Rabu, 26 Januari 2011

Pertama Dalam Hidup!

Alhamdulillah,kalam syukur dilafazkan tanda kesyukuran tidak terhinga.selepas berhempas pulas hampir 2 bulan,akhirnya imtihan semester pertama berjaya disudahkan semalam.kepenatan dan kelelahannya memang terasa tapi apalah sangat usahaku berbanding para ulama' terdahulu.semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang belajar kerana keduniaan dan lebih tepat kerana sijil.nauzzubillah!!Semoga keputusan yang bakal aku terima nanti setimpal dengan usahaku ini.

Semalam adalah hari yang bersejarah buatku,pertama kali dalam hidup melihat secara live ulama' terulung dan mujadid zaman ini Dr. Yusof al-Qaradowi Hafizullah.Bertempat di Al-Azhar Coference Centre(ACC) Dr. Yusof dan beberapa ulama' agung yang lain seperti Syeikh Ramadhan al-Buiti,Syeikhul al-Azhar Dr. Ahmad Mohamad Taib dan beberapa ulama' yang lain. Tidak kurang dari 10 ulama' berada di ACC memberikan kalam2 mereka.

Aku yang mengetahui tentang program ini hanya lewat petang melalui facebook terus bergegas ke sana bersama seorang kawan.Alhamdulillah,kami sempat mendapat tempat duduk walaupun di 3 baris paling belakang dewan.Perhimpunan ini anjuran Himpunan lepasan al-Azhar yang aku tak ingat namanya.Tajuk yang dibincangkan pun sedaq,keynya "Kesatuan ummah".perbincangan yang baik dan keluar dari mulut orang yang baik2.Disaat umat Islam direjam dengan masalah pepecahan yang meruncingkan,datang ulama'2 ini membincangkannya.walhasil,semoga pemikiran orang yang mendengar perbincangan ini lebih terbuka termasuk aku.

Ok,tamat bab Dr. Yusof.sekarang bab merapu merepek.Bermulalah cuti yang dikira panjang jugaklah hari ni.aku masih buntu mencari perancangan walau ada tugas2 yang menunggu.semoga cuti ni dapat aku manfaatkan sepenuhnya untuk ummah dan masyarakat.Berusaha mencari keredhaan Allah itu yang utama.Enko der ape projek?ada projek baik helo2 la aku yer:)

Jumaat, 21 Januari 2011

Destinasi Abadi!

KEMATIAN.sesuatu yang pasti berlaku kepada seluruh yang bernama makhluk.Segalanya telah ditetapkan oleh Maha Pencipta Rabbul Jalil.bila sampai waktunya,tidak dicepat sesaat,tidak dilambat walau sesaat.

Manusia berbilang ragam menyambut kematian.cara kematiannya juga bermacam cara.Allah maha kuasa atas segala sesuatu.terbuka hati untuk menulis post kematian ini adalah signifikan daripada kematian Allahyarhamah Nurul Aiman di Iskandariah pada isnin yang lalu.Kematian yang tidak pernah disangka-sangka.Dia pergi tanpa diduga.Allah lebih menyanyanginya.sekalung al-fatihah untuknya.

Di sebalik peristiwa ini adalah iktibar dan pengajaran yang boleh diambil kepada kita yang masih hidup.betapa ajal itu ada di mana2.isunya bukan waktu dan ketikanya,tetapi persediaan kita bagi menghadapinya.Sesuatu yang pasti itu seoalah2 tidak diimani sesetngah manusia.mereka masih lalai dengan duniawi yang menipu dan kosong.dunia diletakkan di hati dan akhirat diletakkan di kaki.mereka itu termasuk aku.masih samar mencari akhirat yang pasti.masih leka dibuai dunia yang mengasyikkan.hati seolah mati dan gelap.nauzzubillah!!

Perjalanan hidup ini adalah jambatan menuju akhirat.betapa jalan ini berliku untuk dilalui.persimpangannya hanya ada dua.samada menuju syurga atau ke neraka.moga Allah tunjuki kita jalan yang benar.

Pintu taubat masih Allah buka untuk kita semua.selagi nyawa bukan di halkum,selagi matahari masih timbul di timur.bertaubatlah di hadapan Allah.walau sebesar manapun dosa yang kita lakukan,rahmat dan keampunan Allah lebih besar dari itu.Tanda kasih sayang Allah kepada kita.

Setiap titisan air mata untukNya akan memadamkan api neraka.menangislah! merintihlah!Allah pasti mendengar rintihan itu.selagi belum terlambat,titiskanlah air matamu meratapi silap dosamu.Semoga di akhir perjalanan nanti,kita menuju jannahNya!

Isnin, 17 Januari 2011

Baca Sampai Nangis!!

Petang tadi aku ke cc untuk menelifon mak,niat yang datang dua hari lepas tu hanya ditunaikan hari ni.banyak dibualkan kami berdua.Alhamdulillah,mak abah sekeluarga sihat.lega rasa hati mendengarkannya.niat di hati menelifon mak hanya satu,ingin memohon doa dan restu dari ibundaku ini.mak tersangat gembira mendengar suaraku,aku juga begitu.mana taknya,lebih seminggu kami tidak bertemu di corong telefon.Alhamdulillah,Allah satukan kami lagi.

Terasa ingin menitis air mata apabila mak mengatakan wang tambah bulan ini untukku akan dimasukkan esok.aku terkejut pada mulanya,mana taknya,aku tak pernah pun meminta wang tambahan dari mak mahupun abah untuk bulan ni,lagipun wang yang dimasukkan dua minggu lepas pun tak habis lagi.aku bertanya kepada mak,jawapan mudah dari mak aku dapat "musim sejukkan cepat lapar,ambiklah buat belanja makan" lagilah aku sebak.tulus dan mulusnya hati mak dan abah.terlalu memahami,terlalu menyanyangi.mana bisa aku membalas jasanya.

Aku tau,mak bukan ada duit sangat,hanya peniaga kecil-kecilan di depan rumah.abah pula hanya persara tentera dan wang pencen itulah diberikan setiap bulan kepadaku.dengan keadaan ekonomi Malaysia yang carca marba lagi membuatkan kesempitan itu terasa.tapi inilah nilai kasih,yang kadang2 tiada pada seorang anak kepada emaknya.mungkin ini nampak kecil bagi seorang jutawan,bagiku ia sangat bermakna.bermakna bukan dari riak nilai wangnya,tapi nilai cinta dan sayang sepasang ibu bapa.

Tiada lain tekad dihati,hanya kejayaan yang aku ingin hadiahkan buat emak dan abah.mereka sudah lama menunggu kepulanganku.Bukan aku tidak mahu pulang,tapi cita2 ku belum terlaksana.

Duhai anak di luar sana,hargailah pengorbanan ibu ayahmu selagi masih ada.kelak kau menyesal kehilangan ibu ayahmu.

Semoga emak dan abah dipanjangkan usia dan dirahmatiNYA.Aku sayang emak!!

Ahad, 16 Januari 2011

Gembleng blogger Pakatan hadapi PRU 13

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tidak ada satu perkara yang paling diharapkan daripada dunia blogger Pakatan Rakyat melainkan untuk melihat BN dan Umno disungkurkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang dan PRU 13 akan datang.

Justeru, Drs Khalil Idham Lim mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dengan kejayaan kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Blogger Pakatan yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

“Sebenarnya saya adalah antara orang yang sentiasa menunggu program seumpama ini bagi memastikan orang seperti kami yang duduk di hadapan komputer di mana sahaja kami berada dihargai bukan dengan kalimat yang tinggi menggunung namun sanggup dipanggil untuk bertatap muka dan diberikan sedikit makanan pengalas perut walaupun setahun sekali, itu rasa sudah memadai,” ujarnya yang mengendalikan blog Cina Islam.

Sebab itu, beliau pernah mengeluarkan pandangan menyokong saudara blogger Milosuam bahawa blogger Pakatan Rakyat semacam tidak digembleng tenaga mereka secara terancang dan bersepadu untuk menghadapi gelombang blogger Umno yang nampak terancang dan dirancang.

“Sebenarnya bagi saya dunia seorang blogger tidak lepas dari sifat keikhlasan dan kejujuran semasa mengeluarkan berita, apa matlamat sebenar pemberitaan dan seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat malam tadi ada dosa dan pahala dan ada kaitan dengan syurga dan neraka serta ditanya kelak di akhirat dengan apa yang ditulis dalam blog masing-masing,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kerana itu, baginya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak sentuhan kerajaan negeri Kelantan dalam pertemuan malam tadi sangat bernilai bagi seorang blogger dan mereka bukan mahukan sanjungan, pujian dan upah.

Katanya, keiklasan mereka datang pada malam tadi dengan biaya poket sendiri dengan meninggalkan kerja masing-masing menuju ibu negara demi memenuhi jemputan dari Kerajaan Negeri Kelantan.

Tambahnya, tanpa disedari di sana ramai yang hadir boleh membuat tuntutan perjalanan dan sebagainya, namum para blogger sudah melupakan itu demi penghargaan yang lebih besar dari nilai wang ringgit.

Menurutnya, yang penting hak dan tanggungjawab yang dilakukan oleh masing-masing mengikut kedudukan.

“Bila ada pengumuman mengenai program tersebut saya cepat-cepat mendaftar diri untuk hadir dan mengosongkan jadual yang lain yang diatur lebih awal.

“Apabila saya menerima jawapan dari email Tarmizi Mat Jam yang mendaftar kehadiran, saya rasa sangat berbangga dan tidak sabar untuk hadir bersama dan memastikan berada di Kuala Lumpur malam tadi walaupun saya sepatutunya sudah di China untuk urusan perniagaan,” katanya.

Masa berjalan dengan cepat sekali, kerana itu beliau menyarankan perkara yang sama dilakukan oleh kerajaan negeri yang lain di bawah Pakatan Rakyat seperti Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang mestilah melakukan program seumpama dilakukan Kelantan malam tadi.

Walaupun cuma datang tanpa makan dan minum, beliau yang juga Adun Titi Serong akan berusaha untuk hadir sekiranya mereka menganjurkan dalam masa terdekat.

“Kalaulah saya di luar negara dan sibuk dengan jadual yang diatur lebih awal, saya akan susun kembali untuk pastikan dapat hadir bersama.

“Selain bertemu pimpinan kerajaan negeri Kelantan, saya juga merasakan keseronokan bertemu dengan rakan-rakan media dan blogger sempena pertemuan malam tadi,” ujarnya.

Baginya, ternyata ia menjadi medan untuk merapatkan silaturrahim sesama blogger dan dengan pimpinan.

“Kamilah yang sedang mempertahankan Kerajaan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dengan pemberitaan di dalam dunia blogger.

“Oleh itu berilah sedikit kredit kepada kami sebagaimana yang dilakukan oleh Kelantan malam tadi,” ujarnya lagi.

Khamis, 13 Januari 2011

Sebuah story tak best!!

Esok imtihan paper ke-2.Lughah arabiah(Adab balaghah),madah paling mencabar buat setakat ni.sempat lagi aku mengarang di sini,bukan apa derr..rindu sangat nak mengarang.so,aku bukalah akaun blogger untuk menaip sambil di pembaringan.jam dah menunjukkan angka 2.15am..mata masih tak boleh pejam.mungkin sebab pemikiran yang tak tenang memikirkan hari esok.

Dua tiga hari aku tak updated ni tak ada cerita menarik yang sampai ke telinga.so tak ada apa yang nak dikongsikan.cuma sikit kot,aku demam n selsema.hahahaha!sorry.bukan aku sorang,tapi hampir kebanyakkan penghuni wisma perak A.yang laki la,yang perempuan aku tak tau.mungkin ini dinamakan virus yang menyerang.selsemakan makhluk virus,so merebaklah ia dengan mudah.hanya doa yang aku panjatkan disamping usaha dengan menelan ubat.semoga Allah menyembuhkan kami semua.

Imtihan pertama hari tu madah mirath,alhamdulillah selesai satu madah.terasa menyesal tak sudah sebab tak bawak kalkulator.akan aku ingat sampai bila2.ingatkan doktor bagi nombor ratus2 jer,sekali ribu2 dah!rasa nak melompat aku masa tu.tak apa la,semoga najah madah tu.Allah maha tahu.ada jugak budak indon bawak kertas luar masuk dalam dewan.sekali kantoi daa!malu bukan kepalang.nasib baik murakib baik tak rampas kertas jawapan dia,cuma ambik kertas tadi jer.selamat budak tu,kalau tak rehat la dua tahun sebab blacklist nama.moralnya-jangan la meniru atau bawak toyol dalam periksa.biar la kita lupa macammana pun,itu lebih baik dari meniru dan menipu.ya,manusia tak nampak.tapi Allah tak pernah lalai dan leka.sekali Allah nak tunjuk,depan batang hidung ko terhina.ilmu agama ni memang susah,kena ngafal,ingat,mengarang pulak tu.tapi inikan adat belajar,kena susah dulu,senang kemudian.

ok la derr,aku undur dulu.tiba2 jadi lemah,mungkin effect ubat yg aku mkn tadi.doakan kita smua berjaya.salam alaik

Sabtu, 8 Januari 2011

Nak Tayang Jadual Imtihan!!

Assalammualaikum...Alhamdulillah Allah beri kelapangan waktu buatku berkarya di sini.tak ada apa nak diceloteh,tapi nak tayang jadual imtihan yang tinggal hanya dua hari.silakanlah melihatnya.

10/1 - Ahwah syahsiah (Mirath)
13/1 - Lughah arabiah (Adab balaghah)
17/1 - Manhaj dakwah
20/1 - Bahasa Inggeris
24/1 - Tafsir ayat Ahkam

Padat dan ketat jadualnya.semangat pun tengah meninggi ni.doa2kan lah kita semua berjaya yer.semua inginkan kejayaan,membezakannya hanya usaha dan doa.teringat kalam ustaz Abu Nashar (Indonesia) masa motivasi hari tu,Katanya usaha tanpa doa=SOMBONG,doa tanpa usaha=BOHONG,aku pulak tambah,kalau tanpa keduanya=BENGONG. So,berusaha dan berdoalah selagi ada masa.aku tengok pun kehangatan imtihan ni mula membahang walaupun musim sejuk beku ni.tapi ada jugak yang buat tak tau jer.ntah la,dia ada starategi hafal cepat kot.apa2 la labu,asal kau bahagia.

Dikesempatan ni aku nak memohon ampun dan maaf kepada semua andai ada kalam aku di dalam blog suka suki saya ni menyakitkan hati kome,biasa la,aku tulis memang untuk orang pun,bukan beruang.aku tak niat untuk buat sebarang kontroversi murahan,tapi dah aku nak tulis.up to me la..sorry,minta maaf,affuan kepada semua.siapa2 yang minat kontroversi,kita sambung lepas imtihan la yer.kebenaran tetap kebenaran,yang salah tetap perlu dibetulkan.

Aku berpesan kepada diri sendiri dan kome semua,dekatkan lah diri dengan Allah sedekat-dekatnya.bukan sebab imtihan,itu mengampu namanya.niatkan lah hanya kerana-Nya yang esa.Aku berlindung dari niat yang songsang dari landasannya.Kat mesir ni niat paling penting,banyak dah berlaku di depan mata aku orang2 yang rebah disebabkan niat yang salah.perbaikilah diri,hiasilah peribadi.salam imtihan buat semua mahasiswa/wi al-Azhar yang cool.Study molek2 sampai tergolek2..doakan daku dalam sujudmu.ilal liqa'!!

Khamis, 6 Januari 2011

Hanya Aku Yang Faham!!

Bertemu lagi diruangan yang sempit dan panas ini.tempat yang dihasilkan untuk aku berkarya.karya yang bukan hanya fiksi dan ilusi,tetapi realiti.pernah satu ketika blog ini mencipta panas yang memanaskan pihak yang terpanas.tapi kini tidak lagi memanaskan si pemanas.ayat apa ni?inilah seni,hanya aku yang memahami.

Aku nak tulis apa ni?-ikut suka aku la-nama blog pun suka suki saya.periksa makin dekat,rehat makin singkat,kopi makin pekat,otak sudah likat.bila hampir nak periksa ni terasa macam best pulak.aku makin kelihatan rajin.ajaib..ya,sangat ajaib.tido ingt buku,main pes ingt buku,tengok cerita pegang buku,mandi tinggal buku.wow!!dunia bukuku.tapi takkan sebab pekse kot derr?la,memang sebab pekse la ni.kelam kelibut dibuatnya.bukan apa,risau sangat,takut sangat,gabra sangat nak hadapi pekse.dah bertahun2 pekse pun masih lagi gementar.what wrong with u??tanya aku kepada aku.i dont know.u know?i dont know too!

Aku tak bajet lepas ni boleh berkarya lagi ke tidak sebelum pekse ni.im busy la skarang.ni pun sebab tak ngantok lagi.pagi tadi dah balun semacam.opss!!terkantoi sudah!lantok ler.dah sejuk bebeno.sedap tido.tapi teman qado la study balik lepeh tu.solat subuh tak qado,jgn riso..tepat pada waktu punyer.Tadi petang hujan renyai di sini.sejuk le sesangat.Tapi teman kuor jugok,dah lapo.anginnye fuyoo..macam dalam peti ais.^aku dah mula merapu^.ok la,stop merapu.nanti ape kate plak adik puteh.dia dah la bloger power.keh keh keh!ni cara aku menulis,suka tak suka kome jangan komplen,i dislike la komplen2 ni.nak baca,silakan,tak nak baca pun,silakan..dakwah tak semestinya dengan ayat skema yang membosankan.sekali sekala berjenaka lah.tak salahkan..Aku doakan kawan2 aku berjaya,kome pun doakan lah aku berjaya.niatkan lah kejayaan ini hanya untuk Islam dan keluarga.masih ada masa,pulunlah dgn hati yg tenang

Isnin, 3 Januari 2011

Ucapan Anak Sulong 2011

Tahun 2011 baru saja memulakan langkahannya.maka pergilah 2010 dengan pelbagai kisah suka dan duka umat manusia di dalamnya.bagi aku,2010 adalah tahun yang seimbang dan penuh kisah.namun,ia telah berlalu dan meninggalkan kita.di depan mata kini 2011 yang bakal dicorak.semoga corak yang dilakar bakal mencipta sejarah.

Tahun ini penuh keajaiban,mana taknya,hari permulaannya pun sudah pelik 1.1.11..angka yang penuh misteri lagi sendiri.sebab itulah aku memilih tema tahun ini 'mencipta keajaiban'.ya,mencipta keajaiban.keajaiban yang bakal mencipta sejarah peribadi.siapa sangka,segalanya bukan mustahil.

Tahun ini bermula agak menyedihkan bagi ahli2 PMRAM.Ini kerana BKAN Melaka yang asalnya di bawah naungan PMRAM telah dinafikan haknya dan ingin digantikan dengan IMAM.Aku malas cakap banyak,sebab takyah cakap pun tau ini mesti kerja orang PAS yang jadi kepimpinan negeri Melaka di Malaysia.tak patut betul la.tak 1Malaysia langsung.Takut betul dengan mahasiswa mesir KM PAS ni.Tapi jangan takut,kita simpan undi masing2 untuk PRU 13 nanti.tu jer cara nak ajar.cakap banyak pun tak guna.anak muda pemegang undi terbanyak dalam negara.apa nak takut.ini bukan politik yer,ini kempen.hahahaha!takut betul orang nak berpolitik.depa tu berpolitik depan mahasiswa boleh pulak.mengong!!

Imtihan dah hampir,seminggu lebih jer lagi.gerun pun ada,maklum la dah lama tinggal buku.sekali muqarrar tu dia punya banyak.apa lagi,pulun la kasi alim..apa2 pun aku minta doa kawan2 yang dikenali atau tidak.moga Allah membalas doa2 ikhlas korang tu.kawan2 yang senasib dengan aku tu,aku ucapkan selamat membaca buku buat semua.lakukan yang terbaik disamping doa yang terbaik.sama2 kita lakarkan keajaiban pada tahun ini.terus menuju puncak.jangan toleh2 lagi.soleh2 takpe.Jaga kesihatan yang Allah bagi tau.love u all.tata tutu titi!maas salamah!