Isnin, 24 Jun 2013

Update Menyapu Sawang

Sudah lama tidak 'berpencak'
di sini. malas, tiada idea dan tiada mood. Itulah masalah saya. Peperiksaan semester ke-2 sudahpun berlalu. Pada sem ini saya hanya membawa 3 subjek berbaki. Soalan sudah dijawab, usaha telah ditaburkan. Kini tinggal tawakkal dan doa kepada Allah sebagai usaha akhir memastikan kejayaan diri. Doakan saya.

Hari ini 15 sya'ban 1434H. Bermakna tinggal 2 minggu Ramadhan al-Mubarak akan menjelang. Persiapan? pastinya persiapan rohani menjadi agenda utama menghadapi madrasah Ramadhan yang penuh cabaran.

Puasa tahun ini saya akan berpuasa di Mesir seminngu dan seterusnya akan pulang ke Malaysia bercuti insyaAllah. Impian saya untuk berpuasa di Tanah Suci tidak lagi kesampaian. InsyaAllah kalau ada rezeki Allah tetap akan takdirkan saya ke sana jua.

Sementara menunggu tarikh penerbangan ini saya akan isikan dengan perkara2 bermanfaat insyaAllah. Di musim panas yang perit ini pastinya akan menguji ketahanan diri samaada di dalam rumah atau di luar. Hanya jiwa yang kuat dan tabah akan sanggup menghadapi dugaan demi dugaan di sepanjang musim ini.

Nanti sambung lagi.adios.

Tiada ulasan: