Ahad, 22 Februari 2009

Dunia oh dunia


Tahun 2009 yg sdg dilalui ini penuh dgn cerita-cerita yg mengejutkan dan pasti akn dikenang oleh sesiapapun yg berperasaan..di awal2 tahun lagi dunia telah dikejutkan dgn ape yg dilakukan oleh binatang israel laknatullah kpd umat islam di gaza..terburai isi manusia disembelih dan diratah dgn rakusnya oleh zionis yg celaka..lalu bersedihlah umat dunia tidak kira bangsa dan agama dgn apa yg terjadi kpd gaza. Semuanya bersimpati dgn gaza..semuanya memungut dana untuk membantu gaza. Tidak kurang jg yg menghantar bertan-tan barang bantuan atas nama kemanusiaan..semuanya demi gaza..betapa indahnya permandangan ini..doaku agar umat islam di gaza mahupun dimana sahaja yang sedang bergolak bersabar dan tabah menghadapi ujian yang getir ini..
Di tanah airku juga tidak kurang ujian getir yang melanda. Negeri tercintaku perak telah dirampas dgn rakusnya oleh pemimpin negara yang jelik..habis kelam-kabutlah rakyat jelata yang cintakan negerinya berarak,berhimpun secara aman membantah rampasan kuasa ini..berderailah air mata rakyat perak yang telah memilih pemimpin mereka melalui pilihanraya yang telus dek kerana mereka bakal dipimpin oleh pemimpin yang rakus walaupun tidak mendapat mandat daripada rakyat. Di manakah sifat malu mereka letakkan ketika ini..aku yang jauh beribu batu ini hanya mampu berdoa agar Allah kembalikan kepimpinan negeriku kepada org yg selayaknya dan pemimpin yang amanah dan telus dalam menguruskan negeri kearah kemakmuran yang diredhai..

Tiada ulasan: