Ahad, 27 Mac 2011

Ops Balik Belajo!


Alhamdulillah..segala pujian bagi Allah yang menjadikan langit dan bumi, dihiasai pula dengan siang dan malam yang sungguh indah. sudah lama meninggalkan blog kesayangan ini sejak kepulangan ku ke tanah air. Seingat aku ada la 2,3 kali aku meng-updatenya. Sampai-sampai Mesir orang dah bising sebab tak update..adoi, susah kalau ada peminat ni. Tambah-tambah anak bekas tok penghulu tu.hehe..jagan mara aaa..Ingatkan bila balik Malaysia lebih relax dari di Mesir, tapi tidak rupanya. Di Malaysia terasa waktu lebih sempit dari di Mesir ni.Allah sedang berbicara denganku agar lebih menjaga nikmat masa yang diperuntukan-Nya kepada ku.

Alhamdulillah, setelah 40 hari aku di tanah air, akhirnya aku dibawa pulang semula ke Mesir pada 21 mac yang lalu menaiki pesawat Oman Air. Sedih jugak hendak meninggalkan keluarga tersayang, tetapi apa boleh buat, kewajipan masih belum selesai di bumi kinanah ini. Perjuangan harus diteruskan sehingga ke akhirnya. Cewahh..macam ayat azam baru jer bunyinya.yela, azam baru la tu. Rupa-rupanya kejadian yang berlaku di bumi mesir ni terlalu banyak hikmahnya. Aku bersyukur kerana mejadi sebahagian daripada peristiwa ini. walaupun aku tidaklah berjuang bersama pemuda-pemudi mesir, yang telah meruntuhkan sebuah kerajaan dictator. Tetapi aku tetap sebahagian dari mereka kerana aku juga pemuda seperti mereka. Tahniah rakyat Mesir. Tidak pernah terbayang oleh sesiapun semua ini akan terjadi. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya.Mesir kini diperintah oleh junta tentera yang mengambil alih kuasa sehingga pemilihan presiden pada September nanti, apa pula akan berlaku, kita hanya perlu tunggu dan lihat sahaja September nanti.

Berada 40 hari di bumi Malaysia cukup-cukup bermakna bagiku. Hari-hari dilalui dengan keindahan bersama keluarga, yelakan…setahun lebih tak jumpa katakan. Aku sebenarnya bercadang nak balik pada jun nanti selepas imtihan semester kedua, tapi dah jadi macam ni, tak jadilah aku nak balik raya. itupun syukur Alhamdulillah balik free pakai duit rakyat. Dapat jugak aku merasa duit rakyat Malaysia. Balik ke Malaysia diurus oleh kerajaan Malaysia, balik Mesir pulak diurus oleh kerajaan negeri perak.Tahniah di atas keprihatinan kalian kepada kami. Harap-harapnya tiadalah agenda disebaliknya yer. Kalian ikhlas ke, tak ikhlas ke..hanya Allah yang layak menilai.kami berserah kepada Allah yang memberi ganjaran.

Bila kat Malaysia, rindu kat Mesir, bila kat Mesir, rindu pulak pada Malaysia.ermmmm…lumrah alam la tu. Kalau tak, tak la namanya rindu. Rindu-rinduan tu letaklah ke tepi dulu, nun yang menanti di hadapan masih berliku nak dilalui. Jadikanlah kerinduan itu sebagai azimat kejayaan yang paling utuh.tu dia ayat motivasi..sebaik-baik pemotivasi adalah diri sendiri.aku motivasi diri sendiri la tu.hehe

Bumi Mesir masih lagi terasa sejuk. Berada di musim luruh sebelum ke musim panas membahang. Musim yang sangat-sangat mencabar fizikal dan mental sesiapapun yang berada di sini. Semoga kami semua di sini terus tabah dan tekad untuk meneruskan perjuangan. Aku rasa cukuplah coretan aku untuk kali ini. Lain kali aku menulis lagi. Jangan risau..laptop dah baru sekarang.hehehe..semangat pun baru..semoga tak haru-biru..doakan aku thabat dalam menempuh cabaran dan dugaan di bumi anbiya’ ini.Assalamualaikum..