Isnin, 20 Disember 2010

Seronoknya Beratur!

Terasa ingin menulis catatan harian.jarang sekali blog serba hitam ni mencatatkan kisah hidup si penulisnya.asyik2 politik jer bak kata sesetengah orang.yeker?ntah la,ye kot.dah aku minat politik nak buat macammana dok.tapi akan diusahakan untuk mengimbanginya.apa cer?mesir dilanda musim baca buku sekarang ni.maklum la tak berapa hari je lagi nak peksa.pakat sibuk la kawan2 aku ni termasuk aku.suasana membaca tu ada kat mana2 termasuk tengah beratur.maklum la,kat mesir ni,setakat beratur sejam tu kira biasa la.tak hairan pun kalau orang nak ngadu kaki lenguh sebab berdiri.sistem kaunternya memang 'A'.menguji kesabaran dan kelaparan.

Semalam kali pertama aku kalah untuk beratur lama.dah lama sangat,memanglah kalah.hampir 3 jam beb.mana tahan.nak bayar duit tasdik je pun.tapi azabnya tiada bahasa untuk digambarkan.yang dah rasa,syabas!yg belum,giliran anda akan tiba.sambil2 aku beratur tu dan la baca tafsir ayat ahkam hampir 10 helai.kalau lama lagi,mahu habis 1 kitab,hahaha!

aku sampai dalam pukul 9.30 dan terus ke syuun tahun 3,lepas jer dapat isol bayaran,terus ke kaunter bayaran kat belakang kuliah.sekali panjang daa!beratur jugak la,mula2 laju jer gerak,sekali detik menyakitkan hati tu pun datang,tiba2 pergerakan terhenti dan terus kaku tak bergerak.sampailah aku dapat maklumat yang resit habis.adoi!padan la tak gerak.aku kuatkan jiwa untuk tunggu,last2 aku tewas dgn kelenguhan kaki dan kelaparan.akhirnya aku beredar pada lebih kurang pukuka 12.30 untuk solat zuhur dan ke kelas mirath.usaha tadi hanya letih tanpa hasil.-tamat-

Ini bukan rungutan,tapi hanya 1 luahan perasaan.tak salahkan.perkongsian adalah 1 hiburan.semoga esok adalah hari yg lebih baik.Mesir memang bumi tarbiah.setiap peristiwa adalah tarbiah bg yg merasainya.aku dah rasa,korang bila lagi?jgan sesekali merungut,nanti tumbuh sesungut!

Sabtu, 18 Disember 2010

Ambil pedoman Al Quran sepakatkan Pakatan


Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 18 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru anggota konvensyen Pakatan Rakyat mengambil pedoman dari falsafah yang ditonjolkan Islam menerusi al-Quran bagi menjaga kesepakatan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Tuan Guru juga seterusnya berkata, bersesuaian dengan Islam agama perpaduan, anggota Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan Pakatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan harapan kepada perwakilan Konvensyen Ke-2 Pakatan Rakyat yang bakal berlangsung pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang.

2000 perwakilan dan pemerhati dari PAS, PKR dan DAP akan menyertai konvensyen yang akan diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas bermula jam 8.30 pagi hingga malam itu.

Konvensyen ini dijangka mempersembahkan cerita kejayaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir beberapa negeri di samping merancang bersama persiapan menghadapi pilihan raya.

“Anggota konvensyen perlu mengambil pedoman daripada falsafah al-Quran itu sendiri sebagai penghubung penyelesaian ummah di samping meletakkan asas keagamaan teratas dalam menguruskan Pakatan Rakyat,”ujarnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza.

Sebagai contoh katanya, 10 manusia yang diciptakan Allah, didapati 10 kepala (pemikiran) yang bebeza.

“Bagaimanapun, rupa yang berbeza dan pendapat yang berbeza itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan al-Quran, kerana Islam itu untuk semua,” ujarnya lagi.

Katanya, manusia akan selamat kehidupan mereka dunia dan akhirat sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

BERIKUT KENYATAAN PENUH NIK ABDUL AZIZ

KENYATAAN RASMI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT





Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam sebagai asas

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.

Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):

Bermaksud: “...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara...”

Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: “Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari.”

Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):

Maksudnya: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya”

Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,

Al-Mursyidul Am PAS.

Kota Baharu, Kelantan.

12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.

Rabu, 15 Disember 2010

Siapa Yang Betul??

Asalnya tak ada apa yang hendak ditulis,idea susah betul nak keluar sejuk2 ni.membeku kat dalam kot.ku gagahi jugak jari jemari menaip sebaris dua kata mengikut kata hati yang mendorong setiap kata.

GELAGAT! iya,gelagat manusia.aku suka memerhati gelagat manusia sekelingku.macam-macam jenis ada.yang jelik,yang pelik,yang baik.semua ada.tak ada yang sama.masing-masing ada citra yang berbeza.seronok berdamping dengan mereka walaupun aku tak tau mereka seronok tak berdamping dengan aku.

Hidup di rantau orang ni tak boleh hidup sorang-sorang.tipulah siapa yang kata mereka boleh hidup sendiri.dari lahir sampai ke liang lahad kita memerlukan orang lain.mana ada orang keluar sendiri,mana ada orang tanam mayatnya sendiri.ada ke?kalau ada kira mukhaliful adat la tu.itulah tanda manusia ni lemah dan tidak berkuasa.kenapa ada juga yang sombong dan angkuh?ingat diri tu berkuasa sangat ke sehingga menindas orang lain sesuka hati.aku tak faham!

Melihat sekeliling,aku terfikir,sayangkah mereka dengan keluarga ini?luarnya nampak berbeza,tetapi dalamnya hanya Allah yang tau.sudahlah di tanah air sangat berkecamuk keadaannya,dekat dunia yang berbeza nipun macam tu jugak.sebuah konflik identiti terjadi.tak tau siapa diri dan darimana datangnya.mudah sangat mencari permusuhan.puncanya?pasti dari ukhwah yang bukan kerana Allah.itulah tidak kekal,hanya bertahan seketika.aku kecewa!buat baik bukan perlu dibalas,tapi cukuplah sekadar dihargai.kita kadang2 terasa syok sendiri.apa yang kita buat semuanya betul dan orang lain salah.kita hebat,orang lain tak hebat.kesian dan memalukan.yang betul siapa?pasti yang mengikut lunas sya'rak.tiada jalan terlurus selain jalan menuju mardhatillah.siapa yang membawa dirinya dan orang lain ke sana,dialah yang betul.periksalah diri,adakah kita betul2 menuju Allah.tepuk dada,tanya iman!!

Isnin, 13 Disember 2010

Kredit To Adik Putih!!

Untuk kesekian kalinya aku ditegur angkara ini blog.bukan sebab isu panas,tapi sebab sejuk beku tak update2.alahai blog,maafkan aku.aku memang sengaja tak update.maafkan aku jugak untuk sleep reader yang dikenali atau tidak.ada ker?ntah la,ada kot peminat2 setia.haha!kredit post kali ni untuk Adik Putih yang setia memperli kerajinan aku memblog.mentang2 dia rajin,dia main perli2 pulak ek,xpela.so ok.thanks 4 u.yang tak tahan tu,ada jugak yang fitnah aku sebagai Bintun Perak yang kontroversi tu.aku sangat marah dengan fitnah ni dan tentunya pembawa fitnah ni.walaupun isunya kecik bagi setengah orang,tapi bagi aku ia isu besar.kalaulah si bintun yang tak tau asal usulnya tu buat statement kontroversi dalam blog dia,kan aku yang akan susah.kome ni tak pakai otak ker?marah dah ni!!ko pun satu bintun,tunjukkanlah diri ko tu.takut ek?apa barang jadi blogger tapi penakut.tak gentle la.lantak la ko.buat la apa yang ko suka.malas layan,nyampah!

Musim sejuk dah tiba dengan hormatnya,kebekuan dah menggigit tulang rangka.terasa sangat pelik musim sejuk tahun ni,sejuknya dasyat,anginnya laju.ada pulak berita ngatakan kemungkinan turun salji,woww!!sangat luar biasa,kuasa Allah,sape yang tau ia benar terjadi.

Imtihan semakin hampir,kerajian masih beku ditahap membimbangkan.bila la aku nak rajin memuncak2.esok,lusa,tulat,tonggeng Insya'Allah aku akan usahakan.Madah ada 5,hari tinggal x sampai sebulan.semoga Allah permudahkan.

Malam tadi aku baru saja menghantar hadi dan azi balik,2 orang yang boleh digelar hard core di mesir ni.terasa kehilangan,namun penggantinya pasti ada.begitulah lumrah alam,yang datang akan balik.cuma aku tak balik2.haha!relax der.hari masih muda.seronok tengok orang balik habis,tapi lebih seronok kalau sendiri yang balik.masanya akan tiba,aku tunggu saat bahagia itu.ok der,cau dulu.tata,tutu,titi

Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432!

Salam Maal Hijrah 1432!! sungguh,masa itu berlalu dengan pantas sekali.sedar atau tidak,kita sudah di gerbang 1432hijrah.masa pasti akan terus berlalu pergi dalam kita suka akan tidak.tetapi atas kitalah untuk mengatur masa yang ditetapkan Allah 24jam sehari.pembahagian masa yang tersusun adalah sangat penting sekali bagi membuktikan kepada Sang Pencipta kita bahawasanya kita menghargai nikmat paling berharganya.maka,bersyukurlah.

Bila masuk tahun baru,maka perkataan yang paling popular adalah AZAM.Sibuklah orang menanyakan kita "apa azam tahun baru","apa azam tahun baru".itulah adat positif yang ada pada masyarakat kita.keazaman sangat penting,tetapi lebih penting memegang kukuh keazaman itu tanpa alasan.kekadang kita ni hanya mampu memegang azam hanya sesingkat masa.tidak mampu mendarah dagingkan keazaman itu walau ia sebaik2 azam.apa sebabnya?menurut kajian,kebanyakan manusia hanya bercakap dengan lidah tanpa pengetahuan hati dan akal.sebab itu kita kekadang lupa dengan apa yang kita cakapkan walaupun hanya 5 minit yang lalu.fikiran tidak digerakkan ketika bercakap lantas itu yang terjadi.jadi,berazamlah melalui hati ke fikiran dan seterusnya ke lidah.

Penghijrahan adalah sesuatu yang penting.Penghijrahan Nabi adalah contoh terbaik buat kita.untuk mencari sesuatu yang lebih baik,kita perlu hijrah.hijrah mencari redha Allah adalah penghijrahan terbaik seperti yang dilakukan oleh Baginda Nabi.amat malang bagi yang berhijrah untuk kemurkaan Allah.Ikhlaskan niat sentiasa.lakukan yang terbaik untuk apa sahaja penghijrahan.hijrahlah jika itu jalan yang terbaik.kita tidak tahu bila kita akan dipanggil Allah.jadi,jangan buang masa lagi.mulai saat ini berazamlah untuk berhijrah kepada yang lebih baik dari diri kita yang semalam.saat ini adalah saat emas buat kita,jangan biarkan ia pergi begitu sahaja.

Jumaat, 3 Disember 2010

Bangsaku Bukan Bodoh!!

Sudah lama tidak menulis,jari jemari pun mula menggatal.akal dikayuh mencari idea.kayuh punya kayuh terjumpa satu slogan popular 'geng songkok ketat'..'ketuanan melayu' kah kah kah!apa natang tu?iye..ketuanan melayu.melayu nak jadi tuan,yang lain jadi hamba.apa ni?betul ker?kenapa begini?entah ler labu!!hipokrit!!kongkrit!!tak ada bangsa yang jadi tuan.hanya yahudi merasa dirinya tuan sampai bangsa dan agama lain dianggap binatang yang boleh dipijak-pijak.adakah bangsaku sefikrah yang sama?nauzzubillah!!

Siapa sepatutnya tuan? Nabi Muhammad pelengkap syariat,membawa Islam yang mulia.tetapi baginda tidak pernah menghina penganut agama lain yang tidak dicampakkan oleh Allah hidayah.malah Nabi mengasihi mereka atas dasar kemanusiaan.tetapi melayu?merasa terlalu tuan dari Tuan dunia.Saidina Umar dah kata "Mulia aku kerana Islam" bukan bangsa.Nabi dari kalangan kaum terbaik diantara terbaik,kaum Quraisy yang dihormati.tetapi Baginda tidak pernah melaungkan bangsa Baginda sebagai perjuangan.Jadikanlah ikutan wahai orang yang berakal.

Apa guna melaungkan bangsa namun Islam tergadai rapuh.apa guna keris dikucup namun al-Quran dicampak hina.apa guna? apa guna? apa guna? aku cintakan bangsaku,namun aku lebih cintakan agamaku.adakah bangsa lain hina berbanding melayu?benarkah hanya melayu membela melayu.tipu! jangan perbodohkan aku,BODOH!sebagai anak muda,apa yang aku dapat dari pemimpin bangsaku.hiburan! penipuan! kau celaka! kau celakaaa! bangsa rosak sebab kau bangsat!! Harta watan ini bukan milik kau.habis tergadai dari utara ke selatan kerana kerakusan kau pengkhianat.Bangsa ini lebih mulia tanpa kau.pulanglah ke tempat asalmu sebelum kau diusir lebih hina.

Wahai syaitan-syaitan bisu,bersuaralah dengan nama Tuhanmu yang agung.kau akan diadili,kau akan dihukumi,kau akan dicampakkan ke api.insaflah!! insaflah!!

Ahad, 21 November 2010

Akta siber: Kerajaan mahu rakyat buta, pekak

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan garis panduan, definisi hasutan kepada pengguna internet sebagi satu lagi usaha untuk 'membuta dan memekakkan' rakyat.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, tindakan tersebut lebih kepada usaha menyekat maklumat sebenar sampai kepada rakyat.

"PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN.

"Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini.

"Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Katanya lagi, seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, dan hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja.

Malahan setengah tempat ujarnya, Umno terpaksa menswastakan program penerangan melalui NGO yang pro mereka agar boleh menarik orang datang.

"Jika tidak, orang tidak mahu datang jika atas lambang umno.

"Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN dalam mesyuarat majlis tertinggi.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan itu dengan asas bahawa telah banyak akta-akta yang diwujudkan untuk mengatasi masalah tersebut.

Ianya seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.

"Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju jika tindakan diambil kepada mereka yang mendedahkan maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa.

"Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewingan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," soalnya.

Rabu, 3 November 2010

Derr Mesti Rindukan Aku!!

Tahun 2010 sudah masuk ke angka 11.ini bermakna hanya tinggal kurang dari 2 bulan sahaja lagi 2011 akan menjelmakan diri.Aku macam biasa,masih di sini mencari ilmu dan pengalaman.masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.peristiwa sekitar mesir pada bulan ni bayak jugak yang menarik.so cute!!ko apa kabo derr?sihat2 hendaknya.rindu sama ini blog.tapi besala kalau menulis ikut mood ni.makanya tulisannya berselang2 la jawabnya.

Kawan-kawan ramai yang sudah pulang dan bakal pulang.sedih dua kali aku dibuatnya.first sedih sebab ditinggalkan,second sedih sebab memikirkan nasib diri yg tak kelik2 lagi ni.tapi takpelah,hanya Allah yang tau rahsianya.buat ape sedih2 ak?so happy la derr!

apa cerita rumah perak?tak ada apa2 kot.ok je aku nengok.harmoni dan tenang seperti biasa.tak ada apa yang pelik.baru ni aku join Kutub Sittah PMRAM.Best gile beb.walau lenguh dok bersila,tapi berbaloi2.dapat tengok Habib Ali al-Jofre dari dekat amat mengujakan.walau tak dapat bersalam dengannya.dapat tengok dari dekat pun dah seribu rahmat.sejuk mata memandang ulama'2 ni.teringin sungguh jadi seperti mereka.moga Allah mengabulinya.amin!

di Malaysia sekarang,perjuangan PRK Galas dan Batu Sapi dah bermula.doaku sentiasa dipanjatkan untuk kemenangan kepada Jemaah Islam PAS.Hanya Islam memimpin perubahan.bukan keris,haha!teruk la umno la ni.apa nak jadi aku pun tak tau.dah mereng depa ni.siap la PRU-13 nanti!minyak naik,nak buat hub hiburan la,bla bla bla lagi.tak takut azab Allah kot puak ni.ngeri aku dibuatnya.ambik ni,hakk tuii! kat hampa punya keris.boleh jalan la.pelikkan,masih ada yg sokong parti asobiyah haprak ni.derr!ko sokong mana?ko jangan sebarangan derr!ko pangkah PR tau.aku tau ko otak hijau punya,bukan blue.haha!hijau xpa.syabas untuk ko.ok derr,aku nak tido dah.esok ada urusan penting.tatatititutu!sweat dream der

Selasa, 26 Oktober 2010

 Hub hiburan: Pemuda PAS sifatkan mundur, jahiliah

Rusli Yasmin

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjadikan Malaysia hub pusat hiburan malam dilihat sebagai ekonomi ‘pumping' (turun naik), kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

"Jika benar apa yang dilakukan oleh kerajaan ini, peringkat awal mungkin ia akan dapat menjana pendapatan tetapi kesan sosial yang diterima akan menjadikan kita rugi besar," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Katanya, kerajaan terpaksa pula membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kempen dan menangani masalah keruntuhan sosial seperti masalah buang bayi, penyakit Aids, penyakit kelamin dan lain-lain masalah sosial.

"Ini kerja sia-sia, kerja korek dan kemudian timbus. Pertumbuhan gejala sosial juga akan parah daripada apa yang sedia parah.

"Ini sebenarnya nak membawa Malaysia ke arah kehancuran kerana dia lupa modal insan merupakan asas yang sangat penting untuk menjadi negara maju," tegas beliau dalam nada yang kecewa.

Nasrudin juga melihat apa yang dirancang oleh kerajaan pimpinan Najib sebagai suatu yang mundur, bersifat jahiliah dan tidak sepatutnya terfikir oleh seorang pemimpin di dunia moden kini.

"Langkah ini, langkah mundur kebelakang kerana negara sepatutnya dipacu untuk menjadi negara maju kehadapan dengan mendidik rakyat kerja keras dan menjadikan rakyat berdikari, rajin dan bermoral, tetapi malan dia mahu menjadikan rakyat malas, bodoh dan tenggelam dalam dunia hiburan," katanya.

Nasrudin juga hairan pada masa Najib menjadi Perdana Menteri, beliau memperbanyakkan program-program hiburan, berbeza dengan zaman Dr Mahathir yang tidak menjadikan hiburan sumber utama dalam penjanaan ekonomi.

"Saya bukan menolak hiburan, tetapi menjadikan hiburan sebagai suatu tumpuan, industri besar akan melumpuhkan modal insan dan kerajaan pula terpaksa membelanjakan perbelanjaan yang besar untuk membangunkan modal insan," tambahnya.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Semuanya Kerana UMNO!

Assalamualaikum...dah lama tak menulis sendiri di papan blog.asyik copy-paste semenjak dua menjak ni.terasa terlalu rindu membuatkan aku berusaha menaip juga buat tatapan semua.Apa isu menarik sekarang ek?banyakkan....betul tak der?aku pun blur nak ulas yg mana..aku rangkum semua la ek dan keluarkan punca masalah.

firstly,isu di mesir tentang cadangan penubuhan Medic Centre di Tanta yg kununnye akn menjaga pelajar medic dari segi keselamatan yg kununnye disokong oleh JPMK(Jabatan Penyusah Mahasiswa Keseluruhan),derr..bkn fitnah ni,ini botul2.bro,PMRAM ada,DPMT ada,PCT ada,yg ko sibuk2 nak nyusahkan diri wat per.gila la puak ni,memang nyusahkan orang.yg kena nanti bdk2 tanta jgk sbb ada kaitan dgn polis mesir.ko jgn buat main bro..bdk tanta hentak br tau.tu die redqalbi ngamuk..sory derr emo skit..klu korang nak tau isu ni lbh lnjut,sila la tgk blog lain mcm ibnu ir ke,fromegypt ke n lalin2.bintun perak x pasti.asyik copy ayt aku jer.huhu!

kat Malaysia plak mcm2 ada..firstly isu IFF..natang ape tu? Islamic Fashior Festival.korang ada tengok?dlm youtube ada.tgk la sndiri.ini 1 lg keje jht rosmah mansur bini PM.sape yg dh tengok msti tau.syaitan,iblis,bodoh,bangang punyer keje!trg2 pghinaan kpd Islam.mmg celaka i2 prmpuan.islamic kpd bana ko!trbukak sna sni.ada jgk pghinaan kpd Nabi yg kita syg dgn tlsn muhammad trblk di dada slh sorg model yg seksi.korang x pns ke?klu x,aku xtau la.kaji blk iman tu.ada somting kt mn2.byk lg isu mnrk.tp xda ruang nk tls.lain kali yer.

korang tau ape kaitn 2 kes ni?sdh pastiny sbb UMNO memerintah Malaysia.parti sekular yg busuk smpai ke tulang.parti bangsat perosak agama,bangsa n negara.wajib untk hncurkan parti ni utk slmtkn negara.puak UMNO yg bc ni insaflah..korang dh jauh nyimpang.smpat lg utk brpth blk mnuju jln yg sebenar.sm2 kt doakn khncurn UMNO demi Islam yg kt syg

Ahad, 17 Oktober 2010

Taklimat biasiswa jadi majlis kelab Umno


Harakahdaily

MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.

Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA.

Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa.

“Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya diperbodohkan dengan taklimat lain,” ujar salah seorang hadirin.

Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan.

Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa.

“Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK. Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah diberikan kepada mereka,” kata seorang pelajar senior Mansurah.

Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur.

Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno.

Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak diketahui.

Jumaat, 15 Oktober 2010

PMRAM Kesal Konsert Adam Lambert Tetap Juga Diadakan


KAHERAH, 14 Oktober - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mendesak pihak Kerajaan membatalkan konsert Adam Lambert yang dijadual akan berlansung di Stadium Bukit Jalil malam ini.

PMRAM percaya konsert seumpama ini akan menyuburkan lagi gejala sosial yang semakin membarah dalam Malaysia.

Presidennya, Saudara Shahrizan Mohd Hazime berkata, sepatutnya penganjur mengambil kira sensitivi umat Islam yang berada di Malaysia.

PMRAM juga menyokong tindakan mahasiswa Islam yang berada di Malaysia khususnya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang membuat bantahan yang disuarakan melalui memorandum kepada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kelmarin.

Artis lelaki Adam Lambert membawa ikon 'gay' di Amerika ternyata bakal membawa kesan yang cukup negatif kepada masyarakat khususnya anak-anak muda di negara Malaysia.

"PMRAM kesal dengan tindakan kerajaan kerana meluluskan permohonan artis itu untuk mengadakan konsert di Malaysia. PMRAM menyatakan kebimbangan terhadap gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat" tambah Presiden PMRAM.

Difahamkan, lebih kurang 20 persatuan mahasiswa di Malaysia akan turun membantah konsert Adam Lambert di Stadium Bukit Jalil malam ini. Antara yang turun, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK), Maaruf Club, Pro Mahasiswa Nasional, Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISI UKM, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

Rabu, 13 Oktober 2010

Mahasiswa mahu Puspal batal konsert Lambert


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan kerajaan meluluskan konsert artis luar negara, Adam Lambert yang dijadual malam esok.

Bantahan itu disuarakan dalam satu memorandum kepada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) siang tadi.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Puspal di bawah bahagian perlesenan dan penguatkuasaan, Ramlah Amir di pejabatnya di bangunan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Malaysia, dekat sini.

Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, penganjuran konsert yang akan berlangsung di stadium Putra Bukit Jalil itu akan menambahkan barah gejala sosial terutamanya di kalangan anak muda di negara ini.

Ini kerana ujarnya, Adam Lambert memang sudah diketahui umum bahawa seorang remaja yang membawa ikon 'gay' di Amerika.

"Gamis menyatakan kekesalan kami di atas kelulusan konsert ini yang ternyata bakal membawa kesan negatif kepada anak muda.

"Dalam pada Datin Seri Rosmah (Mansor) dikatakan sibuk mencari formula untuk mengatasi gejala sosial, dalam masa yang sama satu konsert artis tidak bermoral diluluskan," kata Syazwan kepada pemberita sebelum penyerahan tersebut.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan memberi kelulusan kepada pihak penganjur mengundang artis itu.

"Apa sebab yang mendesak kerajaan untuk meluluskan kehadiran Adam Lambert sedangkan ramai lagi artis luar negara yang lain yang boleh dipanggil," katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ridhuan Othman berkata, SMM mendesak kerajaan khususnya kementerian terbabit mengkaji balik garis panduan konsert melibatkan artis luar negara serta membatalkan konsert tersebut.

"Kerajaan ada masa lebih kurang sehari lagi untuk membatalkan konsert Adam Lambert.

"Kalau konsert ini diteruskan, kami akan mengerahkan mahasiswa untuk turun beramai-ramai ke stadium esok untuk membuat bantahan dengan mengedarkan risalah dan sebagainya," katanya.

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa berhimpun di hadapan bangunan kementerian itu sambil memegang kain rentang bantahan dan dikawal oleh pihak polis.

Sementara itu, dalam pertemuan kira-kira 20 minit dengan Ramlah di pejabatnya, mereka meminta Puspal menjelaskan sebab konsert berkenaan diluluskan di samping menyuarakan kembimbangan terhadap gejala hedonisme yang semakin membarah di kalangan anak muda.

Ramlah bagaimanapun berkata, Puspal tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan kerana ia melibatkan kementerian lain juga.

Namun beliau mengucapkan terima kasih kepada Gamis di atas inisiatif mereka mengadakan pertemuan dengan pihaknya.

Khamis, 7 Oktober 2010

 Islamofobia: Najib perlu sebar Islam sebenar

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan supaya menggalakkan penyebaran faham Islam yang sebenar sekiranya Malaysia mahu menangani Islamofobia di peringkat antarabangsa dan setempat.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, faham Islam yang Umno serta Perkasa popularkan di tanah air adalah faham yang salah serta mengundang Melayufobia.

"Faham salah yang Umno, Perkasa bawa galak api perkauman serta guna agama untuk takutkan orang bukan Islam, kalau Islam disebarkan macam yang Rasulullah bawa, Islamofobia tidak berlaku.

"Kalau lihat fahaman ekstrem mereka ini, Najib bukan saja susah nak tangani Islamofobia, Melayuphobia pun belum tentu lagi," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Melayuphobia, menurut beliau adalah faham pelampau yang mengajak rakyat tidak kira Melayu atau bukan Melayu supaya takut mempersoal sesuatu yang dianggap menggugat kepentingan politik Umno dalam negara.

Islamphobia dalam konteks Malaysia, menurutnya seperti permainan politik perkauman serta memanipulasi agama (Islam) sehingga orang bukan Islam percaya bahawa Islam adalah agama eksklusif untuk orang-orang Melayu sahaja.

Akibat dari salah fahaman tersebut, menurut beliau mengakibatkan lahirnya faham ekstrem seperti mengarak kepala lembu berdarah di Shah Alam, Ogos tahun lalu.

Fahaman yang salah itu, katanya lagi mengakibatkan orang bukan Islam jauh dari Islam serta takut untuk menyebut kalimah 'Allah', walhal tidak ada nas yang sahih lagi jelas yang mengharamkan orang bukan Islam dari menyebut kalimah suci itu.

Fahaman yang salah itu, ujarnya turut mengakibatkan beberapa kes vandalisme yang mencemarkan beberapa surau serta rumah ibadat penganut bukan Islam.

Sedangkan, katanya Rasulullah s.a.w mengajar umat Islam erti keadilan, kedamaian, kehormatan, kejujuran, kepelbagaian, kasih sayang serta kesederhanaan.

"Islam yang Rasullah ajar adalah keadilan, kedamaian, kejujuran, saling berkasih sayang sesama umat Islam (dan) saling menghormati dengan yang bukan Islam, bukan arak kepala lembu, bakar sana dan bakar sini," ujarnya.

Ujarnya lagi, Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w turut tidak mengajar penganutnya supaya menjadi pelampau agama serta taasub pada api perkauman satu-satu kaum.

"Islam yang Rasulullah ajar adalah manusia semuanya bersaudara dan dituntut saling mengenali antara satu-satu bangsa."

"Bukan tindas rakyat tak kiralah Melayu, Cina atau India disebabkan mereka ini tidak sokong faham pelampau parti atau pertubuhan tertentu," beliau menambah.

Sabtu, 25 September 2010

Kes Rosmah 'bini puaka': Semua tertuduh dibebaskan


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.

Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

C4, bini puaka, pembunuh Altantuya

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat atau cubaan melakukan khianat serta mempunyai niat bersama antara mereka.

"Tiada keterangan mengenal pasti bahan api yang digunakan untuk melakukan khianat serta kerosakan dan kemusnahan daripada bahan api tersebut," kata Rozana.

Manakala bagi seksyen 447 pula, pendakwaraya gagal membuktikan elemen niat bersama tertuduh untuk melakukan kesalahan pencerobohan.

"Tiada keterangan bahawa mereka berada di kawasan tersebut dan melakukan pencerobohan di tempat perbuatan khianat yang didakwa berlaku," katanya lagi

Sementara bagi seksyen 427 pula, Rozana berkata pihak pendakwaraya turut gagal membuktikan bahan yang digunakan adalah bahan petrol dan perbuatan contengan di dinding dilakukan oleh semua tertuduh.

"Untuk semua pertuduhan tiada keterangan langsung dibuktikan oleh pendakwaraya. Cuma mereka hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan tanpa bukti sokongan.

"Setelah meneliti dan menimbang semua keterangan daripada saksi pendakwaraya, exibit dan hujah, mahkamah mendapati, di atas penilaian mahkamah, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Dengan ini melepaskan tertuduh dan membebaskan (mereka) terhadap tiga pertuduhan itu tanpa memanggil untuk pembelaan," kata Rozana.

Bini puaka: Mahasiswa adakan himpunan


KUALA LUMPUR, 21 Sept: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru seluruh mahasiswa turun ke Mahkamah Jalan Duta 24 September ini bagi mendengar keputusan perbicaraan kes "bini puaka" melibatkan lima pelajar Universiti Malaya (UM).

Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman berkata, himpunan itu sebagai menyatakan harapan keadilan di peringkat seluruh mahasiswa kepada institusi kehakiman di Malaysia.

Ridzuan dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau yakin akan kreadibiliti Mahkamah di Malaysia sebagai telus, adil dan bijaksana dalam menilai setiap fakta kes.

"Saya mengharapkan seluruh mahasiswa, aktivis dan masyarakat untuk sama-sama berdoa bagi kemenangan kes ini", kata Ridzuan.

SMM juga meminta seluruh mahasiswa Islam agar mengadakan solat hajat untuk kemenangan kepada mahasiswa yang ditindas di dalam kes tersebut.

Lima mahasiswa iaitu Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli yang didakwa dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan kes kelima-lima tertuduh berlangsung sejak bermula Julai tahun lalu.

Mereka dituduh menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Selasa, 21 September 2010

Semangat yang hilang!

Agak lama menyepikan diri dari dunia penulisan blog..entah apa yang membelenggu diri ini pun aku tak tau.tersentak apabila ditanya oleh seorang sahabat tentang blogku yang semakin suram.terkedu tanpa bahasa aku dibuatnya.apa lagi jawapan yang patut aku berikan selain malas dan hilangnya semangat.hilang semangat?mana pergi semangat berkobar-kobar kau dulu?entah la derr..aku pun tak tau sapa yang curi semangat aku tu.sudah la aku hilang semangat,kawan2 pulak seblogger dengan aku juga mengalami nasib yang sama,lagilah aku tak ada semangat.itulah jadi kalau kerja hanya kerana semangat.susah susah!

Ramadhan sudah berlalu,syawal datang sudah dua minggu..ewah,berpantun pulak dia.pantas sungguh masa berlalu,sudah dua minggu rupanya ramadhan pergi meninggalkan kita.Sebut pasal raya,nak cerita pasal raya,aku beraya diperantauan tahun ni.tak berkesempatan pulang ke tanah air..seronoknya tetap ada,cuma mak bapak jer yang tak ada.biarlah itu raya,malas nak ulas..yang penting raya..tak kiralah dekat manapun.betul tak derr?

Budak-budak baru pun dah tiba ke bumi Anbiya' ni hampir sebulan.Alhamdulillah,masih ramai mau ke bumi pepasir ni walau bermacam rintangan dan halangan.aku suka dengan semangat ni.tapi aku lebih suka kalau mereka-mereka ni tidak menimbulkan sebarang masalah yang membebankan orang lain.tengok budak2 pun ada yang sebaya aku dan setara dengannya.semua matang2 belaka.so,tak ada sebab untuk mereka tak sanggup memberikan komitmen untuk persatuan.Semalam aku baru jer mempengerusikan talk show bersama 3 panel mantop.us. Alang,us. halil &us. ibtisam dengan tajuk 'mesir,antara permata&racun dan pengalaman di mesir.semua ahli panel mmberikan jwpn2 yg mantop dan bersemangat.kalau budak2 tak faham jugak,aku tak taulah.no komen.

Ok derr..aku undur dulu.kita jmpa lg nanti.selamat hari raya,maaf zahir batin.buibui!

Khamis, 2 September 2010

Mak aii, banyaknyer sawang!

Alhamdulillah..syukur atas nikmat yg Allah pinjamkan buat kite.lama sungguh aku tak mengupdet blog pribadiku ini.kali trakhir pd 10 ramadhan yg lalu,skang dh 23 ramadhan,ya Allah,cptny ms brlalu,hny tggl sminggu utk ramadhan prgi dari rmh2 kite.byk lg prkara yg tdk trtunai brsm ramadhan.

Semalam 1 september,tarikh penting buat aku,tarikh aku mula lahir sbg seorg manusia.Alhamdulillah ats nikmat usia pnjaman Allah bt aku.smoga umurku diberkatinya.trm ksh bt kwn2 yg mmbri ucpn mlalui sms maupn facebook..sggh trharu dgn ucpn kalian yg byk tu.wlupn tnpa sebuah hadiah,ucpn2 kalian ckp utk mghiburkn ht ini.huhu!ayt skema.

Raya dh tinggal smggu jer lg.sgt riang htku jk jasad ini brada dismping kuarge saat-saat mnyambutnya.tp apekn daya,hny kwn2 yg mnjd peganti mak,ayh dan adk bradik.kat sni pn dh mcm adk bradik..so,xda msalh sume tu.

KPIPM pn ada anjurkan CEMERLANG '10 pd raya ke-5.gbngn antr raya n anugerah cemerlang.aku antr koordinatornye..tu dok sbk jer skang.huhu!ank2 perak pkt2 la blk yer..Insya'Allah klu ada rezeki kt smbelih unta,klu xda pn plg krg 3 ekoq kmbing.Alhamdulillah,rzeki dr Allah.kome pkt2 blk la yer,jgn malu2,jgn sogan2 der..raye woi raye..time ni la nak brukhwah pn,pas ni dh ml sbk kuliah plak.sbt psl kuliah,trngt bdk2 baru yg dh tibe kat mesir ni 28 hrbln lps..73 org kot sume.brsemangat muke deme bl tibe di rmh perak.besa la tu..p luor ngara ktkan.mcm la kome juge dolu2.ye dak der?pakat brkmpg kt wisma b tu.sonok ke x ntah ler..smngt2 dah..kot tggl smngt jer.huhu!kt doakn deme yer der..name pn mesir dok,xnak ssh xyah dtg sni ek.

Name2 pnrima zakat dh kuor,yg dpt syukur byk2..yg xdpt tu,jgn sdh2..aku pn xdpt gak der.2pn sbb aku x mntk.huhu!raseny taun ni plg lmbt dpt zkt spnjg aku kt mesir ni.sbbny?ntah la.no komen.

k la der,cau dl..nnt kt ketemu lg yer.doakn aku thabat.tata tutu titi...

Jumaat, 20 Ogos 2010

Aku dan Ramadhan!

Ramadhan telah sampai ke hari yang ke-10,ini bermakna fasa pertama yang bernama rahmat telah kita lalui dan bakal berakhir..ahhh!pantasnya masa berlalu.aku tidak langsung sedar dengan pergerakan masa ini.lalai,leka,lagho masih lagi berlaku di bulan ramadhan ini.tempo ibadatku masih perlahan seperti di bulan yang lain,padahal aku mempelajari tentang ganjaran-ganjaran yang digandakan di bulan ini.aku tertipu dengan nafsu sendiri.

Aku takut apa yang disabdakan Nabi tentang orang yang berpuasa tetapi hanya dapat lapar dan dahaga terkena padaku.aku bingung!aku perlu menggandakan usaha untuk menawan bulan ini.masih berbaki 20 hari untuk aku memperbaiki diri.Rabbi,ampuni aku.

Ramadhan bulan yang dipanggil madrasah kerana menjadi medan manusia mendidik jiwa.tiada bulan setandingnya,tiada malam sebaik lailatulqadarnya.aku masih gagal mendirikan malamnya dengan amalan para Nabi.mata berjaga,namun hati hanya berdenyut mengatakan "Aku sahur apa malam ini?"ternyata imanku lemah.

Ramadhan juga tidak sunyi dari ujian.bila di madrasah,kita bukan sahaja diajar,tetapi juga diuji.ini satu fitrah kehidupan.ujian datang tidak pernah disangka-sangka.ada sahabatku diuji dengan kegagalan di dalam imtihan,ada yang diuji dengan kematian,ada juga yang dipundak dengan pelbagai tugasan.semua akan diuji.percayalah.bentuk ujiannya hanya Allah yang mengetahuinya.yang penting di sini,sejauh mana kita bersabar dengan ujian-ujian yang datang.kesabaran inilah yang akan dinilai oleh Allah untuk memberikah markah kepada kita.

Ya Allah,lemahnya aku dalam menilai kasih sayangMU.Aku tak pandai mensyukuri nikmat pemberianMU.Cinta akhiratku tipis berbanding cinta duniaku.ampuni daku ya Allah.jadikanlah ramadhan kali ini,ramadhan terbaik buatku.rahmatilah kedua orang tuaku ya Rabbi ya Aziz sepertimana mereka mengasihiku.amin ya Rabbal 'alamin!

Sabtu, 14 Ogos 2010

Hadiah Ramadhan

Semalam,aku ke kuliah seorang diri untuk melihat sesuatu yang bakal melukiskan masa depanku.dengan panas terik mentari yang membakar,membuat aku makin resah gelisah.Aku keluar selepas zuhur dan menunggu bas hampir sejam tidak juga tiba-tiba.aku makin resah ketika itu.akhirnya,satu tremco datang dan dengan berlari anak aku menaikinya.

Di dalam tremco,aku menggandakan doa.moga-moga apa yang tertampal nanti merupakan apa yang hatiku kehendaki.debaran makin kencang berlari.selepas setengah jam,aku sampai ke destinasi yang dituju itu.Alhamdulillah.

Tekakku yang kering akibat cuaca yang terlalu panas tidakku endahkan.yang penting aku perlu segera sampai ke kuliah untuk melihat sendiri natijahku.debaran makin bertambah kencang apabila kakiku melewati pintu kuliah.doa makin mencurah-curah dikumat-kamitkan.aku sudah bersedia untuk menerima apa-apa keputusan,bahkan aku telah memasang kesediaan ini dari mula masuk ke dewan peperiksaan lagi.aku tahu,ini adalah peluangku yang terakhir.tetapi aku tidak sekali-kali pernah berputus asa.

Mulanya aku ke tepi kuliah,tetapi apabila ditanya kepada seorang kawan arab,aku diberitahu natijah tahun dua syariah islamiah ditampal di tingkat dua kuliah.Aku segera berlari ke sana,aku termanggu seketika apabila pintu kuliah dilihat tertutup rapat.aku termenung di satu sudut.tiba-tiba datang seorang kawan dari kedah lantas dia memberi idea untuk memasuki kuliah menggunakan pintu pejabat di sebelah depan.kami segera berlari ke sana,ternyata terbuka.dengan itu langkah dilajukan,aku terus memanjat tangga kuliah mencari sudut yang menampal natijahku itu.

dan...aku menemuinya,tiba-tiba langkahku jadi perlahan.tiba-tiba rasa ketakutan menjelma.aku mencari nama itu,mohd faizal bin jaafar 15597 dan natijahnya..LULUS DENGAN MEMBAWA DUA MADAH..Alhamdulillah atas kejayaan ini.

Rabu, 11 Ogos 2010

Ahlan Ya Ramadhan!

Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk dunia.Untuk kesekian kalinya aku menghadapi madrasah ramadhan di bumi terasing dari tanah air tercinta.Mungkin ini kali ke-3 seingat aku.sudah lama berkelana di negeri orang mencari bekalan hati dan jiwa,namun aku tidak pernah jemu untuk berkelana lagi.seperti pesanan Imam as-Syafei kepada penuntut2 ilmu,salah satunya adalah panjangnya masa.ini bukan ayat penyelamat diri,tapi itulah hakikatnya.

Menulis sambil mendengar lagu kitaro membuatkan aku terfeeling sekejap.apala,sentimental betul.mulalah teringatkan juadah2 menarik time bukak puasa kat Malaysia.adoi!rindu la pulak.Nafsu-nafsu..sungguh kejam.tiba-tiba kenangan indah berbuka puasa bersama keluarga tahun lepas menggamit memori.bestnya!!!aah...lupakan.itu semua kenangan.realitinya sekarang berada di Mesir,jauh dari keluarga tercinta.inilah kalau dikatakan melayu,bukan macammana nak naikkan graf pahala difikirkan,perut pulak yang lebih-lebih.

Kalau di Malaysia,tarawikh 8 tak cukup,kebayakkan masjid mencukupkan 20 rakaat beserta dengan 3 rakaat witir.tetapi lain kisahnya,tak ada yang buat 20.semuanya buat 8 belaka.tetapi tazkirah mesti ada.8,8 pun,panjang2 bacanya..1 juzu' sehari tu kira biasa la.masjid pulak banyak,pilih jer yang mana minat,yang pendek,yang panjang,yang sedang2..suma ada.itulah nikmat bulan ramadhan di sini.kemeriahannya lebih ketara dari di Malaysia.ucapan Ramadhan karim meniti di bibir orang arab yang ditemui.suasana yang tak ada di Malaysia.sekali sekala berjauhan dari keluarga dapat juga mendidik jiwa berdikari.kembara ini bukan sengaja.ini kembara mencari mutiara.

Aku dah mula merapukan diri,baik aku undur dulu.Selamat menyambut bulan ramadhan buat semua.beribadah la sebanyak-banyaknya di bulan yang mulia ini.semoga ramadhan ini,ramadhan terbaik bt kt.

Sabtu, 7 Ogos 2010

KPIPM, Sebuah Cinta dan Harapan

Mula-mula aku sampai di mesir 5 tahun yang lalu aku disambut oleh abang-abang yang tak dikenali langsung kecuali beberapa senior di sekolah dulu.Aku kagum dengan mereka,sangat ceria menyantuni kami bagai sebuah keluarga.aku mula tertanya-tanya pada diri,adakah ini yang dimaksudkan dengan keluarga itu?aku terus menyimpan soalan itu sehingga ke hari ini.

Waktu terus berlalu dan terus berlalu dengan pantasnya.tak sedar,aku sudah 5 tahun di bumi aku menanam cita-cita ini.aku telah melalui pelbagai pengalaman yang akanku simpan rapi di dalam memori.Sudah ramai aku berteman,tetapi tidak ramai yang masih gagah bersama yang dikatakan keluarga ini.Aku dulu bukanlah seperti hari ini.aku juga pernah melalui zaman pening-pening yang tidak difahami oleh sesiapapun.Aku kini tidak pening-pening lagi,telah jelas lagi bersuluh fikrahku.Selagi di dalam fikiran menyimpan 'apa yang keluarga ini boleh buat untuk aku',selamanya kita tidak akan membahagiakan keluarga ini.kita tidak pernah untuk mengenang jasa keluarga ini sedari awal kita berpijak di bumi pepasiran ini.tanamkan dalam minda 'apa yang boleh aku buat untuk membahagiakan keluarga ini?'lantas,kita pasti bekerja untuknya.keluarga ini telah melahirkan aku cinta yang tidak dikurniakan kepada semua.cinta yang mengikat hati ini untuk terus bersama keluarga besar ini.jawapannya aku telah jumpa,inilah keluarga yang dimaksudkan.

HARAPAN.aku punya harapan untuk keluarga ini.Melihatkan cabaran yang makin mencabar,aku mengharapkan keluarga ini terus utuh menjunjung titah perintah Rabbul Jalil.Biar apa yang berlaku,dakwah mesti diteruskan.Keluarga ini mesti dipertahankan semahu mungkin.Selagi aku masih dipinjamkan nyawa,aku akan terus mendokongi keluarga ini.Ini janji setiaku,jangan takut adik-adikku,selagi kita benar,tiada kebatilan yang dapat memadamkanny.Selamat Bermuktamar

Rabu, 4 Ogos 2010

Semoga Allah 'Kekalkan' PMRAM dan KPIPM!

Alhamdulillah..aku baru balik dari proram KEKAL '10 di hayyu asyir yang telah pun masuk hari yang ke 3.maknanya hanya tinggal 2 hari saje lagi.huh!cpt sggh mase brlalu.Hari ni jugak bermulanya booth2 pameran dibuka dan aku ditugaskan untuk menjadi pak guard booth UPU.Ramai jugak yang berkunjung tetapi takut2.apa yang ditakutkan pun aku tak tau.

Dalam sibuk-sibuk ulang alik ke hayyu asyir,baru aku perasan rupa-rupanya senarai nama calon AJKT KPIPM 2010/11 dah pun keluar.Ydp Alhamdulillah dimenangi oleh us.Asyraf sekali lagi tanpa tandingan.AJKT pulak ada 9 calon dan bermakna ada pertandingan di situ dan perlu menyingkirkan seorang kerana kerusi yang kosong hanya 8.ermm...boleh tahan hangatnya.Aku tak pernah rasa pilihanraya kat KPIPM ni.ni first time nak ngundi.huhu!diharap berjalan lancar.Dengan adanya sistem demokrasi yang dicipta manusia ini di KPIPM,diharap diterima oleh semua manusia.Jom turun ngundi ramai-ramai pada MAT nanti.siapa yang nak diundi tu,ikutlah masing-masing punya pilihan,yang penting pilih berdasarkan syahsiah seseorang,bukan nafsu kita.semua calon tu hebat-hebat belaka,pilih la yang terbaik yer.oppss! lupa lak,ni untuk ahli KPIPM saje yer,yang tak berkenaan tu minta maaf.anda tidak layak untuk mengundi.

Aku mendoakan semoga PMRAM dan KPIPM terus 'kekal' menaungi anak-anak melayu di bumi mesir ini.Misi dakwah mesti diteruskan sehingga tiupan sangka kala ditiup.

Perjuangan ini tak memerlukan kita,tetapi kita teramat memerlukan perjuangan.Untuk mendapatkan syurga bukan mudah,ianya memerlukan kerja kuat yang tidak henti-henti.selagi bernyawa,pastikanlah Islam terus dibangunkan di dalam diri setiap dari kita dan di tanah air tercinta.jangan biarkan Islam terus dilanyak dengan mudahnya oleh musuh yang hina.Ayuh pemuda,kita bangun melawan kezaliman dan kemungkaran.berjuang sampai syahid!

Isnin, 2 Ogos 2010

Story Dua Hari

Dua hari tidak mengupdet blog.nak kata banyak keja,tak ada la banyak sangat.ntah la,apa sebab pun aku tak tahu.tak boleh jugak nak istiqamah dalam menulis.semoga Allah pulihkan semangatku kembali.inipun menulis dalam keadaan idea yang tak muncul-muncul.sikit lagi muncul la kot.

sepanjang dua hari ni banyak jugak aktiviti yang dilakukan terutamanya pada semalam.Program KEKAL PMRAM telah dirasmikan dengan jayanya oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia iaitu Encik Shaiful.Aku terlibat dengan persembahan Tarian Dabus bersama lapan orang yang lain mewakili KPIPM.Memang mantop dan meletup.orang kata la,bukan aku,huhu!Alhamdulillah segalanya telah dilakukan dengan sesempurna yang mungkin.just orang lain untuk judge persembahan kami.selain kami,ada juga persembahan lain seperti taek won do,pentomen dan nasyid al-Wadi.semuanya gempaq habis.

ltu di sebelah malam,disebelah paginya pula acara sukaneka telah bermula.macam-macam acara ada.pasukan perak telah menyapu bersih penyertaan di sebelah pagi dengan zero kemenangan.kahkahkah! dan banyak memberikan peluang kepada pasukan lain untuk menang pada sebelah petang.sebab semua ahli kontinjen telah penat dan balik ke rumah tak datang-datang dah.kahkahkah!kome ni memalukan aku sungguh.kami telah bertekad sebelum acara bermula lagi bahawa kami bertanding bukan untuk menang,tetapi untuk mencari kebahagian.kahkahkah!

Hari ni acara dalam dewan telah bermula.seperti biasa,tiada penyertaan dari perak.disebabkan semuanya sibuk dan menyibuk.kahkahkah!banyaknya aku gelak.tapi memang lawakkan.aku menulis ni pun dalam keadaan bergolek2 kegelian hati.Ahli Perak memang sempoi-mempoi.tahun depan buat lagi yer.

Ok la,kita bertemu dilain siaran dengan lawak antarabangsa yang lain.Ingat,hidup ini sebuah perjuangan.berjuanglah menuju pintu syurga,bukan ke lembah neraka.nauzubillah

Sabtu, 31 Julai 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Tak kenal maka tak cinta.satu ungkapan yang sering kita dengar.ungkapan ini selalu digunakan oleh orang yang bercinta.cinta yang disempitkan maknanya hanya kepada manusia yang berlainan jenis.ini bukan isunya.

Benarlah bagai dikata ungkapan itu.manusia hari ini tidak menyintai Tuhannya kerana tidak kenal dengan siapa Tuhan mereka.Amat malang bagi seorang muslim yang sebegitu rupa.Al-Quran datang untuk membawa cinta ini.di dalamnya terkandung beribu ayat2 cinta kepada Tuhan sekelian alam.Adakah kita sudah mengenali dan menyintai Tuhan kita?tepuk dada,tanyalah iman masing-masing.

Bila cinta Allah telah kita perolehi,sudah pasti cinta pada yang lain akan datang mengiringi cinta itu.silap manusia sekarang kerana mencari cinta manusia dulu sebelum mencari cinta Allah.nescaya akan songsang dan rapuh hasilnya.

Dalam mencari rezeki contohnya,manusia lebih mengharapkan manusia dari mengharapkan terus kepada pemberi rezeki iaitu Allah s.w.t.Akibatnya,manusia tidak lagi mempedulikan halal dan haram.hak orang lain diambil tanpa segan silu.rasuah menjadi budaya,pecah amanah itu biasa.semuanya angkara tidak mengenali Allah.

Suasana kebrobrokan akhlak manusia di zaman ini juga berpunca dari tidak mengenali Allah.anak-anak tidak dibimbing untuk mengenali Tuhannya yang agung,sebaliknya lebih mengagung-agungkan manusia yang rosak.inilah dunia akhir zaman.

Ulama' tulen yang sepatutnya menjadi agen penyebar cinta ini tidak diberi peluang dan ruang untuk menjalankan tugas mereka.yang tinggal hanya ulama' plastik yang hanya ada sijil setinggi PhD,tetapi kontang jiwa mereka dengan roh Islam yang syumul.mereka telah dikawal oleh satu Doktrin yang sesat.hasilnya,anak bangsa yang merana.Indahnya hidup berpaksikan cinta Allah dan RasulNya.cara memperolehinya hanya dengan ILMU yang suci.marilah sama-sama kita mencari cinta itu.

Isnin, 26 Julai 2010

ISA: Bukti Umno BN tidak peduli suara rakyat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Tangkapan terbaru seorang pemuda di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membuktikan bahawa kerajaan Umno BN gagal mendengar suara rakyat.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) menyatakan kekesalan di atas tangkapan terbaru ISA terhadap Fadzlullah di Sungai Buloh tempoh hari.

Fadzlullah, 28, ditahan di Sungai Buloh pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman. Polis hanya mendakwa beliau mengunakan kedudukannya sebagai guru agama untuk merekrut pelajar menjadi ahli Jemaah Islamiah (JI).

Akhbar melaporkan kononnya Fadzlullah ada kaitan dengan seorang pendakwah dari Syria, Aiman Dakak dan seorang guru dari Malaysia, Azzahari Murad.

Pada Januari tahun ini, Aiman ditahan dengan sembilan orang lagi atas alasan disyaki pengganas, manakala Azzahari masih ditahan di bawah undang-undang pencegahan.

Nasrudin berkata, kalau dalam tindakan menarik balik lesen judi bola, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan kerajaan ‘mendengar’ rintihan rakyat, namun beberapa tindakan kerajaan kebelakangan ini tidak langsung mencerminkan yang kerajaan mengambil kira suara rakyat.

Sebagai contoh, katanya kenaikan harga minyak, gas dan gula baru-baru ini.

“Dengan mengumumkan kenaikan ketika hari terakhir parlimen bersidang sehingga tidak sempat hendak dibahaskan, adakah ini melambangkan kerajaan mendengar suara rakyat?” soalnya.

Begitu juga dalam isu ISA, beliau berkata sememangnya tindakan kerajaan bermotifkan politik demi memuaskan hati sekutu mereka iaitu Amerika Syarikat.

Tambahnya, DPPP juga mengecam kerajaan Umno BN yang memberikan alasan keagamaan untuk menghalalkan akta zalim itu sedangkan dalam masa yang sama ‘berkokok’ kononnya meletakkan Islam di hadapan untuk diperjuangkan.

“Ternyata Umno BN hanya berlakon untuk mengaburi mata rakyat supaya menyokong mereka dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Bahang KEKAL 2010 Makin Dirasai


KAHERAH, 23 Julai – Bahang Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM semakin dirasai kehangatannya. Program tersebut menemui ahli pada bulan Ogos ini bakal menyaksikan detik bersejarah dalam sejarah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Persekutuan Melayu itu yang telah ditubuh sejak tahun 1930 lagi telah menaungi 22 buah persatuan dibawahnya iaitu 12 buah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), 8 buah Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM), serta Persatuan Kebajikan Kemboja dan Singapura di Mesir.

Karnival yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini akan menyatukan seluruh anak-anak Melayu di bumi Mesir. Sehingga kini, pelbagai program telah dirancang dan disusun bagi merancakkan program Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM.

“Setakat ini, 70% gerak kerja telah selesai bagi menghadapi Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM. Insya-Allah, sama-sama kita doakan perjalanan program KEKAL ini berjalan dengan baik dan lancar pada tahun ini. Kita juga berharap kerjasama yang baik dari semua pihak dalam menjayakan program mega ini.” ujar Saudara Mohd Solehuddin bin Safien, Pengarah Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM ketika ditemui petang tadi.

Antara program yang akan berlangsung sepanjang Karnival itu ialah Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS), Bazar, Pameran Unit-Unit Dibawah PMRAM, Aktiviti Indoor dan Outdoor, Hari Keluarga, Wacana 3 Presiden, Pertandingan Motor Tercantik, Konsert Artis Tanah Air, dan banyak lagi. Maklumat lanjut mengenai Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM http://www.pmhkpmram.blogspot.com

Melaksanakan Konsep Lisanul Hal Dalam Kehidupan

Al-Quran dan Lisanul Hal

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t amat menjunjung tinggi konsep lisanul hal dalam setiap aktiviti kehidupan manusia. Lawan kepada lisanul hal adalah lisanul maqal. Boleh dikatakan setiap seruan kepada mereka yang beriman akan disertakan dengan satu taklifan (task) supaya iman itu dapat dilihat dengan gerak anggota sendiri bukan sekadar tersemat di dalam jiwa.

Lihatlah firman Allah:


يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

Kita juga akan dapati setiap ayat yang dimulai dengan "wahai orang yang beriman" disertakan dengan satu tugasan untuk membuktikan iman mereka. Seolah-olah Allah mahu menyatakan bahawa iman kamu tidak akan ke mana sekiranya ia hanya nama tanpa satu bukti yang kamu boleh nyatakan dengan usaha kamu.

Itulah yang dimaksudkan dengan lisanul hal. Buat, tunjukkan contoh, kerja, amal bukan sekadar kata-kata (lisanul maqal): saya adalah orang yang beriman, saya seorang yang bertaqwa, kita mesti berjuang, kita perlu sayang Islam dan lain-lain. Kata-kata tanpa bukti hanyalah ibarat terbang di awan, tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sebab itulah kesempurnaan iman ditakrifkan:

التصديق بالقلب والنطق باللسان والعمل بالجوارح

Dalam hadis dinyatakan:

البينة على المدعي واليمين على من أنكر


Maka atas dasar inilah kita menyusun gerakan, mentarbiyah, mendidik, dan merancang, untuk melihat setiap teori itu di atas garis kejayaan. Jikalau kita mengkaji budaya masyarakat yang berjaya maka kita akan dapati mereka cemerlang dalam melaksanakan konsep lisanul hal. Para pendakwah Arab berjaya mengislamkan masyarakat nusantara dengan lisanul hal. Kerajaan Islam dan khilafah Islamiyyah berjaya kekal sehingga 14 abad lamanya kerana lisanul hal para pemerintah dan ulama sehinggalah tiba zaman di mana umat tenggelam di dalam dunia perdebatan yang memberikan peluang kepada musuh mengambil kesempatan untuk memusnahkan sistem paling hebat dalam tamadun manusia.

Khilafah kekal dengan Lisanul Hal

Sesungguhnya mereka yang tidak kesal di atas kejatuhan khilafah merupakan golongan yang mati hati. Tidak berdosa sekiranya kita labelkan mereka yang sibuk bercakaran dengan soal remeh temeh dan membiarkan musuh menghisap darah mereka tanpa mereka sedari sebagai 'nyanyuk' atau 'dungu'. Orang-orang beginilah yang akan melemahkan kerajaan Islam kalau Islam bangkit semula nanti. Moga-moga kita dijauhkan daripada mereka.

PMRAM dan Lisanul Hal

Sesungguhnya misi dan visi PMRAM adalah berdasarkan lisanul hal. Kalau PMRAM bercakap soal Palestin, PMRAM tunjukkan bukti bahawa dalam tempoh 3 tahun hampir LE 150,000 berjaya disumbangkan untuk mereka.

Bercakap soal banteras kemungkaran akan mengingatkan kita pula kepada penguatkuasa Hisbah yang cukup aktif dan digeruni pengamal-pengamal maksiat dan couple di sini. Tidak sedikit masalah hisbah berjaya diselesaikan setiap tahun.

Soal kesatuan pula tidak boleh dilupakan. Itulah tunjang utama kekuatan mahasiswa. Sudah 80 tahun PMRAM mempraktikkan ayat Allah yang bermaksud "Berpeganglah kamu dengan tali Allah". Lisanul hal PMRAM berkata, "Aku benci perpecahan!"

Cabaran melaksanakan Lisanul Hal

Cabaran utama dalam mepraktikkan lisanul hal adalah Istiqamah. Istiqamah merupakan stamina dalam meneruskan setiap usaha. Ramai yang kuat dan gagah dalam bekerja tapi tidak ada stamina. Tanpa stamina kita akan tergolong dalam golongan mutakhallifun atau mutasaqitun.

Kesimpulannya dalam melihat kejayaan setiap perancangan maka lisanul hal adalah manhajnya dan istiqamah pula kekutannya. Buktikan setiap kata-kata kita. Teruskan sehingga kita berjaya laksanakannya.

Catatan ini adalah taujihat kepada aktivis-aktivis PMRAM sepanjang tempoh program yang amat padat. Semoga kalian digolongkan dalam golongan mereka yang membuktikan keimanan mereka.


*Rencana ini dipetik dari blog Presiden PMRAM 2008, Saudara Khairul Anuar Ismail. Beliau merupakan Penasihat PMRAM dan Pengerusi Fellow MANHAL PMRAM. http://www.ibnubarqi.blogspot.com

Ahad, 25 Julai 2010

PMRAM: Semoga Terus Cekal di Usia 80 Tahun

PMRAM.Satu nama yang tidak asing lagi di bumi Mesir.sebuah persekutuan Melayu yang terbesar di luar peta Malaysia.sebuah persekutuan yang tidak boleh disangkal lagi jasa dan baktinya kepada Bangsa Melayu di Mesir.meniti usia matang 80 tahun pasti menyimpan pelbagai kenangan indah dan gundah di poketnya.mempunyai kenangan manis diterima pendaftarannya dan diiktiraf oleh kerajaan Mesir sekarang.juga mempunyai kenangan pahit di halau dari rumahnya sendiri oleh bapanya sendiri.tetapi itu tidak melemahkan semangat PMRAM.Langkahannya terus dialun membawa berbakul-bakul hadaf dan matlamatnya.fungsinya kepada anak Melayu di Bumi Mesir sungguh mempesonakan.bagai sebuah kerajan berkebajikan yang tidak pernah jemu memberikan yang terbaik demi Melayu di Mesir.

Namun malangnya,usahanya tidak diiktiraf oleh ayahnya sendiri.dia dipukul,diherdik,dihina bagai tiada bermaruah.dia dimalukan di negaranya sendiri dengan dilabelkan sebagai persatuan pengganas dan pembangkang.namun itu satu fitnah yang maha jahat kepadanya.sesiapa yang mengenalinya lebih dekat pasti akan menyangkal fitnah jahat itu.dia kuat dengan adanya pendokongnya yang setia.terus melangkah menuju puncak kegemilangan tanpa toleh ke belakang lagi.

kini,80 tahun dia berdiri tanpa bertongkat.terus utuh dan kukuh,malah makin kuat melangkah.

Saat mula mengenali PMRAM,aku diberikan gambaran yang salah.namun,degup hatiku mengatakan PMRAM bukan begitu.aku cuba mengenalinya dengan lebih dekat di kota tempat lahirnya.akhirnya aku jumpa.PMRAM adalah wadah perjuangan anak melayu di bumi Mesir.Tibaku di sini,disambut oleh PMRAM.Aku mula jatuh cinta dengan al-Azhar ke-2 ini.aku mula mendekatinya,aku cuba mendalami perjuangannya.ternyata,perjuangannya bukan mudah.walau tidak bermandi darah,namun hatinya telah parah.Semoga PMRAM terus kekal dan cekal menempuhi sgl dugaan.

Sabtu, 24 Julai 2010

MAT Makin Hampir, Maka...

Mesyuarat Agung Tahunan @ MAT peringkat PMRAM cawangan Perak semakin hampir.ini bermakna kepimpinan pada sesi 09/10 bakal melabuhkan tirai dan menyerahkan kepada kepimpinan akan datang.

Satu lumrah bagi sebuah organisasi,kepimpinannyasilih berganti,yang kekal hanya hadaf yang ingin dibawa.

Aku pernah merasai detik menjadi seorang AJKT,namun tidak pernah merasai bahang MAT sebagai seorang AJKT yang pastinya akan disoal tugasnya.

Pada tahun lepas kata orang sangat 'panas' suhunya.sehinggakan kehadirannya mencecah break record.tidak pernah seramai itu kehadiran ke MAT.sesuatu yang positif di situ.MAT yang digunakan untuk mengpost-motem kepimpinan digunakan sebaik mungkin oleh ahli.berduyun-duyun datang,itu sudah bagus.

Yang tak sedapnya,ada juga yang datang untuk 'menghentam' kepimpinan dan persatuan.aku bukan ingin membuka pekung,tetapi ini realiti.anggaplah tulisan ini satu teguran.Memang tidak puas hati itu perkara biasa,tetapi menghentam dengan teruk kepimpinan itu aku tidak sokong.kita punya bahasa,kita punya ilmu,kita punya adab,mana pergi semua itu?tidak adil rasanya untuk memaki hamun kepimpinan hanya kerana khilaf yang kecil.kita pelajar agama,punya levelnya yang tersendiri di dalam masyarakat.jadi,fikir-fikirkanlah.aku tidak menghalang mana-mana individu yang ingin menegur kepimpinan,tetapi biarlah berbahasa.

Mereka juga manusia biasa seperti kita.ada tanggungjawab yang sama seperti kita,namun mereka mempunyai kelebihan daripada kita kerana diberi Allah ruang yang besar untuk membuat pahala.kita yang menjadi ahli ini,tolong-tolonglah mereka,bukan hanya tau bercakap itu dan ini tetapi tangan tidak pernah dihulur untuk membantu.

Mereka membawa persatuan yang bertunjangkan al-Quran dan as-Sunnah,berkongsilah pahala itu bersama mereka.jika tidak pandai membantu,jangan pandai 'membaling batu'.

Umat Islam di Amerika kagumi Tok Guru Nik Aziz


KOTA BHARU, 22 Julai: Biar pun ada pemimpin Umno cuba memperlekehkan taraf ulama yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya masyarakat Islam di Amerika Syarikat begitu mengkaguminya.

Perkara itu didedah imam besar masjid di Baltimore, Amerika Syarikat, Dr Mohamad Bashar Arafat ketika mengunjungi Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim semalam.

Beliau yang juga Presiden Civilizations Exchange & Cooperation Foundation Amerika Syarikat berkata, ramai di kalangan penduduk Islam di negara kuasa besar terbabit mengenali nama Mursyidul Am PAS itu.

Katanya, biar pun sudah lama mendengar orang sebut namanya hanya baru semalam dapat bersua muka dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

”InsyaAllah saya akan berusaha memperkenalkan Kelantan di Amerika Syarikat terutamanya kepada umat Islam yang ingin mendalami ilmu agama Islam.

”Di sini suasana pembelajaran agama begitu menarik sekali. Sesuailah Kelantan dipanggil Serambi Mekah, seharusnya menjadi tumpuan dari pelusuk dunia menuntut ilmu agama di sini," ujar beliau.

Beliau berulang kali melahirkan rasa terharu kerana dapat berjumpa dengan tokoh agama yang begitu dikaguminya.

Dr Mohammad Bashar juga memberitahu yayasan yang diterajuinya akan berusaha membantu Kelantan dalam bidang pendidikan terutamanya berkaitan penguasaan bahasa Inggeris.

Menurutnya program itu boleh diadakan dengan menganjurkan pertukaran pelajar dengan kerjasama kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

"InsyaAllah saya akan usahakan perkara ini agar umat Islam di Kelantan dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik,” katanya.

Kunjungan beliau turut disertai Kaunselor Perhubungan Awan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Scott M.Rauland dan Pegawai Perhubungan Awan, Riazurrahman Sadayan.

Jongkong Emas Pertama Kelantan berjaya dihasilkan


TANAH MERAH, 23.Julai, Biarpun Kelantan ditekan dari mendapat sumber dari kerajaan pusat dalam pelbagai bentuk dan terbaru tuntutan royalti minyak yang dinafikan haknya tidak mematahkan semangat kerajaan negeri dalam usaha mencari sumber pendapatan lain seperti hasil balak dan terbaru hasil dari sumber galian emas.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Kelantan dianugerahkan dengan pelbagai sumber termasuklah perlombongan emas yang diusahakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan dan Syarikat dari China CNMC Goldmine Limited.
Turut hadir dimajlis perasmian jokong emas pertama tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan,Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah, Adun Gual Ipoh Wan Yusuf Wan Mustapha dan Pengerusi Eksekutif PKINK Sabri Abdullah.

Nik Abdul Aziz juga berkata biarpun Kelantan dinafikan hak untk mendapatkan hak sebanyak 5 peratus dari hasil royalti minyak yang dkeluarkan dari perairan milik negeri ini, namun ia tidak mematahkan usaha untuk menuntut hak tersebut termasuklah melalui tindakan Mahkamah.

” Kini Alhamdulillah, Kelantan telah dianugerahkan sumber galian dari perut bumi dan dengan sedikit hasil ini ia boleh digunakan untuk menafaat rakyat negeri, semoga Allah meningkatkan lagi hasil kerajaan negeri Kelantan”ujar beliau.

Buat Kali pertama jokong emas di Kelantan dapat dihasilkan dengan berat 2.975 kg yang dianggarkan bernilai RM400 ribu dihasilkan di dalam tanah seluas 975 hektar bermula enam tahun lalu.
Sementara itu Pengerusi Eksekutif CNMC Goldmine Limited Lin Xian Xiong berkata jokong emas tersebut diproses terus di kilang yang dibina di kawasan tersebut.

Pihaknya telah memulakan usaha hampir enam tahun dan Kelantan telah dapat mengeluarkan emas sejak berpuluh tahun lalu tetapi ini kali pertama ia diproses dalam bentuk jokong dan memudahkan pemasarannya.

“Kawasan ini telah dipajak dari kerajaan Kelantan dan kita perlu membayar sejumlah 5 peratus royalti kepada kerajaan negeri dan 3 peratus kepada PKINK”ujar beliau.
Syarikat pengeluar emas ini juga mengganggarkan hasil tahunan dapat dicapai 300 hingga 500 kilogram dalam masa setahun.


Bagi Pengerusi Eksekutif PKINK, Sabri Abdullah ketika ditemui berkata PKNIK telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk menguruskan kawasan tersebut dan PKINK hanya terlibat dalam memantau penggunaan kawasan yang diperuntukkan tersebut dan dari segi sumber kewangan ia tidak terlibat” kata beliau.
” Dalam memastikan syarikat ini mengikut kehendak kerajaanm, PKINK telah menempatkan beberapa pegawai agar dapar memantau operasi perlombongan disampin ia juga dikawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar agar hutan di sekeliling kawasan perlombongan tidak dicerobohi dan dicemari”kata beliau.

Ulama resah Krisdayanti cium suami orang



JAKARTA - Perbuatan penyanyi terkenal, Kris- dayanti mencium kekasihnya, Raul Lemos di depan wartawan pada satu sidang akhbar kelmarin telah mendapat reaksi daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor sebuah akhbar semalam.

"Mungkin tindakan itu melanggar moral, tetapi dianggap biasa berdasarkan tanggapan kewartawanan," kata Ketua MUI, KH Hamidan semasa dihubungi dengan telefon bimbitnya di sini semalam.

Menurutnya, perbuatan itu dianggap tidak sihat untuk dilihat oleh orang awam.

Krisdayanti yang popular dengan lagu Menghitung Hari mencium kekasihnya itu di sebuah restoran di Jakarta kelmarin.

Ketika ditanya menganai harapan isteri kekasih Krisdayanti, Silvalay Noor Arthalia yang meminta MUI menegur suaminya dan penyanyi itu kerana melakukan perbuatan tidak senonoh, Hamidan enggan mengulas lanjut.

"Ya, itu yang kami lihat adakah ia mempunyai kaitan pornografi atau pornoaksi. Namun, ia bukan bidang MUI," kata Hamidan.

Buat masa ini, kekasih Krisdayanti itu yang merupakan seorang ahli perniagaan Timor Leste masih belum bercerai secara sah dengan isterinya.

Menurut Hamidan, pihaknya berasa resah dengan perbuatan Krisdayanti kerana kini Indonesia dihantui dengan skandal video lucah melibatkan penyanyi Ariel Peterpan, pengacara terkenal, Cut Tari dan Luna Maya.

"Jelas, bagaimana kesannya ke atas anak-anak mereka, masyarakat umum dan isteri (Raul) itu. Kami berasa resah," katanya. - Agensi

Bubar Perkasa dan Umno, bukan PAS - Idris Ahmad


KUALA LUMPUR, 23 Julai: "Biar Perkasa dan Umno yang bubar dahulu, bukan suruh PAS," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengulas cadangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim semalam mencadangkan agar Umno dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang menggabungkan ciri Islam dan nasionalisme Melayu sekiranya kedua-dua parti enggan duduk semeja dan mengadakan perbincangan bagi menyatu padukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Namun menurut Idris, Perkasa memberikan cadangan demikian kerana mereka sendiri menyedari bahawa Umno sudah tidak relevan lagi dan memerlukan perubahan agar dapat diterima rakyat.

"Mereka beri cadangan ini sebab pada mereka sendiri pun, mereka sudah nampak Umno itu tidak betul dan Umno sudah dianggap tidak relevan sebab itu mereka cadangkan supaya Umno dibubarkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ujarnya, meskipun Perkasa mengangap pertubuhan itu sebagai bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik, namun idea dan tindak tanduknya menyamai Umno.

"Perkasa ini memang Umno pun. Walaupun Perkasa ini dilihat nak rebranding balik semangat nasionalis mereka, tapi acuan yang sama (dengan Umno).

Tegasnya juga, Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan atas dasar semangat perkauman tidak seharusnya memberikan cadangan demikian, sebaliknya harus 'mencermin' diri mereka dahulu.

"Perkasa memang tidak layak nak bagi cadangan begini. Dia itu siapa nak cadangkan kita (PAS) parti besar ini nak bubar.

"Awak (Perkasa) itu bukan parti pun. Hanya hidup atas sentimen sahaja. Tidak ada asas pun," katanya.

Semalam, Ibrahim Ali mencadangkan ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang bebas daripada pengaruh politik untuk menjadi perantara rundingan antara Umno dan PAS.

Beliau mencadangkan jawatankuasa itu dinamakan Jawatankuasa Pemandu Ke arah Pembentukan Perpaduan Melayu Islam dan perlu dianggotai 15 orang terdiri daripada tokoh agama seperti mufti, cendekiawan dan bekas pegawai tinggi kanan kerajaan.

Rabu, 21 Julai 2010

Perpaduan Melayu Satu Retorik!

PERPADUAN.Sekali lagi slogan ini dimainkan.aku bukanlah anti-perpaduan.perpaduan itu indah,yang tak indahnya bila ia menjadi permainan politik kotor.Sekali lagi UMNO ingin memerangkap PAS dalam isu ini.aku memerhatikan gerak tari UMNO yang sudah hilang arah.Selepas apa yang telah berlaku dulu,mana mungkin PAS terkena lagi.Sejarah tidak pernah menipu.

Isu ini bertambah buruk bila seorang Mufti cuba campur tangan dalam masalah ini.Persoalannya.kenapakah UMNO benar-benar ingin bersatu dgn PAS?Kenapa tidak bersama juga PKR yang juga Melayu?Apakah nasib melayu lebih terbela dengan perpaduan retorik ini?Dan pelbagai persoalan boleh ditimbulkan lagi.53 Tahun memerintah,apa yang UMNO lakukan untuk melayu?sepatutnya umat melayu lebih berharta.tapi apakan daya,pemimpin melayu bukan mencari harta untuk rakyat,tetapi untuk kaum keluarganya sahaja.Sedarlah melayu,kita ditipu hidup-hidup selama setengah abad.

Aku sokong kenyataan T.G Nik Aziz yang menyarankan kepada UMNO untuk menukar dasar perkaumannya dahulu sebelum ingin bersatu dengan PAS.Minyak dan air tidak mungkin bersatu,hak dan batil tidak mungkin sama jalannya.satu ke syurga,satu ke neraka.Jika betul UMNO berjuang untuk melayu,bagaimana dengan nasib melayu tulen kelantan.Rayalti mereka di mana?ini umat melayu,bukan cina mahupun india.pemimpinnya juga melayu,ulama' pulak tu.tapi di mana hak mereka?jangan terpedaya wahai rakyat jelata.Perpaduan ini suatu muslihat besar.Umat melayu lebih mulia tanpa UMNO,percayalah.Melayu di dalam PAS dan PKR lebih sayangkan Bangsa melayu dan bahasanya dari Melayu UMNO.Kita dah hilang banyak perkara di bawah UMNO.Sudah tiba masanya untuk kita menanam UMNO hidup-hidup dari bumi ini.parti racist ini tidak lagi relevan untuk zaman ini.Jangan terus diperbodohkan mereka dengan propaganda jahat di media-media dajal mereka.wacau!!

Selasa, 20 Julai 2010

Tarian Dabus: Nantikan Di Bumi Mesir!

Aku sekarang tengah dok sibuk berlatih seni tari.alahai,mesti ada yang tengah gelak sambil tergolek-golek baca statement ni.memang betul der,aku dan beberapa penari-penari berbakat yang lain sedang dalam rangka latihan untuk persembahan pada PMHK PMRAM nanti.satu kelainan yang ingin kami bawakan pada tahun ni yang akan mengetengahkan seni budaya Perak yang hampir pupus ditelan zaman iaitu TARIAN DABUS.Aku pun tak pasti apa sejarah disebalik tarian dabus ni.Tapi tarian ni memang sheshuai untuk kaum lelaki la.boleh jer kaum hawa nak menari,tapi mengikut syara' la.jangan dok ikut macam penari-nari kat malaysia nun.

Yang syoknya,kumpulan kami ni semuanya tak tau menari,first time dengar lak tu,lepas tu masa yang terlalu singkat untuk kami berlatih.tak ker letih guru tari nak ngajar.Asal idea untuk mengetengahkan seni tari dabus ni datang dari Ustaz Zahid T.S/U PMRAM sekarang.Aku ingat lagi,mula-mula beliau mencadangkan kepada exco Perak pada sesi lepas pada muhasabah separuh penggal.masa tu aku exco la.huhu!kami yang tak tau apa ni terpinga-pinga la mendengar cadangan tu.tapi takpa la,kami cuba usahakan.dan tahun ni terlaksana jugak idea dan cadangan ust Zahid tu.Alhamdulillah.

Dabus tu bukan gabus yang macam gitar tu.jangan korang salah faham pulak.dabus tu sejenis alat yang boleh dipegang dan ditengok,ada loceng dan apabila digoncang menghasilkan bunyi yang sedap.gitulah alatnya,aku pun tak pernah pegang benda tu.tapi lebih kurang la.

Sesiapa yang rasa nak tengok persembahan kami,sila hadirkan diri anda pada hari persembahan PMHK nanti.jangan malu-malu,jangan segan-segan.biarlah kami malu dulu untuk memastikan seni budaya Perak terus dipelihara.huhuhu!ayat poyo!

Pihak kumpulan seni budaya Perak berharap jangan la kutuk-kutuk kami nanti.tolonglah!kami remaja baru belajar.salah dan silap tu biasala.wacau!

Isnin, 19 Julai 2010

Aku Tahu Sebabnya!

Susahnya untuk mencari idea sekarang ni.kalau dulu siap ada senarai tajuk yang hendak ditulis untuk 3-4 hari.tapi kini tidak lagi,ketandusan idea semakin menjadi-jadi.mungkinkah kerana semangat menulis yang makin pudar?huhh...nauzubillah.aku kena cari sebabnya nanti.takut-takut terkena penyakit MALAS yang menjadi musuh utama.

Kehangatan menulis masa mula-mula bangkit dulu seperti dah bertukar suam-suam kuku.tak guna untuk aku merengek mencari kesalahan.mungkinkah ini satu ujian yang menimpa diri.ahhh!aku tau sebabnya,sebab aku menulis bukan cara aku,itulah aku jadi tak berapa nak selera menulis.ya!aku dah dapat jawapannya.aku kena menulis gaya aku.gaya bahasa milik aku sendiri.bukan tiruan ikut-ikutan orang.haha!patutlah pun.

Aku perlu kembali kepada asal.aku tak perlu skema-skema macam orang lain.akukan pengkritik bebas.mesti kena ada gaya tersendiri mengolah ayat.kenapa aku terlalu jauh menyimpang dari cara aku.patutlah ramai kawan-kawan tegur.patutlah blog aku makin kurang pengunjung tak macam masa aku tengah panas dulu.

ermm...nampak gayanya aku kena bertindak untuk berubah.bagi memastikan aku terus menulis dan terus menulis,mengkritik dan terus mengkritik.masing-masing ada pandangan yang perlu dipertahankan.mahasiswa perlu bijak bukan sahaja dalam pelajaran,malah dalam mengolah hidup.baru namanya mahasiswa.itu sebab aku antara penentang akta zalim AUKU.Bagi aku mahasiswa tidak boleh diikat oleh apa-apa dokrin yang mengikat gerak langkah mereka.jika kerajaan mengiktiraf mahasiswa adalah pemimpin hari esok,AUKU perlu dihapuskan.Sesiapa sahaja didunia ini boleh dikritik kecuali Allah dan Rasul.jangan takut kepada kritikan pedas mahupun panas.memang tiada manusia yang menyukai dikritik,tetapi tak semestinya dia tidak layak dikritik.Kalau korang nak kritik akupun,kritiklah.aku sedia menerimanya.

Sabtu, 17 Julai 2010

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'

malaysiakini

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

azlanKetika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

azlanYang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

NONEAlasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

NONEAkhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.

Jumaat, 16 Julai 2010

Bapa saman tiga anak lelaki RM2 juta


kosmo

SHAH ALAM - Perebutan harta pusaka antara anak-beranak menyebabkan tiga bersaudara didakwa sanggup menipu dan mengurung bapa kandung mereka bagi memaksa warga emas itu menandatangani surat akuan menyerahkan dua lot tanah tiga tahun lalu.

Trauma dengan kejadian itu, bapa malang itu, seorang bekas pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyaman ketiga-tiga anak lelakinya dan menuntut ganti rugi RM2 juta demi menuntut kembali haknya selain membela nasib dirinya.

Plaintif, Baharom Long, 85, hadir memfailkan saman tersebut di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini semalam menerusi peguam Muhd. Azmi Talib.

Dalam writ saman tersebut, Baharom menamakan tiga anak lelakinya iaitu Md. Hanafiah, 55, Zakariah, 52, dan Musa, 50, sebagai defendan.

Plaintif bagaimanapun mempunyai dua orang anak lelaki lain iaitu Roslan, 48, dan Azizan, 44.

Berdasarkan pernyataan saman tersebut, plaintif mendakwa, pada November 2007, dirinya dikurung di salah sebuah rumah defendan dan dipaksa oleh defendan menandatangani surat yang tidak diketahui isi kandungan.

Bagaimanapun, dakwa plaintif lagi, selepas memperoleh salinan surat tersebut, dia mendapati surat itu merupakan surat akuan bersumpah berhubung pembahagian dua lot tanah miliknya dan arwah isteri, Maimunah Husin yang telah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.

Menurut plaintif, dua lot tanah yang menjadi rebutan defendan terletak di Selayang Baru dan Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini.

Plaintif mendakwa, kesemua defendan secara bersama atau berasingan menipu dan memanipulasi kedudukannya sebagai pemilik tanah bagi memaksa dirinya menandatangani surat akuan bertarikh 3 Disember 2007.

Plaintif seterusnya mendakwa, kesan perbuatan kesemua defendan yang merupakan anak-anaknya, dirinya mengalami trauma yang serius, sentiasa dalam ketakutan apabila berada seorang diri malahan menjadikan dirinya seorang yang prejudis.

Melaka Ada Sultan?


SERDANG: Umpan digunakan sebuah syarikat pelaburan bukan calang-calang kerana dikatakan sanggup mengeluarkan modal menyewa sebuah kereta mewah model Rolls-Royce bernilai RM2.85 juta untuk meyakinkan pelabur asing.

Bagaimanapun, gimik pihak terbabit berakhir apabila polis merampas kereta mewah berkenaan dan menahan seorang lelaki selepas curiga dengan nombor pendaftaran digunakan.

Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, hasil siasatan mendapati kereta mewah terbabit sengaja dipamerkan pihak penganjur bertujuan meyakinkan pelabur asing yang hadir dalam majlis pelancaran berkenaan.

“Sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar kawasan berkenaan, mendapati kenderaan mewah dipamerkan itu menjadi tumpuan terutama kira-kira 150 pelabur asing dari Hong Kong, China dan Vietnam.

“Curiga keadaan itu anggota polis menghampiri kereta mewah itu,” katanya.
Menurutnya, ketika itu ada tiga lelaki berusia antara 20 hingga 35 tahun yang mendakwa sebagai pemandu dan juga penganjur majlis berada di situ sebelum polis menjalankan pemeriksaan.

Protes rancang turun ke jalan raya

Dzulfikar Mashoor & Nazri Abdullah/harakalhdaily
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) tidak menolak kemungkinan akan mengajak rakyat ke turun ke jalan raya ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) mulai tengah malam tadi.

Penyelaras Protes, Dr. Mohd Hatta Ramli ketika memberitahu perkara itu berkata, tindakan itu bagaimanapun hanya akan diputuskan pada meyuarat Protes yang dijadualkan Ahad ini.

"Kita tidak menolak kemungkinan turun ke jalan raya dalam masa terdekat. Pengalaman kita yang lepas bila rakyat tunjukkan kemarahan, baru kerajaan sedar dan akur dengan kesusahan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai ketika dihubungi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen manakala RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Menurut Najib, dengan kenaikan yang didakwa sebagai 'penyelarasan harga' tersebut, kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM750 juta perbelanjaan negara tahun ini.

Namun bagi Protes, strategi kerajaan itu akan terus membebankan rakyat biarpun kerajaan mendakwa kenaikan itu kecil dan tidak membebankan.

Menurut Hatta lagi, kenaikan tersebut mencerminkan bahawa senario ekonomi negara gagal dipulihkan seperti yang dicanangkan Najib melalui Dasar Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sebelum ini.

"Kononnya akan tumbuh 6 peratus, tetapi kenaikan ini tentunya memberi jawapan sebaliknya," ujar beliau yang juga Bendahari PAS Pusat.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara dengan tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

"RM570 juta (subsidi) mahu diselamatkan, sedangkan kerajaan sanggup berpelanja lebih 800 juta untuk buat istana negara yang baru," ujarnya lagi sambil menganggap bahawa fizikal istana negara yang sedia ada masih dalam keadaan baik.

Sehubungan itu, katanya lagi, tindakan yang dianggap bijak oleh Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I itu bakal meninggalkan kesan berantai pada rakyat.

"Najib mungkin anggap langkah itu bijak dan menguntungkan kerajaan, sedangkan kenaikan harga barang-barang ini sudah tentu memberi kesan berantai (seperti) inflasi dan kos hidup melambong naik," tegasnya lagi.

Mengulas dakwaan kerajaan bahawa pemotongan subsidi ini bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia, Hatta berkata ianya sangat tidak wajar kerana Klinik 1Malaysia bersifat program politik Umno BN.

Semalam, Najib di depan perwakilan Umno Kedah menegaskan bahawa kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat itu sebagai langkah mengurangkan subsidi yang selama ini ditanggung kerajaan.

Namun, beliau tidak pula menjelaskan langkah proaktif kerajaan dalam menangani isu rasuah, ketirisan serta pembaziran dalam urus tadbir kewangan negara yang sebelum ini dipercayai umum lebih besar dari angka RM570 juta subsidi yang telahpun dirampas balik daripada rakyat.

Kesan 'berantai', harga barangan lain mungkin naik

F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula hari ini.

Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu), Tony Lee, bagaimanapun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa.

"Memand
angkan susu pekat mengandungi banyak gula, kenaikan 25 sen sekilogram harga gula pasti memberi kesan yang besar kepada pengeluaran itu.

"Oleh kerana pengumuman rasionalisasi peningkatan harga dibuat hanya semalam, kami perlu membuat penilaian impaknya sebelum kami memutuskan untuk menaikkan harga.

"Harga produk tenusu mungkin meningat 10 sen," katanya kepada pemberita selepas pelancaran imej baharu jenama "TEA POT" hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya.

- Bernama /malaysiakini

Ambil wang rakyat untuk bayar APCO - Anwar


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau.

"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Anwar.

Beliau mengulas kenaikan pelbagai jenis barangan mulai hari ini berikutan penarikan balik subsidi untuk rakyat oleh kerajaan.

Anwar mengecam tindakan itu kerana walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, namun pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.

Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam kenyataan bertulis yang dikeluarnya hari ini.

Bagi beliau, tindakan ini dibuat kerana Datuk Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, katanya.

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan.

Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Bagi Anwar, bekas Menteri Kewangan itu, sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010.

Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, katanya, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

"Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tegas beliau.

"Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan.

Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga,tambah Anwar.

"Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat.

"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," katanya.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.

Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

"Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata," katanya.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Sehubungan itu Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni, tegasnya.