Sabtu, 11 Julai 2009

Aku kembali

Salam sayang dan mahabbah buat akhi wa ukhti seakidah sekalian...semoga sore ini akan menjadi pemangkin semangat perjuangan kita.

Sudah lama jejari ini tidak mengetik keyboard mahupun hanset untuk mengemaskini laman ini. Ntah apa yg membuatkan diri ini terlalu berat untuk berkarya, barangkali bebanan tugas yang datang bertimpa2 menjadi puncanya. Ahh, alasan semua tu. Apa2 pun diriku telah kembali di sini bersama kalian semua.

Syukur pada Tuhan yang agung kerana masih mengurniakan aku nyawa untuk terus bernafas di sini. Meneruskan perjuangan sebagai penuntut ilmu di bumi yg penuh dengan ujian dan mehnah ini. Sapa tak kenal dengan Mesir. Bumi yang mengandungkan Nil, sebuah sungai yang pernah menyaksikan sirah agung seorang Nabi yang terakam erat di dalam al-Quran iaitu Musa alaihisallam. Bumi ini juga telah menenggelamkan Firaun yang dilaknat bersama pengikut-pengikutnya. Moga Allah mendekatkan aku dengan roh perjuangan Musa alaihisallam.

Esok aku akan bermusafir ke tanah air tercintaku. Pulang bercuti setelah hampir 2 tahun tidak menatap wajah ibu dan ayah di samping tugas yang menunggu di sana. Bukan ke perjuangan tak kenal erti rehat. Memang sungguh tak rehat cuti ni. Doakan aku wahai sahabat2. Moga aku thabat dalam landasan yang hakk dan jauh dari persimpangan kebatilan. Ntah bila pulak boleh updated blog ni. Semoga jumpa lagi..sirru 'ala barakatillah..