Alhamdulillah,kalam syukur dilafazkan tanda kesyukuran tidak terhinga.selepas berhempas pulas hampir 2 bulan,akhirnya imtihan semester pertama berjaya disudahkan semalam.kepenatan dan kelelahannya memang terasa tapi apalah sangat usahaku berbanding para ulama' terdahulu.semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang belajar kerana keduniaan dan lebih tepat kerana sijil.nauzzubillah!!Semoga keputusan yang bakal aku terima nanti setimpal dengan usahaku ini.
Semalam adalah hari yang bersejarah buatku,pertama kali dalam hidup melihat secara live ulama' terulung dan mujadid zaman ini Dr. Yusof al-Qaradowi Hafizullah.Bertempat di Al-Azhar Coference Centre(ACC) Dr. Yusof dan beberapa ulama' agung yang lain seperti Syeikh Ramadhan al-Buiti,Syeikhul al-Azhar Dr. Ahmad Mohamad Taib dan beberapa ulama' yang lain. Tidak kurang dari 10 ulama' berada di ACC memberikan kalam2 mereka.
Aku yang mengetahui tentang program ini hanya lewat petang melalui facebook terus bergegas ke sana bersama seorang kawan.Alhamdulillah,kami sempat mendapat tempat duduk walaupun di 3 baris paling belakang dewan.Perhimpunan ini anjuran Himpunan lepasan al-Azhar yang aku tak ingat namanya.Tajuk yang dibincangkan pun sedaq,keynya "Kesatuan ummah".perbincangan yang baik dan keluar dari mulut orang yang baik2.Disaat umat Islam direjam dengan masalah pepecahan yang meruncingkan,datang ulama'2 ini membincangkannya.walhasil,semoga pemikiran orang yang mendengar perbincangan ini lebih terbuka termasuk aku.
Ok,tamat bab Dr. Yusof.sekarang bab merapu merepek.Bermulalah cuti yang dikira panjang jugaklah hari ni.aku masih buntu mencari perancangan walau ada tugas2 yang menunggu.semoga cuti ni dapat aku manfaatkan sepenuhnya untuk ummah dan masyarakat.Berusaha mencari keredhaan Allah itu yang utama.Enko der ape projek?ada projek baik helo2 la aku yer:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan