Sabtu, 3 Julai 2010

Teori Muka Masam

Bila kita berjumpa seseorang yang baru dikenali,apa yang pertama kita tengok?sudah pasti mukanyakan.bila orang itu memasamkan mukanya?tentu di dalam hati kita sudah menyumpah seranah membabi buta,walaupun babi tak bersalah dalam hal ni.bila dah menyampah,mulalah kitapun jadi malas nak layan mamat tadi.bila dah malas,pertemuan itupun menjadi pertemuan yang tak best dan membosankan,bila dah bosan,kitapun rasa nak cepat-cepat balik dari pertemuan tadi.habis cerita.itulah teori yang aku cipta berdasarkan pengalaman ciput yang pernah aku lalui.

Tetapi,persepsi pertama tidak selalunya betul dan boleh diterima.sebab kadang-kadang,reaksi yang ditunjukkan pada pertama kali perjumpaan tidak langsung melambangkan sifat sebenar orang itu.setuju?macam aku,muka suka masam,senyum kadang-kadang,tapi kalau dah kenal,korang tau la aku punya songeh macammana,tapi hati baik,jangan risau.hahaha!~naik lif tekan tingkap 18 sendiri.

Aku ni macam pakar sakit muka pulak.ini hanya teori dan teori ni mengikut kaji selidik oleh seorang doktor dari timor leste terbukti 89 daripada 100 korespondan yang ditemui mengakui teori ini.first class!!bukan calang-calang DER,orang Timor Leste pun setuju.antarabangsa punya teori ni.

Kebenaran teori ini bergantung kepada individu masing-masing.ada orang yang tak kisah langsung dengan keadaan muka orang yang baru dikenalinya,ada orang kisah sangat semua ni.aku ada ramai kawan yang mengalami masalah ini.Perasaan tidak best yang dipamerkan oleh kawan yang kita jumpa tu membuatkan negative thinking menyerabuti kepala otak kita.

oleh itu kawan-kawan,jangan masam-masam muka selalu.tak elok,jangan pamerkan perasaan tak best kita itu kepada orang lain,takut-takut orang lain juga berjangkit dengan virus problem kita itu.Contohi Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa tersenyum walau sedang dilanda derita.

Tiada ulasan: