Sabtu, 31 Julai 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Tak kenal maka tak cinta.satu ungkapan yang sering kita dengar.ungkapan ini selalu digunakan oleh orang yang bercinta.cinta yang disempitkan maknanya hanya kepada manusia yang berlainan jenis.ini bukan isunya.

Benarlah bagai dikata ungkapan itu.manusia hari ini tidak menyintai Tuhannya kerana tidak kenal dengan siapa Tuhan mereka.Amat malang bagi seorang muslim yang sebegitu rupa.Al-Quran datang untuk membawa cinta ini.di dalamnya terkandung beribu ayat2 cinta kepada Tuhan sekelian alam.Adakah kita sudah mengenali dan menyintai Tuhan kita?tepuk dada,tanyalah iman masing-masing.

Bila cinta Allah telah kita perolehi,sudah pasti cinta pada yang lain akan datang mengiringi cinta itu.silap manusia sekarang kerana mencari cinta manusia dulu sebelum mencari cinta Allah.nescaya akan songsang dan rapuh hasilnya.

Dalam mencari rezeki contohnya,manusia lebih mengharapkan manusia dari mengharapkan terus kepada pemberi rezeki iaitu Allah s.w.t.Akibatnya,manusia tidak lagi mempedulikan halal dan haram.hak orang lain diambil tanpa segan silu.rasuah menjadi budaya,pecah amanah itu biasa.semuanya angkara tidak mengenali Allah.

Suasana kebrobrokan akhlak manusia di zaman ini juga berpunca dari tidak mengenali Allah.anak-anak tidak dibimbing untuk mengenali Tuhannya yang agung,sebaliknya lebih mengagung-agungkan manusia yang rosak.inilah dunia akhir zaman.

Ulama' tulen yang sepatutnya menjadi agen penyebar cinta ini tidak diberi peluang dan ruang untuk menjalankan tugas mereka.yang tinggal hanya ulama' plastik yang hanya ada sijil setinggi PhD,tetapi kontang jiwa mereka dengan roh Islam yang syumul.mereka telah dikawal oleh satu Doktrin yang sesat.hasilnya,anak bangsa yang merana.Indahnya hidup berpaksikan cinta Allah dan RasulNya.cara memperolehinya hanya dengan ILMU yang suci.marilah sama-sama kita mencari cinta itu.

Isnin, 26 Julai 2010

ISA: Bukti Umno BN tidak peduli suara rakyat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Tangkapan terbaru seorang pemuda di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membuktikan bahawa kerajaan Umno BN gagal mendengar suara rakyat.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) menyatakan kekesalan di atas tangkapan terbaru ISA terhadap Fadzlullah di Sungai Buloh tempoh hari.

Fadzlullah, 28, ditahan di Sungai Buloh pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman. Polis hanya mendakwa beliau mengunakan kedudukannya sebagai guru agama untuk merekrut pelajar menjadi ahli Jemaah Islamiah (JI).

Akhbar melaporkan kononnya Fadzlullah ada kaitan dengan seorang pendakwah dari Syria, Aiman Dakak dan seorang guru dari Malaysia, Azzahari Murad.

Pada Januari tahun ini, Aiman ditahan dengan sembilan orang lagi atas alasan disyaki pengganas, manakala Azzahari masih ditahan di bawah undang-undang pencegahan.

Nasrudin berkata, kalau dalam tindakan menarik balik lesen judi bola, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan kerajaan ‘mendengar’ rintihan rakyat, namun beberapa tindakan kerajaan kebelakangan ini tidak langsung mencerminkan yang kerajaan mengambil kira suara rakyat.

Sebagai contoh, katanya kenaikan harga minyak, gas dan gula baru-baru ini.

“Dengan mengumumkan kenaikan ketika hari terakhir parlimen bersidang sehingga tidak sempat hendak dibahaskan, adakah ini melambangkan kerajaan mendengar suara rakyat?” soalnya.

Begitu juga dalam isu ISA, beliau berkata sememangnya tindakan kerajaan bermotifkan politik demi memuaskan hati sekutu mereka iaitu Amerika Syarikat.

Tambahnya, DPPP juga mengecam kerajaan Umno BN yang memberikan alasan keagamaan untuk menghalalkan akta zalim itu sedangkan dalam masa yang sama ‘berkokok’ kononnya meletakkan Islam di hadapan untuk diperjuangkan.

“Ternyata Umno BN hanya berlakon untuk mengaburi mata rakyat supaya menyokong mereka dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Bahang KEKAL 2010 Makin Dirasai


KAHERAH, 23 Julai – Bahang Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM semakin dirasai kehangatannya. Program tersebut menemui ahli pada bulan Ogos ini bakal menyaksikan detik bersejarah dalam sejarah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Persekutuan Melayu itu yang telah ditubuh sejak tahun 1930 lagi telah menaungi 22 buah persatuan dibawahnya iaitu 12 buah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), 8 buah Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM), serta Persatuan Kebajikan Kemboja dan Singapura di Mesir.

Karnival yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini akan menyatukan seluruh anak-anak Melayu di bumi Mesir. Sehingga kini, pelbagai program telah dirancang dan disusun bagi merancakkan program Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM.

“Setakat ini, 70% gerak kerja telah selesai bagi menghadapi Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM. Insya-Allah, sama-sama kita doakan perjalanan program KEKAL ini berjalan dengan baik dan lancar pada tahun ini. Kita juga berharap kerjasama yang baik dari semua pihak dalam menjayakan program mega ini.” ujar Saudara Mohd Solehuddin bin Safien, Pengarah Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM ketika ditemui petang tadi.

Antara program yang akan berlangsung sepanjang Karnival itu ialah Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS), Bazar, Pameran Unit-Unit Dibawah PMRAM, Aktiviti Indoor dan Outdoor, Hari Keluarga, Wacana 3 Presiden, Pertandingan Motor Tercantik, Konsert Artis Tanah Air, dan banyak lagi. Maklumat lanjut mengenai Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM http://www.pmhkpmram.blogspot.com

Melaksanakan Konsep Lisanul Hal Dalam Kehidupan

Al-Quran dan Lisanul Hal

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t amat menjunjung tinggi konsep lisanul hal dalam setiap aktiviti kehidupan manusia. Lawan kepada lisanul hal adalah lisanul maqal. Boleh dikatakan setiap seruan kepada mereka yang beriman akan disertakan dengan satu taklifan (task) supaya iman itu dapat dilihat dengan gerak anggota sendiri bukan sekadar tersemat di dalam jiwa.

Lihatlah firman Allah:


يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

Kita juga akan dapati setiap ayat yang dimulai dengan "wahai orang yang beriman" disertakan dengan satu tugasan untuk membuktikan iman mereka. Seolah-olah Allah mahu menyatakan bahawa iman kamu tidak akan ke mana sekiranya ia hanya nama tanpa satu bukti yang kamu boleh nyatakan dengan usaha kamu.

Itulah yang dimaksudkan dengan lisanul hal. Buat, tunjukkan contoh, kerja, amal bukan sekadar kata-kata (lisanul maqal): saya adalah orang yang beriman, saya seorang yang bertaqwa, kita mesti berjuang, kita perlu sayang Islam dan lain-lain. Kata-kata tanpa bukti hanyalah ibarat terbang di awan, tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sebab itulah kesempurnaan iman ditakrifkan:

التصديق بالقلب والنطق باللسان والعمل بالجوارح

Dalam hadis dinyatakan:

البينة على المدعي واليمين على من أنكر


Maka atas dasar inilah kita menyusun gerakan, mentarbiyah, mendidik, dan merancang, untuk melihat setiap teori itu di atas garis kejayaan. Jikalau kita mengkaji budaya masyarakat yang berjaya maka kita akan dapati mereka cemerlang dalam melaksanakan konsep lisanul hal. Para pendakwah Arab berjaya mengislamkan masyarakat nusantara dengan lisanul hal. Kerajaan Islam dan khilafah Islamiyyah berjaya kekal sehingga 14 abad lamanya kerana lisanul hal para pemerintah dan ulama sehinggalah tiba zaman di mana umat tenggelam di dalam dunia perdebatan yang memberikan peluang kepada musuh mengambil kesempatan untuk memusnahkan sistem paling hebat dalam tamadun manusia.

Khilafah kekal dengan Lisanul Hal

Sesungguhnya mereka yang tidak kesal di atas kejatuhan khilafah merupakan golongan yang mati hati. Tidak berdosa sekiranya kita labelkan mereka yang sibuk bercakaran dengan soal remeh temeh dan membiarkan musuh menghisap darah mereka tanpa mereka sedari sebagai 'nyanyuk' atau 'dungu'. Orang-orang beginilah yang akan melemahkan kerajaan Islam kalau Islam bangkit semula nanti. Moga-moga kita dijauhkan daripada mereka.

PMRAM dan Lisanul Hal

Sesungguhnya misi dan visi PMRAM adalah berdasarkan lisanul hal. Kalau PMRAM bercakap soal Palestin, PMRAM tunjukkan bukti bahawa dalam tempoh 3 tahun hampir LE 150,000 berjaya disumbangkan untuk mereka.

Bercakap soal banteras kemungkaran akan mengingatkan kita pula kepada penguatkuasa Hisbah yang cukup aktif dan digeruni pengamal-pengamal maksiat dan couple di sini. Tidak sedikit masalah hisbah berjaya diselesaikan setiap tahun.

Soal kesatuan pula tidak boleh dilupakan. Itulah tunjang utama kekuatan mahasiswa. Sudah 80 tahun PMRAM mempraktikkan ayat Allah yang bermaksud "Berpeganglah kamu dengan tali Allah". Lisanul hal PMRAM berkata, "Aku benci perpecahan!"

Cabaran melaksanakan Lisanul Hal

Cabaran utama dalam mepraktikkan lisanul hal adalah Istiqamah. Istiqamah merupakan stamina dalam meneruskan setiap usaha. Ramai yang kuat dan gagah dalam bekerja tapi tidak ada stamina. Tanpa stamina kita akan tergolong dalam golongan mutakhallifun atau mutasaqitun.

Kesimpulannya dalam melihat kejayaan setiap perancangan maka lisanul hal adalah manhajnya dan istiqamah pula kekutannya. Buktikan setiap kata-kata kita. Teruskan sehingga kita berjaya laksanakannya.

Catatan ini adalah taujihat kepada aktivis-aktivis PMRAM sepanjang tempoh program yang amat padat. Semoga kalian digolongkan dalam golongan mereka yang membuktikan keimanan mereka.


*Rencana ini dipetik dari blog Presiden PMRAM 2008, Saudara Khairul Anuar Ismail. Beliau merupakan Penasihat PMRAM dan Pengerusi Fellow MANHAL PMRAM. http://www.ibnubarqi.blogspot.com

Ahad, 25 Julai 2010

PMRAM: Semoga Terus Cekal di Usia 80 Tahun

PMRAM.Satu nama yang tidak asing lagi di bumi Mesir.sebuah persekutuan Melayu yang terbesar di luar peta Malaysia.sebuah persekutuan yang tidak boleh disangkal lagi jasa dan baktinya kepada Bangsa Melayu di Mesir.meniti usia matang 80 tahun pasti menyimpan pelbagai kenangan indah dan gundah di poketnya.mempunyai kenangan manis diterima pendaftarannya dan diiktiraf oleh kerajaan Mesir sekarang.juga mempunyai kenangan pahit di halau dari rumahnya sendiri oleh bapanya sendiri.tetapi itu tidak melemahkan semangat PMRAM.Langkahannya terus dialun membawa berbakul-bakul hadaf dan matlamatnya.fungsinya kepada anak Melayu di Bumi Mesir sungguh mempesonakan.bagai sebuah kerajan berkebajikan yang tidak pernah jemu memberikan yang terbaik demi Melayu di Mesir.

Namun malangnya,usahanya tidak diiktiraf oleh ayahnya sendiri.dia dipukul,diherdik,dihina bagai tiada bermaruah.dia dimalukan di negaranya sendiri dengan dilabelkan sebagai persatuan pengganas dan pembangkang.namun itu satu fitnah yang maha jahat kepadanya.sesiapa yang mengenalinya lebih dekat pasti akan menyangkal fitnah jahat itu.dia kuat dengan adanya pendokongnya yang setia.terus melangkah menuju puncak kegemilangan tanpa toleh ke belakang lagi.

kini,80 tahun dia berdiri tanpa bertongkat.terus utuh dan kukuh,malah makin kuat melangkah.

Saat mula mengenali PMRAM,aku diberikan gambaran yang salah.namun,degup hatiku mengatakan PMRAM bukan begitu.aku cuba mengenalinya dengan lebih dekat di kota tempat lahirnya.akhirnya aku jumpa.PMRAM adalah wadah perjuangan anak melayu di bumi Mesir.Tibaku di sini,disambut oleh PMRAM.Aku mula jatuh cinta dengan al-Azhar ke-2 ini.aku mula mendekatinya,aku cuba mendalami perjuangannya.ternyata,perjuangannya bukan mudah.walau tidak bermandi darah,namun hatinya telah parah.Semoga PMRAM terus kekal dan cekal menempuhi sgl dugaan.

Sabtu, 24 Julai 2010

MAT Makin Hampir, Maka...

Mesyuarat Agung Tahunan @ MAT peringkat PMRAM cawangan Perak semakin hampir.ini bermakna kepimpinan pada sesi 09/10 bakal melabuhkan tirai dan menyerahkan kepada kepimpinan akan datang.

Satu lumrah bagi sebuah organisasi,kepimpinannyasilih berganti,yang kekal hanya hadaf yang ingin dibawa.

Aku pernah merasai detik menjadi seorang AJKT,namun tidak pernah merasai bahang MAT sebagai seorang AJKT yang pastinya akan disoal tugasnya.

Pada tahun lepas kata orang sangat 'panas' suhunya.sehinggakan kehadirannya mencecah break record.tidak pernah seramai itu kehadiran ke MAT.sesuatu yang positif di situ.MAT yang digunakan untuk mengpost-motem kepimpinan digunakan sebaik mungkin oleh ahli.berduyun-duyun datang,itu sudah bagus.

Yang tak sedapnya,ada juga yang datang untuk 'menghentam' kepimpinan dan persatuan.aku bukan ingin membuka pekung,tetapi ini realiti.anggaplah tulisan ini satu teguran.Memang tidak puas hati itu perkara biasa,tetapi menghentam dengan teruk kepimpinan itu aku tidak sokong.kita punya bahasa,kita punya ilmu,kita punya adab,mana pergi semua itu?tidak adil rasanya untuk memaki hamun kepimpinan hanya kerana khilaf yang kecil.kita pelajar agama,punya levelnya yang tersendiri di dalam masyarakat.jadi,fikir-fikirkanlah.aku tidak menghalang mana-mana individu yang ingin menegur kepimpinan,tetapi biarlah berbahasa.

Mereka juga manusia biasa seperti kita.ada tanggungjawab yang sama seperti kita,namun mereka mempunyai kelebihan daripada kita kerana diberi Allah ruang yang besar untuk membuat pahala.kita yang menjadi ahli ini,tolong-tolonglah mereka,bukan hanya tau bercakap itu dan ini tetapi tangan tidak pernah dihulur untuk membantu.

Mereka membawa persatuan yang bertunjangkan al-Quran dan as-Sunnah,berkongsilah pahala itu bersama mereka.jika tidak pandai membantu,jangan pandai 'membaling batu'.

Umat Islam di Amerika kagumi Tok Guru Nik Aziz


KOTA BHARU, 22 Julai: Biar pun ada pemimpin Umno cuba memperlekehkan taraf ulama yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya masyarakat Islam di Amerika Syarikat begitu mengkaguminya.

Perkara itu didedah imam besar masjid di Baltimore, Amerika Syarikat, Dr Mohamad Bashar Arafat ketika mengunjungi Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim semalam.

Beliau yang juga Presiden Civilizations Exchange & Cooperation Foundation Amerika Syarikat berkata, ramai di kalangan penduduk Islam di negara kuasa besar terbabit mengenali nama Mursyidul Am PAS itu.

Katanya, biar pun sudah lama mendengar orang sebut namanya hanya baru semalam dapat bersua muka dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

”InsyaAllah saya akan berusaha memperkenalkan Kelantan di Amerika Syarikat terutamanya kepada umat Islam yang ingin mendalami ilmu agama Islam.

”Di sini suasana pembelajaran agama begitu menarik sekali. Sesuailah Kelantan dipanggil Serambi Mekah, seharusnya menjadi tumpuan dari pelusuk dunia menuntut ilmu agama di sini," ujar beliau.

Beliau berulang kali melahirkan rasa terharu kerana dapat berjumpa dengan tokoh agama yang begitu dikaguminya.

Dr Mohammad Bashar juga memberitahu yayasan yang diterajuinya akan berusaha membantu Kelantan dalam bidang pendidikan terutamanya berkaitan penguasaan bahasa Inggeris.

Menurutnya program itu boleh diadakan dengan menganjurkan pertukaran pelajar dengan kerjasama kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

"InsyaAllah saya akan usahakan perkara ini agar umat Islam di Kelantan dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik,” katanya.

Kunjungan beliau turut disertai Kaunselor Perhubungan Awan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Scott M.Rauland dan Pegawai Perhubungan Awan, Riazurrahman Sadayan.

Jongkong Emas Pertama Kelantan berjaya dihasilkan


TANAH MERAH, 23.Julai, Biarpun Kelantan ditekan dari mendapat sumber dari kerajaan pusat dalam pelbagai bentuk dan terbaru tuntutan royalti minyak yang dinafikan haknya tidak mematahkan semangat kerajaan negeri dalam usaha mencari sumber pendapatan lain seperti hasil balak dan terbaru hasil dari sumber galian emas.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Kelantan dianugerahkan dengan pelbagai sumber termasuklah perlombongan emas yang diusahakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan dan Syarikat dari China CNMC Goldmine Limited.
Turut hadir dimajlis perasmian jokong emas pertama tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan,Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah, Adun Gual Ipoh Wan Yusuf Wan Mustapha dan Pengerusi Eksekutif PKINK Sabri Abdullah.

Nik Abdul Aziz juga berkata biarpun Kelantan dinafikan hak untk mendapatkan hak sebanyak 5 peratus dari hasil royalti minyak yang dkeluarkan dari perairan milik negeri ini, namun ia tidak mematahkan usaha untuk menuntut hak tersebut termasuklah melalui tindakan Mahkamah.

” Kini Alhamdulillah, Kelantan telah dianugerahkan sumber galian dari perut bumi dan dengan sedikit hasil ini ia boleh digunakan untuk menafaat rakyat negeri, semoga Allah meningkatkan lagi hasil kerajaan negeri Kelantan”ujar beliau.

Buat Kali pertama jokong emas di Kelantan dapat dihasilkan dengan berat 2.975 kg yang dianggarkan bernilai RM400 ribu dihasilkan di dalam tanah seluas 975 hektar bermula enam tahun lalu.
Sementara itu Pengerusi Eksekutif CNMC Goldmine Limited Lin Xian Xiong berkata jokong emas tersebut diproses terus di kilang yang dibina di kawasan tersebut.

Pihaknya telah memulakan usaha hampir enam tahun dan Kelantan telah dapat mengeluarkan emas sejak berpuluh tahun lalu tetapi ini kali pertama ia diproses dalam bentuk jokong dan memudahkan pemasarannya.

“Kawasan ini telah dipajak dari kerajaan Kelantan dan kita perlu membayar sejumlah 5 peratus royalti kepada kerajaan negeri dan 3 peratus kepada PKINK”ujar beliau.
Syarikat pengeluar emas ini juga mengganggarkan hasil tahunan dapat dicapai 300 hingga 500 kilogram dalam masa setahun.


Bagi Pengerusi Eksekutif PKINK, Sabri Abdullah ketika ditemui berkata PKNIK telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk menguruskan kawasan tersebut dan PKINK hanya terlibat dalam memantau penggunaan kawasan yang diperuntukkan tersebut dan dari segi sumber kewangan ia tidak terlibat” kata beliau.
” Dalam memastikan syarikat ini mengikut kehendak kerajaanm, PKINK telah menempatkan beberapa pegawai agar dapar memantau operasi perlombongan disampin ia juga dikawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar agar hutan di sekeliling kawasan perlombongan tidak dicerobohi dan dicemari”kata beliau.

Ulama resah Krisdayanti cium suami orang



JAKARTA - Perbuatan penyanyi terkenal, Kris- dayanti mencium kekasihnya, Raul Lemos di depan wartawan pada satu sidang akhbar kelmarin telah mendapat reaksi daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor sebuah akhbar semalam.

"Mungkin tindakan itu melanggar moral, tetapi dianggap biasa berdasarkan tanggapan kewartawanan," kata Ketua MUI, KH Hamidan semasa dihubungi dengan telefon bimbitnya di sini semalam.

Menurutnya, perbuatan itu dianggap tidak sihat untuk dilihat oleh orang awam.

Krisdayanti yang popular dengan lagu Menghitung Hari mencium kekasihnya itu di sebuah restoran di Jakarta kelmarin.

Ketika ditanya menganai harapan isteri kekasih Krisdayanti, Silvalay Noor Arthalia yang meminta MUI menegur suaminya dan penyanyi itu kerana melakukan perbuatan tidak senonoh, Hamidan enggan mengulas lanjut.

"Ya, itu yang kami lihat adakah ia mempunyai kaitan pornografi atau pornoaksi. Namun, ia bukan bidang MUI," kata Hamidan.

Buat masa ini, kekasih Krisdayanti itu yang merupakan seorang ahli perniagaan Timor Leste masih belum bercerai secara sah dengan isterinya.

Menurut Hamidan, pihaknya berasa resah dengan perbuatan Krisdayanti kerana kini Indonesia dihantui dengan skandal video lucah melibatkan penyanyi Ariel Peterpan, pengacara terkenal, Cut Tari dan Luna Maya.

"Jelas, bagaimana kesannya ke atas anak-anak mereka, masyarakat umum dan isteri (Raul) itu. Kami berasa resah," katanya. - Agensi

Bubar Perkasa dan Umno, bukan PAS - Idris Ahmad


KUALA LUMPUR, 23 Julai: "Biar Perkasa dan Umno yang bubar dahulu, bukan suruh PAS," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengulas cadangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim semalam mencadangkan agar Umno dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang menggabungkan ciri Islam dan nasionalisme Melayu sekiranya kedua-dua parti enggan duduk semeja dan mengadakan perbincangan bagi menyatu padukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Namun menurut Idris, Perkasa memberikan cadangan demikian kerana mereka sendiri menyedari bahawa Umno sudah tidak relevan lagi dan memerlukan perubahan agar dapat diterima rakyat.

"Mereka beri cadangan ini sebab pada mereka sendiri pun, mereka sudah nampak Umno itu tidak betul dan Umno sudah dianggap tidak relevan sebab itu mereka cadangkan supaya Umno dibubarkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ujarnya, meskipun Perkasa mengangap pertubuhan itu sebagai bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik, namun idea dan tindak tanduknya menyamai Umno.

"Perkasa ini memang Umno pun. Walaupun Perkasa ini dilihat nak rebranding balik semangat nasionalis mereka, tapi acuan yang sama (dengan Umno).

Tegasnya juga, Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan atas dasar semangat perkauman tidak seharusnya memberikan cadangan demikian, sebaliknya harus 'mencermin' diri mereka dahulu.

"Perkasa memang tidak layak nak bagi cadangan begini. Dia itu siapa nak cadangkan kita (PAS) parti besar ini nak bubar.

"Awak (Perkasa) itu bukan parti pun. Hanya hidup atas sentimen sahaja. Tidak ada asas pun," katanya.

Semalam, Ibrahim Ali mencadangkan ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang bebas daripada pengaruh politik untuk menjadi perantara rundingan antara Umno dan PAS.

Beliau mencadangkan jawatankuasa itu dinamakan Jawatankuasa Pemandu Ke arah Pembentukan Perpaduan Melayu Islam dan perlu dianggotai 15 orang terdiri daripada tokoh agama seperti mufti, cendekiawan dan bekas pegawai tinggi kanan kerajaan.

Rabu, 21 Julai 2010

Perpaduan Melayu Satu Retorik!

PERPADUAN.Sekali lagi slogan ini dimainkan.aku bukanlah anti-perpaduan.perpaduan itu indah,yang tak indahnya bila ia menjadi permainan politik kotor.Sekali lagi UMNO ingin memerangkap PAS dalam isu ini.aku memerhatikan gerak tari UMNO yang sudah hilang arah.Selepas apa yang telah berlaku dulu,mana mungkin PAS terkena lagi.Sejarah tidak pernah menipu.

Isu ini bertambah buruk bila seorang Mufti cuba campur tangan dalam masalah ini.Persoalannya.kenapakah UMNO benar-benar ingin bersatu dgn PAS?Kenapa tidak bersama juga PKR yang juga Melayu?Apakah nasib melayu lebih terbela dengan perpaduan retorik ini?Dan pelbagai persoalan boleh ditimbulkan lagi.53 Tahun memerintah,apa yang UMNO lakukan untuk melayu?sepatutnya umat melayu lebih berharta.tapi apakan daya,pemimpin melayu bukan mencari harta untuk rakyat,tetapi untuk kaum keluarganya sahaja.Sedarlah melayu,kita ditipu hidup-hidup selama setengah abad.

Aku sokong kenyataan T.G Nik Aziz yang menyarankan kepada UMNO untuk menukar dasar perkaumannya dahulu sebelum ingin bersatu dengan PAS.Minyak dan air tidak mungkin bersatu,hak dan batil tidak mungkin sama jalannya.satu ke syurga,satu ke neraka.Jika betul UMNO berjuang untuk melayu,bagaimana dengan nasib melayu tulen kelantan.Rayalti mereka di mana?ini umat melayu,bukan cina mahupun india.pemimpinnya juga melayu,ulama' pulak tu.tapi di mana hak mereka?jangan terpedaya wahai rakyat jelata.Perpaduan ini suatu muslihat besar.Umat melayu lebih mulia tanpa UMNO,percayalah.Melayu di dalam PAS dan PKR lebih sayangkan Bangsa melayu dan bahasanya dari Melayu UMNO.Kita dah hilang banyak perkara di bawah UMNO.Sudah tiba masanya untuk kita menanam UMNO hidup-hidup dari bumi ini.parti racist ini tidak lagi relevan untuk zaman ini.Jangan terus diperbodohkan mereka dengan propaganda jahat di media-media dajal mereka.wacau!!

Selasa, 20 Julai 2010

Tarian Dabus: Nantikan Di Bumi Mesir!

Aku sekarang tengah dok sibuk berlatih seni tari.alahai,mesti ada yang tengah gelak sambil tergolek-golek baca statement ni.memang betul der,aku dan beberapa penari-penari berbakat yang lain sedang dalam rangka latihan untuk persembahan pada PMHK PMRAM nanti.satu kelainan yang ingin kami bawakan pada tahun ni yang akan mengetengahkan seni budaya Perak yang hampir pupus ditelan zaman iaitu TARIAN DABUS.Aku pun tak pasti apa sejarah disebalik tarian dabus ni.Tapi tarian ni memang sheshuai untuk kaum lelaki la.boleh jer kaum hawa nak menari,tapi mengikut syara' la.jangan dok ikut macam penari-nari kat malaysia nun.

Yang syoknya,kumpulan kami ni semuanya tak tau menari,first time dengar lak tu,lepas tu masa yang terlalu singkat untuk kami berlatih.tak ker letih guru tari nak ngajar.Asal idea untuk mengetengahkan seni tari dabus ni datang dari Ustaz Zahid T.S/U PMRAM sekarang.Aku ingat lagi,mula-mula beliau mencadangkan kepada exco Perak pada sesi lepas pada muhasabah separuh penggal.masa tu aku exco la.huhu!kami yang tak tau apa ni terpinga-pinga la mendengar cadangan tu.tapi takpa la,kami cuba usahakan.dan tahun ni terlaksana jugak idea dan cadangan ust Zahid tu.Alhamdulillah.

Dabus tu bukan gabus yang macam gitar tu.jangan korang salah faham pulak.dabus tu sejenis alat yang boleh dipegang dan ditengok,ada loceng dan apabila digoncang menghasilkan bunyi yang sedap.gitulah alatnya,aku pun tak pernah pegang benda tu.tapi lebih kurang la.

Sesiapa yang rasa nak tengok persembahan kami,sila hadirkan diri anda pada hari persembahan PMHK nanti.jangan malu-malu,jangan segan-segan.biarlah kami malu dulu untuk memastikan seni budaya Perak terus dipelihara.huhuhu!ayat poyo!

Pihak kumpulan seni budaya Perak berharap jangan la kutuk-kutuk kami nanti.tolonglah!kami remaja baru belajar.salah dan silap tu biasala.wacau!

Isnin, 19 Julai 2010

Aku Tahu Sebabnya!

Susahnya untuk mencari idea sekarang ni.kalau dulu siap ada senarai tajuk yang hendak ditulis untuk 3-4 hari.tapi kini tidak lagi,ketandusan idea semakin menjadi-jadi.mungkinkah kerana semangat menulis yang makin pudar?huhh...nauzubillah.aku kena cari sebabnya nanti.takut-takut terkena penyakit MALAS yang menjadi musuh utama.

Kehangatan menulis masa mula-mula bangkit dulu seperti dah bertukar suam-suam kuku.tak guna untuk aku merengek mencari kesalahan.mungkinkah ini satu ujian yang menimpa diri.ahhh!aku tau sebabnya,sebab aku menulis bukan cara aku,itulah aku jadi tak berapa nak selera menulis.ya!aku dah dapat jawapannya.aku kena menulis gaya aku.gaya bahasa milik aku sendiri.bukan tiruan ikut-ikutan orang.haha!patutlah pun.

Aku perlu kembali kepada asal.aku tak perlu skema-skema macam orang lain.akukan pengkritik bebas.mesti kena ada gaya tersendiri mengolah ayat.kenapa aku terlalu jauh menyimpang dari cara aku.patutlah ramai kawan-kawan tegur.patutlah blog aku makin kurang pengunjung tak macam masa aku tengah panas dulu.

ermm...nampak gayanya aku kena bertindak untuk berubah.bagi memastikan aku terus menulis dan terus menulis,mengkritik dan terus mengkritik.masing-masing ada pandangan yang perlu dipertahankan.mahasiswa perlu bijak bukan sahaja dalam pelajaran,malah dalam mengolah hidup.baru namanya mahasiswa.itu sebab aku antara penentang akta zalim AUKU.Bagi aku mahasiswa tidak boleh diikat oleh apa-apa dokrin yang mengikat gerak langkah mereka.jika kerajaan mengiktiraf mahasiswa adalah pemimpin hari esok,AUKU perlu dihapuskan.Sesiapa sahaja didunia ini boleh dikritik kecuali Allah dan Rasul.jangan takut kepada kritikan pedas mahupun panas.memang tiada manusia yang menyukai dikritik,tetapi tak semestinya dia tidak layak dikritik.Kalau korang nak kritik akupun,kritiklah.aku sedia menerimanya.

Sabtu, 17 Julai 2010

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'

malaysiakini

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

azlanKetika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

azlanYang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

NONEAlasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

NONEAkhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.

Jumaat, 16 Julai 2010

Bapa saman tiga anak lelaki RM2 juta


kosmo

SHAH ALAM - Perebutan harta pusaka antara anak-beranak menyebabkan tiga bersaudara didakwa sanggup menipu dan mengurung bapa kandung mereka bagi memaksa warga emas itu menandatangani surat akuan menyerahkan dua lot tanah tiga tahun lalu.

Trauma dengan kejadian itu, bapa malang itu, seorang bekas pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyaman ketiga-tiga anak lelakinya dan menuntut ganti rugi RM2 juta demi menuntut kembali haknya selain membela nasib dirinya.

Plaintif, Baharom Long, 85, hadir memfailkan saman tersebut di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini semalam menerusi peguam Muhd. Azmi Talib.

Dalam writ saman tersebut, Baharom menamakan tiga anak lelakinya iaitu Md. Hanafiah, 55, Zakariah, 52, dan Musa, 50, sebagai defendan.

Plaintif bagaimanapun mempunyai dua orang anak lelaki lain iaitu Roslan, 48, dan Azizan, 44.

Berdasarkan pernyataan saman tersebut, plaintif mendakwa, pada November 2007, dirinya dikurung di salah sebuah rumah defendan dan dipaksa oleh defendan menandatangani surat yang tidak diketahui isi kandungan.

Bagaimanapun, dakwa plaintif lagi, selepas memperoleh salinan surat tersebut, dia mendapati surat itu merupakan surat akuan bersumpah berhubung pembahagian dua lot tanah miliknya dan arwah isteri, Maimunah Husin yang telah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.

Menurut plaintif, dua lot tanah yang menjadi rebutan defendan terletak di Selayang Baru dan Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini.

Plaintif mendakwa, kesemua defendan secara bersama atau berasingan menipu dan memanipulasi kedudukannya sebagai pemilik tanah bagi memaksa dirinya menandatangani surat akuan bertarikh 3 Disember 2007.

Plaintif seterusnya mendakwa, kesan perbuatan kesemua defendan yang merupakan anak-anaknya, dirinya mengalami trauma yang serius, sentiasa dalam ketakutan apabila berada seorang diri malahan menjadikan dirinya seorang yang prejudis.

Melaka Ada Sultan?


SERDANG: Umpan digunakan sebuah syarikat pelaburan bukan calang-calang kerana dikatakan sanggup mengeluarkan modal menyewa sebuah kereta mewah model Rolls-Royce bernilai RM2.85 juta untuk meyakinkan pelabur asing.

Bagaimanapun, gimik pihak terbabit berakhir apabila polis merampas kereta mewah berkenaan dan menahan seorang lelaki selepas curiga dengan nombor pendaftaran digunakan.

Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, hasil siasatan mendapati kereta mewah terbabit sengaja dipamerkan pihak penganjur bertujuan meyakinkan pelabur asing yang hadir dalam majlis pelancaran berkenaan.

“Sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar kawasan berkenaan, mendapati kenderaan mewah dipamerkan itu menjadi tumpuan terutama kira-kira 150 pelabur asing dari Hong Kong, China dan Vietnam.

“Curiga keadaan itu anggota polis menghampiri kereta mewah itu,” katanya.
Menurutnya, ketika itu ada tiga lelaki berusia antara 20 hingga 35 tahun yang mendakwa sebagai pemandu dan juga penganjur majlis berada di situ sebelum polis menjalankan pemeriksaan.

Protes rancang turun ke jalan raya

Dzulfikar Mashoor & Nazri Abdullah/harakalhdaily
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) tidak menolak kemungkinan akan mengajak rakyat ke turun ke jalan raya ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) mulai tengah malam tadi.

Penyelaras Protes, Dr. Mohd Hatta Ramli ketika memberitahu perkara itu berkata, tindakan itu bagaimanapun hanya akan diputuskan pada meyuarat Protes yang dijadualkan Ahad ini.

"Kita tidak menolak kemungkinan turun ke jalan raya dalam masa terdekat. Pengalaman kita yang lepas bila rakyat tunjukkan kemarahan, baru kerajaan sedar dan akur dengan kesusahan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai ketika dihubungi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen manakala RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Menurut Najib, dengan kenaikan yang didakwa sebagai 'penyelarasan harga' tersebut, kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM750 juta perbelanjaan negara tahun ini.

Namun bagi Protes, strategi kerajaan itu akan terus membebankan rakyat biarpun kerajaan mendakwa kenaikan itu kecil dan tidak membebankan.

Menurut Hatta lagi, kenaikan tersebut mencerminkan bahawa senario ekonomi negara gagal dipulihkan seperti yang dicanangkan Najib melalui Dasar Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sebelum ini.

"Kononnya akan tumbuh 6 peratus, tetapi kenaikan ini tentunya memberi jawapan sebaliknya," ujar beliau yang juga Bendahari PAS Pusat.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara dengan tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

"RM570 juta (subsidi) mahu diselamatkan, sedangkan kerajaan sanggup berpelanja lebih 800 juta untuk buat istana negara yang baru," ujarnya lagi sambil menganggap bahawa fizikal istana negara yang sedia ada masih dalam keadaan baik.

Sehubungan itu, katanya lagi, tindakan yang dianggap bijak oleh Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I itu bakal meninggalkan kesan berantai pada rakyat.

"Najib mungkin anggap langkah itu bijak dan menguntungkan kerajaan, sedangkan kenaikan harga barang-barang ini sudah tentu memberi kesan berantai (seperti) inflasi dan kos hidup melambong naik," tegasnya lagi.

Mengulas dakwaan kerajaan bahawa pemotongan subsidi ini bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia, Hatta berkata ianya sangat tidak wajar kerana Klinik 1Malaysia bersifat program politik Umno BN.

Semalam, Najib di depan perwakilan Umno Kedah menegaskan bahawa kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat itu sebagai langkah mengurangkan subsidi yang selama ini ditanggung kerajaan.

Namun, beliau tidak pula menjelaskan langkah proaktif kerajaan dalam menangani isu rasuah, ketirisan serta pembaziran dalam urus tadbir kewangan negara yang sebelum ini dipercayai umum lebih besar dari angka RM570 juta subsidi yang telahpun dirampas balik daripada rakyat.

Kesan 'berantai', harga barangan lain mungkin naik

F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula hari ini.

Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu), Tony Lee, bagaimanapun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa.

"Memand
angkan susu pekat mengandungi banyak gula, kenaikan 25 sen sekilogram harga gula pasti memberi kesan yang besar kepada pengeluaran itu.

"Oleh kerana pengumuman rasionalisasi peningkatan harga dibuat hanya semalam, kami perlu membuat penilaian impaknya sebelum kami memutuskan untuk menaikkan harga.

"Harga produk tenusu mungkin meningat 10 sen," katanya kepada pemberita selepas pelancaran imej baharu jenama "TEA POT" hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya.

- Bernama /malaysiakini

Ambil wang rakyat untuk bayar APCO - Anwar


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau.

"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Anwar.

Beliau mengulas kenaikan pelbagai jenis barangan mulai hari ini berikutan penarikan balik subsidi untuk rakyat oleh kerajaan.

Anwar mengecam tindakan itu kerana walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, namun pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.

Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam kenyataan bertulis yang dikeluarnya hari ini.

Bagi beliau, tindakan ini dibuat kerana Datuk Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, katanya.

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan.

Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Bagi Anwar, bekas Menteri Kewangan itu, sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010.

Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, katanya, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

"Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tegas beliau.

"Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan.

Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga,tambah Anwar.

"Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat.

"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," katanya.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.

Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

"Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata," katanya.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Sehubungan itu Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni, tegasnya.

Rasuah ancaman utama berbanding perkauman

Dzulfikar Mashoor/harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Tinjauan Merdeka Center pada Januari hingga April tahun ini mendapati anak muda tidak lagi menganggap tuntutan hak kaum-kaum lain sebagai ancaman utama pada kehidupan mereka.

Sebaliknya, daripada 3,141 responden berusia 19 tahun dan ke atas, 70 peratus bersetuju bahawa budaya rasuah di kalangan pemimpin adalah ancaman utama pada kedudukan Melayu.

Pun begitu, 59 peratus remaja Melayu dan Bumiputera berpendapat bahawa Melayu/Bumiputera wajar terus diberikan hak keistimewaan dalam negara.

Mungkin disebabkan tanggapan demikian, sebanyak 46 peratus responden di kalangan bukan Melayu-Bumiputera pula menganggap bahawa gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai agenda politik untuk memujuk hati pengundi bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Lebih menarik, analisis Merdeka Center mendapati kesedaran politik di kalangan anak muda tidak lagi meletakkan keyakinan yang kuat pada kerajaan sedia ada.

Malah, dilaporkan mereka turut tidak bersetuju bahawa Melayu-Bumiputera harus disatukan di bawah Umno.

Sebaliknya, menurut analisis tersebut, perpaduan Melayu-Bumiputera lebih wajar diberikan pada pihak lain.

Rumusan serta analisis penuh berhubung Tinjauan Nilai Politik Rakyat Malaysia terbaru yang didedahkan Selasa lalu boleh dimuat turut dari sesawang rasmi Merdeka Center, http://www.merdeka.org.

Sama ada, tinjauan terbaru itu boleh menjadi isyarat bahawa pengundi muda menolak Umno BN pada PRU13 kelak, tidak pula diperjelaskan oleh institut kajian pendapat tersebut.

Jumaat Pertama Bulan Sya'ban.

Hari ni jumaat pertama di bulan sya'ban.bulan Nabi,Bulan yang paling rapat dengan semulia-mulia bulan Ramadhan al-Mubarak.semoga kita semua digolongkan dengan tetamu ramadhan nanti.sama-sama kita berdoa semoga dipanjangkan umur dan ditetapkan iman untuk berjumpa ramadhan nanti.

Hari ni macam besa aku solat jumaat di masjid bulat.masjid pilihan sebab mempunyai 3 kelebihan.1.imam best 2.ada air-cond 3.khutbah x panjang.x suma masjid di mesir lengkap dengan 3 kelebihan ni.kalau ada,pasti menjadi pilihan utama.syabas masjid bulat!

Tajuk khutbah hari ni sambungan yang lalu iaitu zaujah Nabi yang terakhir Maimunah binti Harith.Aku tak tumpu sangat dengan khutbah pun,maklum la dah sejuk,mata pun kuyu je la.kepala pulak merewang-rewang entah ke mana.sat sampai malaysia,sat patah balik mesir,pusing-pusing tu je la.sedar-sedar dah khutbah ke-2.

Di khutbah ke-2 aku tertarik dengan kalam Saidina Ali yang diungkapkan oleh khatib yang bermaksud "Siapa yang banyak cakap,banyaklah dosanya,siapa yang banyak dosa,kuranglah wara'nya,siapa yang kurang wara'nya,maka kuranglah malunya,siapa yang kurang malunya,maka matilah hatinya,siapa yang mati hatinya maka nerakalah tempatnya".panjang ayat ni,tapi sebab aku menumpukan sepenuh perhatian dan perasaan,maka aku dapat mengingatinya dengan kuat.betul kata-kata S.Ali tu,aku sokong sangat.Kata-kata S.Ali tu bukan bermakna kita hanya perlu DIAM.Tetapi kurangkan bercakap benda tak berfaedah.sama-samalah kita ambik pengajaran.Banyakkan bertindak,Kurangkan melantak.ingat DER!

itulah saja perkongsian khutbah jumaat untuk kali ni.aku tidaklah sehebat korang,tapi tak bermakna aku tak boleh jadi hebat macam korang.sama-sama kita jadi hebat dalam bidang masing-masing.walau apa pun yang kita ceburi,dakwah jangan lupa.kita semua daie dan wakil Allah di bumi.serulah dengan nama Tuhanmu!

Jumaat Pertama Bulan Sya'ban.

Hari ni jumaat pertama di bulan sya'ban.bulan Nabi,Bulan yang paling rapat dengan semulia-mulia bulan Ramadhan al-Mubarak.semoga kita semua digolongkan dengan tetamu ramadhan nanti.sama-sama kita berdoa semoga dipanjangkan umur dan ditetapkan iman untuk berjumpa ramadhan nanti.

Hari ni macam besa aku solat jumaat di masjid bulat.masjid pilihan sebab mempunyai 3 kelebihan.1.imam best 2.ada air-cond 3.khutbah x panjang.x suma masjid di mesir lengkap dengan 3 kelebihan ni.kalau ada,pasti menjadi pilihan utama.syabas masjid bulat!

Tajuk khutbah hari ni sambungan yang lalu iaitu zaujah Nabi yang terakhir Maimunah binti Harith.Aku tak tumpu sangat dengan khutbah pun,maklum la dah sejuk,mata pun kuyu je la.kepala pulak merewang-rewang entah ke mana.sat sampai malaysia,sat patah balik mesir,pusing-pusing tu je la.sedar-sedar dah khutbah ke-2.

Di khutbah ke-2 aku tertarik dengan kalam Saidina Ali yang diungkapkan oleh khatib yang bermaksud "Siapa yang banyak cakap,banyaklah dosanya,siapa yang banyak dosa,kuranglah wara'nya,siapa yang kurang wara'nya,maka kuranglah malunya,siapa yang kurang malunya,maka matilah hatinya,siapa yang mati hatinya maka nerakalah tempatnya".panjang ayat ni,tapi sebab aku menumpukan sepenuh perhatian dan perasaan,maka aku dapat mengingatinya dengan kuat.betul kata-kata S.Ali tu,aku sokong sangat.Kata-kata S.Ali tu bukan bermakna kita hanya perlu DIAM.Tetapi kurangkan bercakap benda tak berfaedah.sama-samalah kita ambik pengajaran.Banyakkan bertindak,Kurangkan melantak.ingat DER!

itulah saja perkongsian khutbah jumaat untuk kali ni.aku tidaklah sehebat korang,tapi tak bermakna aku tak boleh jadi hebat macam korang.sama-sama kita jadi hebat dalam bidang masing-masing.walau apa pun yang kita ceburi,dakwah jangan lupa.kita semua daie dan wakil Allah di bumi.serulah dengan nama Tuhanmu!

Aku Benci BN!

TAKZIAH RAKYAT MALAYSIA! Itulah perkataan yang ikhlas untuk seluruh rakyat Malaysia termasuk aku.keprihatinan yang kuat daripada kerajaan Malaysia kendalian BN telah menghadiahkan kita '5 In 1' kenaikan barang iaitu petrol Ron95,diesel,gas,gula.syabas,tahniah,arigato,cogratulation,mabruk untuk rakyat.sebelum pukul 12 malam tadi waktu malaysia mesti kelam kabut seluruh rakyat ke stesen-stesen minyak dan ke kedai-kedai runcit mencari barang-barang yang bakal naik itu.inilah bahana jika kekayaan negara tidak dibahagikan sama-rata kepada semua rakyat.balanya akan kembali kepada rakyat juga.yang diatas pasti mengatakan ini bukan bebanan,tetapi bagaimana dengan yang di bawah?walau hanya 5 sen petrol dinaikkan,jika diisi dengan banyak,untuk kegunaan yang banyak,untuk masa yang panjang ia pasti membebankan.impaknya akan terasa nanti dengan kenaikan mendadak barangan keperluan lain.nampaknya kerajaan malaysia sudah ketipisan wang sehingga terpaksa memeras rakyat.kita negara pengeluar minyak,mana mungkin minyak boleh mahal.aku pelik!

selepas ini pasti keluar statement yang membodohkan rakyat daripada pak menteri.Kenapa tiba-tiba berlaku kenaikan?walaupun aku jauh perantauan,aku dapat rasakan bebanan yang akan ditanggung oleh seluruh rakyat.Ibu dan abah di kampung pasti akan terbeban.aku benci BN!

Sudah masanya untuk BN dihumban ke kuburnya.jangan biarkan mereka terus kekal di Putrajaya.anak muda perlu bangkit menentang,kerana kekuatan negara kini ditangan kita,pangkahan kita menentukan masa depan negara.

Sudah-sudahlah dibodohkan oleh puak-puak selenga itu.biar apa ancaman,biar apa kecaman,biar apa ugutan jangan takut.selagi kuasa di tangan rakyat,mereka takkan hidup lama.Jika mahkamah dunia mereka dapat lari,mahkamah Allah jangan bermimpi untuk begitu.Allah hakim yang adil.mereka pasti dihukum.Aku benci UMNO-BN!

Rabu, 14 Julai 2010

Sakitnya sakit!

Dua hari tidak mengupdate blog,ia gara-gara ujian kesakitan yang Allah timpakan pada empunya diri sejak malam isnin yang lalu.Selepas balik dari menyaksikan final world cup diantara Spain-Belanda badan tiba-tiba rasa kesejukan hingga ke tulang.Sah!diri berbisik,aku demam ni.malam tu tidur masih lena walau sedikit kesejukan walaupun Mesir sedang musim panas sekarang.

Tidak cukup dengan demam,esok harinya selepas bangun dari tidur,perut rasa memulas lain macam bagai ada yang mencakar-cakar di dalam.setelah ke tandas,baru disedari Allah telah beri satu lagi ujian sebagai kawan kepada demam iaitu cirit-birit.Ya Allah,hanya Dia yang tahu betapa siksanya mempunyai dua penyakit yang berbeza sifatnya ini.Demam memerlukan seseorang rehat dengan cukup dan cukup alah dengan air kerana kesejukannya sampai ke tulang.Cirit birit pula memerlukan seseorang kerap ke tandas dan sudah pastinya akan bergelumang dengan air.MasyaAllah.hanya Allah yang tahu hikmahnya menimpakan dua penyakit ini kepada empunya diri.Sakitnya bukan kepalang,tidak boleh tidur dibuatnya.han ya doa yang dapat empunya diri panjatkan selain berihtiar dengan menelan ubat apa yang ada.

Sepanjang dua hari lepas,empunya diri hanya terlantar di lantai pembaringan dan bergerak hanya sekitar ruang yang terhad,tidak mampu rasanya ingin keluar dari rumah walaupun hati melonjak-lonjak mahukan kebebasan.Pengajian di rumah negeri pun tidak dapat dihadiri,inikan pula untuk ke masjid al-Azhar.Setelah ditimpa ujian kesakitan ini,barulah empunya diri sedar betapa pentingnya menjaga nikmat kesihatan kurniaan Allah ini.Bila-bila masa Allah boleh tarik dari kita dan memberikannya semula.Saranan empunya diri kepada para pembaca,jagalah kesihatan sebaik mungkin tanda kesyukuran kita kepada Allah yang mengurniakan kepada kita nikmat itu yang hanya percuma tanpa sesen byrn.

Isnin, 12 Julai 2010

Aku Terima TaklifanNya!

Di musim-musim cuti sem yang sedang dilalui ni,pastinya banyak program-program yang telah diatur oleh pihak persatuan.daripada sekecil-kecil program sehinggalah sebesar-besarnya.dan sudah pasti ia memerlukan tenaga manusia yang banyak untuk menjana kelangsungannya.bagi yang tidak kemana-mana pada cuti ini,pastinya akan 'dirisik' untuk menjadi sebahagian tenaga penggerak program-program tersebut.inilah masanya untuk mahasiswa dan mahasiswi mengasah soft skill yang ada dan menimba pengalaman berpesatuan sebanyak mungkin.

Selain berlari-larian ke tempat-tempat menimba ilmu,mahasiswa juga perlu menenggelamkan diri ke dalam arena berpesatuan yang menjanjikan pengalaman berharga yang tidak dapat di dewan-dewan kuliah.suasana pekerjaan di Malaysia yang terlalu menekankan soft skill seseorang sepatutnya disambut.inilah dunia yang nyata.

Menerima sebarang pentaklifan memang bukan sesuatu yang mudah.banyak perkara perlu dikorbankan seperti masa,tenaga,wang ringgit dan sebagainya.tetapi jika pengorbanan yang kecil inipun kita tidak dapat berikan,bagaimana bila kita pulang ke tanah air nanti?perjuangan di sana lebih melaparkan pengorbanan-pengorbanan tersebut bagi melihat kelangsungan Islam di sana.Pengorbanan tidak semudah kata-kata,likunya maha dahsyat.hanya insan yang pernah melaluinya sahaja dapat memberikan gambarannya.kekuatan individu Islam terhadap agamanya terletak kepada pengorbanannya.jika kita hanya pandai beralasan,tidak usah la berdegar-degar mengatakan soal perjuangan.kata-kata kita bagai meludah ke langit.sia-sia sahaja.Islam memerlukan rijal-rijal yang boleh bekerja,bukan yang bercakap semata-mata.kita semua ada peranan masing-masing.

kepada sahabat yang ditaklifkan,jalankanlah amanah dengan ikhlas.jangan sesekali merungut dengan tugas yg bertimpa.Allah pasti membantu kita kerana menolong agamaNYA.

Ahad, 11 Julai 2010

Anak Osama bercerai selepas dengar suara ganjil

mymetro
LONDON - Anak lelaki Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden bercerai dengan isterinya yang berketurunan Inggeris yang telah memeluk agama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Osama yang dikehendaki oleh pemerintah Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa menaja keganasan kini didakwa bersembunyi di kawasan pergunungan di Pakistan dan Afghanistan.

Anak lelaki Osama itu bercerai selepas dia mendakwa kerap mendengar suara bapanya.

Omar telah dimasukkan ke sebuah hospital mental pada minggu lalu dan dia diberikan ubat sakit schizophrenia.

Dia yang berumur 29 tahun turut berkelakuan aneh selama beberapa minggu termasuk pernah disaman sebanyak £3,000 (RM14,544) kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dan dia turut ketagih membeli-belah.

Isteri Omar, Zaina atau nama asalnya, Jane Felix Browne yang berusia 54 tahun mendedahkan kepada sebuah akhbar Britain bahawa dia kecewa dengan perpisahan mereka tetapi tidak tahan lagi dengan perangai ganjil suaminya.

"Memang benar ikrar perkahwinan kami untuk bersama di waktu sihat dan sakit tetapi jika perangai ganjilnya berterusan saya akan mati dahulu," katanya.

Zaina yang pernah berkahwin sebanyak enam kali sebelum ini bagaimanapun memberitahu, dia tahu Omar mengalami sakit mental semasa mereka berkenalan.

Omar telah memohon visa untuk tinggal di Britain sebanyak enam kali tetapi semua permohonannya ditolak. - Agensi

Sabtu, 10 Julai 2010

Beli tauge bayar RM100



mymetro
KUALA LUMPUR: Beli tauge 50 sen, tetapi perlu membayar saman RM100. Itu antara rungutan pelanggan Pasar Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, berikutan masalah ketiadaan tempat letak kenderaan di sekitar pasar itu.
Peniaga, Norsiah Rahman, 49, berkata bukan saja orang awam yang merungut mengenai masalah itu, bahkan peniaga turut mengalami nasib sama.


Katanya, biarpun pelbagai aduan dan permohonan diaju kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mewujudkan kawasan letak kenderaan berhampiran pasar berkenaan, namun ia dipandang sepi. “Saya sudah berniaga selama 33 tahun di sini, masalah ini tidak pernah selesai. Kakitangan DBKL pernah datang meninjau keadaan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.


“Anggota penguat kuasanya pula, akan meronda tiga kali sehari untuk mengeluarkan saman kepada kenderaan pengunjung yang diletakkan di hadapan pasar. “Tidak cukup saman dikeluarkan DBKL, kenderaan juga sering disaman polis,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.


Menurutnya, peniaga pernah mengutarakan kepada DBKL supaya memohon Jabatan Perhutanan merobohkan bangunan pejabat lama jabatan itu di tanah terbiar bersebelahan pasar untuk dijadikan tempat letak kenderaan, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas dari PBT itu.


“Jika kawasan itu dijadikan tempat letak kenderaan berbayar pun kami alu-alukan,” katanya. Sementara itu, peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Zainab, 45, berkata masalah itu menjadi faktor mengapa pasar berkenaan kurang mendapat kunjungan daripada pembeli.


Katanya, tidak hanya menghadapi masalah untuk meletak kenderaan, peniaga juga terpaksa menanggung kerugian setiap kali hujan lebat kerana pasar akan dilanda banjir.


“Sekarang bilangan pembeli semakin berkurangan, setiap kali datang pastinya akan kedengaran rungutan daripada mereka mengenai masalah ini,” katanya.

Anak murid Jakim agen penyesat?



Wan Nik Wan Yussof / harakahdaily
Seorang yang terkedu dengan kenyataan kawannya telah menelefon saya (Khamis lepas, 8 Julai). Katanya, tergamak kawannya itu membuat tohmahan "SESAT" bernada keras dan kebencian terhadap seorang berperwatakan ulama yang memang dikenali ramai di negeri, negara hatta peringkat dunia.

Kawannya itu, kononnya lulusan Universiti al-Azhar, pensyarah salah sebuah IPT di Johor, dipanggil ustaz dan dianggap orang agama, tetapi kelihatan tidaklah berakhlak ulama. Dia berani mengeluarkan kenyataan SESAT selepas kembalinya berkursus di JAKIM. Ada individu tertentu telah mengasak pemikirannya dengan fakta-fakta kononnya dilakukan oleh ulama tersohor itu. Lalu dilabelkan ulama itu seorang yang SESAT. Ulama yang dimaksudkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya, beliau telah berhujah dengan kawannya itu dengan beberapa persoalan yang gagal dijawab oleh kawannya itu. Setakat yang dia tahu tentang Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNAA), beliau tegaskan, tak mungkin seorang berakhlak seperti TGNAA itu adalah SESAT!

Lalu saya menelusuri sikap terkedu saudara penelefon itu. Saya membutirkan lagi beberapa hujah agar terkedunya itu tidak sampai ke peringkat kegusaran yang berpanjangan.

Saya berhujah berdasarkan pengalaman selama lebih 30 tahun mengenali TGNAA. Antara hujah yang dapat saya paparkan (menerusi telefon yang mengambil masa sekitar 10 minit):

1. TGNAA memang seorang ulama kerana akhlaknya selalu berserban ketika tampil di khalayak, SESATkah kerana berserban?

2. TGNAA memang seorang guru agama kerana mengajar kitab (yang KDN lulus dijual di pasaran) setiap malam Khamis dan Jumaat di masjidnya sendiri, SESATkah kerana mengajar kitab?

3. TGNAA satu-satunya yang berserban, lulusan Deoband, India dan al-Azhar Mesir dalam bidang hadis dan qanun wal-syariah telah diangkat rakyat Kelantan menjadi Menteri Besar (MB) telah 20 tahun, SESATkah ilmu itu dan SESATkah rakyat Kelantan kerana mengangkatnya jadi MB?

4. TGNAA selalu bangun untuk beribadat malam (tahajud) mendekati Tuhan, SESATkah kerana beribadat malam?

5. TGNAA sering dijemput berkhutbah Jumaat tatkala hadir mengunjungi masjid-masjid di serata Kelantan, SESATkah kerana boleh berkhutbah (bukan baca khutbah)?

6. TGNAA bila berceramah, berucap dan merasmikan majlis akan memulakannya dengan membaca ayat-ayat al-Quran sebagai mukadimah kepada intipati kepada apa yang akan diceramahkan, diucapankan dan dirasmikan, SESATkah kerana bermukadimah dengan ayat al-Quran?

7. TGNAA akan bersolat dhuha dulu sebelum duduk memulakan tugas di kerusi MBnya, SESATkah kerana solat dhuha di pejabat?

8. TGNAA sejak menjadi pemimpin PAS telah mengajar ilmu tafsir al-Quran setiap pagi Jumaat di Masjid Muhammadi, kemudian sejak jadi MB mengajar pula di Dataran Ilmu MPKB yang anak muridnya ribuan orang, SESATkah kerana mengajar tafsir yang kitab rujukannya adalah "Tafsir Pimpinan Rahman" yang duluskan Jakim dan KDN?

9. TGNAA apabila hadir untuk bersolat fardhu di mana-mana masjid di serata negari dan negara tidak mudah nak jadi imam, selagi mana pihak berkuasa masjid itu tidak memintanya menjadi imam, SESATkah sikap sedia jadi imam semata-mata kerana diminta untuk jadi imam?

10. TGNAA sejak jadi Mursyidul Am PAS, menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berkawan dengan parti KeADILan dan DAP akan selalu menyampaikan mesej Islam (menerangkan kelebihan Islam) bila dijemput berucap, meskipun di depan Anwar, Lim Kit Siang hatta di depan Karpal Singh, SESATkah seorang pemimpin Islam bila berucap di depan pemimpin bukan Islam ia tegas menyatakan ajaran Islam?

11. TGNAA sebaik jadi MB Kelantan, komited dengan dasar Membangun Bersama Islam, arah simpan wang kerajaan Negeri di Bank Islam, buka pajak gadai Islam, pakai prinsip pentadbiran berteraskan Ubudiah, Masuliah dan Itqan, laksana perbandaran Islam, beri takaful kifalah untuk wasi si-mati, guna dinar emas, beri cuti bersalin 60 hari, mulakan kerja 5 hari seminggu...sekadar beberapa contoh, SESATkah pendekatan pentadbiran Islam sebegitu yang jelas kerajaan Pusat pun terikut-ikut sama?

Lepas itu, saya merungut di dalam hati..."sampai lenguh aku memegang telefon ni, nak layannya."

Apa pun banyak lagi hujah yang saya nak sebutkan. Namun, saya ringkaskan dengan mempelawanya, "jemputlah kawan saudara tu baca blog TGNAA (http://www.blogtokguru.com/) dan cuba-cubalah masuk Facebook TGNAA (ttp://www.facebook.com/nikaziz)." Alamatnya mudah je....

Harap sampaikan salam saya kepada kawan saudara tu (dalam hati aku terkata, iaitu anak murid Jakim agen penyesat?)

Terima kasih.

Coretan ikhlas,

Wan Nik Wan Yussof,

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Mike Tyson Menangis di Tanah Suci


"Bekas juara tinju heavyweight dunia , Mike Tyson menangis ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi di Madinah, Arab Saudi. Tyson juga melakukan umrah di Mekah, pada Julai 2010..Tyson memijakkan kakinya ke Tanah Suci untuk kali pertama pada Jumat 2 Julai 2010. Mike Tyson yang berusia 44 tahun ini melakukan ibadah di Masjid Al-Nabawi.

Mike Tyson menangis di MekahSebagaimana yang dinyatakan oleh online news Saudi Gazette, Tyson menginap di hotel berhampiran Masjid Al-Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya.



Bekas peninju yang kontroversi kerana menggigit telinga semasa pertandingan ini mendapat pengawalan ketat semasa melakukan solat Zuhur. Tyson mengaku mendapat pengalaman spiritual luar biasa selama di Arab Saudi.

“Saya senang punya peminat yang mencintai saya di sini (Arab Saudi). Tapi, saya berharap mereka meninggalkan saya sendiri untuk menikmati saat spiritual di Tanah Suci. Saya menitikkan air mata ketika saya mengetahui bahawa saya berada di salah satu taman surga,” ujar Tyson ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi.

Tyson yang memeluk Islam ketika masih dipenjara pada pertengahan 1990an, kemudian mengganti pakaian dengan mengenakan ihram untuk melakukan umrah di Mekah.Selesai melakukan umrah di Mekah, Mike Tyson nama Islamnya, Malik Abdul Aziz ini merancang akan mengunjungi Jeddah, Abha dan Riyadh. Posted @ www.isuhangat.net

Boleh jadi Umno lebih sesat - bekas Imam Besar



haraakahdaily

ALOR SETAR, 10 Julai: Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib (gambar) mengingatkan pemimpin Umno terutamanya di negeri Kedah supaya tidak membuat tuduhan dan dakwaan melulu tanpa sebarang fakta dan bukti yang konkrit.

Menurut beliau lagi tuduhan yang dilemparkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sesat adalah sesuatu yang melampau dan keterlaluan.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kedah berkata, seandainya Umno menyifatkan PAS sesat, kemungkinan Umno itu lebih sesat kerana mereka bukannya memperjuangkan ajaran Islam sebenarnya sebaliknya memperjuangkan isu perkauman dan assabiyah.

"Pemimpin Umno sepatutnya tidak bercakap mengikut angin mereka sahaja. Setiap dakwaan dan tuduhan perlulah mempunyai fakta kebenaran sebelum membuat sebarang dakwaan.

"Oleh kerana itu kepimpinan Umno dinasihatkan supaya sentiasa berpandukan kepada kebenaran dalam isu yang mengaitkan PAS sebagai sebuah parti yang sesat.Dakwaan tersebut juga adalah suatu perkara yang tidak harus dipandang ringan kerana ia boleh mencelarukan pemikiran masyarakat,"katanya yang juga besar imam besar Masjid Negara.

Pemuda PAS Kedah cabar siasat

Sementra itu, Dewan Pemuda PAS Kedah mencabar Naib Presiden Umno yang juga Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Shafei Apdal supaya menubuhkan jawatankuasa agama bagi menyiasat dakwaan kononnya PAS parti yang sesat.

Menurut Ketuanya, Ahmad Yahya, siasatan boleh dilakukan dalam apa jua aspek mengenai dakwaan tersebut.

Namun begitu beliau juga berkata seandainya dakwaan yang tidak disertakan dengan bukti yang tepat tidak harus dilayan kerana ia merupakan satu tuduhan liar yang tidak berasas.

"Sekiranya beliau (Shafie) seorang yang bermaruah, maka tunjukkan bukti dan jalankan siasatan dari aspek mana kebenaran dakwaan beliau itu. Siapakah yang sebenarnya sesat? Mungkin Umno atau mungkin PAS. Hanya siasatan saja yang mampu untuk menyatakan kebenarannya," kata Ahmad Yahya (gambar).

Menurutnya, Pemuda PAS Kedah amat kesal dengan dakwaan beliau ini kerana ia amat keterlaluan dan melampau.

Samada dengan sengaja atau pun tidak, tindakan beliau ini tidak boleh dimaafkan, katanya.

Menurut Ahmad, Shafie yang merupakan Pengerusi Umno Kedah juga sengaja mahu menimbulkan isu serta mencetuskan kekeruhan dalam PAS dan Umno.

"Ini adalah soal akidah. Ia boleh menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat kerana dakwaan sesat adalah sesuatu yang serius,"katanya.

Ahmad juga menasihatkan Shafie supaya menerima hakikat bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik, namun ia juga merupakan kerajaan kepada negeri Kedah bersama Pakatan Rakyat (PR) yang menggabungkan PKR dan DAP di negeri Kedah.

"Beliau juga sepatutnya akur ketokohan yang ada pada pemimpin PAS yang memerintah negeri yang dikuasai oleh PR di negeri ini,"tambahnya.

Antisa tertua di dunia = 8 Julai 1880-8 Julai 2010



mymetro

Berasal dari barat Georgia, Antisa Khvichava dilaporkan lahir pada 8 Julai 1880.

Jurucakap jabatan pendaftaran yang berada di bawah Kementerian Keadilan Georgia, Georgiy Meurnishvili, berkata Antisa kini menetap di rumah itu bersama cucunya yang berusia 40 tahun.


Katanya, menurut rekod kerajaan, Antisa bekerja sebagai pemungut teh dan jagung sebelum bersara pada 1965.


“Ketika itu dia berusia 85 tahun,” katanya, Ketika ditemui media, Antisa berkata, dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan sentiasa bekerja sepanjang hayatnya, sama ada di rumah atau ladang.


Mengenakan pakaian berwarna cerah, penutup kepala dan gincu merah, dia selesa duduk di kerusi sambil memegang tongkat rotan.


Melalui penterjemah, Antisa menceritakan pengalamannya tidak pernah bersekolah sehingga tidak mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Georgia, sebaliknya hanya mahir berbahasa Mingrelian yang digunakan penduduk setempat.


Kehilangan sijil kelahiran menyebabkan usia sebenarnya belum dapat disahkan oleh pihak berkecuali.


Sijil kelahiran itu adalah satu daripada dokumen penting Antisa yang gagal dikesan sejak seabad lalu, termasuk ketika berlakunya revolusi dan keruntuhan Soviet Union.


Bagaimanapun, Meurnishvili menunjukkan dua dokumen era Soviet Union yang boleh membuktikan usia sebenar Antisa.


Sejumlah pegawai kerajaan, jiran, rakan dan ahli keluarga Antisa menyokong dakwaan Meurnishvili.

Tok Guru Nik Aziz: Boikot media pro-BN jika permit tidak diperbaharui


Harakahdaily

KOTA BHARU, 10 Julai: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat memboikot semua media pro-BN jika permit untuk akhbar pro-Pakatan tidak diperbaharui.

“Saya harap permit Harakah dan Suara Keadilan di perbaharui. Bagaimanapun, jika kedua-dua akhbar yang menjadi suara rasmi Pakatan ini tidak diperbaharui, saya cadangkan arahan rasmi dikeluarkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan agar mula memboikot media pro BN," kata beliau melalui laman komuniti Facebook hari ini.

Beliau dipercayai mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang sehingga kini tidak menyambung permit Harakah dan Suara Keadilan yang telah tamat tempoh.

Turut tamat tempoh adalah permit akhbar Rocket versi Bahasa Inggeris yang dimiliki oleh DAP.

Permit akhbar Harakah tamat pada 7 Julai lepas. Pada 5 Julai, Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya telah dipanggil mengadap lapan pegawai KDN di Putrajaya.

Pada 8 Julai lepas, KDN menghantar satu surat tunjuk sebab kepada Harakah kenapa tindakan tidak boleh dikenakan ke atas akhbar itu.

Pada 9 Julai, Taufek sendiri telah ke pejabat KDN di Putrajaya menghantar jawapan Harakah ke atas surat tunjuk sebab itu. Ia dijawab sendiri oleh Pengarah Urusan Harakah yang juga AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.

Kamarudin dalam kenyataannya berkata, Harakah akan diterbitkan seperti biasa kerana permohonan penyambungan permit sudah dibuat kepada KDN dan Harakah memang menunggu kelulusan permit itu.

Sementara itu, KDN memberikan amaran kepada PKR agar jangan menerbitkan Suara Keadilan kerana pihaknya tidak berpuashati dengan jawapan PKR ke atas isu 'Felda Bangrap".

Dalam kenyataannya, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta KDN atau kerajaan mengambil pendekatan menyaman Harakah jika ada apa-apa kesalahan yang dibuat bukannya membatal atau menarik permit akhbar itu.

"Jika mereka rasa Harakah salah, mereka boleh saman dan memberikan bukti kesalahan Harakah jika ada," katanya.

Jumaat, 9 Julai 2010

Catatan perjalanan: Melawat Kota Fayyoum dan Mandi-manda di Air Terjun.

Kota Fayyoum menggamit kehadiranku lagi.semalam aku dan seramai lebih kurang 35 orang kawan-kawan menjelajahi kota fayyoum yang terkenal dengan Tasik Qarunnya itu.kami bertolak dari kaherah tepat jam 8.15 pagi setelah tertangguh hampir sejam kerana ada masalah logistik yang tak dapat dielakkan.

Ke fayyoum yang paling menyeronokkan sudah pastinya mandi manda di syalalat(Air terjun) wadi al-rayan lebih kurang 3 jam perjalanan dari kaherah.keadaan air terjunnya tidaklah secantik di malaysia yang dikelilingi bukit bakau dan hutan menghijau,tetapi air terjun ini dianggap unik kerana berada ditengah-tengah padang pasir dan berdekatan dengan tasik qarun.maha suci Allah yang maha pencipta.memang makhluk ciptaan Allah ini sangat unik dan mempersonakan.

Setelah hampir 3 jam kami bermandi manda di sana,kami pun bersiap-siap untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu ladang mangga dan ain syirlin yang berada lebih kurang setengah jam perjalanan dari syalalat.di kebun mangga kami tidak melepaskan peluang untuk membeli buah magga yang jauh lebih murah dan elok dari di kaherah.jika di kaherah harga sekg mangga boleh mencecah ke Le10 tetapi di ladang mangga ini boleh didapati serendah Le4.Dihujung ladang tersusun itu terdapat ain syirlin yang mana airnya berkhasiat untuk mengubati beberapa penyakit dengan izin Allah.Sayangnya,tempat ini tidak dijaga dengan baik mengakibatkan sekitarnya berlumut hitam dan mencacatkan pandangan pengunjung.

Selepas selesai membeli mangga dan menikmati air ain syirlin,kami bertolak pula ke destinasi terakhir iaitu kincir air Nabi Yusof di tengah-tengah kota Fayyoum.hanya 15 minit perjalanan dari ladang mangga.Kincir air yang wujud sejak zaman Nabi Yusof a.s itu mempunyai 4 bilah yang masih elok berjalan dan digunakan.

selepas itu kami bertolak pulang ke Kaherah dan sampai pada pukul 8malam.

Rabu, 7 Julai 2010

Ramai Mahu Terbang!

Nampaknya tahun ni aku akan kehilangan ramai kawan.kawan satu batch,satu kepala,satu fikrah,satu amal,satu negeri,satu malaysia,satu sekolah dan satu yang sewaktu dengannya lagi.sedih tetapi aku kena tabah,mereka pergi untuk berjuang di tanah air tercinta.Jika mereka pulang dan berjuang di sana,aku tumpang bangga,tapi kalau mereka melupakan perjuangan ini,aku antara orang yang akan mencela mereka.tetapi aku tau,kawan-kawan aku semuanya pejuang tulen,takkan mereka akan melupakan perjuangan yang maha dahsyat ini.

Tahun lepas ramai dah balik,tahun ni nampak gayanya lagi ramai la jawabnya.hardcore-hardcore lak tu.kembalinya mereka aku tahu,takkan ke mari lagi.hanya kenangan yang bakal menemani aku nanti.takpalah,itu satu ketentuan dariNYA yang patut aku terima.Buat apa aku perlu bersedih jika kepulangan mereka untuk berbakti.yang penting aku sekarang,perlu lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai segala misi dan visi.

Ada juga kawan-kawan yang pulang dan terus menyepi dari khabar berita.entah apa salah aku di sini pun aku tak tau.Teknologi yang ada pun tak digunakan,padahal kawan-kawan lama yang tidak ke mesir pun rajin menghantar pesanan.banyak sangat kot kerja di sana.sampai kawan-kawan di sini tidak sempat untuk dihubungi.biarlah mereka dengan dunia mereka.aku tak kisah pun.Asal bahagia sudah.

Semakin lama aku di bumi Mesir ni,semakin sayang untuk meninggalkan.walaupun perit,walaupun jerih,namun aku bahagia.tapi tak bermakna aku tak mau pulang.hanya Allah yang tidak mengizinkan lagi aku terbang sebagai graduan.ilmu di dada masih lagi tidak melepasi paras graduan al-Azhar yang tulen.aku perlu terus mencari dan terus mencari.Cukuplah ujian kegagalan lampau yang mencengkam jiwa.aku perlu terus bangkit mengalahkan kejahilan disi yang sentiasa menghantui.aku kini memasang tekad untuk terus melangkah cemerlang

ShoutBox Aku Bukan Untuk Mengiklan

KECEWA.Sekali lagi shoutbox aku disalahguna.kalau hari tu digunakan untuk bergaduh.kali ni shoutbox aku disalahguna untuk mengempen iklan masing-masing.adoi!korang ingat blog aku ni apa ha??blog tapak iklan ker?please la korang.jangan sabotaj blog aku lagi.biarlah aku bergumbira dengan berblog.jangan serabutkan kepada aku lagi wahai yang suka mengiklan,jangan la meganggu blog aku yang comel ni.please..!!!!!jangan sampai aku report bomba.ok.Terima Kasih atas pelawat yang tidak menyalahgunakan blog comel ni.syukran jazilan kepada korang.

ShoutBox Aku Bukan Untuk Mengiklan

KECEWA.Sekali lagi shoutbox aku disalahguna.kalau hari tu digunakan untuk bergaduh.kali ni shoutbox aku disalahguna untuk mengempen iklan masing-masing.adoi!korang ingat blog aku ni apa ha??blog tapak iklan ker?please la korang.jangan sabotaj blog aku lagi.biarlah aku bergumbira dengan berblog.jangan serabutkan kepada aku lagi wahai yang suka mengiklan,jangan la meganggu blog aku yang comel ni.please..!!!!!jangan sampai aku report bomba.ok.Terima Kasih atas pelawat yang tidak menyalahgunakan blog comel ni.syukran jazilan kepada korang.

Selasa, 6 Julai 2010

Agenda Cuti Sekolah!!

Tamatnya syafawi pada 30 jun yang lalu,bermakna bermulalah cuti persekolahan bagi sesi ini.setelah bertungkus lumus hampir 3,4 bulan ke kuliah,kelas tutorial,study group dan sebagainya,akhirnya cuti bertandang juga.sudah pasti cuti musim panas ini adalah cuti yang dinanti-nanti dan paling panjang.

Maka dengan itu,bermulalah pelbagai majlis ilmu dan thaqafah di segenap pelusuk bumi Mesir yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.Paling beruntung bagi yang menetap di Kota Pepasir Kaherah.Tidak sunyi rumah-rumah negeri,dan di pelbagai masjid termasuk masjid Azhar menganjurkan majlis ilmu yang berjadual.sungguh bertuah bagi yang mengambil manfaat darinya.

Selain majlis-majlis ilmu membedah kitab,pihak persatuan juga ada menganjurkan aktiviti-aktiviti yang tidak kurang hebatnya.sudah pastinya aktiviti-aktiviti ini juga menjanjikan manfaat yang banyak.

Bagi aku,ikut sahaja hati dan kaki.ikutkan hati semua nak pergi,semua nak cari.tetapi masih bergantung kepada kemampuan diri,pepatah arab pun ada menyebut yang bermaksud,"Kalau tak mampu semua,jangan tinggal semua".oleh itu,aku berpegang kepada prinsip ini.Allah lebih menyukai benda yang sedikit tetapi istiqamah.syabas kepada kawan-kawan yang mampu untuk mengejar semua.teruskan istiqamah dengan perkara yang baik.bagi yang ada kenderaan sendiri,lagilah tersangat untung dan rugi jika tidak memanfaatkannya.lumrah manusia,bila takda motor,teringin nak motor,tak larat katanya berjalan,bila dah ada motor,entah apa pulak alasan yang diberikan.diharapkan kawan-kawan aku yang bergelar mat motor tak begitu.

Bagi yang ada taklifan seperti exco dan ajk pulak,pastinya musim cuti ini merupakan hari-hari yang sibuk dan memenatkan.aku dah rasa,memang penat,tetapi inilah pengalaman terhebat yang tidak dapat di mana-mana.semoga cuti ini kita manfaatkan bersama.jangan buang masa DER!

Gempar ikan berwajah manusia


kosmo

DAGENHAM - Seekor ikan peliharaan di Britain menggemparkan pemiliknya kerana memiliki wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan kap itu dibela seorang lelaki, Brendan O'Sullivan di sebuah kolam di rumahnya di sini. Lelaki berusia 44 tahun itu membeli ikan tersebut lima bulan lalu tetapi dia mula mengetahui ia memiliki tanda seperti mulut, hidung dan mata manusia baru-baru ini.

"Hanya pada minggu lalu ketika saya berjemur di belakang rumah saya, saya memerhati ke dalam kolam dan melihat ikan tersebut berenang ke arah saya," kata Brendan.

"Saya kemudian terkejut. Ia memiliki tanda seperti dua mata, hidung dan mulut. Pada mulanya, saya ingat saya mengalami halusinasi," tambahnya.

Ekoran keunikan itu, ikan kap milik lelaki berkenaan kini dianggarkan berharga £40,000 (RM196,067). - Agensi

Isnin, 5 Julai 2010

Keshvinder dituntut mohon maaf, bayar gantirugi kepada Idham Lim



malaysiakini
ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh hari ini diberi notis 14 hari untuk memohon maaf kepada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim serta membayar ganti rugi RM500,000 kerana membuat kenyataan tidak benar tentangnya.

Menurut
Harakahdaily, surat notis itu akan dihantar petang ini oleh peguam Khalil Idham, A Sivanesan yang juga ADUN DAP Sungkai, selepas Khalil membuat laporan polis mengenainya tengahari tadi di balai polis Parit Buntar.

"Saya beri dia notis 14 hari untuk meminta maaf dan membayar gantirugi RM500,000. Jika tidak prosedur saman ini akan difailkan oleh peguam saya," kata Khalil Idham (kiri).

Keshvinder, ADUN DAP Malim Nawar telah keluar DAP baru-baru ini. Dalam kenyataannya kepada media, beliau berkata pernah meminjam wang dari Khalil Idham, untuk membantu penduduk kawasannya.

Namun, menurut Khalil Idham yang juga Ketua Penerangan Pakatan Perak dan bekas pengerusi Kelab BBC kerajaan Perak, beliau dihubungi oleh Kesvinder melalui sms untuk meminjam wang bagi membayar hutang bank setelah keretanya ditarik.

"Saya sendiri telah bersama beliau ke Ambank Ipoh pada 19 Mei lalu dan memberikan wang sebanyak RM3,500 untuk tujuan itu. Saya sendiri melihat dia membayar wang sebanyak RM2,825 untuk tujuan itu," kata Khalil Idham.

Khalil Idham berkata, beliau mempunyai bukti segala kenyataannya dan akan digunakan dlam perbicaraan di mahkamah nanti.

Pada 25 Februari lalu, ADUN Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Pada 15 Jun lalu, pada sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional.

Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata ADUN Malim Nawar itu.

Antara dakwaan beliau ketika mengumumkan kerana keluar DAP adalah kerana kegagalan DAP membantunya dalam menguruskan keperluan rakyat kawasannya.

Sesat: Salahuddin cabar Shafie debat


harakahdaily
KUALA LUMPUR, 5 Julai: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyediakan pentas terbuka untuk berdebat berhubung status PAS atau Umno yang sepatutnya dianggap sesat.

"Saya cabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini untuk berdebat secara terbuka, biar rakyat, kita (PAS) atau Umno sesat," tegas beliau di Lobi Parlimen, petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sepatutnya menjawab dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman secara berhujah, bukannya dakwaan kosong seperti yang dibuatnya semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria pula mempersoalkan dasar sekularisme serta nasionalisme yang diperjuangkan oleh Umno sendiri.

"Kalau PAS parti ajaran sesat, kita tengok sumber PAS itu al-Quran, as-Sunnah, ijmak serta qias.

"Kalau itu dikatakan sesat, Umno ini bagaimana," soal beliau sambil menuntut Shafie menunjukkan perkara yang sesat menurut Perlembagaan PAS.

Dalam perkembangan yang sama, Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Johor dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak bertanggungjawab menteri terbabit.

Pada suatu kenyataan, Mazlan turut menyifatkan kenyataan menteri terbabit sebagai biadap dan keterlaluan pada sebuah parti politik yang sah berdaftar di tanah air, seperti PAS.

Ini kerana, beliau berkata, menteri itu celupar mendakwa PAS hanya mementingkan kemenangan kerusi Dun dan Parlimen, berbanding kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, beliau bertindak seperti Salahuddin, iaitu bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Shafie berhubung kepincangan urus tadbir Felda.

Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno-Soi Lek

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan kebimbangannya bahawa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan memberikan lesen judi sukan akan menjadi sebagai satu 'precedent' yang bahaya.

Katanya, sewajarnya, keputusan ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno.

“Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka,” kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media terpilih di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 25 Jun lalu, Najib mengumumkan bahawa majlis tertinggi Umno sebulat suara menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk memberi lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Keputusan itu tidak dijangkakan kerana parti komponen BN seperti MCA, MIC, PPP dan LDP secara terbuka menyokongnya meskipun dibidas dengan meluas oleh rakyat.

Chua bagaimanapun cepat mengelakkan sebarang ketegangan sehari selepas itu dengan berkata MCA menghormati keputusan berkenaan,

Pada wawancara hari ini, Chua menimbulkan tajuk judi sukan tanpa dibangkitkan oleh wartawan apabila disoal apakah kedudukan MCA di bawah Umno.

Presiden MCA itu tidak menafikan persepsi ataupun tanggapan umum adalah sedemikian tetapi menafikan parti Cina itu menyokong idea judi sukan dan menyalahkan media kerana salah-tafsir kenyataannya.

"Tiada orang yang suka berjudi. Jika kerajaan membenarkan pertaruhan sukan, perlu ada peraturan bagi memastikan bookie haram dihapuskan.

"Selain itu, pendidikan bagi membanteras judi perlu diadakan di samping badan khas bagi menentukan cara cukai hasil aktiviti judi itu digunakan,” katanya.

Di sebalik pelbagai cubaan mendapatkan penjelasan daripada Chua sama ada MCA meluahkan, 'sokongan bersyarat', Chua hanya mengulangi kenyataannya sebelum ini.