Khamis, 26 Februari 2009

Putus asa @ futur

Putus asa...inilah penyakit bahaya yang selalu menyerang manusia. Putus asa selalu terjadi kpd org yg selalu gagal dalam mengejar apa yang dikehendakinya. Gagal dan terus gagal yang menimpa diri mengakibatkan turunnya motivasi diri sekaligus individu itu akan futur. Tentulah makin besar matlamat yang hendak dicapai makin besarlah kegagalan atau cabaran yang akan ditempuhi.

Jika di lihat kpd sirah para nabi dan rasul terdahulu, tidak sdkt yg menimpa musibah dan cabaran ketika membawa panji dakwah Islam..ini kerana ape, krn matlamat mrk sgt besar..matlamat mrk ialah utk memastikan Islam tertegak dan tersebar di seluruh pelusuk alam...nabi Muhammad s.a.w ketika cuba masuk ke thoif utk menyebarkan risalah dakwah disambut oleh penduduk ketika itu dgn balingan batu dan najis yg mengakibatkan tertumpahnya darah suci baginda..namun baginda tidak putus asa dgn apa yg berlaku,baginda terus merancang strategi dakwah dgn lbh terperinci lg dgn melakukan hijrah pertama umt Islam ke Madinah munawwarah..akhirnya tertegaklah kerajaan Islam pertama di Madinah..inilah peristiwa yang boleh kita ambik pengajaran dan iktibar dari kekuatan semangat seorang utusan Allah yang tidak kenal erti putus asa..banyak lagi kisah perjuangan para nabi dan rasul yang boleh kita ambil, namun cukuplah ini sbg satu pengajaran kpd kita.

Putus asa boleh dikaitkan dgn hlgnya keyakinan diri seorang utk mencapai sesuatu matlamat..krgnya keyakinan diri mengakibatkan hlgnya daya utk menolak diri kehadapan dan sekaligus tercetusnya putus asa..soalan yang sering berlegar di fikiran kita ialah berapa kalikah aku harus mencuba..jawapannya ialah selagi tidak tercapai matlamat selagi itulah kita perlu mencuba dan mencuba tidak kiralah seribu kali,seratus ribu ataupun sejuta..berusahalah mencapai impian kita agar kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi ini..'gagal sekali tak bermakna gagal utk selamanya'

Selasa, 24 Februari 2009

Fitnah dan mehnah

Fitnah dan penipuan..inilah yang sedang melanda dunia..untuk mencapai hasrat dan impian dengan segera dosa pahala tidak lagi menjadi imbangan. Inilah yang sedang dilakukan oleh pemimpin yang rakus dan hipokrit. Nama sahaja Islam tetapi agama suci inilah yang mereka jijak dan hina..aku menulis hasil rentetan apa yang sedang berlaku sekarang di tanah airku tercinta..ramai pemimpin yang sangat disayangi rakyat dituduh dengan perbagai fitnah yang sangat2 menguji diri. Satu persatu pemimpin menjadi bahan hinaan dan cercaan media massa yang berat sebelah. Kemanakah integriti dan syahsiah murni yang selalu dihebah2kan..aku pelik,aku jelik..tidak berimankah mereka dgn ayat Allah yang maha mulia yang mafhumnya berbunyi 'fitnah itu lebih teruk daripada membunuh'..sampai bilakah semua ini akan berterusan..???..

Kepada pemimpin-pemimpin yang sedang diuji..doaku agar semuanya tabah menghadapi dugaan ini. Percayalah dengan janji Allah yang mana kebenaran pasti akan menang..bilakah masanya,itu kerja Allah..kita sekadar mampu berusaha dan berdoa..perjuangan itu pahit kerna syurga itu manis..walau badai mehnah apapun yang menimpa perjuangan tetap mesti diteruskan untuk memastikan Islam terus tergegak walau nyawa menjadi taruhannya.

Isnin, 23 Februari 2009

Pengeboman di kaherah





Kaherah- 22/2/09 4 org mati manakala 17 yg lainnya cedera trmasuk 6 drpdnya cedera parah dalam 1 letupan bom di sini. Letupan yg brlaku berhampiran dengan masjid husin ini telah berlaku pada pukul 7.30 petang waktu tempatan di mana ramai pelancong asing sedang memenuhi kawasan yang dikenali sbg bazar khan al-khalili itu. Antara yang terkorban ialah 2 warga francis dan 2 lagi masih belum dikenal pasti sehingga berita ini ditulis. Antara yang cedera pula ialah 2 warga tempatan, 3 warga saudi, 1 warga german dan 10 warga german. 2 bom telah dilemparkan tetapi hanya 1 yang meletup dan pakar bom polis mesir telah berjaya mematikan 1 lagi bom yang tidak meletup. Ada saksi yang mengatakan bom itu dilemparkan dari atas satu bangunan berhampiran dan ada juga sumber mengatakan bom itu dilemparkan oleh seorang penunggang motorsikal yang melalui jalan itu.Para ulama' mesir mengutuk keras serangan ini dan menyifatkan pengebom sebagai pengecut dan bacul. Sehingga sekarang tidak dapat dipastikan siapa yang bertanggungjawab atas pengeboman ini.

Sumber berita:
-aljazera
-detik news
-berita harian

Ahad, 22 Februari 2009

Dunia oh dunia


Tahun 2009 yg sdg dilalui ini penuh dgn cerita-cerita yg mengejutkan dan pasti akn dikenang oleh sesiapapun yg berperasaan..di awal2 tahun lagi dunia telah dikejutkan dgn ape yg dilakukan oleh binatang israel laknatullah kpd umat islam di gaza..terburai isi manusia disembelih dan diratah dgn rakusnya oleh zionis yg celaka..lalu bersedihlah umat dunia tidak kira bangsa dan agama dgn apa yg terjadi kpd gaza. Semuanya bersimpati dgn gaza..semuanya memungut dana untuk membantu gaza. Tidak kurang jg yg menghantar bertan-tan barang bantuan atas nama kemanusiaan..semuanya demi gaza..betapa indahnya permandangan ini..doaku agar umat islam di gaza mahupun dimana sahaja yang sedang bergolak bersabar dan tabah menghadapi ujian yang getir ini..
Di tanah airku juga tidak kurang ujian getir yang melanda. Negeri tercintaku perak telah dirampas dgn rakusnya oleh pemimpin negara yang jelik..habis kelam-kabutlah rakyat jelata yang cintakan negerinya berarak,berhimpun secara aman membantah rampasan kuasa ini..berderailah air mata rakyat perak yang telah memilih pemimpin mereka melalui pilihanraya yang telus dek kerana mereka bakal dipimpin oleh pemimpin yang rakus walaupun tidak mendapat mandat daripada rakyat. Di manakah sifat malu mereka letakkan ketika ini..aku yang jauh beribu batu ini hanya mampu berdoa agar Allah kembalikan kepimpinan negeriku kepada org yg selayaknya dan pemimpin yang amanah dan telus dalam menguruskan negeri kearah kemakmuran yang diredhai..

Sabtu, 21 Februari 2009

Aku menulis bukan kerna nama


Aku kembali menulis menggunakn medan blogger. Ini dh msk kali ke3 aku buat blog. Semua hanya sekerat jalan.. Yang ini Insya'allah berkekalan. Aku menulis tak ada lain hanya sekadar memenuhi tuntutan, mencambahkan idea dan menzahirkan rasa. Masa tetap pantas berlalu..aku mesti berubah dan mengubah. Di atas bahuku terpundak amanah yang perlu dilaksanakan untuk melepaskanku dari 'mizan' Tuhan yang maha adil. Moga Allah berkati usahaku ini dan menerimanya sbg amal soleh di sisi-NYA yg maha agung..