SANDAKAN - Mayat seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah di Batu 8, Jalan Fook Kim, dekat sini, semalam.
Mayat bayi itu yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain ditemui kira-kira pukul 6 petang oleh kanak-kanak yang memungut sampah di
kawasan tapak pelupusan itu.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Isa berkata, siasatan awal polis mendapati mayat bayi itu ditemui oleh kanak-kanak berkenaan dari longgokan sampah yang baru diturunkan dari sebuah lori sampah.
Lori tersebut sebelum itu memungut sampah di kawasan Batu 4 di sini tetapi
pekerjanya tidak menyedari tong sampah yang mengandungi mayat bayi itu, katanya.
Rosli berkata mayat bayi itu kemudian dihantar he Hospital Duchess of Kent
Sandakan untuk bedah siasat.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai
kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan