dilakukan oleh pimpinan PMRAM atau sesiapa sahaja yang telah diugut dengan ISA?

Jika ada sebarang ugutan mengenai ISA, maka suruh si ‘penggertak’ datangkan perbuatan subversif manakah yang berkaitan dengan gertakan tersebut, beserta bahan bukti, yang melogikkan. Kes ugutan ISA ini amat berat kerana berkait dengan kanun jenayah,

Seksyen 72(1) akta 82; menyebut bahawa kesalahan terhadap akta ini adalah kesalahan boleh ditangkap bagi maksud-maksud Kanun Prosedur Jenayah.

Apakah jenayah pimpinan PMRAM yang berstatus pelajar dan mahasiswa di sesebuah Universiti yang diiktiraf Negara?

Jika ada penggertak tersebut, maka sah bahawa mereka telah mempermain-mainkan akta ini untuk arahan bagi kalian agar menunduk kepada mereka. Bukankah mempersenda-sendakan undang-undang Negara adalah perkara yang kurang siuman dan berkemungkinan boleh dianggap mengingkari undang-undang persekutuan.

Adakah dengan kerana seseorang itu lantang bersuara, menulis menyebabkan mereka diugut untuk dihumban ke dalam ISA?

Perkara 10 Perlembagaan (a) hal yang berkaitan dengan KEBEBASAN BERCAKAP yang berbunyi; Tiat-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;


Lebih-lebih pula sebagai seorang mahasiswa, selayaknya dan lebih patut untuk bersuara dan mempertahankan dengan perkara yang dianggap hak dan betul. Mempertahan maruah itu suatu tuntutan Maqasid Syari’ah.




Penutup,

Adakah akta dan undang-undang di atas relevan di Mesir.?

JIKA BERLAKU PERLAKUAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AKTA ATAU UNDANG-UNDANG DI ATAS, MAKA SESIAPA PUN TIDAK TERKECUALI UNTUK DIBAWA KEMUKA PENGADILAN.

Kerana undang-undang Malaysia berguna walaupun warganegara tersebut berada di luar Negara.

Hal ini selari dengan AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI,1976.

Seksyen 2 (1)(a)(b)(iii)

Akta yang berbunyi,

AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI,

1976 (Akta 163)


Seksyen 2. Kesan di luar negeri akan kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia.


(1) (a) apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang bertulis yang dinyatakan dalam jadual, iaitu peruntukan-peruntukan yang berhubung dengan mewujudkan, dan mengadakan hukuman-hukuman bagi, kesalahan-kesalahan; atau

(2) Apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang perlakunya adalah diperakui oleh Peguam Negara sebagai menyentuh keselamatan Persekutuan,

Boleh, jikaperbuatan atau kesalahan itu, mengikut mana yang berkenaan, dilakukan-

(iii) oleh seseorang warganegara atau seseorang permastautin tetap di mana-mana di luar kawasan Malaysia.


Dengan memperuntukkan akta ini, sesiapa pun yang berwarganegara Malaysia, tidak terkecuali untuk merima hukuman atau prosiding mahkamah jika telah melanggari atau bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang bertulis yang telah digesetkan oleh Badan Perundangan Persekutuan (parlimen).

Semoga penulisa ini serba sedikit dapat memberikan penerangan yang jelas sedikit mengenai undang-undang am Malaysia yang berkait dengan isu mahasiswa di Mesir. Semoga manfaat.

'Penubuhan DHPP cerminkan keterbukaan PAS'


Beberapa persatuan pelajar Islam menyambut baik penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) dan menganggap tindakan itu menggambarkan keterbukaan dan kematangan parti tersebut.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berpendirian, langkah tersebut menunjukkan penerimaan orang bukan Islam terhadap parti Islam semakin baik.

Setiausaha agungnya, Khairul Anuar Musa juga berkata, tindakan itu sememangnya memberi kelebihan politik kepada PAS dengan meraih sokongan daripada golongan bukan Islam.

"Tetapi ia (juga) membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk mendekati parti Islam (itu).

'Selagi PAS bijak untuk mengharmonikan semua kaum, perkara ini akan menjadi lebih positif," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) pula melihat PAS kini semakin matang dengan menubuhkan dewan tersebut.

Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff berkata, sedikit sebanyak, penubuhan dewan ini juga mungkin memberi tamparan kepada kerajaan BN.

Langkah ini bagaimanapun akan memberi ruang dan peluang kepada orang bukan Islam untuk lebih mengenali PAS.

"Dari segi dakwah pula, ia merupakan sesuatu yang amat baik (seperti) di zaman Rasullulah S.A.W dahulu semasa penubuhan Madinah, bagaimana baginda menyatupadukan orang Islam dan orang yang bukan Islam.

"Jadi dengan penubuhan ini, PAS mempunyai ruang untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam apa sebenarnya PAS ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Penubuhan DHPP semalam menyaksikan seramai 20,000 anggota Kelab Penyokong PAS 'dinaiktaraf' sebagai anggota PAS sepenuhnya dan diserap ke dalam dewan tersebut.

Memorandum Diserah Ke SUHAKAM : Khaled Nordin Dicabar Bertemu Mahasiswa


KUALA LUMPUR : Pertubuhan Mahasiswa seluruh Malaysia hari ini menghantar memorandum kepada SUHAKAM agar hak asasi mahasiswa yang bakal didakwa oleh Mahkamah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mendapat perhatian sewajarnya.

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha SUHAKAM, Hashimah Hashim.

Hashimah dalam pada itu berkata beliau akan meneliti memorandum tersebut namum belum ada sebarang jaminan yang dapat diberikan berhubung perkara tersebut namun siasatan lanjut akan dijalankan pihak SUHAKAM bagi menjamin hak asasi semua pihak.

Salah seorang mahasiswa yang bakal didakwa, Hilman Idham dalam pada itu sedih kerana beliau langsung tidak diberi pembelaan sewajarnya oleh pihak universiti.

"Saya tidak boleh diwakili peguam dan hanya boleh diwakili pekerja universiti atau mahasiswa lain sahaja.

"Kami juga sebagai tertuduh langsung tidak diberi salinan tatatertib. Seharusnya kami perlu tahu prosuder perbicaraan," kata Hilman dalam kenyataan media selepas penyerahan memorandum tersebut.

Beliau berkata beliau telah drafkan hal ini kepada Tuanku Canselor UKM untuk berbincang mengenai perkara ini dan akan meminta pandangan Tuanku Canselor mengenai perkara ini.

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), Shazni Munir Mohd Ithin yang turut hadir berkata, sekiranya semua pintu perbincangan tertutup, pihak mahasiswa akan melakukan mobilasi untuk menghimpunkan mahasiswa sepanjang tempoh perbicaraan kes ini berlangsung.

Mohd Aizat yang mewakili Gabungan Islam Se-Malaysia(GAMIS) pula sedang berusaha untuk mengumpulkan tandatangan secara online dan manual untuk dihantar kepada Kementerian pengajian Tinggi (KPT).

"Kita harap ini adalah kes yang terakhir yang berlaku ke atas mahasiswa," tegas Aizat.

Menteri Pengajian Tinggi juga diminta tampil berhadapan dengan mahasiswa bagi membincangkan perkara ini kerana arahan ini keluar daripada beliau sendiri.

"Kita minta Datuk Seri Khaled Nordin berani untuk berhadapan dengan mahasiswa bagi menyelesaikan isu yang telah dicetuskan KPT sendiri.

"Mahasiswa tidak takut kepada untuk berhadapan dengan pihak KPT jadi kita harap pihak KPT berani juga berhadapan dengan mahasiswa. Datuk Seri Khaled tidak seharusnya takut untuk berbincang dengan pihak mahasiswa," tegas Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman dalam sidang media tersebut.

Terdahulu, empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, Hilman Idham(Presiden), Ismail Aminuddin(Naib Presiden), Azlin Shafina Adzha(Setiausaha Agung) dan Woon King Chai(Exco) telah ditahan oleh pihak polis pada Pilihan Raya Umum(PRK) Parlimen Hulu Selangor lalu namun telah dilepaskan tanpa apa-apa pertuduhan.

Namun keempat-empat mahasiswa ini akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & kolej Universiti 1971.

Mereka akan didakwa pada tarikh yang berbeza. Hilman akan didakwa pada 2 jun 2010 manakala yang lain akan didakwa pada 3 Jun 2010 ini.

Kempen Petisyen Online dan 10,000 Tandatangan Desak UKM Gugurkan Pertuduhan Dilancar


KUALA LUMPUR : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bersama-sama front-front mahasiswa yang lain melancarkan kempen petisyen online serta kutipan 10,000 tandatangan sebagai referendum mendesak agar segera menggugurkan pertuduhan AUKU terhadap empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dituduh terlibat di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.
Presiden GAMIS, Mohd Idris Mohd Yusoff juga mendesak pentadbiran UKM dengan segera menggugurkan pertuduhan AUKU terhadap empat mahasiswa tersebut. Petisyen online tersebut boleh dilayari melalui link http://www.petisyen.com/petitions/view/40/referendum_bantahan_4_mahasiswa_ukm_dikenakan_auku.html
Menurut Idris, petisyen dan kutipan tandatangan ini seterusnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) serta pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Referendum ini ditujukan kepada pentadbiran UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membuktikan suara bantahan daripada mahasiswa seluruh kampus yang bencikan tindakan zalim dengan menggunakan AUKU terhadap mahasiswa," kata beliau dalam kenyataan medianya.
Beliau yang mewakili GAMIS berharap kes ini merupakan kes yang terakhir di Malaysia dan meminta segera dimansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menyekat dan menindas kebebasan mahasiswa.
Akta ini (AUKU) tidak lagi relevan kepada mahasiswa dan mencemarkan universiti sebagai pusat kebebasan aktiviti dan akademik serta sebagai sebuah gedung ilmu.

Sumber: erapakatan

Kenapa Aku Gagal menghafal?


Membelek-belek kitab sambil menekuninye membuat aku teruja dan terkesima.seraya diri berkata-kata,"hebat sungguh ulama'-ulama' terdahulu,adakah aku layak menjadi seperti mereka?"persoalan demi persoalan terus menerkam diri.yang pasti,aku tiada jawapan untuk semua soalan itu.

Aku bertanya lagi,"apakah berbaloi aku ke bumi Anbiya' ini,menghabiskan duit,masa,tenaga dan pelbagai pengorbanan yg lain oleh aku dan org lain" juga tiada jawapan.aku buntu dan tergaru-garu.

-bersastra la plak pagi2 ni,dah lame meninggalkan dunia sastra ni,rindu lak rase.besa la tu,kadang2 dok termenung tu terfikir jugak tentang diri sendiri.mcm2 dok fikir.berfikir tukan satu ibadah.tambah2 fikirkan dosa2 lalu untuk diinsafi.kadang2 kite ni leka,langsung tak teringat kat dosa2 lepas.ingat DER! ngko tu bukan ma'sum.dosa dok hambat slalu.kiri,kanan,depan,blakang ada dose.hati-hatilah kayuh tu.

Sebut pasal ILMU dan DOSA,teringat kisah Imam asy-Syafie mengadu kpd gurunye Imam Wake' sebab lemahnye hafalannye,imam Wake' jawab mudah jer,TINGGALKAN MA'SIAT.Mesej jelas untuk kite penuntut ilmu agama ni.kalau nak difikir,apela sangat dose Imam Syafie tu,tapi tengok,beliau pun rase kesannye.KITA?takkan tak rase ape2 kot.Kalau rase mengapai tak blh2 tu,fhm2 jela.cek balik ape yg tak kena.

Satu lagi org lupe,salah dgn orang lain.ada yg tak kisah langsung sakitkan hati org.termasuklah aku.kite kadang2 gembira dgn dukanye org lain.seronok tgk org lain susah.lagi teruk kite yg buat org susah.bagus punye perangai manusia.Moga2 ALLAH jauhkan kite dari sifat itu.kalau ade buat salah dgn org,aku seru aku,ngko,kome,die,mereke,tuan-tuan,puan-puan,datuk2,datin2 pi jumpa org yang kite aniaya tu,pi mintak maaf.takut tak sempat syeikh.kite nak blajo ilmu agame,mane ilmu nak msk kalau dlm hati ade titik dose.aku sekadar menasihati.Ikut kome la nak ikt xnak!

Ahad, 23 Mei 2010

Malaysia Bakal ‘Muflis’ Pemimpin Berwibawa


KUALA LUMPUR : Baru-baru ini empat mahasiswa UKM telah dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana dituduh melanggar undang-undang universiti.

Arahan itu telah dikeluarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) susulan setelah mereka ditangkap oleh pihak polis di Hulu Selangor ketika Pilihanraya kecil berlangsung di sana.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) telah membantah keras terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan norma demokrasi yang telah diamalkan di negara kita.

"Sebagai mahasiswa, mereka berhak berada di mana sahaja dan bebas untuk menyuarakan hak mereka.

"Tindakan yang dikeluarkan oleh pihak universiti itu jelas melanggar hak kebebasan bersuara di negara ini," kata Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Muhammad Syafiq kepada erapakatan.

Menurut beliau, pihak Universiti harus sedar mahasiswa ialah aset dan agen perubah kepada kepimpinan negara, ini dilihat sebagai salah satu latihan sebelum menceburkan diri selepas keluar dari menara gading kelak.

Bagi Syafiq, jika mahasiswa disekat pemikiran dan perjuangan mereka, sudah pasti negara akan lumpuh dan ‘muflis’ kepimpinan yang berwibawa suatu hari nanti.

"Mereka tertuduh juga merupakan mahasiswa jurusan Sains Politik dan semestinya mereka perlu turun kelapangan untuk menyaksikan sendiri suasana politik Malaysia lagi-lagi ketika pilihanraya sedang berlangsung.

"Ini ialah salah satu praktikal dan latihan bagi mereka selaku mahasiswa jurusan Sains Politik," kata beliau lagi.

Syafiq yang mewakili MPMN mempersoalkan mengapa pihak universiti perlu mengenakan tindakan tersebut?

Bagi beliau hal ini jelas pihak pentadbiran Universiti menafikan hak kebebasan akademik.
Sehubungan itu, MPMN menggesa pihak Universiti menarik balik tindakan yang telah dikenakan ke atas mereka dan memuji tindakan mahasiswa yang mempraktikkan hak demokrasi.

MPMN juga akan terus memperjuangkan kes tersebut dengan segenap rupa dan cara untuk membela dan memperjuangkan hak mereka.

"Pihak universiti jangan cuba untuk memperbodoh dan menakut-nakutkan mahasiswa dengan tindakan yang telah dikeluarkan.

Pihak Universiti seharusnya bertindak lebih profesional dalam kes ini.

Tertuduh ialah Hilman Idham, Ismail Aminudin, Azlin Shafina adzha dan Woon King Chai.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Universiti pada 2 dan 3 Jun 2010. pihak MPMN mengharapkan dan menyeru kepada gerakan-gerakan kampus, NGO, ahli politik dan indvidu agar terus membela dan memperjuangkan mahasiswa yang jelas telah dicabuli hak mereka oleh pihak Universiti.


sumber: erapakatan


Jangan goyah kawan-kawan !!!!!

Kami akan sentiasa memperjuangkan nasib kalian !!!

Kita bukan tunggul untuk dipukul-pukul !!!!

Hak tetap hak, teruskan perjuangan !!!!!!

Mahasiswa 21 Tahun Berhak Berpolitik



KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong kenyataan Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr. Toh Kin Woon yang menyatakan bahawa mahasiswa yang berusia lebih 21 tahun ke atas berhak untuk terjun ke dunia politik.

Datuk Dr. Toh Kin Woon memberikan respons terhadap tindakan undang-undang yang dikenakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas empat mahasiswa Sains Politik UKM yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

Bagi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman, tindakan empat mahasiswa UKM tersebut selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.

Beliau yang mewakili DPPWP mempersoalkan, jika sekiranya usia 21 tahun adalah usia kelayakan mengundi, mengapa mereka tidak dibenarkan untuk berpolitik dan menyatakan sikap mereka terhadap mana-mana parti politik.

"Bukankah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, justeru mengapa mesti ada sekatan terhadap empat mahasiswa tersebut untuk mengamalkan hak demokrasi mereka?" soal beliau.

Beliau berpandangan undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak sesuai digunapakai buat masa kini kerana ia menyekat mahasiswa untuk menyatakan hak mereka.

"AUKU adalah alat untuk menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik, sedangkan dengan cara inilah mampu mematangkan mahasiswa dan melatih kepemimpinan mereka.

"Sepatutnya mahasiswa diberikan kebebasan mengenali lanskap politik negara, agar mereka tahu dan mampu menangani isu-isu semasa dengan baik. Apa yang berlaku hari ini, ramai mahasiswa yang tidak tahu menahu hal ehwal negara menyebabkan mereka menjadi lesu dan tidak bersikap proaktif dalam kepemimpinan mereka," tegas Fadhil.

Bagi beliau, empat mahasiswa tersebut terlibat berkempen di luar dari universiti mereka, justeru apakah perlu universiti mengambil tindakan terhadap hak dan privasi mereka.

"DPPWP bersetuju sekiranya tindakan diambil apabila mereka mengabaikan pelajaran atau meninggalkan kelas pengajian serta menjatuhkan nama baik universiti.

"Tindakan diambil terhadap mereka hanya kerana mereka berkempen untuk Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, tetapi bagaimana sekiranya mereka adalah ahli Umno dan terlibat secara langsung dengan kempen di mana-mana pilihanraya kecil? Sejarah menunjukkan bahawa UMNO dan BN sentiasa akan menggunakan golongan pelajar di dalam kempen mereka," tegas beliau lagi.

Beliau dan DPPWP berharap pihak UKM bersikap lebih profesional dan lebih rasional dalam menangani isu ini.

Sememangnya UKM akan lebih gemilang seandainya mereka mampu memberikan ruang demokrasi bernafas di dalam kampus dan memberikan hak kepada mahasiswa yang telah berusia 21 tahun untuk memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik atas nama demokrasi yang sebenar.

Sumber: erapakatan


Mahasiswa perlu bebas !!!!!

kami generasi kepimpinan negara, mana mungkin ditekan dan di ugut !!!!!!!!

Hidup Mahasiswa !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

PAS desak Dasar Judi Negara dikaji semula


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula dasar judi kebangsaan.

Bercakap kepada pemberita di pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS di Klang hari ini, Hadi berkata Pakatan Rakyat bersama dalam pendirian semua pimpinan agama bahawa judi mengundang mudarat.

Namun pembanterasan gejala judi menghadapi kesulitan kerana soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah kuasa mutlak Kerajaan Pusat.

"Kita memang telah lama mengadakan perbincangan dengan semua agama yang menyatakan judi salah di sisi agama dan ia dah lama kita haramkan," kata Hadi.

Presiden PAS itu berkata demikian mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) agar Dewan Pemuda Pas mendesak Pakatan Rakyat menghapuskan lesen judi di negeri yang ditadbir gagasan itu.

Katanya, soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat menerusi Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, katanya, PAS bercadang untuk membenarkan anggota parti daripada kalangan bukan Islam turut terlibat membuat keputusan dalam parti dengan mengundi pada muktamarnya.

Hadi berkata bagaimanapun beberapa penelitian perlu dilakukan terlebih dahulu khususnya berkaitan perlembagaan parti sebelum keputusan dibuat.

"Kita perlu kepada banyak pindaan perlembagaan berhubung hal ini dan akan disusuli kemudian (bukan Islam boleh mengundi ketika muktamar)," katanya.

Perkara itu juga katanya memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Bagaimanapun kata Hadi, anggota PAS bukan Islam tetap diberi peluang memainkan peranan mereka demi perjuangan parti menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Sehingga kini dewan itu mempunyai kira-kira 20,000 anggota di seluruh negara, katanya.

"Hari ini kita telah melantik anggota jawatankuasa dewan itu di peringkat kebangsaan dan mereka akan menggerakkan operasi ke peringkat negeri selain menjadi wakil dewan dalam majlis-majlis rasmi parti," katanya.


Sumber: malaysiakini

Aku Merapek Sebab Tak Dapat Tido

Malam ni aku gagal tido lagi.huhu!pueh aku memejam mate ni.tak dpt gak.last2 aku ambik keputusan menggunakan kuasa veto PBB yg aku ade utk updet blog.Nulis time2 ni kompom merapek punya.ni pun tak tau nak nulis ape.kat luar nun ade jer makhluk menyembang,tapi malas nak join.baik aku baring2,posing2 atas katil empuk idaman aku ni.lg baguih.

ADOI,exam nak dkt dah ni.ngapai dak lagi.dok belek2 jer dari ghitu.klu dok kat meja study lak tak sampai sejam dah lembik.takde stamina langsung aku ni.huhu!tapi aku ada bace,study ni yg penting bukan kuantiti mase,tapi kualiti yg kite dpt.ermm...betoi gak tu.dok trmenung lame2 tapi sebaris dua jer dpt buat ape ek.tapikan,mcmmn nak study kualiti?adoi!shusah,shusah!tula,study setaun skali jer.dah rase nak give-up baru nak tips tu tips ni.bagus gak aku nak tips ek.ada gak usaha aku nak berjaya.bagus,bagus faizal!teruskan usaha anda.anta memang terbaekk dari ladang.huhu!ladang mane lak ni.ladang kurma kat dumyat kot.adoi!tersebut Dumyat ni,teringat kat member2 kat sana lak.ada gak yg dah balik grad kat sana mcm Khidir.kwn baek aku tu,tp die pi dulu dr aku.ish,ish,ish..sedihnye.smpai hati hg khidir tinggalkan aku.tu la hang,malas sangat ngaji.kan dah kena tinggai.mungkin itu kate2 khidir kalau die bace post aku ni.tinggallah 2,3 teman karibku lagi di sini.sedihnye bile terkenangkan kenangan bersame2 depe.Kutip kerang,pi ra'subar,pi port said,pi ma'rod,pi kuale,pi tepeng,pi ipoh,pi pasar,pi melaka,pi btn..adoi!kenangan kenangan..

Yang lebih menyedihkan,ada lak yg dah kawin trmasuk khidir.lagi merana la aku mengenangkan deme ni.ape2 pun itu jodoh.tak lame lg time aku lak.Insya'Allah.Aku doa kome bahagia la yer.Walaupun kome dah lost contact dgn aku,tapi aku paham,kome sibuk smpai melupakan insan macho ni.ape2 pun,pasti kite jumpe nnti.siap kome.ok la DER,Esk aku rapek lg.daa

Sabtu, 22 Mei 2010

Betulkan Niat Sekarang!

Salam DER.Ko buat ape pagi2 ni.tengah ngulang Quran ek?bgs la ko ni.mesti imtihan dah nak dkt la tu.itulah kite ni DER,time2 nak dkt exam nila baru nak rapat serapatnye dgn ALLAH.Doa,solat hajat,bace Yasin,sedekah dan mcm2 lagi kite kejar.berebut nak buat.qiammulail tu kalau Biro Dakwah anjurkan mesti penuh dari slalu.tersangatlah solehnye kite mase dkt2 nak exam ni.sejuk mate memandang kwn2.musolla penuh..ermmm...konklusinye memang bagus la.tapi yg lg bgsnye DER kalau suasana ni berterusan sampai bile2.Aku teringin sangat nak nengok suasana mcm tu kat sini.

Persoalannye DER,kite ke Bumi Nil ni utk ape?exam,mkn angin,tgk sungai nil,daki jabal musa,tgk awek arab atau krana ILMU.Ko ade jawapannye DER.Ko yang bawak diri ko ke sini.Ko tau ape yg ko nak dari Bumi ni.Ko terbang jauh2,tinggalkan mak,abah,kak,abg,awek,tunang,bini,kucing,keta,moto,tv,radio,basikal tue,katil,reban ayam dll
utk ape?kite same2 cek balik DER.

Kalau betul niat ko dtg sini nak blajar,Alhamdulillah.itu memang sebaiknye dan sebetulnye.tapi kalau sebab segulung ijazah,ko kena betulkan blk DER.Salah niat ko tu.Iye,ko memang blh dpt kertas ijazah yg beso gedabok tu,tapi utk ape DER?Takkan ko brkorban segalanye utk keje@duit?Tak baloi la DER.Tobat tak baloi langsung.alang-alang ngaji biar la berbaloi-baloi bak kate fahrin ahmad dlm iklan celcom blue.ilmu dpt,ijazah dpt,pengalaman dpt,ha...klu brbaloi2 lagi dpt istri tak pun calon k.i.v la.

Ape yg aku nak sampaikan DER,betulkan niat kite kat sini.kat MESIR ni lain DER,memang lain sangat.ko niat jahat,dapat jahat gak,niat baik,berbaloi2 kebaikan dapat.Satu lagi bumi Meseq ni kate org Kedah brtaburan wali Allah,yg cacat,yg sumbing,yg tempang,yg buruk,yg hodoh,yg buta,yg smart,yg macho,yg wangi...kite tak tau sape.Tu sbb jgn buat jht kat org suke2 hati DER.Brk padahnye nanti.Sm2 kt ubah ye DER.

Jumaat, 21 Mei 2010

Jangan Jadi Buih


Salam Jumaat DER,Ko solat jumaat kat ner?Aku kat masjid tepi rmh ni jer.sng,dkt jer.huhu~~!!!

Ko tau DER kite tengah boikot Pesbuk skrang.kuang haja la puak kafir ni skrang.ko tau DER,dgn slambernye dorang buat pertandingan lukis gambar Nabi dlm Pesbuk.ko tak geram ker DER?kite tak kacau dorang,dorang kacau kite.Dorang anggap umat Islam tak wujud kot.tula suke2 hati jer hina kite.Betullah sabda Nabi dlm Hadith yg mafhumnye brbunyi 'umat Islam di akhir zaman spt buih dilautan,banyak tetapi terlalu lemah' buktinye ko tgk la skrang ni,umat Islam berbilion-bilion ramainye,tapi?talak guna sesen pun.bkn suma ek,tp segelintir.ko tgk Malaysia ckp,anak2 sape jd hero suma jenayah?rogol,rompak,ragut,buang anak,sumbang mahram,rempit etc,sape yg jd kapla?yg namenye mohd,ahmad,abdul,nur,siti,wan nila yg buat.org ape ni?org mlayu la DER.Ko blh dok diam ker tgk kes2 mcm ni.kite ade pranan tau DER.Kite blajar ni bkn utk diri kite sndiri.tapi utk umat.slain kite prbaiki kekurangan diri kite,kite prbaiki masyarakat skali.jangan lak ko islah org,ko lak buat haram jadah.tu tak kena DER.Ilmu yg kite ade prlu diolah bkn dismpan dan dihafal smata2.ko tgk dak2 seangkatan kite skang.ramai kuar dari sini,tapi blk senyap sunyi sepi.tak ramai yg nak brjuang DER.Akhir nanti org hilang respect kat kite.

Aku pun tkt trjerumus dlm lubang fitnah ni.jd fitnah tau DER,blk senyap,blk senyap..tak hbs2 aku dengo..ko tau ke DER senyap ape?senyap dgn masyarakat ler.blk keje pi keje jer.last skali,jiran pn tak kenal.ha,tu thp mlampau la.tu la kat sini DER,kite cari ilmu bantu sebanyaknye.PERSATUAN tu ilmu bantu la.blajar care brmasyarakat mcmmn.ambik cakne tak ambik cakne.klu kat sini pun ko fail DER,aku dah nampak ko kat Malaysia mcmmn.kat sini tapak blajar tau DER,kt blk nanti br MEDAN sbenar.Mesir ni bumi menguji kesabaran.ujian pun byk.ko pilih la

STRESS Memang Tak Best


Kejap sungguh mase brlalukan DER,haghi ni dah khamis.ape2 pun mase tetap 24jam.ALLAH dah aturkan dgn tepatnye.kite jer yg rase cpt @ lmbt.btl tak DER?yg nak peksa msti rase cpt mase brlalu.yelakan,buku x khatam lg.kelam kabut la dibuatnye..btl tak DER?

Bile time pekse ni TEKANAN pasti merajai kepale otak kite.Buat tu x kena,ni x kena..suma x kena la sng.tekanan,tension,stress dan mcm2 lg penyakit Otak yg meganggu.pd tempoh nila kite kdg2 x blh diganggu,ade je yg x kena.kwn baik leh jd lwn,lwn leh jd kwn.mcm2 la.

Bg aku DER,cara aku nak hlgkn stress ada 3:
1.Bace al-Quran(Ingat ALLAH)
2.Jalan-jalan cari makan.
3.Beli hadiah utk diri sendiri.

Tue jer care aku,klu ko nak tiru DER,ko tiru la.takde hal punye.try la dl.stiap org ada carenye sndiri utk nak atasi stress.tapikan DER,stess ni ape puncenye ek?yg aku taula kan,ia trhasil dari pemikiran kite yg penuh dgn masalah yg difikir2kan.cewah,mcm pkr motivasi lak aku ni,hehe~!!btl DER,cb ko try dlm sehari tu fkr msalah jer,ape ko rase?try la esok.lps sehari tu ko try fkrkn happy2 lak,mak bg kawin ke,nak beli hp br ke,duit 5 kupang jmpe blk ke.ape ko akn rase?try la tau.

Aku ni suke bace buku motivasi,2la tau skt2.tp kdg2 aku pun hlg motivasi gak.huhu~!!besalakan,kite manusia besa.

Tekanan gak DER dtg dr pelbagai sdt,dari diri kite sndiri,org lain,sekeliling.suma brpontesi nak bg ko tension.pandai2lah ko kawal suma tu.rimas la DER klu tension2 ni,buat ape pun x kena.satu lg,tmpat yg plg sepatutnye utk ko meluahkan masalah ialah ALLAH.Ko ngadula apepun kat DIA.Pasti tak mengecewakan.nangis la puas2.

Sempena exam yg nak dkt ni,aku ambik kesempatan nak mintak maaf kat korang.klu blog aku ni ada menusuk hati korang.aku manusia besa yg xtrlepas dari kesalahan.Kemaafan adalah salah satu sumber ketenangan jiwa,koreksi diri,hiasi peribadi.tata DER..

Khamis, 20 Mei 2010

AWAS!!! Anda Sedang Diperhatikan

Assalammualaikum...firstly nak mintak maaf kt ko DER.Hari ni lmbt skt updet.saje lmbt updet benarnye.tak larat.ko msti tunggu2 pos akukan DER.sory la yer.mesti ada yg x sbr2 nak bc post aku..hu hu!perasan tol aku ni.ko stujukan DER. smenjak 2 menjak ni naik lak rate pembaca aku.Tq aku ucpkan.trskn follow blog ni,jd follower trs.mdh je,kt sblh kiri nun ada bendanye.ok.

Mase sblm aku dtg mesir dulu,ustaz2 aku ada pesan,kat mesir ni polisnye cekap,bnyk SB.Jgn bt pasal.aku tnya,pasal ape?ustz aku menjawab pasal I.M.OOOOOO!!!!...aku teriak tnda fhm.pada hal aku tak fhm..kah kah kah!!kat sni br aku tau I.M tu Ikhwan Muslimin.Mcm2 pntang lrg ada.itu dan ini.korang mesti taukan sjrh I.M.Xyah cite kot.tu bkn kisahnye.dan kite xda mase nak join pun.cm brhati-hati la slalu yer.

Sebut pasal polis,teringat pasal 3 penyangak kena tgkap br ni.48 jam jer polis mesir bt keje ko tau DER.Deme br je lps masuk rmh dak2 klantan jumaat tu.3 laptop 6 hp kene bedal.nsb dpt blk.dorang gak ngaku yg dorang penah msk rmh2 dak2 mlayu yg lain.ciss...inikah pencuri handphone N78 kesayanganku?hatiku brbisik.buat pengetahuan korang,aku jgk slh sorang mangsa penyangak ni.aku ingat lg tarikh tu,15.1.10..hr jumaat.mase tu lg 2 hr aku nak exam.ko byg DER ujian Allah nak bg,free-free jer.aku hlg hp dgn duit,ahli bait aku hlg 2 hp skali.kesian kt kamikn.tp aku yakin Allah ganti yg lbh baik.Aku syukur sgt penyangak2 tu dh kena tgkp.mdh2an lps ni xda kes dah.tp DER,ko kena jg gak kslmtn.kunci pintu bl kuar,ok.

Itu tahap SB Polis Mesir,belum SB Allah lg.lg cekap,betul,amanah.tak trlepas 1 pn ape ko buat.haa,ALLAH ada SB?nape?terkejut?tu 2 malaikatkat kiri kanan ko tu ape DER.SB ALLAH la tu.sangat setia menulis ape saje kite buat.bile soal siasat di kubur nanti br didedahkan kat kite.dpt jawab,Alhamdulillah.tak dpt,fikir2 la akibatnye.renung2kan

Rabu, 19 Mei 2010

ShoutBox Terpaksa Dibuang

Maaf,SHOUTBOX terpaksa dibuang kerana ada unsur-unsur pecah belah terlampau sesama kita.aku xmau bersubahat dgn korang.ok.harap maklum.takyah gaduh2 la ek...

Selasa, 18 Mei 2010

Tak Ada Maaf Bagimu

Salam DER-DER yg dirindui,hrp korang sht.yang di MESIR,selamat study diucapkan.yg kat MALAYSIA,selamat bekerja dari aku,bekerjalah dgn ikhlas krn ALLAH yer.Niatkan utk Islam dan bukan utk duit semata-mata.tazkirah la plak.kah kah kah~~!!!Jgn mrh ye DER tazkirah skali skala.ini utk kebaikan kt brsame.aku menulis ni DER,xda niat lain tau.aku niat nak ubah diri aku dan korang yg mmbace ni.kite same2 jd lbh baik dr hari ke hari.itulah brape kali aku ckp,blog aku utk org-org yg suke cr aku jer.x suka blh out.Bkn suma org suke kite kan DER.Sedangkan Nabi Muhammad di simbah taik mase solat,nikan kite.Tapi Nabi still brjuang tanpa henti.slagi SYARIAT tak disampaikan sepenuhnya,Baginda takkan berhenti.Kalau nak kira ujian tu,jgn ckp la.ape yg Nabi tak pernah kena?ugut bunuh tu dh mcm ayat biasa Nabi terima.cubaan bunuh tu lagi la,ada di mana2,tapi dgn keyakinan yg tinggi kpd ALLAH,Nabi kuat.ALLAH dah jamin akn lindungi Nabi.tapi Nabi tak berserah blt2 kat ALLAH,Nabi BUAT KEJE.Kite DER?tak sampai mcm tukan.

Satu jer aku nak ko pegang DER,'setiap pekerjaan akn dibalas' dlm AL-QURAN dah ada catatan.walau sebiji biji sawi DER.Ko buat baik,Allah bg baik.ko buat jahat,Allah bg balasan buruk.tu jer sifir mudahnye.ltk dlm kpale kite.hr ni ko sedekah seduit DER,esk lusa tak mustahil ko dpt seratus.Klu ko buat JAHAT pun mcm tu gak DER.hari ni ko buat ANIAYA kat org DER,esk lusa ko kena jaga-jaga.ALLAH nak bls free-free jer kat ko.tak hr ni,esk,tak esk lusa,tak lusa akn dtg.tak kena kat ko kat kluarga ko.klu nak perit lg ALLAH bls kt akhirat.tu jer DER.Hari ni ko gelak org jth,esok-esok org gelak sbb ko patah kaki.Jgn DER,aku pesan jgn sampai manusia sumpah ko stiap mase.JADI DOA.klu slh dgn Allah,Allah mudah maafkan,tp dgn manusia DER,aku risau ko gagal mintak maaf.Buruk padahnye nanti.AKU,KO,KITE SEMUA FIKIR2KAN BERSAMA!!!

Isnin, 17 Mei 2010

Doa Orang-orang Dizalimi Terus ke Langit

DOA ORANG YANG DIZALIMI DIMAKBUL ALLAH TANPA HIJAB TAMBAH-TAMBAH DOA BALA KEPADA PENZALIM.Itulah bilah ayat yg aku dpt td dr sorang member ms kami smbg2 smbl mnm KOPI RADIX tadi.msg2 xleh tido msm pns ni.menyembang smbl mnm2 adlh xtvt wajib bg kami.klu nak release2 tension lps study tu,kami smbg2 la smbl brtkr2 pndpt.adoi~~~cite pribadi lak.sorry DER...

Tula msg aku nak smpaikn.yg hrf beso kt ats tu.sjk akhir2 ni ramai sggh org dizalimi.aku tak tau la korang dah tau blm.ada usaha2 menganiaya kwn sndri.patut ke DER dorang bt mcm tu?tak ptt kan.org BODOH jer yg aniaya kwn ni.malu kat NATANG jer la.ko stuju tak DER?aku nak cite kat org2 ni,tlg la hntikan keje korang ni.sblm kami angkat tangan mintak NUSRAH ALLAH,tlg la hentikan.korang klu dunia lps,akhirat jgn mimpi nak lps tau.korang kena ingt,dunia ni bkn utk selamanya didiami.Kalau ada sorang TERANIAYA sbb tangan2 laknat korang,korang jaga yer.Satu dataran asyir buat solat hajat laknat korang.Jangan sampai benda ni jadi.korang kena ingat,Allah tengok ape saje korang buat.Tak lps 1 pun.

Aku nasihat,korang hentikan kerja-kerja kotor korang tu.korang taukan takrif ANIAYA tu mcmmn?xkan xtau kot,kate ngaji x tggl2.aku ckp btl ni.aku tak main settle tangan,kaki ni.aku tak mnt.aku main DOA jer.itu jer senjata ORANG ISLAM YANG BERIMAN sebenarnya.

Aku tkt,klu bkn aku org lain yg doakan.mane korang nak cari nak mintak maaf?kalau aku,klu korang rase ada ZALIMI aku.aku msh trbuka utk mintak maaf.settle masalah.kite kwn mcm besa.tapi klu aku 'kena' lps ni,korang sakit.Aku tak sior la nak kayu korang.aku DOA jer.ingat tau,Allah dah janji dan takkan sekali-kali mungkiri janjiNYA.

Kite sume dtg sini nak blajar bro,bt ape ko nak aniaya kwn ko sndiri.jgn aku ckp jgn..hentikan segera.org akn ingt smpai MATI tau ape yg korang buat.BERTAUBATLAH WAHAI KAWAN-KAWAN BAIKKU!!

Tiga Ucapan Tahniah

Salam to all my frenz,tq korang masih follow blog ni.trimas ats sokongan moral korang kpd insan lemah ni.aku mengaku aku lemah,tp sbb ada sokongan korang yg tak brbelah bagi tu.aku kuat.

Rini aku nak dedikasikan 3 ucapan tahniah.

Yang pertama,ucapan tahniah kpd sluruh guru-guru yg bertebaran di dunia ni dan 'SELAMAT HARI GURU' diucapkan untuk semua.Sungguh mulia tugas guru yg mendidik.sehebat manapun seorang manusia skarang ni,dia brmula dr seorang guru biasa.betol tak?walau beliau hanya mengajar sebuah huruf kpd kite,dia layak digelar guru.TAHNIAH.

Kedua,Tahniah untuk Pakatan Rakyat krn memenangi PRK SIBU.Wlu ada cubaan utk mngalahkan PR,namun cubaan itu gagal.brikut keputusan rasmi trsebut.BN:18,447.PR:18,845.BEBAS:232.Calon PR menang dgn majoriti 398.wlupun pd mulany klhtn PR akn mng beso,nmn slps undian pos dikira,ia menurun dgn mndadaknye.TAHNIAH PR krn telah menghancurkan tembok keras BN hampir 28 thn.Sejarah yg akn mnjadikn BN tdk tdr lena lps ni.TAHNIAH skali lg kpd DAP dan jentera PKR dan PAS yg membantu kejayaan ini.

Ketiga,TAHNIAH utk MAHASISWA yg berani bangkit selepas ditekan dgn pelbagai tekanan utk melemahkan kita.jgn lemah kwn2,mari kt brsatu.tnjkkn kekuatan kesatuan kite.jgn undur walau selangkah.Jgn skali menyerah pada kebatilan.kita ada hak utk dipertahankan.DOA jdkan snjata yg ampuh.SOLAT HAJAT dijadikan 'wajib' untuk didirikan.jgn kite lupakan Allah walau sesaat,DIA pemilik segala sesuatu,bukan manusia.Jika MAHASISWA seangkatan kita di MALAYSIA yang dikekang oleh 'akta zalim' AUKU boleh bangkit,knp kita tak boleh?biar gula-gula semanis gula dihidangkan,jgn kalah.Hanya DOA senjata kita.Teruskan berdoa,doa org yg dizalimi tidak dihijab Allah.percayalah dgn janji Allah.Menjelang imtihan tak lame lg ni,fokuskan pemikiran kita pada pelajaran.persetankan dulu dunia luar.SYABAS MAHASISWA.

Ahad, 16 Mei 2010

Semangat SUMAYYAH

"Kau dibunuh di dunia sementara,untuk hidup di syurga yang selama-lamanya,kaulah wanita terbaik sebaik manusia,namamu tetap menjadi sejarah" gitulah bunyi lirik lagu Sumayyah dr kmpln Hijjaz.2,3 aku ulang lagu ni utk mghayati liriknye.sggh mmberi smangat prjuangan.Seorang hamba wanita bernama SUMAYYAH sanggup memilih SYAHID dr kekufuran wlu diacu TOMBAK oleh Kuffar ke tubuhnye.bygkn DER,bkn laki tau,tp prmpn,sgt2 berani.Di depan mate anaknye die dibunuh dgn kejam.BAYANGKAN DER!!!Agak2 korangkan,kalaulah kite ditempat SUMAYYAH mase tu dlm keadaan iman kite skrang ni,agak2 sggp tak nak pilih SYAHID?Ko tnya la diri sendiri DER,msg2 ada jawapan.Hanya Allah yang layak menilai iman kite.

Itu ujian mase SUMAYYAH DER,mase tu ancaman nyawa jalan last puak kuffar nak MURTADKAN org Islam.skang DER,takyah susah2 mcm tu dah.Kafir bg Duit,Perempuan,Pangkat..dah ckp gelapkan mate org Islam yg lemah imannye.nie la fitnah akhir zaman DER,Kerana 3 Benda td sggp org buat ape saje DER.Same2 kite mintak lindung dari fitnah nie.Mudah sangat manusia nak jadi SETAN,sekelip mate jer blh brubah.Aku dah lalui DER.Aku dah kenal sape kawan sape lawan.Kan baik kalau dorang buat keje untuk jatuhkan Kafir Laknatullah.kenapa nak jatuhkan kawan?Kalau ada Nabi Muhammad time nie DER,mesti Baginda tersangat sedih dengan sikap Umat Baginda mcm ni.

Mana nak cari lagi orang Islam bersemangat SUMAYYAH.Sanggup gadaikan nyawa demi mempertahankan SYAHADAH.mari kite muhasabah same2 DER,fikir balik dan perbaiki langkahan kite supaye tak terjerumus ke lembah SYAITAN.SYAITAN ni die buat keje kite tak nampak DER,klu nampak takpe,leh kite bagi penumbuk sebijik kat mate die.tapi kite tak nampak DER,Die main care halus jer.tau2 dah sesat.Nauzzubillah.Tu sebab kite kena hati2 slalu DER.Betulkn niat balik.cek IMAN slalu.kalau menurun,kite naikkan balik.tata

Sabtu, 15 Mei 2010

Peguam Syarie Bukan Islam Pertama di Malaysia


Panas...panas....dengan semangat 1Malaysia, sape-sape pun leh jadi peguam SYARIE..KAH KAH kah~~~~!!!!sudah berani skang.Dah takder orang Islam ker???tula DER,belajar ghajin2 kat sini,balik leh jadi PEGUAM.kah kah kah~~~~!!!!..


Seorang peguam wanita yang bukan beragama Islam, Victoria Jayaseelee Martin, hari ini memperolehi kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk beliau berkhidmat sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada permohonan untuk suatu perintah bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerima masuk Victoria sebagai peguam syarie.

Ini adalah kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah.

Hakim Zawawi yang membenarkan permohonan itu menolak bantahan yang dikemukakan oleh MAIWP.

Victoria (atas, kanan) mendapat kelulusannya pada tahun 2004 daripada Universiti Islam Antrabangsa dan berkata beliau ingin menjadi peguam syarie demi kepentingan keadilan.

Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, syarat sebelum seseorang boleh menjadi peguam syarie adalah dia mesti merupakan seorang Islam.

Di negeri-negeri lain, bukan Islam dibenarkan menjadi peguam syarie.

Bagaimanapun, Selangor baru-baru menarik balik kekecualian itu dan hanya peguam Islam yang dibenarkan di mahkamah syariah di negeri itu.

Victoria diwakili oleh peguam Ranjit Singh, manakala pendakwa kanan persekutuan, Nadia Hanim Mohd Tajuddin mewakili MAIWP.

Victoria, yang mempe
roleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonanya sebagai peguam syarie ditolak MAIWP Islam melalui jawatankuasa peguam syarie.

Beliau berkata melalui sepucuk surat bertarikh 6 April, 2006, beliau menghantar permohonan tetapi MAIWP memaklumkan beliau bahawa permohonannya sedang diproses.

Selepas lebih tiga tahun, tiada jawapan daripada MAIWP berhubung permohonannya.

Katanya melalui sepucuk surat bertarikh 4 Ogos, 2009 beliau memohon semula sebagai peguam syarie tetapi MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie melalui sepucuk surat bertarikh 9 Sept, 2009 menolak permohonannya atas alasan bahawa beliau bukan Islam.

Beliau kemudian memfailkan permohonan kebenaran pada 23 Oktober tahun lalu yang antara lain untuk satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan MAIWP kerana menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Victoria juga mahukan satu pengisytiharan bahawa Kaedah 10 daripada Rukun Peguam Syarie 1993, yang memberi mandat bahawa orang Islam sahaja boleh diterima sebagai peguam syarie adalah ultra vires kepada Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Beliau juga menuntut satu pengisytiharan bahawa di bawah kaedah yang sama, yang memberi mandat bahawa hanya orang Islam diterima sebagai peguam syarie, adalah bertentangan dengan Artikel 8(1), 8(2), 5 dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Peguamnya, Ranjit Singh memberitahu pemberita bahawa hakim menolak hujahan MAIWP bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa bagi mendengar permohonan anak guamnya berhubung permohonan menjadi peguam syarie.

Katanya beliau memaklumkan hakim bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk menangani perkara itu.

Ranjit berkata hakim juga menolak hujahan MAIWP bahawa jika Victoria tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Majlis Agama, beliau boleh membuat rayuan dengan majlis itu.



Sumber: mymetro