Khamis, 4 April 2013

Pembubaran Parlimen Malaysia

Hari ini 3.4.13 terbubarlah secara rasmi Parlimen Malaysia yang diumumkan bekas Perdana Menteri pagi tadi.

Makanya PRU-13 akan berlangsung dalam tempoh 2 bulan dari sekarang. Masanya semboyan perjuangan berbunyi bagi nengembalikan Islam di tempat sepatutnya. Saya undi Pakatan Rakyat, anda bagaimana?

Undilah PAS!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 2 April 2013

Tukar Status?

Hari ini cerah penuh keceriaan. Hari baru, sepatutnya semangat pun baru. Semalam program Bait Muslim bersama pengantin baru. Program penuh ceria. Menjadi kebiasaan begitulah selalu.

Saya? Entah bila boleh dirai begitu. Umur sudah banyak bak kata Ust. Atiqah. Kita pegang takdir Allah sudah, semua Dia yang tentukan. Saya hanya mampu berdoa dan semampu usaha. Tiada apa yang hendak dikalutkan kalau Allah jadi sandaran. Saya harap tahun ini saya bertukar status. AMIN

Published with Blogger-droid v2.0.6

Isnin, 1 April 2013

Tahniah Mad Dan!

Terkejut dengan berita perkahwinan seorang sahabat. Juga junior saya di Mesir. Sudah sebulan bernikah baru diumumkan melalui fb. Memang budak bertuah.

Dengan gayanya yang simple dan slamber, ramai yang tidak percaya dia sudah menjadi suami. Percaya atau tidak, dia tetap sudah sah mengikat tali penikahan.

Hanya ucapan tahniah dan sekalung doa buat beliau agar baitul muslim yang dibina berada di rel keredhaan Allah.

Tahniah Mad Dan!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Menulis Panjang-Panjang

Sudah lama tidak menulis panjang-panjang. Rindu mula datang bila lama begini. Saya pun buka hp perjuangan saya dan cuba menulis panjang. Blog inilah menjadi sasaran luahan perasaan saya. Kerana inilah makhluk yang paling setia bersama saya sekian lama.

Rasa hati bercampur-baur bila memikirkan soal hidup akan datang. Perancangan hidup yang sering gagal dikecapi menjadikan saya sedikit lemah semangat. Inilah ujian terbesar buat diri saya yang serba lemah.

Saya pujuk rasa hati, tanamkan keyakinan kepada janji-janji Allah bagi orang yang bersabar. Saya tahu, tiada rahsia sebaik rahsia Allah. Allah merahsiakan segala sesuatu untuk menjadikan manusia terus berjuang dan beejuang. Saya akan terus berjuang menantikan janji Allah yang maha PASTI.

Panjang ini sahaja saya mampu.

Published with Blogger-droid v2.0.6