Memaparkan catatan dengan label Suka-suki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suka-suki. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Oktober 2011

Secret tau!!


catatan baru sudah lama tidak menjengah.sumpahan post yang lalu masih dirasai.entah apa yang menghambat diri.

Semalam jumaat, 7 oktober 2011, kerajaan telah mengumumkan bajet 2012 yang dilihat bajet pancing pru-13.jika diamati,memang benar apa yang dikata.tiba-tiba kerajaan sangat bermurah hati memberikan pelbagai imbuhan kepada rakyat marhaen.tak salah, tapi kenapa baru sekarang?

Walau apapun yang disebut dan ditulis, itu hanya janji yang bersifat memancing. Pelaksanaannya hanya pada tahun hadapan.mood rakyat jika diukur selepas pembentangan ini, pasti sedikit lari ke arah kem bn.tambah-tambah yang di atas pagar dan masih tercari-cari arah tuju sokongan.

Aku duduk di kampung yang kuat 'akidahnya' kepada umno. Tapi berpecah-belah sesama mereka.ketua kampung ngokngek yang tak disukai rakyat jelata diangkat sebagai pemimpin.akibatnya berpecah la orang kampung kepada beberapa 'mazhab' songsang.

Nak penuhkan makmum solat jumaat pun susah.Nak tengok muka tok ketua lagi susah.padahal rumahnya dekat jer dengan masjid.dunia oh dunia!!!

Belum diukur tahap sosialogi remaja kampung lagi.Rosak!! aku pening nak pitam tengok budak-budak ni.aku keseorangan untuk merubah adik-adik yang rosak ini.tapi aku bingung!!

Aku doakan mereka diberi hidayah Allah satu hari nanti. satu usaha perlu silakukan untuk membawa mereka semula ke highway yang benar.masih ada susur keluar.undilah PAS!!

Ahad, 27 Mac 2011

Ops Balik Belajo!


Alhamdulillah..segala pujian bagi Allah yang menjadikan langit dan bumi, dihiasai pula dengan siang dan malam yang sungguh indah. sudah lama meninggalkan blog kesayangan ini sejak kepulangan ku ke tanah air. Seingat aku ada la 2,3 kali aku meng-updatenya. Sampai-sampai Mesir orang dah bising sebab tak update..adoi, susah kalau ada peminat ni. Tambah-tambah anak bekas tok penghulu tu.hehe..jagan mara aaa..Ingatkan bila balik Malaysia lebih relax dari di Mesir, tapi tidak rupanya. Di Malaysia terasa waktu lebih sempit dari di Mesir ni.Allah sedang berbicara denganku agar lebih menjaga nikmat masa yang diperuntukan-Nya kepada ku.

Alhamdulillah, setelah 40 hari aku di tanah air, akhirnya aku dibawa pulang semula ke Mesir pada 21 mac yang lalu menaiki pesawat Oman Air. Sedih jugak hendak meninggalkan keluarga tersayang, tetapi apa boleh buat, kewajipan masih belum selesai di bumi kinanah ini. Perjuangan harus diteruskan sehingga ke akhirnya. Cewahh..macam ayat azam baru jer bunyinya.yela, azam baru la tu. Rupa-rupanya kejadian yang berlaku di bumi mesir ni terlalu banyak hikmahnya. Aku bersyukur kerana mejadi sebahagian daripada peristiwa ini. walaupun aku tidaklah berjuang bersama pemuda-pemudi mesir, yang telah meruntuhkan sebuah kerajaan dictator. Tetapi aku tetap sebahagian dari mereka kerana aku juga pemuda seperti mereka. Tahniah rakyat Mesir. Tidak pernah terbayang oleh sesiapun semua ini akan terjadi. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya.Mesir kini diperintah oleh junta tentera yang mengambil alih kuasa sehingga pemilihan presiden pada September nanti, apa pula akan berlaku, kita hanya perlu tunggu dan lihat sahaja September nanti.

Berada 40 hari di bumi Malaysia cukup-cukup bermakna bagiku. Hari-hari dilalui dengan keindahan bersama keluarga, yelakan…setahun lebih tak jumpa katakan. Aku sebenarnya bercadang nak balik pada jun nanti selepas imtihan semester kedua, tapi dah jadi macam ni, tak jadilah aku nak balik raya. itupun syukur Alhamdulillah balik free pakai duit rakyat. Dapat jugak aku merasa duit rakyat Malaysia. Balik ke Malaysia diurus oleh kerajaan Malaysia, balik Mesir pulak diurus oleh kerajaan negeri perak.Tahniah di atas keprihatinan kalian kepada kami. Harap-harapnya tiadalah agenda disebaliknya yer. Kalian ikhlas ke, tak ikhlas ke..hanya Allah yang layak menilai.kami berserah kepada Allah yang memberi ganjaran.

Bila kat Malaysia, rindu kat Mesir, bila kat Mesir, rindu pulak pada Malaysia.ermmmm…lumrah alam la tu. Kalau tak, tak la namanya rindu. Rindu-rinduan tu letaklah ke tepi dulu, nun yang menanti di hadapan masih berliku nak dilalui. Jadikanlah kerinduan itu sebagai azimat kejayaan yang paling utuh.tu dia ayat motivasi..sebaik-baik pemotivasi adalah diri sendiri.aku motivasi diri sendiri la tu.hehe

Bumi Mesir masih lagi terasa sejuk. Berada di musim luruh sebelum ke musim panas membahang. Musim yang sangat-sangat mencabar fizikal dan mental sesiapapun yang berada di sini. Semoga kami semua di sini terus tabah dan tekad untuk meneruskan perjuangan. Aku rasa cukuplah coretan aku untuk kali ini. Lain kali aku menulis lagi. Jangan risau..laptop dah baru sekarang.hehehe..semangat pun baru..semoga tak haru-biru..doakan aku thabat dalam menempuh cabaran dan dugaan di bumi anbiya’ ini.Assalamualaikum..

Isnin, 3 Januari 2011

Ucapan Anak Sulong 2011

Tahun 2011 baru saja memulakan langkahannya.maka pergilah 2010 dengan pelbagai kisah suka dan duka umat manusia di dalamnya.bagi aku,2010 adalah tahun yang seimbang dan penuh kisah.namun,ia telah berlalu dan meninggalkan kita.di depan mata kini 2011 yang bakal dicorak.semoga corak yang dilakar bakal mencipta sejarah.

Tahun ini penuh keajaiban,mana taknya,hari permulaannya pun sudah pelik 1.1.11..angka yang penuh misteri lagi sendiri.sebab itulah aku memilih tema tahun ini 'mencipta keajaiban'.ya,mencipta keajaiban.keajaiban yang bakal mencipta sejarah peribadi.siapa sangka,segalanya bukan mustahil.

Tahun ini bermula agak menyedihkan bagi ahli2 PMRAM.Ini kerana BKAN Melaka yang asalnya di bawah naungan PMRAM telah dinafikan haknya dan ingin digantikan dengan IMAM.Aku malas cakap banyak,sebab takyah cakap pun tau ini mesti kerja orang PAS yang jadi kepimpinan negeri Melaka di Malaysia.tak patut betul la.tak 1Malaysia langsung.Takut betul dengan mahasiswa mesir KM PAS ni.Tapi jangan takut,kita simpan undi masing2 untuk PRU 13 nanti.tu jer cara nak ajar.cakap banyak pun tak guna.anak muda pemegang undi terbanyak dalam negara.apa nak takut.ini bukan politik yer,ini kempen.hahahaha!takut betul orang nak berpolitik.depa tu berpolitik depan mahasiswa boleh pulak.mengong!!

Imtihan dah hampir,seminggu lebih jer lagi.gerun pun ada,maklum la dah lama tinggal buku.sekali muqarrar tu dia punya banyak.apa lagi,pulun la kasi alim..apa2 pun aku minta doa kawan2 yang dikenali atau tidak.moga Allah membalas doa2 ikhlas korang tu.kawan2 yang senasib dengan aku tu,aku ucapkan selamat membaca buku buat semua.lakukan yang terbaik disamping doa yang terbaik.sama2 kita lakarkan keajaiban pada tahun ini.terus menuju puncak.jangan toleh2 lagi.soleh2 takpe.Jaga kesihatan yang Allah bagi tau.love u all.tata tutu titi!maas salamah!

Isnin, 13 Disember 2010

Kredit To Adik Putih!!

Untuk kesekian kalinya aku ditegur angkara ini blog.bukan sebab isu panas,tapi sebab sejuk beku tak update2.alahai blog,maafkan aku.aku memang sengaja tak update.maafkan aku jugak untuk sleep reader yang dikenali atau tidak.ada ker?ntah la,ada kot peminat2 setia.haha!kredit post kali ni untuk Adik Putih yang setia memperli kerajinan aku memblog.mentang2 dia rajin,dia main perli2 pulak ek,xpela.so ok.thanks 4 u.yang tak tahan tu,ada jugak yang fitnah aku sebagai Bintun Perak yang kontroversi tu.aku sangat marah dengan fitnah ni dan tentunya pembawa fitnah ni.walaupun isunya kecik bagi setengah orang,tapi bagi aku ia isu besar.kalaulah si bintun yang tak tau asal usulnya tu buat statement kontroversi dalam blog dia,kan aku yang akan susah.kome ni tak pakai otak ker?marah dah ni!!ko pun satu bintun,tunjukkanlah diri ko tu.takut ek?apa barang jadi blogger tapi penakut.tak gentle la.lantak la ko.buat la apa yang ko suka.malas layan,nyampah!

Musim sejuk dah tiba dengan hormatnya,kebekuan dah menggigit tulang rangka.terasa sangat pelik musim sejuk tahun ni,sejuknya dasyat,anginnya laju.ada pulak berita ngatakan kemungkinan turun salji,woww!!sangat luar biasa,kuasa Allah,sape yang tau ia benar terjadi.

Imtihan semakin hampir,kerajian masih beku ditahap membimbangkan.bila la aku nak rajin memuncak2.esok,lusa,tulat,tonggeng Insya'Allah aku akan usahakan.Madah ada 5,hari tinggal x sampai sebulan.semoga Allah permudahkan.

Malam tadi aku baru saja menghantar hadi dan azi balik,2 orang yang boleh digelar hard core di mesir ni.terasa kehilangan,namun penggantinya pasti ada.begitulah lumrah alam,yang datang akan balik.cuma aku tak balik2.haha!relax der.hari masih muda.seronok tengok orang balik habis,tapi lebih seronok kalau sendiri yang balik.masanya akan tiba,aku tunggu saat bahagia itu.ok der,cau dulu.tata,tutu,titi