Dua hari tidak mengupdate blog,ia gara-gara ujian kesakitan yang Allah timpakan pada empunya diri sejak malam isnin yang lalu.Selepas balik dari menyaksikan final world cup diantara Spain-Belanda badan tiba-tiba rasa kesejukan hingga ke tulang.Sah!diri berbisik,aku demam ni.malam tu tidur masih lena walau sedikit kesejukan walaupun Mesir sedang musim panas sekarang.
Tidak cukup dengan demam,esok harinya selepas bangun dari tidur,perut rasa memulas lain macam bagai ada yang mencakar-cakar di dalam.setelah ke tandas,baru disedari Allah telah beri satu lagi ujian sebagai kawan kepada demam iaitu cirit-birit.Ya Allah,hanya Dia yang tahu betapa siksanya mempunyai dua penyakit yang berbeza sifatnya ini.Demam memerlukan seseorang rehat dengan cukup dan cukup alah dengan air kerana kesejukannya sampai ke tulang.Cirit birit pula memerlukan seseorang kerap ke tandas dan sudah pastinya akan bergelumang dengan air.MasyaAllah.hanya Allah yang tahu hikmahnya menimpakan dua penyakit ini kepada empunya diri.Sakitnya bukan kepalang,tidak boleh tidur dibuatnya.han ya doa yang dapat empunya diri panjatkan selain berihtiar dengan menelan ubat apa yang ada.
Sepanjang dua hari lepas,empunya diri hanya terlantar di lantai pembaringan dan bergerak hanya sekitar ruang yang terhad,tidak mampu rasanya ingin keluar dari rumah walaupun hati melonjak-lonjak mahukan kebebasan.Pengajian di rumah negeri pun tidak dapat dihadiri,inikan pula untuk ke masjid al-Azhar.Setelah ditimpa ujian kesakitan ini,barulah empunya diri sedar betapa pentingnya menjaga nikmat kesihatan kurniaan Allah ini.Bila-bila masa Allah boleh tarik dari kita dan memberikannya semula.Saranan empunya diri kepada para pembaca,jagalah kesihatan sebaik mungkin tanda kesyukuran kita kepada Allah yang mengurniakan kepada kita nikmat itu yang hanya percuma tanpa sesen byrn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan