Petang tadi aku ke cc untuk menelifon mak,niat yang datang dua hari lepas tu hanya ditunaikan hari ni.banyak dibualkan kami berdua.Alhamdulillah,mak abah sekeluarga sihat.lega rasa hati mendengarkannya.niat di hati menelifon mak hanya satu,ingin memohon doa dan restu dari ibundaku ini.mak tersangat gembira mendengar suaraku,aku juga begitu.mana taknya,lebih seminggu kami tidak bertemu di corong telefon.Alhamdulillah,Allah satukan kami lagi.
Terasa ingin menitis air mata apabila mak mengatakan wang tambah bulan ini untukku akan dimasukkan esok.aku terkejut pada mulanya,mana taknya,aku tak pernah pun meminta wang tambahan dari mak mahupun abah untuk bulan ni,lagipun wang yang dimasukkan dua minggu lepas pun tak habis lagi.aku bertanya kepada mak,jawapan mudah dari mak aku dapat "musim sejukkan cepat lapar,ambiklah buat belanja makan" lagilah aku sebak.tulus dan mulusnya hati mak dan abah.terlalu memahami,terlalu menyanyangi.mana bisa aku membalas jasanya.
Aku tau,mak bukan ada duit sangat,hanya peniaga kecil-kecilan di depan rumah.abah pula hanya persara tentera dan wang pencen itulah diberikan setiap bulan kepadaku.dengan keadaan ekonomi Malaysia yang carca marba lagi membuatkan kesempitan itu terasa.tapi inilah nilai kasih,yang kadang2 tiada pada seorang anak kepada emaknya.mungkin ini nampak kecil bagi seorang jutawan,bagiku ia sangat bermakna.bermakna bukan dari riak nilai wangnya,tapi nilai cinta dan sayang sepasang ibu bapa.
Tiada lain tekad dihati,hanya kejayaan yang aku ingin hadiahkan buat emak dan abah.mereka sudah lama menunggu kepulanganku.Bukan aku tidak mahu pulang,tapi cita2 ku belum terlaksana.
Duhai anak di luar sana,hargailah pengorbanan ibu ayahmu selagi masih ada.kelak kau menyesal kehilangan ibu ayahmu.
Semoga emak dan abah dipanjangkan usia dan dirahmatiNYA.Aku sayang emak!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan