Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Jun 2012

Nikmat kehidupan

Alhamdulillah...kita masih bernafas untuk hari yang seterusnya..betapa nikmat kehidupan ini wajib kita syukuri. Segalanya Allah beri percuma, tanpa bayaran sesen pun yang Allah pinta kecuali taqwa kita kepadanya dengan sebenar-benar takwa.

Bulam syaban telah menjengahkan diri. Bermakna ramadham sangat hampir untuk kita kecapi. Allah..betapa rindu diri ini untuk bertemu ramadhan.semoga Allah memanjangkan usia dan disampaikan ke ramadhan yang dirindui.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Isnin, 19 Mac 2012

Akukah Pejuang Itu?

Perjuangan, ramai orang membicarakan soal perjuangan. Masing-masing berkata "akulah pejuang sebenar', 'kamilah pembawa kebenaran', Namun siapakah sebenarnya pejuang itu?

Kamu, aku, dia atau mereka? tepuk dada, tanya iman. Iman membezakan nilai seorang pejuang. Andai pejuangannya kerana dunia, sekatat itu sahajalah nilainya. Jika perjuangannya kerana Allah, maka tinggilah nilai perjuangnya itu.

Di dalam al-Quran banyak disebutkan tentang ciri-ciri seorang pejuang dan kumpulan yang sepatutnya digelar pembawa kebenaran. Terlalu banyak tuan-tuan. maka, bertadaburlah dengan iman dan taqwa.  

Take Noted!!

Selasa, 23 Ogos 2011

Seminggu terakhir Ramadhan

Salam RAMADHAN KARIM..
hanya tinggal seminggu sahaja lagi Ramadhan bertandang di rumah2 kita. Bagaimana agaknya kita melayan tetamu yang mulia ini. Jika layanannya baik,maka tunggulah hasilnya nanti.jika kita melayuannya endah tak ebdah,maka rugilah kita selamanya,Ramadhan hanya datang setahun sekali ke rumah kita.

di hari2 terakhir ini kita masih berpeluang untuk melayan tetamu kita dengan sebaiknya. kedatangannya membawa rahmat, keampunan dan pembebabasan dari api neraka. buah tangan yang sangat lumayan dan tioada pada tetamu2 lain selain nampak kitaRamadhan.

Apa lagi yang kita inginkan?takkan sebab apa yang diganjarkan itu kita tidak nampak,melemahkan kita untuk mengejarnya?ternyata itulah puncanya. malah dosa pun kita tidak nampak.itulah sebab kita mudah melakukannya tanpa rasa bersalah. malah itulah rahsia Allah yang maha hebat.Allah inghin menguji sejauhmana keikhlasan hamba-hambanya melakukan amal kebaikkan dan menjauhkan diri dari apa yang dilarangNya.

Jadikan seminggu yang berbaki ini minggu yang terbaik buat kita semua.gandakan amal ibadah dan pertingkatkan jati diri sebagai muslim.

Perjuangan sebagai seorang muslim lagi mukmin tidak akan trerhenti selagi mata masih terbuka dan nyawa masih dipinjamkan oleh Allah kepada kita.teruskan perjuangan!!!

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan Bulan Jihad, bukan bulan Istirehat.

Ramadhan kareem!!! tibalah sudah bulan penuh kemuliaan dan keberkatan.bulan yang dijanjikan segala macam pahala,bulan yang diturunkan AL-QURAN yang menjadi panduan umat Muhammad s.a.w.

Bersyukur.atas nafas yang Allah masih pinjamkan buat kita.bulan yang mulia ini dapat kita kecapi buat kesekian kalinya lagi.ALHAMDULILLAH.

Bulan Ramadhan juga menyaksikan berlakunya perang yang pertama di dalam Islam iaitu perang Badar al-kubra.Perang ini menyaksikan 313 tentera muslimin melawan bala tentera musuh seramai 1000 orang.angka bukan masalah,dengan kuasa RABBUL JALIL,tentera Islam pimpinan Rasulullah s.a.w telah memperolehi kemenangan terhadap musuh.

Ramadhan bukan alasan untuk kita bermalas-malas,rugilah bagi yang beranggapan bulan ini bulan lapar dan dahaga semata.padahal bulan ini adalah satu madrasah rohani buat yang mengikutinya.Melalui bulan ini,Allah mentarbiah hambanya dengan merasa sedikit lapar dan dahaga.bagi mendidik manusia dari menjauhi sebentar nafsu diri.

Dengan mengambil contoh tentera Islam di dalam Badar al-kubra,boleh la dijadikan pemangkin semangat menjadikan bulan ini sebagai BULAN JIHAD.Jihad melawan hawa nafsu dan jihad melawan kezaliman manusia.dengan suasana politik kampus mahasiswa Malaysia di Mesir yang sedang dirundung kegelapan kezaliman,sangat signifikan untuk mencontohi peristiwa perang Badar.jangan dijadikan alasan berpuasa untuk mahasiswa tidak cakna dengan isu sebelum ini.koreksi diri semula agar kita tidak tertipu dengan diri sendiri.syaitan telah ditambat,tinggal lagi nafsu yang bermaharajalela.

ikatkan sekukuhnya hati kita dengan Allah.kezaliman pasti akan runtuh dengan sendirinya.semoga kita semua tergolong dari kalangan orang yang mendapat gred terbaik di dalam madrasah Ramadhan pada kali ini.

Iringkan doa setiap waktu agar Allah menunjukkan kebenarannya.Takbir!!!

Jumaat, 21 Januari 2011

Destinasi Abadi!

KEMATIAN.sesuatu yang pasti berlaku kepada seluruh yang bernama makhluk.Segalanya telah ditetapkan oleh Maha Pencipta Rabbul Jalil.bila sampai waktunya,tidak dicepat sesaat,tidak dilambat walau sesaat.

Manusia berbilang ragam menyambut kematian.cara kematiannya juga bermacam cara.Allah maha kuasa atas segala sesuatu.terbuka hati untuk menulis post kematian ini adalah signifikan daripada kematian Allahyarhamah Nurul Aiman di Iskandariah pada isnin yang lalu.Kematian yang tidak pernah disangka-sangka.Dia pergi tanpa diduga.Allah lebih menyanyanginya.sekalung al-fatihah untuknya.

Di sebalik peristiwa ini adalah iktibar dan pengajaran yang boleh diambil kepada kita yang masih hidup.betapa ajal itu ada di mana2.isunya bukan waktu dan ketikanya,tetapi persediaan kita bagi menghadapinya.Sesuatu yang pasti itu seoalah2 tidak diimani sesetngah manusia.mereka masih lalai dengan duniawi yang menipu dan kosong.dunia diletakkan di hati dan akhirat diletakkan di kaki.mereka itu termasuk aku.masih samar mencari akhirat yang pasti.masih leka dibuai dunia yang mengasyikkan.hati seolah mati dan gelap.nauzzubillah!!

Perjalanan hidup ini adalah jambatan menuju akhirat.betapa jalan ini berliku untuk dilalui.persimpangannya hanya ada dua.samada menuju syurga atau ke neraka.moga Allah tunjuki kita jalan yang benar.

Pintu taubat masih Allah buka untuk kita semua.selagi nyawa bukan di halkum,selagi matahari masih timbul di timur.bertaubatlah di hadapan Allah.walau sebesar manapun dosa yang kita lakukan,rahmat dan keampunan Allah lebih besar dari itu.Tanda kasih sayang Allah kepada kita.

Setiap titisan air mata untukNya akan memadamkan api neraka.menangislah! merintihlah!Allah pasti mendengar rintihan itu.selagi belum terlambat,titiskanlah air matamu meratapi silap dosamu.Semoga di akhir perjalanan nanti,kita menuju jannahNya!

Sabtu, 31 Julai 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Tak kenal maka tak cinta.satu ungkapan yang sering kita dengar.ungkapan ini selalu digunakan oleh orang yang bercinta.cinta yang disempitkan maknanya hanya kepada manusia yang berlainan jenis.ini bukan isunya.

Benarlah bagai dikata ungkapan itu.manusia hari ini tidak menyintai Tuhannya kerana tidak kenal dengan siapa Tuhan mereka.Amat malang bagi seorang muslim yang sebegitu rupa.Al-Quran datang untuk membawa cinta ini.di dalamnya terkandung beribu ayat2 cinta kepada Tuhan sekelian alam.Adakah kita sudah mengenali dan menyintai Tuhan kita?tepuk dada,tanyalah iman masing-masing.

Bila cinta Allah telah kita perolehi,sudah pasti cinta pada yang lain akan datang mengiringi cinta itu.silap manusia sekarang kerana mencari cinta manusia dulu sebelum mencari cinta Allah.nescaya akan songsang dan rapuh hasilnya.

Dalam mencari rezeki contohnya,manusia lebih mengharapkan manusia dari mengharapkan terus kepada pemberi rezeki iaitu Allah s.w.t.Akibatnya,manusia tidak lagi mempedulikan halal dan haram.hak orang lain diambil tanpa segan silu.rasuah menjadi budaya,pecah amanah itu biasa.semuanya angkara tidak mengenali Allah.

Suasana kebrobrokan akhlak manusia di zaman ini juga berpunca dari tidak mengenali Allah.anak-anak tidak dibimbing untuk mengenali Tuhannya yang agung,sebaliknya lebih mengagung-agungkan manusia yang rosak.inilah dunia akhir zaman.

Ulama' tulen yang sepatutnya menjadi agen penyebar cinta ini tidak diberi peluang dan ruang untuk menjalankan tugas mereka.yang tinggal hanya ulama' plastik yang hanya ada sijil setinggi PhD,tetapi kontang jiwa mereka dengan roh Islam yang syumul.mereka telah dikawal oleh satu Doktrin yang sesat.hasilnya,anak bangsa yang merana.Indahnya hidup berpaksikan cinta Allah dan RasulNya.cara memperolehinya hanya dengan ILMU yang suci.marilah sama-sama kita mencari cinta itu.

Isnin, 26 Julai 2010

Melaksanakan Konsep Lisanul Hal Dalam Kehidupan

Al-Quran dan Lisanul Hal

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t amat menjunjung tinggi konsep lisanul hal dalam setiap aktiviti kehidupan manusia. Lawan kepada lisanul hal adalah lisanul maqal. Boleh dikatakan setiap seruan kepada mereka yang beriman akan disertakan dengan satu taklifan (task) supaya iman itu dapat dilihat dengan gerak anggota sendiri bukan sekadar tersemat di dalam jiwa.

Lihatlah firman Allah:


يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

Kita juga akan dapati setiap ayat yang dimulai dengan "wahai orang yang beriman" disertakan dengan satu tugasan untuk membuktikan iman mereka. Seolah-olah Allah mahu menyatakan bahawa iman kamu tidak akan ke mana sekiranya ia hanya nama tanpa satu bukti yang kamu boleh nyatakan dengan usaha kamu.

Itulah yang dimaksudkan dengan lisanul hal. Buat, tunjukkan contoh, kerja, amal bukan sekadar kata-kata (lisanul maqal): saya adalah orang yang beriman, saya seorang yang bertaqwa, kita mesti berjuang, kita perlu sayang Islam dan lain-lain. Kata-kata tanpa bukti hanyalah ibarat terbang di awan, tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sebab itulah kesempurnaan iman ditakrifkan:

التصديق بالقلب والنطق باللسان والعمل بالجوارح

Dalam hadis dinyatakan:

البينة على المدعي واليمين على من أنكر


Maka atas dasar inilah kita menyusun gerakan, mentarbiyah, mendidik, dan merancang, untuk melihat setiap teori itu di atas garis kejayaan. Jikalau kita mengkaji budaya masyarakat yang berjaya maka kita akan dapati mereka cemerlang dalam melaksanakan konsep lisanul hal. Para pendakwah Arab berjaya mengislamkan masyarakat nusantara dengan lisanul hal. Kerajaan Islam dan khilafah Islamiyyah berjaya kekal sehingga 14 abad lamanya kerana lisanul hal para pemerintah dan ulama sehinggalah tiba zaman di mana umat tenggelam di dalam dunia perdebatan yang memberikan peluang kepada musuh mengambil kesempatan untuk memusnahkan sistem paling hebat dalam tamadun manusia.

Khilafah kekal dengan Lisanul Hal

Sesungguhnya mereka yang tidak kesal di atas kejatuhan khilafah merupakan golongan yang mati hati. Tidak berdosa sekiranya kita labelkan mereka yang sibuk bercakaran dengan soal remeh temeh dan membiarkan musuh menghisap darah mereka tanpa mereka sedari sebagai 'nyanyuk' atau 'dungu'. Orang-orang beginilah yang akan melemahkan kerajaan Islam kalau Islam bangkit semula nanti. Moga-moga kita dijauhkan daripada mereka.

PMRAM dan Lisanul Hal

Sesungguhnya misi dan visi PMRAM adalah berdasarkan lisanul hal. Kalau PMRAM bercakap soal Palestin, PMRAM tunjukkan bukti bahawa dalam tempoh 3 tahun hampir LE 150,000 berjaya disumbangkan untuk mereka.

Bercakap soal banteras kemungkaran akan mengingatkan kita pula kepada penguatkuasa Hisbah yang cukup aktif dan digeruni pengamal-pengamal maksiat dan couple di sini. Tidak sedikit masalah hisbah berjaya diselesaikan setiap tahun.

Soal kesatuan pula tidak boleh dilupakan. Itulah tunjang utama kekuatan mahasiswa. Sudah 80 tahun PMRAM mempraktikkan ayat Allah yang bermaksud "Berpeganglah kamu dengan tali Allah". Lisanul hal PMRAM berkata, "Aku benci perpecahan!"

Cabaran melaksanakan Lisanul Hal

Cabaran utama dalam mepraktikkan lisanul hal adalah Istiqamah. Istiqamah merupakan stamina dalam meneruskan setiap usaha. Ramai yang kuat dan gagah dalam bekerja tapi tidak ada stamina. Tanpa stamina kita akan tergolong dalam golongan mutakhallifun atau mutasaqitun.

Kesimpulannya dalam melihat kejayaan setiap perancangan maka lisanul hal adalah manhajnya dan istiqamah pula kekutannya. Buktikan setiap kata-kata kita. Teruskan sehingga kita berjaya laksanakannya.

Catatan ini adalah taujihat kepada aktivis-aktivis PMRAM sepanjang tempoh program yang amat padat. Semoga kalian digolongkan dalam golongan mereka yang membuktikan keimanan mereka.


*Rencana ini dipetik dari blog Presiden PMRAM 2008, Saudara Khairul Anuar Ismail. Beliau merupakan Penasihat PMRAM dan Pengerusi Fellow MANHAL PMRAM. http://www.ibnubarqi.blogspot.com

Isnin, 12 Julai 2010

Aku Terima TaklifanNya!

Di musim-musim cuti sem yang sedang dilalui ni,pastinya banyak program-program yang telah diatur oleh pihak persatuan.daripada sekecil-kecil program sehinggalah sebesar-besarnya.dan sudah pasti ia memerlukan tenaga manusia yang banyak untuk menjana kelangsungannya.bagi yang tidak kemana-mana pada cuti ini,pastinya akan 'dirisik' untuk menjadi sebahagian tenaga penggerak program-program tersebut.inilah masanya untuk mahasiswa dan mahasiswi mengasah soft skill yang ada dan menimba pengalaman berpesatuan sebanyak mungkin.

Selain berlari-larian ke tempat-tempat menimba ilmu,mahasiswa juga perlu menenggelamkan diri ke dalam arena berpesatuan yang menjanjikan pengalaman berharga yang tidak dapat di dewan-dewan kuliah.suasana pekerjaan di Malaysia yang terlalu menekankan soft skill seseorang sepatutnya disambut.inilah dunia yang nyata.

Menerima sebarang pentaklifan memang bukan sesuatu yang mudah.banyak perkara perlu dikorbankan seperti masa,tenaga,wang ringgit dan sebagainya.tetapi jika pengorbanan yang kecil inipun kita tidak dapat berikan,bagaimana bila kita pulang ke tanah air nanti?perjuangan di sana lebih melaparkan pengorbanan-pengorbanan tersebut bagi melihat kelangsungan Islam di sana.Pengorbanan tidak semudah kata-kata,likunya maha dahsyat.hanya insan yang pernah melaluinya sahaja dapat memberikan gambarannya.kekuatan individu Islam terhadap agamanya terletak kepada pengorbanannya.jika kita hanya pandai beralasan,tidak usah la berdegar-degar mengatakan soal perjuangan.kata-kata kita bagai meludah ke langit.sia-sia sahaja.Islam memerlukan rijal-rijal yang boleh bekerja,bukan yang bercakap semata-mata.kita semua ada peranan masing-masing.

kepada sahabat yang ditaklifkan,jalankanlah amanah dengan ikhlas.jangan sesekali merungut dengan tugas yg bertimpa.Allah pasti membantu kita kerana menolong agamaNYA.

Jumaat, 2 Julai 2010

Coretan Jumaat

Salam Jumaat buat kaum Muslimin sekalian.Alhamdulillah,Allah masih meminjamkan kita nyawa dan kekuatan untuk terus hidup di dunia yang fana ini.Dunia yang menyajikan seribu satu nikmat ini seringkali menipu kita untuk mencintainya.amat malang kepada manusia yang hatinya telah ditanam cinta dunia.oleh itu sidang hadirin sekalian,marilah sama-sama kita meninggalkan cinta dunia dan lebih menyintai akhirat yang kekal abadi.

Macam khutbah la pulak,itu sebenarnya point khutbah aku yang aku dapat tadi.dah lama tak dapat solat jumaat kat Masjid Bulat,Alhamdulillah hari ni Allah kuatkan aku ke sana.

Semalam di Rumah Perak ada pentazkiran jemputan dari JAKIM.Us Ahmad Zaki Arsad dari negeri Selangor.Tengah berkursus di Dar al-Ifta' Misriyah.banyak benda yang beliau kongsikan terutamanya dari sudut dakwah dan akidah.kebetulan beliau pun Timb. Pengarah bahagian Dakwah JAKIM.Banyak benda yang aku dapat dari tazkirah beliau.Walau lama la jugak tazkirahnya,tapi berbaloi-baloi.

Esok sabtu,3 Julai.satu lagi demo akan diadakan oleh Gerakan Mansuhkan Judi di Kuala Lumpur.bakal menghimpunkan ratusan ribu manusia yang prihatin.tahniah GMJ.Walaupun dikhabarkan lesen judi tak jadi dikeluarkan kepada syarikat BERJAYA,tapi rakyat masih ragu-ragu tentang pengkhabaran ini.harap-harap berita itu benar dan bukan cakap lidah terbelit puak-puak itu.lagipun demo ni pun dah bertukar format kepada "Katakan taknak pada judi"yekot,aku ingat tak ingat jer.tapi gitulah.

ayuh anak muda Malaysia,apa tunggu lagi,jom turun meluahkan bantahan.kita bukan generasi judi dan mudah diperjudikan.jangan biarkan keturunan kita terus rosak kerana kerajaan yang tidak bertamadun ini.Suara rakyat suara keramat.Jom berdemo.

Aku dapat bersemangat macam ni jelah.mendoakan kalian selamat dan berjaya di sana.aku pejuang dunia maya yang jauh di seberang laut.

Jumaat, 18 Jun 2010

Tazkirah: Ramadhan Kian Hampir

Kini kita berada di bulan Rejab yang merupakan bulan ALLAH.Banyak kelebihan yang terkandung di dalam bulan ini seperti yang disabdakan oleh Baginda Nabi s.a.w.Bulan ini juga merupakan salah satu bulan haram yang empat iaitu Rejab,zulhijah,zulkaedah dan muharram.Melalui bulan ini,bermakna kita sudah hampir dengan penghulu segala bulan iaitu Ramadhan al-Mubarak.Ramadhan yang merupakan madrasah orang yang beriman dalam mengukur iman di dada perlu melalui sesi orientasi di bulan rejab dan sya'ban.Jika diperingkat orientasi ini lagi kita tidak lulus,maka kita akan melalui kesukaran di madrasah ramadhan nanti.

Kelebihan yang dijanjikan oleh ALLAH kepada orang yang berpuasa dan melakukan ibadat yang lain di bulan ini amatlah banyak.Hanya tinggal kita sebagai muslim untuk mengamalkannya.Sesungguhnya ALLAH itu amat pemurah sifatnya.Pelbagai kelebihan yang dibentangkan kepada kita adalah salah satu tanda kasih sayangNYA kepada kita.

Bulan rejab ini juga merupakan bulan yang menyaksikan peristiwa agung Nabi dibawa naik ke langit bersama-sama kawan karib baginda Saidina Jibril a.s dengan menaiki kenderaan dari syurga bernama buraq.Tujuan Baginda dinaikkan oleh ALLAH adalah kerana untuk mengembirakan hati Baginda dan dirundum kesedihan akibat kehilangan insan-insan yang disayangi Baginda.Antara lain tujuannya ialah untuk menyampaikan kepada Baginda satu taklifan yang besar dan terpenting iaitu solat lima waktu.Baginda juga dibawa oleh ALLAH untuk melihat keadaan ahli syurga dan neraka untuk diceritakan kepada umat Baginda kelak.sesungguhnya Baginda amat gembira dengan perjalanan ini yang melalui dua fasa perjalanan iaitu Isra' dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa dan Mi'raj dari Masjid Aqsa ke Sitratul Muntaha.

Sesungguhnya kita beruntung kerana terpilih untuk berada di dalam umat ini yang dijanjikan 1001 kelebihan.

Isnin, 24 Mei 2010

Kenapa Aku Gagal menghafal?


Membelek-belek kitab sambil menekuninye membuat aku teruja dan terkesima.seraya diri berkata-kata,"hebat sungguh ulama'-ulama' terdahulu,adakah aku layak menjadi seperti mereka?"persoalan demi persoalan terus menerkam diri.yang pasti,aku tiada jawapan untuk semua soalan itu.

Aku bertanya lagi,"apakah berbaloi aku ke bumi Anbiya' ini,menghabiskan duit,masa,tenaga dan pelbagai pengorbanan yg lain oleh aku dan org lain" juga tiada jawapan.aku buntu dan tergaru-garu.

-bersastra la plak pagi2 ni,dah lame meninggalkan dunia sastra ni,rindu lak rase.besa la tu,kadang2 dok termenung tu terfikir jugak tentang diri sendiri.mcm2 dok fikir.berfikir tukan satu ibadah.tambah2 fikirkan dosa2 lalu untuk diinsafi.kadang2 kite ni leka,langsung tak teringat kat dosa2 lepas.ingat DER! ngko tu bukan ma'sum.dosa dok hambat slalu.kiri,kanan,depan,blakang ada dose.hati-hatilah kayuh tu.

Sebut pasal ILMU dan DOSA,teringat kisah Imam asy-Syafie mengadu kpd gurunye Imam Wake' sebab lemahnye hafalannye,imam Wake' jawab mudah jer,TINGGALKAN MA'SIAT.Mesej jelas untuk kite penuntut ilmu agama ni.kalau nak difikir,apela sangat dose Imam Syafie tu,tapi tengok,beliau pun rase kesannye.KITA?takkan tak rase ape2 kot.Kalau rase mengapai tak blh2 tu,fhm2 jela.cek balik ape yg tak kena.

Satu lagi org lupe,salah dgn orang lain.ada yg tak kisah langsung sakitkan hati org.termasuklah aku.kite kadang2 gembira dgn dukanye org lain.seronok tgk org lain susah.lagi teruk kite yg buat org susah.bagus punye perangai manusia.Moga2 ALLAH jauhkan kite dari sifat itu.kalau ade buat salah dgn org,aku seru aku,ngko,kome,die,mereke,tuan-tuan,puan-puan,datuk2,datin2 pi jumpa org yang kite aniaya tu,pi mintak maaf.takut tak sempat syeikh.kite nak blajo ilmu agame,mane ilmu nak msk kalau dlm hati ade titik dose.aku sekadar menasihati.Ikut kome la nak ikt xnak!

Khamis, 20 Mei 2010

AWAS!!! Anda Sedang Diperhatikan

Assalammualaikum...firstly nak mintak maaf kt ko DER.Hari ni lmbt skt updet.saje lmbt updet benarnye.tak larat.ko msti tunggu2 pos akukan DER.sory la yer.mesti ada yg x sbr2 nak bc post aku..hu hu!perasan tol aku ni.ko stujukan DER. smenjak 2 menjak ni naik lak rate pembaca aku.Tq aku ucpkan.trskn follow blog ni,jd follower trs.mdh je,kt sblh kiri nun ada bendanye.ok.

Mase sblm aku dtg mesir dulu,ustaz2 aku ada pesan,kat mesir ni polisnye cekap,bnyk SB.Jgn bt pasal.aku tnya,pasal ape?ustz aku menjawab pasal I.M.OOOOOO!!!!...aku teriak tnda fhm.pada hal aku tak fhm..kah kah kah!!kat sni br aku tau I.M tu Ikhwan Muslimin.Mcm2 pntang lrg ada.itu dan ini.korang mesti taukan sjrh I.M.Xyah cite kot.tu bkn kisahnye.dan kite xda mase nak join pun.cm brhati-hati la slalu yer.

Sebut pasal polis,teringat pasal 3 penyangak kena tgkap br ni.48 jam jer polis mesir bt keje ko tau DER.Deme br je lps masuk rmh dak2 klantan jumaat tu.3 laptop 6 hp kene bedal.nsb dpt blk.dorang gak ngaku yg dorang penah msk rmh2 dak2 mlayu yg lain.ciss...inikah pencuri handphone N78 kesayanganku?hatiku brbisik.buat pengetahuan korang,aku jgk slh sorang mangsa penyangak ni.aku ingat lg tarikh tu,15.1.10..hr jumaat.mase tu lg 2 hr aku nak exam.ko byg DER ujian Allah nak bg,free-free jer.aku hlg hp dgn duit,ahli bait aku hlg 2 hp skali.kesian kt kamikn.tp aku yakin Allah ganti yg lbh baik.Aku syukur sgt penyangak2 tu dh kena tgkp.mdh2an lps ni xda kes dah.tp DER,ko kena jg gak kslmtn.kunci pintu bl kuar,ok.

Itu tahap SB Polis Mesir,belum SB Allah lg.lg cekap,betul,amanah.tak trlepas 1 pn ape ko buat.haa,ALLAH ada SB?nape?terkejut?tu 2 malaikatkat kiri kanan ko tu ape DER.SB ALLAH la tu.sangat setia menulis ape saje kite buat.bile soal siasat di kubur nanti br didedahkan kat kite.dpt jawab,Alhamdulillah.tak dpt,fikir2 la akibatnye.renung2kan

Rabu, 5 Mei 2010

AGAMA suku POLITIK suku = SESAT


Politik merupakan satu asas yang sangat penting dalam Islam.ini dibuktikan dengan sirah Nabi-nabi terdahulu yang merakamkam betapa agungnya kerajaan yang dibentuk.Antara raja terulung dan teragung ialah kerajaan Nabi Sulaiman alaihi salam yang merangkumi seluruh kehidupan di bumi termasuk jin dan binatang.keagungan kesultanan Nabi Sulaiman telah terakam kemas di dalam al-Quran al-karim.

Nabi junjungan kita Muhammad saw juga merupakan seorang pemimpin yang agung dan dihormati.dengan cara pemerintahan Baginda yang adil dan amanah telah menjadikan Kota Madinah sebuah kota yang penuh bercahaya.

Di dalam al-Quran juga ada merakamkan satu surah yang dinamakan al-Mulk yang bermaksud Kerajaan.Sebuah kerajaan teragung milik Tuhan yang satu yang memerintah seluruh alam buana,langit dan bumi.Tiada satupun Raja teragung selainNya di dunia ini.Ini sudah cukup untuk menceritakan betapa agungnya kekuasaan Allah.

POLITIK.Sering disalah tafsirkan.terlalu sempit menafsirkan politik hanya berlegar di sekitar PARTI.Padahal politik Islam itu terlalu indah dan perlu disebarkan kepada masyarakat untuk difahami dan dijadikan panduan di dalam kehidupan.

Baru-baru ini timbul isu tuduhan dan fitnah PM kepada T.G Nik Aziz yang mengatakan T.G tidak menghormati Sultan Selangor kerana berceramah politik di dalam masjid ketika kempen pilihanraya Hulu Selangor baru-baru ini.Ini dikatakan telah melanggar titah tuanku sultan yang melarang sebarang ceramah politik di masjid dan fitnah ini telah disangkal oleh T.G seterusnya menuntut PM memohon maaf dan menarik balik tuduhan itu.ini merupakan satu kerja jahat yang bertujuan melaga-lagakan tuanku sultan dan T.G.

Adakah anda bersetuju politik Islam tidak wajar dibawa masuk ke dalam pagar masjid? hanya orang yang tidak faham sahaja yang bersetuju dengan perkara karut ini. Mereka tidak sedar bahawa di dalam solat juga mengajar selok belok politik. Imam di hadapan sebagai ketua dan makmum di belakang sebagai rakyat. Mana mungkin dipisahkan.

Mana mungkin politik itu diasingkan dari agama.itu karut dan sesat.Islam itu syumul dan baik untuk semua.mana mungkin Agama yang terbaik ini mengasingkan politik dari kehidupan umatnya.jangan menjajah fikiran anda dengan ideologi yang sesat ini.

Jumaat, 16 April 2010

Soal HATI?

HATI.Teringin nak berbicara soal hati.tempat yang menjadi tempat bersarangnya dua sifat yang bertentangan.hati juga menjadi tempat penilaian seorang manusia.seperti mafhum hadis Nabi saw yang bermaksud,dalam diri manusia ada seketul daging,jika elok daging itu,maka eloklah seluruh diri manusia itu.jika buruk,maka buruknya seluruhnya.ia adalah HATI.

Dekat mana hati tu?di dadakah?di kepalakah?dikakikah?atau dimana?sudah ma'ruf,hati letaknya didada.bukannya jantung.bukan juga hati yang boleh dipegang itu.hati sebetulnya tidak boleh dipegang.tapi ia ada dalam diri.semua yang bernama manusia ada hati.ia anugerah Allah yang sangat tinggi.disitulah tempat menyimpan keimanan dan ketakwaan.disitu jugalah tempat syaitan menyuntikkan bius jahatnya.jika keimanan yang ada itu kental,maka ia akan menjadi benteng yang sangat kuat untuk mempertahankan hati.jika lemah,maka mudahlah kerja syaitan merosakkan manusia.

Dosa juga memberi kesan kepada hati.orang yang selalu melakukan dosa,akan hitam hatinya.kerana setiap dosa akan menghasilkan titik hitam di hati.jika ia tidak dicuci segera,maka kehitaman tadi akan menjadi karat yang sukar dibuang lagi.itu sebab,manusia yang selalu melakukan dosa dan maksiat kepada Allah tidak akan membuang tabiat buruknya,malah merasa selesa dengan kemaksiatannya.

Cara menyuci hati.mudah sahaja,dengan al-Quran dan zikir.mengingati mati juga dapat menyucikan hati.malah memberikan ketenangan.jika kita sudah bersedia untuk itu.setiap kebaikan juga dapat mengubati hati.cukup mudah.yang susahnya untuk memulakan dan istiqamah dengan kebaikan.kebayakkan dari kita suka melengahkan kebaikan,tetapi cepat untuk merancang kejahatan.inilah contoh hati yang tidak sihat dan perlu dirawat.

Marilah sama-sama kita menjaga hati dari dikotori oleh dosa.kerana hati yang hitam tidak lagi boleh diselamatkan.