Isnin, 14 November 2011

Al-Fatihah Buat Sahabatku Fareez Izhar Zainuddin


11.11.11...tarikh keramat kata orang. Bagi sesetengah orang, ia pasti menjadi tarikh bahagia seperti tarikh penikahan, kelahiran dan sebagainya. Namun ada juga yang berduka dengan kehadiran tarikh ini.

Begitulah bagi pelajar-pelajar Perak di Mesir, tarikh 11.11.11 merupakan tarikh pepisahan kami dengan Al-Marhum Fareez Izhar Zainuddin yang diambil Allah lebih awal dari kami.

Namun kesedihan itu seperti terubat bila mengenangkan cara al-marhum diambil Allah. Al-marhum pergi ketika bangun untuk berqiammulail di malam jumaat yang penuh barakah.Sesungguhnya inilah tanda khusnul khotimah yang dikurniakan kepada orang-orang terpilih.

Betapa al-marhum layak untuk memiliki khusnul khotimah kurniaan Allah. Al-marhum pergi meninggalkan kita dengan wajah tersenyum. Betapa seri kematian seorang wira.

Kenangan bersama arwah sudah pasti tidak dapat dilupakan. Tambah-tambah dalam kerja bersama arwah dalam kerja-kerja dakwah. Delegasi yang ditinggalkan arwah wajib diteruskan. AL-FATIHAH buat arwah Fareez Izhar bin Zainuddin.

Khamis, 10 November 2011

Anak Saudara Sulung


Salam alaik..

Alhamdulillah, pada 2 November 2011 yang lalu, aku dikurniakan anak saudara sulung melalui kakak aku ke-2. Bayi seberat 3.16 kg itu lahir normal di hospital Kuala Lumpur pada jam 2.00 ptg.

Makanya, secara rasmilah aku menjadi Pak Su buat kali pertama dalam hidup.Bayi ini sangat comel sehingga tidak jemu-jemu memangdangnya. Mamanya pulak berpantang di rumah aku, dapatlah hari-hari aku melihatnya sehingga tarikh aku berangkat ke Mesir nanti.

Muhammad Haziq Amsyar, itulah nama yang dipilih ibunya merangkap kakak aku.sebenarnya nama ni aku yang pilih.hehe..macam-macam dah tukar, akhirnya ini yang dipilih.

Semoga Haziq menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang agama Allah.Takbir!!

Rabu, 2 November 2011

Sekat pelajar IPT berpolitik tidak sah


Mahkamah rayuan putuskan Seksyen 15 (5)(a) AUKU bercanggah perlembagaan

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam memutuskan peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan 2-1 oleh panel tiga hakim, diketuai Datuk Wira Low Hop Bing itu memutuskan seksyen 15 (5) (a) AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.
Pada 28 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan empat pelajar Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23 dan Azlin Shafina Mohamad Adza, 23, yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 1 Jun tahun lalu, mereka menamakan kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM bagi mencabar tindakan universiti mengemukakan notis menghadiri Lembaga Disiplin UKM bagi menjawab tuduhan melanggar seksyen berkenaan. Bagaimanapun, mereka didapati tidak bersalah oleh lembaga itu dan menamatkan pengajian masing-masing bulan lalu.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, berpendapat Seksyen 15(5)(a) berhubung larangan itu tidak munasabah dan tidak dapat melihat bagaimana sokongan atau bangkangan pelajar ke atas mana-mana parti politik boleh memudaratkan kepentingan atau moral awam.

“Bukankah parti politik adalah entiti sah dari segi undang-undang yang menjalankan aktiviti politik yang sah. Bukankah pemimpin politik, termasuk menteri dan penggubal undang-undang persekutuan dan negeri juga adalah ahli parti politik.
“Peruntukan ini tidak rasional. Kebanyakan pelajar universiti sudah mencapai usia majoriti, mereka boleh memasuki perjanjian dalam kontrak, boleh menyaman dan disaman, berkahwin, menjadi ibu bapa dan menjalankan kewajipan kekeluargaan.

“Mereka boleh mengundi jika mencapai usia 21 tahun dan boleh menjadi pengarah syarikat dan pemegang jawatan sesuatu pertubuhan. Ironinya mereka pula diberitahu, mengikut undang-undang mereka tidak boleh berkata apa-apa yang ditafsirkan sebagai menyokong atau membangkang sesebuah parti politik,” katanya.

Mohd Hishamuddin berkata, beliau juga berpendapat Seksyen 15(5)(a) menghalang perkembangan sihat minda kritikal dan pemikiran asal pelajar yang bukan saja tidak produktif, malah mengongkong kerana universiti sepatutnya menjadi institusi yang melahirkan pakar pemikir serta pembaharuan dan bukan pelajar yang dilatih seperti robot.

Datuk Linton Albert pula berkata, yang jelas, peruntukan dalam AUKU tidak masuk akal kerana empat pelajar berkenaan berdepan tindakan tata tertib, termasuk dibuang universiti hanya kerana menghadiri kempen pilihan raya kecil itu.

“Oleh kerana ia tidak munasabah, maka penghakiman saya berhubung Seksyen 15(5)(a) tidak berada di bawah ruang lingkup Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan (hal ketenteraman awam), bercanggah Perkara 10(1)(a) (kebebasan bersuara) dan tidak sah seperti termaktub dalam Perkara 4(1) perlembagaan,” katanya.

Sementara itu, Hop Bing yang tidak bersetuju dengan kedua-dua penghakiman itu, berkata larangan pembabitan pelajar dalam politik perlu bagi menghalang penyusupan ideologi politik, termasuk sifat ekstremis di kalangan pelajar.

Beliau turut menyarankan (bukan sebahagian dari penghakiman) bahawa Parlimen mungkin boleh menimbangkan untuk meminda Seksyen 15(5) secara khusus dan keseluruhan akta secara umumnya bagi tujuan pemansuhan dan semakan.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Akhir Umur Muammar Gaddafi.


Muammar Gaddafi. Susuk tubuh yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Memerintah Libya selama 42 tahun tanpa tentangan. Hebat!

Memiliki kekayaan berbilion dolar di dalam dan luar negara cukup meragukan rakyatnya dan dunia. Pemerintahan dijadikan tempat dia menuai kekayaan dan bukan mengayakan rakyatnya yang dihimpit kemiskinan.

Cukup sejarah merakamkan kerakusan Gaddafi memerintah Libya. Jika dia bukan seorabg diktator, masakan boleh bertahan sehingga 42 tahun. satu masa yang lama bagi sebuah negara republik seperti Libya. Mengalahkan jirannya Mesir yang diperintah Mubarak selama 30 tahun.Juga dengan cara diktator dan zalim.

Kini, Gaddafi telah terbunuh.ya, telah terbunuh dengan hina oleh rakyat Libya sendiri. Dia dijumpai di Serte, Libya yang merupakan tanah kelahirannya sendiri. Kemarahan yang terpendam tidak tertahan lagi, lantas dia dibunuh dengan menggunakan pistol emasnya sendiri.

Jenazahnya diheret dengan hina.kematiannya diraikan dengan meriah.pembunuhnya diangkat sebagai wira. Kini, jenazahnya dipamerkan kepada khalayak rakyatnya untuk ditatapi,bukan diratapi.

Kisah Gaddafi ini sepatutnya dapat menyedarkan pemimpin-pemimpin yang zalim. semasa hidup boleh gah sebagai penguasa, namun setelah mati sepak terajang yang hinggap ke tubuh badan.

Belum dikira kesalahan pada yang Berkuasa. Hanya dia yang selayaknya menghukum mereka.

Teringat kisah Kamal Artarturk pendajal agama.nasibnya hampir serupa. dikisahkan bumi tidak sanggup menerima mayatnya, lantas dikuburkan dengan menyimenkan mayatnya.Hidupnya dan matinya penuh kehinaan.Nauzzubillah.

Yang telah pergi, nasibnya hanya Tuhan yang tahu. Yang masih hidup masih berpeluang memperbaiki keadaan. Berubahlah pemimpinku.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Sorotan Seminggu


Sudah lama tidak menukilkan sebarang ayat di lembaran maya ini. Terasa rindu, namun tanpa idea di kepala, takkan mudah untuk menukilkannya.

Hari ini jumaat yang mulia. Menjadi penghulu segala hari dalam seminggu. Entah Jumaat ke berapa sepanjang aku di tanah air ini. hari ini bermakna aku kurang 40 hari untuk terbang semula ke Mesir.

Disaat ada kawan-kawan yang telahpun berangkat lebih awal, aku masih terkial-kial di sini mencari entah apa-apa.namun aku bukan orang terakhir yang akan berangkat pulang, ada juga aku dengar-dengar cerita yang nak balik pertengahan bulan 12.lantak.aku tak peduli.asal kome bahagia.

Raya Aidiladha @ Raya Haji makin hampir, 2 minggu lebih tak silap aku. Makanya di Malaysia ni,tambah2 di kampung aku yang permai ini, tidak kecoh sangat tentang perayaan terbesar umat islam ini. Hanya bilal sahaja yang sibuk mengumumkan tentang ibadah korban bagi yang nak join, boleh la daftar cepat, mengkeme nak beli lembu ni yop. kome lambat beno mendaftarkan diri. gitulah gamaknya tiap-tiap minggu. tak pernah yang cukup. sepangku 350 jer, namun memandangkan ekonomi yang meleset pada waktu ini, makanya susahlah nak cari sesiapa yang nak berbangkukan lembu di akhirat nanti.

Di Mesir pasti hebat sambutannya, tak dinafikan lagi. Lembu2 ni tak main dah. Deme main unta pulak, tinggi sikit kata deme. pasti meriah, rumah perak saja paling kurang 3 ekor sekali tumbang, hebat2 rakyat Perak di Mesir ni. tambah-tambah zakat dah bank-in ni yer. itulah keberkatan mengaji agama ni, rezekinya mencurah-curah.Alhamdulillah.

Sebut pasal zakat, aku sedikit sedih, bukan nak meminta simpati, tapi saja nak bercerita, aku dah tak tau nak tulis apa ni. Ceritanya zakat aku di blok tahun ni, katanya tunggu tahun-tahun akan datang. Tumpo yop. Aku punyalah mengharap poket aku penuh tahun ni, rupanya hanya impian. Takpelah, tak ada rezeki. Sabo je la.

Ok, I must to go..Salam alaik.


Selasa, 11 Oktober 2011

Aku seorang Novelis?


Aku bukanlah boleh dilabel kaki novel. baru jer nak berjinak-jinak dengan novel, kebetulan kakak aku pulak kaki novel. Pinjam sahajalah apa yang dia ada.

Nak ceritanya dekat sini, dari peminat sampailah kepada penulis novel. semuanya dipelopori lelaki macam aku.kenapa?

kakak aku pernah bertanya kepada aku. Aku bagi jawapan, budak lelaki ni tak minat sastera.tula kurang minat nak baca dan tulis novel-novel ni.betul ke?

Tetapi dia bertanya lagi, penulis2 novel sekarang ni tak banyak yang gunakan ayat sastera dalam penulisan mereka.betul jugak?

tetapi kenapa? dari persoalan itu aku bagaikan mendapat suntikan semangat.kenapa aku tak jadi seorang NOVELIS? waa..gah bunyinya. kalau nak mencabar diri tu boleh sangat.lagipun aku bukannya tiada bakat.Allah dah bagi nikmat ni, aku patut gunakanlah.betul tak?

Akupun dengan rendah hati accept lah cadangan diri aku tu.tapi nak buat cerita apa?

Ayat-ayat cinta? ketika cinta bertasbih? saat cinta bertasbih? tahajud cinta?Nur kasih? karipap2 cinta? tu semua cerita orang.apa ek?

Aku rasa nak pilih genre Novel Islamik.Aku sangat kecewa dengan novel-novel yang berlambak dekat pasaran tu.Taulah tak mengangkat tema Islamik.tapi tak boleh ke nak tulis tentang keindahan agama sendiri?

Cinta kepada manusia secara berlebihan kan tak elok?tapi tema itulah yang sering diangkat novelis dan kebanyakannya adalah wanita.kalau nak lakukan novel dipasaran pun tak payah la mengenepikan agama dan ikut sangat budaya luar.anda kecewa?

Mungkin ini hanya luahan hati seorang bukan kaki novel(Buat setakat ni). Bagi kaki novel jangan marah yerrr..anda marah?

Sabtu, 8 Oktober 2011

Secret tau!!


catatan baru sudah lama tidak menjengah.sumpahan post yang lalu masih dirasai.entah apa yang menghambat diri.

Semalam jumaat, 7 oktober 2011, kerajaan telah mengumumkan bajet 2012 yang dilihat bajet pancing pru-13.jika diamati,memang benar apa yang dikata.tiba-tiba kerajaan sangat bermurah hati memberikan pelbagai imbuhan kepada rakyat marhaen.tak salah, tapi kenapa baru sekarang?

Walau apapun yang disebut dan ditulis, itu hanya janji yang bersifat memancing. Pelaksanaannya hanya pada tahun hadapan.mood rakyat jika diukur selepas pembentangan ini, pasti sedikit lari ke arah kem bn.tambah-tambah yang di atas pagar dan masih tercari-cari arah tuju sokongan.

Aku duduk di kampung yang kuat 'akidahnya' kepada umno. Tapi berpecah-belah sesama mereka.ketua kampung ngokngek yang tak disukai rakyat jelata diangkat sebagai pemimpin.akibatnya berpecah la orang kampung kepada beberapa 'mazhab' songsang.

Nak penuhkan makmum solat jumaat pun susah.Nak tengok muka tok ketua lagi susah.padahal rumahnya dekat jer dengan masjid.dunia oh dunia!!!

Belum diukur tahap sosialogi remaja kampung lagi.Rosak!! aku pening nak pitam tengok budak-budak ni.aku keseorangan untuk merubah adik-adik yang rosak ini.tapi aku bingung!!

Aku doakan mereka diberi hidayah Allah satu hari nanti. satu usaha perlu silakukan untuk membawa mereka semula ke highway yang benar.masih ada susur keluar.undilah PAS!!

Isnin, 3 Oktober 2011

Saja Tulis


Tak ada idea nak tulis, tapi aku paksakan jugak.ini sahaja jalan untuk aku terus-menerus menulis.aku minat sangat menulis,sampai bercita-cita nak jadi penulis.siapa boleh tolong?angkat tangan.

Aku sambil-sambil di tanah air ni, cuba jugak mencari ruang dan peluang untuk mengembangkan bakat aku yang sedia ada.teringin jugak nak memiliki buku yang dikarang sendiri.doakan aku kawan-kawan.

Aku akan mula berkarya tak lama lagi. Apa karyanya masih menjadi rahsia peribadi.tuan-tuan dan puan-puan silalah tunggu dengan sabarnya.ada rezeki boleh jadi jutawan muda. Menjana pendapatan menggunakan idea sendiri.sangat indah.amin..

KAHWIN.seiring usia yang kian banyak, aku mengaku yang aku terusik dengan kawan-kawan yang telah selamat diijabkabulkan.Alhamdulillah.Jeles pun ada,tapi apakan daya aku tak terdaya.rezeki mereka dapat berkahwin muda. bagi aku soal jodoh tidak perlu dirisau-risaukan sangat.ini rahsia Allah yang tiada siapa yang tahu, mana tahu jodoh aku sehari dua ni.hehe..

Post edisi tak ada idea berhenti di sini.idea sedang mencurah-curah macam hujan.takut banjir pulak nanti,aku berhenti duli.adios.-rQ

Rabu, 28 September 2011

Undang-undang Allah vs Undang-undang Manusia


HUDUD kembali menjadi perbualan hangat. Setelah sekian lama isu ini terdiam begitu sahaja, ia kembali menggegarkan negara.

HUDUD adalah hukum Allah.Ia bukan hukuman, malah satu nizom yang memelihara manusia dari melakukan perkara-perkara yang melanggar fitrah manusiawi.Menjaga maqasid syariah yang lima iaitu agama, keturunan, akal, harta dan maruah.

Polimik HUDUD lebih membimbangkan apabila ia dimain-mainkan oleh sebuah akhbar melayu Islam.namun hinaan ini dipandang sepi oleh pihak berwajib dan menganggap ini hanya gurauan,bukannya hinaan.

Di mana Islam diletakkan di Malaysia? dulu pernah meletupnya Islam Hadhari bawaan PM terdahulu Paklah.Islam ingin dihadharikan mengikut acuan mereka,bukannnya Islam yang mengacu mereka.memang sesat.

PM Malaysia ke-6 Najib Tun Razak sudah membuat pengakuan bahawa Malaysia tidak akan melaksanakan HUDUD selagi bn memerintah negara kerana melihat kepada realiti Malaysia yang tidak mengizinkan.apa pandangan anda dengan kata-kata PM Malaysia yang beragama Islam ini?adakah ia berkata mengikut lunas-lunas agama yang dianutinya?no komen.

umno seperti yang kita sama-sama maklum adalah sebuah parti politik melayu yang secara jelas menolak HUDUD dan Islam. dan seteru terkuatnya PAS sangat berbeza pandangan dengan mereka kerana PAS adalah parti yang mendokong HUDUD sejak penubuhannya lagi.

Kelantan adalah negeri pertama di Malaysia yang membentangkan proposal untuk melaksanakan HUDUD. Namun niat kepimpinan negeri di bawah pemerintahan TG Nik Aziz terbantut akibat tekanan darpada PM ketika itu Dr. Mahadhir Muhammad.Namun mereka tidak pernah melupakan hasrat yang suci ini walau apa tekanannya pun.

Malaysia yang sedang dilanda kebrorokan akhlak dan jenayah yang membimbangkan perlu dicari jalan penyelesaiannya dengan segera.Tiada yang lebih baik dari hukuman Tuhan.HUDUD lah jawapannya.

Wajib bagi kita menyokong pihak yang ingin melaksanakan suruhan Allah.Dan wajib juga bagi kita menjatuhkan pihak yang menyuburkan kefasadan di atas muka bumi Allah.gunakan kuasa undi kita.sila mendaftar segera sebagai pengundi.

Jumaat, 23 September 2011

Coretan Buat Kepimpinan KPIPM Dulu dan Kini


Post kali ni rQ ingin dedikasikan khas untuk kepimpinan KPIPM yang telah turun dan telah naik pada MAT ke-45 baru-baru ni.rQ tidak berkesempatan untuk bersama-sama sahabat-sahabat di bumi Mesir sana menjalankan tanggungjawab sebagai ahli KPIPM menghadiri MAT kerana rQ kini berada di tanah air. apapun rQ tetap mengikuti perkembangannya melalui blog dan fb KPIPM yang pantas diupdate.thanks bagi siapa yang mengupdatenya.

Alhamdulillah, sesi 2010/2011 pimpinan Ustaz Khairul Asyraf telah melabuhkan tirai secara rasmi pada 21/9/2011.tahniah diucapkan kepada Ustaz Ashraf dan AJKT yang telah membawa bahtera KPIPM pada sesi lepas.semoga segala usaha dan gerak kerja kalian dikira oleh ALLAH sebagai batu pemberat mizan di akhirat kelak.

rQ di dalam sesi lepas memegang 2,3 tugasan di dalam beberapa biro KPIPM.dapatlah menolong apa yang patut dan diperlukan.rQ bukanlah yang terbaik untuk memegang jawatan2 itu,tetapi bila dah ditaklifkan,rQ perlu lakukan yang terbaik mengikut corak yang ingin dibawa oleh bos2 rQ tu.apa-apapun rQ nak minta maaf sekiranya rQ tak dapat jalankan tugas dengan sebaiknya.dah tua2 ni stamina kurang sikit,namun itu bukan alasan untuk bermalas-malasan.apa yang boleh ditolong,kita tolong.untuk bos2 rQ Ustaz Omar, Ustaz Fariz, Ustaz Hidayat dan lain2 minta maaf banyak2 atas silap salah dan terima kasih kerana mengajar rQ erti segalanya.

Habis untuk sesi 2010/2011, kita berpindah ke sesi 2011/2012 pulak.1stly, tahniah dan takziah untuk kalian yang menerima pentaklifan ini.kalian sangat beruntung kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk berbakti secara rasmi untuk Islam dan KPIPM.jangan anggap ini sebagai bebanan yang mengganggu hidup kalian di bumi Mesir sana.Bebanan tugas akan menjadikan kalian lebih bertanggungjawab dan menghargai masa.rQ bukanlah orang yang terbaik,namun tidak salah untuk insan yang tidak baik ini memberikan peringatan kepada kalian agar kalian tidak lemah semangat tambah-tambah adik2 yang baru dilantik.

Kalian perlu mengubah cara berfikir mulai dari sekarang. kalian tidak boleh berfikir cara dulu sebagi ahli biasa.jika dulu kalian mencari masalah, namun kini kalian perlu menyelesaikan masalah orang lain.apapun posisi kalian nanti,kalian perlu menyelesaikan masalah orang lain dan yang lebih rumit kalian perlu menyelesaikan masalah jiwa kalian sendiri.

Jangan perdulikan cakap-cakap orang lain yang mengusik kalian,anggaplah mereka teman tapi mesra yang perlu kalian dekati dan perhalusi.jangan sesekali menganggap mereka musuh yang perlu diperangi,itu salah dan kalian akan dipersalahkan.

Setiap kepimpinan pasti ada cabarannya, dan setiap sesi cabarannya berbeza.Jika sesi lepas cabarannya orang ke-3 yang mengacau.sesi ini mungkin sama namun caranya pasti berbeza.Ustaz Omar diyakini dapat membawa cabaran ini mengikut kec erdikannya.bantulah beliau secara berpasukan,jika ada masalah,jangan disimpan lama2.luahkanlah pada yang sudi,jika jiwa sudah kacau,jumpalah bait muslim,mereka ada jalan penyelesaiannya.

Ini tidak lain hanya coretan seorang abang lama yang terlebih had perkhidmatan.insan ini kerdil dan serba kekurangan,tiada apa yang boleh dibanggakan dan diberi pengajaran.ucapan terakhir, "jangan jadi macam aku!!" ada umur kita jumpa di kota 1000 menara.

Rabu, 21 September 2011

Kes Jenayah Berleluasa, Islam adalah Penyelesaiannya.


Menonton siaran berita tv tiada apa yang dilaporkan kecuali politik membodohkan manusia dan koleksi kebejatan akhlak rakyat Malaysia.

Akhir-akhir ini kes jenayah di Malaysia semakin menggerunkan.Kes-kes jenayah tahap tinggi semakin berleluasa dan membimbangkan.bunuh, rompak bersenjata, samun, rogol, bunuh, bakar dan lain-lain berlaku hampir setiap hari.

Itu yang besar-besar.yang kecil-kecil seperti kecurian dan ragut usah dikira.sampaikan hendak meninggalkan kenderaan tanpa berkunci 5 minit pun naik takut.adakah ini negara yang kita inginkan?

Kes jenayah yang berlaku adalah satu teguran Allah bagi pemimpin Malaysia yang jauh dariNya.juga buat rakyat Malaysia yang semakin mudah menghina dan mempersendakan agama Islam dan Rasulullah.

Tiada makna sebuah kemerdekaan jika keadaan rakyat dalam ketakutan dan tidak tenteram seperti di zaman keganasan penjajah.

Islam adalah penyelesaian segala masalah.bila Islam bukan lagi pimpinan,maka tunggulah teguran Allah kepada hambaNya yang lalai.

Allah dalam sabdanya banyak menceritakan cara urus takbir negara mengikut acuanNya.malangnya,manusia tidak mengambilnya sebagai pedoman dan panduan malah mengambil cara lain sebagai pemandu kepada kehidupan,maka terhasillah kesesatan yang menyimpang dari Islam dan jauh dari syurga Allah.

Tiba masanya rakyat Malaysia bangkit dan sedar akan perkara ini.kepimpinan negara perlu ditukar dari sekular kepada Islam sejati.sampai bila kita terus diburu jenayah yang berleluasa dan dijerut oleh penguasa yang zalim.-rQ

Selasa, 20 September 2011

Hantu Bonceng: Penghinaan kepada Rasulullah yang Tidak Boleh dimaafkan.


Industri perfileman negara sudah banyak melakukan kontroversi yang menggugah iman. yang terbaru giliran Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham mengambil tempat sebagai pencetus kontroversi.

Kalau selalu, penghinaan yang dilakukan tidaklah terlalu jelas. Namun hantu Bonceng lebih berani dengan secara jelas menghina Rasulullah melalui dialog jeritan Zizan RL selepas diganggu oleh kawannya ketika di atas katil hospital.

Zizan yang ketika itu ketakutan menjerit syaitan, syaitan!! dan mengucap dua kalimah syahadah yang songsang kerana mengatakan "Rasulullah syaitan".Dialog yang berlaku di 10 minit yang pertama filem ini mengguris hati umat Islam yang sensitif akan isu ini. bukan sahaja kalimah syahadah, malah laungan azan juga dipermainkan oleh pemain filem ini.bagi yang sudah menyaksikan filem ini,pasti akan terjumpa satu persatu kelompongan yang wujud dan menaikkan darah di dalam badan.

Bagi rQ, tiada istilah tersalah dalam isu ini. ini kerana sebuah filem sebelum ia ditayangkan kepada umum ia mestilah ditapis oleh beberapa pihak yang diberi kepercayaan dan berautoriti seperti LPF(Lembaga Penapisan Filem).LPF lah yang bertanggungjawab memastikan samaada sesuatu filem itu layak untuk ditaayangkan atau tidak.

rQ tidak pasti samaada di dalam LPF terdapatnya orang yang berautoriti di dalam agama untuk menapis masalah-masalah seperti ini.tetapi menurut pengarahnya Ahmad Idham, filem ini telah ditapis oleh orang yang pakar di dalam agama sebelum diizin tayang. siapa orangnya? hanya Ahmad Idham yang tahu.

Tiba masanya untuk industri perfileman negara mempunyai satu badan syariah yang dikendalikan oleh golongan ulama' dan cendiakawan Islam.sampai bila kita ingin melihat agama Islam dihina oleh tangan-tangan orang Islam sendiri di negara kita sendiri.

Jika kita marah dengan filem-filem luar negara yang sering menghina Islam, kenapa kita perlu diam jika filem-filem orang kita sendiri yang melakukannya.

Bagi yang melakukannya,eloklah bertaubat memohon ampun dari Allah atas kesalahan yang dilakukan. dan eloklah pihak produksi mengaku kesalahan yang terjadi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi dari terus menegakkan benang yang basah dan menghina orang yang menegur mereka.tiada guna untung berjuta-juta namun mendapat murka allah dan manusia.

rQ masih menunggu ulasan dari ulama' dan cerdik pandai Islam tentang isu ini, bagi rQ isu ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja.sesuatu mesti dilakukan demi membela Islam tercinta. setakat ini hanya PAS yang bersuara dan mengatakan bantahan.mana pergi yang lain?-rQ



Isnin, 19 September 2011

Media Mainstream VS Media Altenatif


Sehari dua ni muka PM 1Malaysia sering memenuhi ruang rancangan di tv, tambah-tambah pulak di dalam berita tv di seluruh stesen tv termasuk tv al-Hijrah.

Tiada masalah untuk menayangkan muka PM, namun janganlah disetiap masa muka sama jer yang keluar tv.seperti yang dijangka semua pihak, pilihanraya mungkin kurang 5 bulan dari sekarang dan masa yang berbaki inilah digunakan oleh pihak BN untuk membina imej sebaik-baiknya seolah tiada kesalahan yang mereka lakukan di samping menyerang kem Pakatan Rakyat seolah PR seburuk-buruk kejadian di bumi dan tak layak dihormati.kejam!!

15 minit yang pertama dari berita tv wajib menayangkan serangan BN ke atas PR dan pemimpinnya.aku tercari-cari jugak berita yang tidak membuat demikian, namun carian aku gagal dan ternyata media mainstream bukanlah media bersifat saksama tetapi bersifat pengampu dan penakut dengan manusia.

Itu cerita mengenai tv, belum lagi kita cerita tentang surat khabar yang ada.patutlah jualan utusan Malaysia merudum dengan teruk sekali,berita yang ditulis pun tahap sampah dan fitnah,tiada yang pelik jika akhbar2 ini diboikot oleh golongan muda dan pencinta negara.

Walaupun dilihat pakatan Rakyat kalah di gelanggang media mainstream, namun di internet mereka memiliki ramai penyokong dan media-media yang dikendalikan oleh penyokong dan pendokong mereka pun mantap dan banyak.

Jika dikira mood anak muda zaman ini yang lebih meminati internet dari menonton tv,maka PR mempunyai peluang untuk menarik hati anak muda untuk mengundi mereka pada PRU akan datang.

Anak muda adalah penentu masa depan negara.di tangan merekalah terletaknya pilihan terbaik untuk negara.ini disebabkan jumlah yang ramai dikalangan pengundi dari kalangan anak muda.namun,ini tidak bermakna jika kesedaran dari anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi masih ditahap kritikal.

mari anak muda, kita ubah negara kita ke arah lebih baik melalui pimpinan yang terbaik dan bertakwa.kebatilan tidak boleh dibiarkan berleluasa di saat kita boleh mengubahnya dengan tangan kita.

Jumaat, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia?


Assalamuaikum w.r.m.t

Hari ni 16 september, hari jumaat dan hari cuti untuk rakyat Malaysia kerana kari ini merupakan hari pembentukan sebuah negara Malaysia yang menggabungkan tanah melayu dan sabah, sarawak yang dinamakan Hari Malaysia.sejauhmana kebenaran fakta yang tertulis dan digembar-gemburkan mengenai peristiwa ini, wallahu'alam.

Sejarah adalah sebuah dokumentasi peristiwa lampau. dengan sejarah manusia dapat membina sebuah tamadun.bukan sahaja kisah seratus tahun dahulu, malah peristiwa satu saat yang lalu itu juga adalah sejarah yang perlu dikenang jika ia satu kebaikan.

namun, penulis sejarah tidak lari dari melakukan kesalahan. tidak juga lari dari melakukan 'dengan sengaja' penipuan sejarah.kenapa ini semua berlaku?jawapannya ada pada kalian dan silakan mengkaji.aku cuma ingin membangkitkan kesedaran kepada kalian agar tidak percaya dengan bulat apa yang ditulis dan apa yang diceritakan mengenai sejarah.

Sejarah yang banyak dipesongkan adalah sejarah kemerdekaan negara kita Malaysia. Orang Malaysia lebih mempercayai umno adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar dan semata-mata umnolah yang menggadaikan segalanya demi kemerdekaan negara. Padahal perjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajah sudah lama diperjuangkan oleh generasi ke generasi.umno hanyalah datang di saat-saat perjuangan menuntut kemerdekaan sudah menampakkan hasil dan akhirnya merekalah yang didendang sebagai wira dan melupakan pejuang-pejuang yang lain yang bermati-matian berjuang.

Baru-baru ini ketua kluster sejarah dari jabatan Profesor Malaysia mengatakan Malaysia atau nama lamanya Tanah Melayu hanya dijajah dua tahun dan bukannya 400 tahun yang diwarwarkan sebelum ini.ahh..mana nak percaya ni?

Yang jelas, ini adalah satu permainan untuk mengelirukan rakyat yang makin terkeliru dengan sejarah negara yang banyak dipesongkan ini.

Cerita mengenai pemalsuan sejarah ini bermula dari ceramah Timb. Presiden PAS Hj Mat Sabu yang mengatakan di dalam salah satu ceramah beliau bahawa Mat Indera yang menyerang Bukit Kepong bukanlah komunis, malahan hero yang patut diangkat. ini berhujahkan polis semasa itu adalah polis yang bekerja dengan British berpandukan pakaian dan sebagainya.

sejauhmana kebenarannya hanya Allah yang tahu. Bolehlah dari sekarang kita melakukan kajian agar tidak ditipu lagi. banyak lagi yang dipesongkan dari sejarah Malaysia yang kita pelajari dan ketahui. Sejarah tidak pernah menipu, yang menipu hanya penulis dan tukang cerita sejarah!!

Rabu, 14 September 2011

Jeng Jeng Jeng!!!


Sedar tak sedar dah sebulan lebih aku di tanah air tercinta ni. Puasa dah lepas, raya dah di hari ke-16.

Malaysia kini di ambang pilihanraya kot. sana sini orang sibuk berbicara tentang PRU-13.bila tarikhnya entah lah.hanya PM Najib yang tau.yang pasti aku dah berdaftar sebagai pengundi dan sudahpun disahkan.tak sabar pulak rasa nak mengundi ni.sekarang berita tv, surat kabo bn tengah meroyan menghentam bro mat sabu dengan kejamnye. tak sanggup rasa nak tengok berita-berita menipu deme ni. tapi untuk membuat kajian dan penelitian, terpaksa jugak baca dan tengok ragam penipu2 ni.

Ape kabo agaknya kawan2 di Mesir.dengar cerita dah nak dekat mesyuarat agung tahunan kpipm.moga2 berjalan lancar la yer.teruskan perjuangan mempertahankan kpipm yang sudah lama menaungi anak-anak Perak di Mesir.jangan terkalah dengan ejekan, umpatan, cercaan puak2 tu.yang penting kita tau, kita membawa apa dan mengapa. buat yang menjadi calon exco dan Hewi, tahniah dan takziah diucapkan kepada kome. amanah ini amat berat, namun ianya perlu dipikul jua atas dasar membawa Islam dan menyebarkannya.semoga kome semua ikhlas menerima tanggungjawab ini.

Blog ni rasa macam nak ditukar konsep penulisannya.aku rasa nak jadi tempat mengasah bakat pulak.tak mau copy2 dah.kot lar..seronok copy mengopy ni, tapi lagi syok kalau kita yang menulis sendiri.puas.betul kata rakan blogger aku yang lebih dikenali sebagai AdikPutih.

nantikan penukaran gaya penulisan redqalbi.com.tata!!

Ahad, 11 September 2011

Manusia Merancang, Allah Menentukan


Siapa yang dapat menduga apa yang berlaku sesaat dari sekarang. Apa lagi sejam atau sehari lagi dari sekarang. Begitulah lemahnya manusia yang dijadikan Allah. Walau ia ciptaan terhebat Penciptanya, namun ia bukan bermaksud boleh melampaui kuasa Penciptanya yang agung.

selain Allah adalah makhluk yang lemah lagi hina. kenapa makhluk yang hina di sisi Tuhannya yang maha agung lagi mulia ini sentiasa melakukan kejahatan yang menghinakan.Mereka termasuk aku yang penuh dosa. Seringkali melakukan kesalahan yang kadang-kadang diulang tanpa cermat. Sudahlah amal tiada, dosa pula menggunung tinggi.

Kelemahan manusia sehingga tidak mampu pun meramal apa yang akan berlaku 1 saat dari sekarang. Manusia hanya mampu merancang itu dan ini, namun lemah untuk menentukan adakah apa yang dirancangkannya akan berlaku mengikut masa yang ditetapkan, Seperti jua aku, ditakdirkan sekali lagi untuk gagal di dalam imtihan. hati mana yang tidak sedih mendengar pengkhabaran ini,namun aku menerimanya dengan ikhlas dan redha.

Jika usaha telah aku hamparkan, buat apa perlu aku terus bersedih, ini ketentuan Allah. walau sekuat manapun aku berusaha, namun Allah telah tuliskan aku gagal, aku tetap gagal. namun ia tidak bermakna aku prlu berpeluk tubuh menunggu takdir. apa hikmahnya aku tidak tahu. ini yang aku katakan kelemahan manusia. aku sudah merancang macam-macam, namun kegagalan ini merencatkan segalanya.aku tiada kuasa mengubahnya.Hanya Allah.

Buat kawan-kawan yang telah berjaya,tahniah diucapkan untuk kalian.gunakanlah kejayaan ini untuk menambah saham akhirat. buat yang gagal seperti aku, bersabarlah di atas dugaan ini, ada rahsia yang Allah sembunyikan dari kita,yang penting kita redha dan ikhlas menerima dugaan dan cabaran ini.Hanya Allah yang tahu.

Khamis, 1 September 2011

Perutusan hari Raya dan Hari Jadi


Salam Aidilfitri Eid Mubarak.
Alhamdulillah, setelah berhempas pulas berlapar dan dahaga mengharungi ramadhan al-Mubarak, akhirnya hadiah aidilfitri sampai jua. Walaupun sedih meninggalkan ramadhan yang penuh kemuliaan, namun kemeriahan aidilfitri tetap dirasa. Adat di tanah melayu ini, perayaan aidilfitri lebih meriah daripada ramadhan. Ramadhan di sini hanya sekadar pesta makanan dan bazar. bukan pesta ibadah. namun bukan disemua tempat. Di Kelantan contohnya, kemeriahan ramadhannya sehingga kepimpinan ulama'nya membina satu tempat dinamakan Qariyah Ramadhan. SubhanAllah.

Aku, di penghujung Ramadhan telah diserang demam yang tak kurang hebatnya. Kesejukan seluruh badan dan tekak tak dapat menerima makanan yang banyak(walaupun sedap) disebabkan kesakitan di dalam tekak. Di hari yang seterusnya pulak, tengkuk pula diserang kesakitan yang teramat sangat sampai nak meneleng dan bersujud ketika solat pun sakit.MasyaAllah. Ujian kesakitan yang semoga menginsafkan diriku. dan sehingga ke saat inipun tengkuk aku masih merasa sakit dan sukar untuk menoleh. Allahhumma yasyfi..

buat setakat ini, rakyat Malaysia yang belajar di Mesir atau bekas pelajar MTI belum lagi menjejakkan kaki ke rumahku walaupun yang dekat2. mungkin semuanya masih sibuk menziarahi sanak saudara. macam aku jugak,tak ada ke rumah kawan2 lagi, baru ke rumah sanak saudara terdekat. Mungkin dalam sehari dua lagi aku meronda, lagipun tak syok beraya dalam sakit2 ni.

Hari ini juga merupakan hari kelahiranku yang ke-25. Alhamdulillah, suku abad sudah aku diberi nafas oleh Allah menjadi penghuni dunia. Terasa diri ini kerdil di hadapan Allah. Terasa malu dengan nikmat yang dikurniakannya namun amalku masih kurang untuk dihitung. semoga amalku yang sedikit ini diterima Allah dan dipanjangkan usiaku untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai di atas muka bumi-Nya ini. Terima kasih kepada yang memberikan ucapan dan yang mendoakan kesejahteraan diri ini. doa kalian dalah hadiah terbaik buat diri ini.jazakallah khair.

dikesempatan ini aku ingin memohon kemaafan kepada para pembaca blog pedas ini andai ada terasa hati dan jiwa di mana-mana artikel yang aku tulis. Aku pun bukan sempurna, kerana manusia tiada yang sempurna sifatnya.sebab itu kita memerlukan nasihat yang mendidik jiwa. bukan nasihat yang mengampu. aku menulis atas dasar nasihat menasihati sesama muslim. dan agama itu sendiri adalah nasihat. buat apa nak takut dengan nasihat.bagi aku, siapa yang salah perlu dibetulkan, hatta sebuah pentadbiran negara sekalipun. Nabi yang ma'sum pun sedia untuk ditegur inikan pula kita manusia biasa ni. Harapan aku, kita sama buka minda dan hati dan bersedia untuk ditegur oleh sesiapapun dan di mana2pun. kritikan pedas tu biasa la, kata orang lagi pedas lagi sedap dan lagi terkenang2. Hikmah tu bukan bermaksud lemah lembut macam sotong, tapi tegas. sebab apa kena tegas,sebab dia berkaitan dengan prinsip.so, pertahankanlah prinsip anda.

aku rasa cukup sekadar tu, sehingga ketemu lagi,kawan2 doakanlah kesembuhan aku dan kesejahteraan hidup aku di dunia dan akhirat. I love U all..tata

Selasa, 23 Ogos 2011

Seminggu terakhir Ramadhan

Salam RAMADHAN KARIM..
hanya tinggal seminggu sahaja lagi Ramadhan bertandang di rumah2 kita. Bagaimana agaknya kita melayan tetamu yang mulia ini. Jika layanannya baik,maka tunggulah hasilnya nanti.jika kita melayuannya endah tak ebdah,maka rugilah kita selamanya,Ramadhan hanya datang setahun sekali ke rumah kita.

di hari2 terakhir ini kita masih berpeluang untuk melayan tetamu kita dengan sebaiknya. kedatangannya membawa rahmat, keampunan dan pembebabasan dari api neraka. buah tangan yang sangat lumayan dan tioada pada tetamu2 lain selain nampak kitaRamadhan.

Apa lagi yang kita inginkan?takkan sebab apa yang diganjarkan itu kita tidak nampak,melemahkan kita untuk mengejarnya?ternyata itulah puncanya. malah dosa pun kita tidak nampak.itulah sebab kita mudah melakukannya tanpa rasa bersalah. malah itulah rahsia Allah yang maha hebat.Allah inghin menguji sejauhmana keikhlasan hamba-hambanya melakukan amal kebaikkan dan menjauhkan diri dari apa yang dilarangNya.

Jadikan seminggu yang berbaki ini minggu yang terbaik buat kita semua.gandakan amal ibadah dan pertingkatkan jati diri sebagai muslim.

Perjuangan sebagai seorang muslim lagi mukmin tidak akan trerhenti selagi mata masih terbuka dan nyawa masih dipinjamkan oleh Allah kepada kita.teruskan perjuangan!!!

Ahad, 21 Ogos 2011

Baju Raya Kuning


Salam Ramadhan Karim...
Dah sampai 10 malam terakhir ramadhan sudah.sat jer masa berlalu.tak sedar Ramadhan di hujung usia.itulah perjalanan makhluk bernama masa yang setia mengalir tanpa berhenti walau seketika. kita jere sebagai manusia selalu lalai dan leka dan mengabaikan masa.Insaflah manusia.

Berjalan di pekan sangat mengharu-birukan.sana sini lagu raya bekumbang dengan megahnya.aku naik pening.tapi nak buat macammana.ini malaysia bukan mesir.kalau kat mesir time ni orang sibuk meramaikan masjid,tapi di malaysia orang mula meramaikan supermarket dan bazar2.sangat berbeza sekali.Aku yang dua tahun tak balik raya jadi kejutan budaya pulak.tiba2 teringat Mesir bumi tarbiah.

Dalam dok sibuk2 nak PBSA ni,aku sempat la beli baju raya.warna kuning tahun ni baju raya aku.jangan jeleeesss.satu keluarga kuning tahun ni.bestkan pakat pakat pakai kuning.kawan2 kat mesir pun pasti mengunig tau walaupun aku tau tak ada jubah kuning.tapi usaha la macammana pun.

Aku ni sembanag raya pulak.tu la kalau dok malaysia ni,memang suasana rayanya lebih dari puasa.tapi yang bestnya surau kat tempat aku ni jemaah masih penuh untuk tarawikh.Alhamdulillah.Suasana kat mesir jangan tanya la ek,lagi meriah.

ok la,aku dah tak ada idea.jumpa lagi.semoga kita semua beroleh lailatulqadar dan diampunkan segala dosa-dosa kita.aminn

Isnin, 15 Ogos 2011

Ramadhan Di Malaysia

Alhamdulillah, atas rahmat dan kasih sayang Allah kita telah berada di pertengahan Ramadhan 1432hijrah. Pejam celik pejam celik tak sedar masa berlalu dengan pantas tanpa memperdulikan samaada kita redha atau tidak. Masa yang berlalu ini sepatutnya kita manfaatkannya dengan sebaik mungkin tambahan pula kita di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Berlarilah mengejar ganjaran yang dijanjikan Allah kerana ianya hanya terhad selama sebulan sahaja dan kini hanya tinggal 15 hari sahaja.

Aku kini menjalani ibadah puasa di tanah air tercinta di samping keluarga tersayang. Alhamdulillah atas nikmat kurniaan Allah ini.tak semua dapat melaluinya dan aku telah terpilih. Namun tiada beza ramadhan ini tanpa peningkatan amalan dari hari ke hari.

Ramadhan kini di pertengahan jalan. Di Malaysia biasalah, lagu raya sudah berkumandang di sana sini. Tujuannya hanya satu, menaikkkan mood raya orang Islam sekaligus teruja untuk membeli belah. Sampai aku terpengaruh sikit-sikit.huhu!!
K la, cau dulu..sedang mencari idea karya terbaru.tata..selamat berbuka puasa!!!

Khamis, 11 Ogos 2011

Video: Bukti UMNO Menolak al-Quran

Sabtu, 6 Ogos 2011

Bestnya Makan Durian


Alhamdulillah, aku kini berada di tanah air tercinta, Malaysia bumi bertuah. bum i yang akan menyaksikan kebangkitan Islam dan tenggelamnya TOGHUT akhir zaman. aku berjaya menjejakkan kaki ke tanah air pada 3 ogos yang lalu selepas berlepas dari Mesir pada 2 ogos bersamaan 2 ramadhan.

Aku sebenarnya berat untuk meninggalkan kota Kaherah. nak nak dengan keadaan sekarang yang sangat getir. Namun aku gagahi juga kerana sebab2 yang aku ada mengukuhkan aku untuk terbang. aku bertekad untuk m embantu dari jauh. dengan kemudahan internet yang ada, aku perkudakan sebaik mungkin. 1st tiome dalam hidup aku menggunakan Berukban Malaysia. Speed nampak ok mula2 ni, taktau la plak nanti nak dekat akhir bulan, kot2 dia buat hal macam berukban Etisalat dekat Mesir.

Aku perlu menyelesaikan beberapa misi dekat tanah air ni. biar lah misi itu rahsia. namun aku akan kongsikan bersama buat tatapan anda semua.

perkembangan isu mahasiswa di mesir menampakkan sinarnya. PAS sedia membantu, ni yang sayang sangat kat PAS ni, kalau budak2 umno nak tau sebab apa kami sayang sangat dekat PAS, inilah jawapannya. kita tengok sekarang, siapa yang meniondas? dan siapa yang menolong? ada jawapan tafsirlah sendiri.

MEngikut sejarah, kerajaan yang menindas mahasisa tidak akan hidup lama di atas muka bumi. banyak dah contoh, cukuplah aku menyebutkan suharto di Indonesia. Mahasiswa adalah agen perubah masyarakat dan eko sistem negara. jika mahasiswa mengamuk, tunggulah kehancuranmu termasuklah mahasiswa pengampu yang hanya tau nak makan nak makan nak makan. Lantak la kat kome.apa aku peduli. Yang aku tau Pakatan Rakyat akan menang PRU-13 nanti. siap lah penyeleweng2 agama dan negara, kamu akan hancur.

Ganasnye post aku ni, lantak la, alang2 black list biar sampai jadi arang. buat pengetahuan kome semua, aku dah disenarai hitam kerana menyertai BERSIH dan aku digolong dalam 10 yang perlu diambil perhatian.hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahhahahaha...ambil kau aku gelak. sebab kutuk sikit dalam blog dan fb dah kena ambil perhatian.tobat aku tak faham, ounya penakut la puak2 ni,deiiiii...kalau tak boleh nak mengatakan pendirian dalam fb atau blog, ko pergi la soh fb diharamkan.jangan la penakut sangat. sengaaalllllll!!!!! kata menjunjung perlembagaan, tapi perlembagaan pun ko langgar, apa lagi hukum ketetapan Allah.pelik la aku puak2 ni.dah la, aku mengundur diri dulu.tata derrrrrrr...selamat berbuka puasa!!!

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan Bulan Jihad, bukan bulan Istirehat.

Ramadhan kareem!!! tibalah sudah bulan penuh kemuliaan dan keberkatan.bulan yang dijanjikan segala macam pahala,bulan yang diturunkan AL-QURAN yang menjadi panduan umat Muhammad s.a.w.

Bersyukur.atas nafas yang Allah masih pinjamkan buat kita.bulan yang mulia ini dapat kita kecapi buat kesekian kalinya lagi.ALHAMDULILLAH.

Bulan Ramadhan juga menyaksikan berlakunya perang yang pertama di dalam Islam iaitu perang Badar al-kubra.Perang ini menyaksikan 313 tentera muslimin melawan bala tentera musuh seramai 1000 orang.angka bukan masalah,dengan kuasa RABBUL JALIL,tentera Islam pimpinan Rasulullah s.a.w telah memperolehi kemenangan terhadap musuh.

Ramadhan bukan alasan untuk kita bermalas-malas,rugilah bagi yang beranggapan bulan ini bulan lapar dan dahaga semata.padahal bulan ini adalah satu madrasah rohani buat yang mengikutinya.Melalui bulan ini,Allah mentarbiah hambanya dengan merasa sedikit lapar dan dahaga.bagi mendidik manusia dari menjauhi sebentar nafsu diri.

Dengan mengambil contoh tentera Islam di dalam Badar al-kubra,boleh la dijadikan pemangkin semangat menjadikan bulan ini sebagai BULAN JIHAD.Jihad melawan hawa nafsu dan jihad melawan kezaliman manusia.dengan suasana politik kampus mahasiswa Malaysia di Mesir yang sedang dirundung kegelapan kezaliman,sangat signifikan untuk mencontohi peristiwa perang Badar.jangan dijadikan alasan berpuasa untuk mahasiswa tidak cakna dengan isu sebelum ini.koreksi diri semula agar kita tidak tertipu dengan diri sendiri.syaitan telah ditambat,tinggal lagi nafsu yang bermaharajalela.

ikatkan sekukuhnya hati kita dengan Allah.kezaliman pasti akan runtuh dengan sendirinya.semoga kita semua tergolong dari kalangan orang yang mendapat gred terbaik di dalam madrasah Ramadhan pada kali ini.

Iringkan doa setiap waktu agar Allah menunjukkan kebenarannya.Takbir!!!

Jumaat, 29 Julai 2011

Amukan ultraman: Firaun kecik menggunakan kuasa Raksasa!!

Sekali lagi aku terjaga dari tidur yang panjang.blog tak diupdate dengan tulisan sendiri akibat kemalasan tahap ultraman.kini ultraman rajin dah kembali memanaskan suasana.

Selepas 9 julai banyak peristiwa dah terjadi kepada institusi demokrasi ala2 rimba buatan manusia.yang di malaysia,malaysia la.standard la huru hara.yang aku nak hebohkan porak perandanya hak mahasiswa di mesir ni.akibat tangan2 bernajis puak2 tak mau Islam ni,habis dilanggarnya orang2 yang mereka tak nak.Firdaus Mazlan atau nama comelnya Alang telah dinafikan haknya untuk menghabiskan pengajian di Dar al-ifta' akibat BERSIH 2.0.kezaliman ini tidak boleh dimaafkan dunia akhirat,aku cakap betul.geng2 ni memang tahap firaun.Alang seorang pelajar cemerlang,aku kenal dia.aku kagum dengan dia.tapi dilempar taik kepadanya dan puak2 anti-Islam ini menyalahkan pihak dar al-ifta'.baling taik,sembunyi dalam punggung.Allah maha melihat kerja buat makhluknya.mereka boleh lari dari manusia,tetapi dengan Allah tiada yang tersembunyi.Allah akan buka aib mereka.

sebut pasal aib,teringat aku pada akak KJ BOCOR.Segala kerja jahat ala firaun kj telah dibongkarkan satu persatu,aku dah kata,Allah maha adil.Dia takkan lepaskan mereka ni dari dunia lagi.Allah dah jamin akan dengar doa orang yang dizalimi walaupun dari seorang kafir.banyak dah bukti Allah melaknat orang melayu yang jahat kat mesir ni.sampai bila nak jahat?

Saranan aku pada kawan2,teruskan berdoa dan berdoa,jangan putus harap dengan Allah,tambah2 yang telah dizalimi.pelajar2 perak pun tak terlepas.black list katanya mengikut sumber pencacai.nama aku pun ada sekali.mereka nak buat apa?PRU nak dekat dah,sat jer dapat rasa benda haram ni.sampai masanya jatuhlah kome dengan hinanya.jangan cabar mahasiswa Islam,kami ada prinsip & pegangan.kamu ada kezaliman dan kuasa,kami ada Allah dan tenteraNYA

Ahad, 24 Julai 2011

Memo bantah cabul hak mahasiswa catat sejarah

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa di Mesir kelmarin telah menjadi detik sejarah bagi memastikan hak mahasiswa tidak dicabul oleh mana-mana pihak.

Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), Nuruddin Zanki memaklumkan bahawa sejarah pencabulan hak mahasiswa telah banyak dilakukan oleh beberapa pihak terutamanya Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), lapor laman web Media Mesir.

"Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan salah seorang Pegawai Atase bernama Encik Khairi Jalalluddin. Beliau telah banyak bertindak menyusahkan pelajar ketika berurusan dengan pihak mereka.

"Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan,” katanya lagi.

Selain itu terdapat juga usaha serius untuk menyekat zakat dan dermasiswa terhadap mahasiswa, antara yang terbabit ialah Negeri Perak, Terengganu dan lain-lain yang disekat zakat mereka.

Pada tahun lepas, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah melancarkan Borang Aduan Hak Mahasiswa.

Usaha tersebut bagi membuka ruang kepada mahasiswa untuk membuat aduan tentang pencabulan hak mahasiswa.

Seterusnya segala aduan tersebut telah dihantar secara bertulis kepada Encik Saiful, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) ketika itu.

"Saya mengingatkan bahawa mahasiswa bukanlah bahan mainan. Mahasiswa akan bangkit sekiranya hak mereka dicabul,” kata Nuruddin mengakhiri perbualan.

2,000 sertai solat hajat

Pada 19 Julai lalu, Desak telah menganjurkan solat hajat dan penerangan isu semasa.

Program yang menghimpunkan lebih 2,000 orang mahasiswa tersebut telah didukungi oleh beberapa persatuan pelajar, iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Perubatan dan ABIM Mesir.

Di dalam program tersebut, para mahasiswa telah didedahkan dengan beberapa kes pencabulan hak mahasiswa yang dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Antara kes pencabulan hak mahasiswa yang disenaraikan ialah 3 orang mahasiswa yang dihalau daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) tanpa sebarang notis, 40 senarai nama hitam dari negeri Perak yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0, beberapa orang yang menerima ugutan dari Negeri Terengganu dan seorang mahasiswa yang telah dibatalkan pengajiannya.

Selain itu beberapa aduan yang diterima, pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) banyak menyusahkan mahasiswa ketika berurusan dengan mereka.

Antaranya, pegawai JPMK akan merujuk album-album gambar Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi menjalankan sesi soal siasatke atas mahasiswa dan mahasiswi yang ingin membuat urusan sebagai rakyat Malaysia.


Ahad, 17 Julai 2011

Dr. Lo' Lo' meninggal dunia Kerana Barah



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali(gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Ugutan Tarik Tajaan Mahasiswa: Ingatlah Kuasa ALLAH

jurusmujahid

" Ugutan bagi menarik balik penajaan pendidikan terhadap mahasiswa mesir yang terlibat dengan himpunan aman BERSIH di Mesir baru-baru ini dianggap satu pencabulan hak keatas mahasiswa dan rakyat Malaysia.

Merujuk kepada ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin didalam akhbar Sinar Harian yang bertajuk “Tarik balik tajaan pengajian” yang ditujukan kepada mahasiswa Mesir.

Saya selaku mahasiswa di Mesir ingin melahirkan kebimbangan kerana kebebasan bersuara sebagai rakyat Malaysia semakin terhakis dan lumpuh. Ucapan saudara Saiful Bahri sangat memalukan dan menunjukkan beliau seorang yang sangat dangkal.

Timbul persoalan, apakah hasil sumber kewangan kerajaan Malaysia yang digunakan selama ini datang dari pihak umno sahaja? Tidakah ia dibayar oleh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik?

Sebagai mahasiswa kami tidak mudah untuk diperbodoh dan dipergunakan dengan tipu helah. Kami ada hak untuk melahirkan pandangan dan membuat teguran demi kebaikan Negara Malaysia yang tercinta.

Adakah saudara Saiful Bahri sedar bahawa Malaysia sedang diketawakan dunia hari ini oleh tindakan tidak bijak dari pemimpin umno? Rakyat mesir pun tahu erti kebebasan..

Kami bukan penentang dan anti kerajaan tapi kami pantang melihat kezaliman dan kejahatan. UMNO usah bimbang jika kalian berada dipihak yang benar kerana kebenaran pasti akan dijulang.

Kebebasan bersuara adalah antara hak yang dipelihara oleh agama Islam dan ia patut didokong oleh semua rakyat Malaysia dan kerajaan bestari.

Kita sepatutnya tidak lupa terhadap kuasa yang maha agung yang lebih berkuasa dari segala-galanya. Kembalilah kita merujuk kepada al-Quran dan Sunnah nabi Muhammad S.A.W yang menjadi petunjuk buat pencinta kebenaran.

Usah kita takut dengan ugutan sementara pihak-pihak tertentu diatas dunia ini. Lihatlah bagaimana kesungguhan nabi Musa menyampaikan dakwah Islam walaupun terpaksa melawan firaun yang pernah memberikan biasiswa dari anugerah Allah itu ketika nabi Musa kecil.

Sesungguhnya Islam sentiasa dipelihara Allah S.W.T dan pastinya Islam tetap dijulang menjadi khilafah!!


Usah Bermain Api Jika Takut Melecur,
Suara Mahasiswa Suara Keramat.

Revolusi: Zambry lupa rampasan kuasa di Perak

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.

"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zambry bahawa himpunan Bersih (2.0) 9 Julai lalu adalah mahu melakukan revolusi menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.

Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata jika himpunan Bersih 2.0 dianggap revolusi menjatuhkan kerajaan, bermakna rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah revolusi yang lebih kotor dan jahat.

"Dalam proses demokrasi yang ada, siapakah yang menggunakan pendekatan jahat dalam negara kita?

"Bukankah dalam sejarah politik tanah air, BN seringkali melakukan kaedah kotor yang boleh disifatkan dengan cara revolusi...adakah BN telah melakukan revolusi di Perak?", soalnya lagi.

Revolusi BN dalam kes rampasan kuasa di Perak katanya secara jelas melanggar prinsip demokrasi dan undang-undang dengan menafikan hak rakyat yang memilih pemimpin mereka di dalam sistem pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.

Ahad, 3 Julai 2011

PM 'Esam Sharf kena "kad kuning", KDN Mesir "kad merah", kena keluar 'padang'



Simbolik kepada sebuah perlawanan bolas sepak, Perdana Menteri Mesir, Dr.Esam Sharf dilayangkan "kad kuning" oleh para penunjuk perasaan yang menyaksikan ratusan membanjiri dataran Tahrir selepas solat Jumaat semalam dengan dinamakan "Jumaat Qisas" iaitu Jumaat untuk pembalasan bunuh bagi mereka yang membunuh. Mengembalikan kenangan beberapa bulan lalu sebelum kejatuhan Mubarak, mereka sekali lagi melaungkan perkataan "Asya'ab Yurid Isqatan Nizom" seperti yang pernah dilaungkan di tempat yang sama sebelum 25 Januari.

Semalam mereka berkumpul sekali lagi terutama kalangan keluarga dan sahabat mereka yang terkorban dalam revolusi sebagai isyarat kepada kerajaan Mesir pada hari ini yang dilihat "ke arah kegagalan" dalam memenuhi tuntutan mereka terutama bagi melihat Mubarak dibicarakan. Oleh itu, dalam tunjuk perasaan semalam, mereka sama-sama mengangkat "kad kuning" terhadap PM Mesir sebagai "amaran pertama" mereka dan sedia memberikan peluang sekali lagi selepas ini. Namun, amat malang bagi Menteri Dalam Negeri, Mansur 'Isawi yang terus dilayangkan "kad merah" dengan bermaksud peluang kepada beliau yang menjawat jawatan tersebut pada Mac 2011 telahpun tamat. Ini kerana sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga keamanan dalam negara, siasatan terhadap Mubarak dan mereka yang terbabit dengan pembunuhan para penunjuk perasaan masih belum menampakkan hasil. Oleh itu, mereka meminta 'Isawi meletakkan jawatan.

PM Esam Syarf (gambar atas) dan Menteri Dalam Negeri Mansur 'Isawi (gambar bawah)


Tunjuk perasaan yang diadakan di Tahrir semalam turut menyaksikan ucapan dari Dr.Mazhar Syahin, imam dan khatib Masjid 'Umar Makram, masjid berdekatan kompleks di dataran Tahrir yang dikenali sebagai "khatib revolusi" kerana sepanjang revolusi lepas, beliau banyak memberikan khutbah jumaat ketika solat Jumaat didirikan di dataran tersebut.Buat pertama kalinya semalam juga, pihak penganjur memberikan peluang kepada beberapa orang ibu kepada pemuda dan anak-anak yang terkorban dalam revolusi. Semua mereka yang berucap dengan nada yang satu mendesak Mubarak dibicarakan dan tidak seharusnya Mubarak dilayan di hospital dengan layanan "hotel lima bintang".

Mereka juga sepakat tidak akan menanggalkan pakaian perkabungan mereka iaitu pakaian hitam sehingga Mubarak dan konco-konconya dihukum. (Wanita Mesir akan mengenakan pakaian serba hitam sebagai tanda berkabung apabila berlaku kematian terhadap ahli keluarga).

Jumaat, 1 Julai 2011

Tergadainya Sebuah Lagi Khazanah Negara Berusia 80 Tahun



Pengunjung tangisi detik terakhir stesen kereta api Tanjong Pagar



SINGAPURA: Sejurus selepas tren terakhir meninggalkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar tepat pada 11 malam tadi, Mohd Ayub Embong terus bergerak ke pejabatnya yang terletak 50 meter dari situ.

Di pejabatnya itu, Mohd Ayub, yang merupakan Pengurus Operasi stesen berkenaan, memastikan segala dokumentasi yang diperlukan bagi menutup operasi stesen itu secara rasmi siap menjelang detik 12 tengah malam.
Segala gerak-geri beliau menyiapkan dokumen terakhir itu diperhatikan dengan penuh minat oleh pengunjung dan jurugambar media yang mahu merakamkan detik-detik terakhir perkhidmatannya di situ.
Walaupun sibuk menyiapkan tugasnya yang perlu diselesaikan sebelum tengah malam itu, Mohd Ayub itu kerap "diganggu" oleh permintaan demi permintaan daripada pengunjung untuk mengambil gambar bersamanya.



"Terima kasih tuan di atas segala-galanya," merupakan ungkapan daripada pengunjung warga Singapura yang beremosi selepas bersalaman dan berpelukan dengan pengurus stesen Tanjong Pagar yang terakhir itu.

Mohd Ayub hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa-apa.

Ditanya oleh wartawan tentang perasaannya ketika beliau menyiapkan dokumen terakhir sebelum stesen itu ditutup selepas 80 tahun beroperasi, beliau menjawab: "Sudah pasti sedih."
Sepuluh minit sebelum tengah malam, pengurus kanan operasi Stesen Keretapi Gemas, Abdul Aziz Said, memasuki pejabat Mohd Ayub yang semakin sesak dengan pengunjung ketika detik penuh bersejarah itu semakin dekat.

Abdul Aziz adalah pegawai kanan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertanggungjawab memeriksa semua dokumen yang diperlukan, sebelum operasi stesen itu ditutup secara rasmi.

Selepas memeriksa semua dokumen itu, beliau menurunkan tandatangannya dalam Buku Lawatan stesen berkenaan menandakan semua proses menutup operasi Stesen Kereta Api Tanjong Pagar itu berjalan lancar.

"Selepas 12.01 tengah malam ini, operasi Stesen Keretapi Tanjong Pagar di Singapura ini tamat secara rasmi dan tidak akan ada lagi sebarang komunikasi dari stesen ini," kata Abdul Aziz sambil bersalaman dengan Mohd Ayub.

Suasana dalam pejabat Mohd Ayub itu diselubungi perasaan emosi pengunjung yang berpusu-pusu berpelukan dengan Abdul Aziz dan Mohd Ayub ketika jam semakin hampir menunjukkan 12 tengah malam.

Ramai pengunjung dan kakitangan KTMB yang berada di dalam pejabat itu tidak dapat mengawal perasaan, menangisi detik-detik terakhir operasi stesen yang merupakan antara lambang kepada usaha merapatkan hubungan rakyat kedua-dua negara.

Tepat pada tengah malam, Mohd Ayub, Abdul Aziz dan beberapa kakitangan KTMB yang terakhir menarik pintu penutup stesen itu buat kali terakhir. - BERNAMA

Jumaat, 24 Jun 2011

Tuntutan Bersih selari dengan Islam


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Tuntutan Bersih yang bermatlamatkan agar pemilihan pucuk pimpinan negara melalui pilihan raya yang telus dan bersih adalah selari dengan tuntutan Islam.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) berkata, ini adalah kerana Islam menganjurkan agar pengikut-pengikutnya tidak melakukan pengkhianatan dalam menunaikan amanah mengurus tadbir negara ini.

“Bahkan sebaliknya, perbuatan yang zalim lagi jahat yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang beragama Islam maka hukumnya adalah haram diikuti oleh umat Islam walaupun datang dari Umno,” jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Lapan tuntutan Bersih ialah mendesak SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, perkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Tegas Ustaz Harun yang juga Adun Manir, kebenaran tidak mengenal warna kulit, bangsa dan parti.

Beliau berkata, pihak Umno BN sewajibnya sedar bahawa Islam adalah agama kebenaran dan akan mempertahankan kebenaran.

Islam juga, katanya adalah agama yang bencikan kezaliman dan kejahatan.

Oleh kerana itulah, jelasnya menyebarkan dan mempertahankan kebenaran adalah suatu usaha dan jihad yang mulia.

Begitu juga, katan beliau memastikan kemungkaran dan kezaliman dihapuskan juga adalah suatu jihad yang sangat dituntut.

“Apa sahaja tindakan, perbuatan, perkataan dan pendirian yang mempertahankan kebenaran maka ianya wajib disokong dan didokong oleh seluruh umat Islam tanpa mengira perbezaan agama, warna kulit dan kepartian,” katanya lagi.

Ini, ujarnya adalah kerana Islam itu adalah benar dan benar itu adalah Islam.

“Sekalipun tindakan dan pendirian itu datang daripada mereka yang bukan Islam. Membela kebenaran dan menolak kezaliman adalah wajib.

“Ianya merupakan suatu hukum taklifi selagi mana ianya tidak bercanggahan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam,” ujarnya.

Tambahnya, adapun dakwaan yang menyatakan bahawa PAS tidak konsisten dan mengamalkan Islam bermusim, maka Dewan Ulamak PAS meminta supaya pihak Umno memberikan bukti di manakah PAS telah meninggalkan prinsip Islamnya.

Beliau mengulas laporan Utusan semalam bertajuk “Bukti PAS tidak konsisten dalam perjuangan Islam”.

Akhbar tersebut mengecam tindakan PAS yang sanggup bekerjasama dengan pihak Bersih yang dipimpin oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang didakwa merupakan individu yang tidak mempunyai inspirasi yang selari dengan prinsip perjuangan PAS.

Utusan memetik kata-kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang berkata “Pas mengamalkan konteks agama bermusim dan bertempat. Jika sesuai dengan ideologi politik, mereka akan ikut. Langsung tak konsisten dari segi amalan agama dan politik.”

Tegas Ustaz Harun, seluruh rakyat Malaysia tidak buta bahawa PASlah yang memperjuangkan Islam PAS juga yang memperkenalkan hukum Islam di Kelantan dan Terengganu.

“Hukum Jenayah Kanun Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di kedua-dua negeri itu adalah kerana berpunca daripada halangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan pusat pimpinan Umno BN.

“Senarai kegagalan Umno BN dalam membela hak Islam di negara adalah terlalu banyak yang tidak mampu ditulis oleh tinta di dalam ruangan yang terhad ini,” ujarnya.

SMS ugut bunuh Ambiga, pemimpin Pakatan diedarkan

Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung ugutan bagi membunuh pemimpin NGO itu dan Pakatan Rakyat lewat malam semalam dan awal pagi ini.

SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Ambiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS itu.

"Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis,” katanya.

SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".

Identiti Anonymous Dikenalpasti dan didedahkan


WICKFORD, Britain - Identiti individu yang disyaki mengetuai ketua kumpulan penggodam komputer global, LulzSec didedahkan semalam sebagai pelajar pintar berusia 19 tahun, Ryan Cleary.

Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut dengan menggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya di sini.

Ryan ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, yang berharga £330,000 (RM219,545) kelmarin.

"Kemungkinan besar bandar ini merupakan pusat pergerakan untuk menggodam rangkaian komputer milik kerajaan-kerajaan di dunia," kata seorang pakar komputer kelmarin

Pelajar itu kini direman di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.

Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya.

Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.

Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.

Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwa bertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.

Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).

LulzSec merupakan kumpulan serpihan geng penggodam Anonymous yang melancarkan serangan siber ke atas firma MasterCard dan PayPal pada tahun lalu.

Khamis, 23 Jun 2011

Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.

Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.

"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.

Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.

"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.

Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.

Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.

"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.

"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.

Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.

"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.

"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.

"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.

"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau.