Isnin, 9 Mac 2009

Sunnah orang berjuang

Hari ini tanggal 12 rabi' al-awal..tarikh di mana lahirnya insan teragung di langit dan di bumi yang lahirnya telah ditunggu2 oleh seluruh makhluk..insan yang membawa rahmat keseluruh alam buana, memadamkan api kejahilan umat jahiliyah..lahirnya sebagai utusan terakhir yang memikul beban dakwah...dialah baginda Nabi Muhammad S.A.W...nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah kpd umat manusia yang membawa panji2 Islam..hasilnya,tersebarlah sudah agama Islam yang suci hasil dari kerja2 dan usaha2 yang telah baginda lakukan..bukan mudah dan bukan dijanjikan dengan permaidani merah..walaupun baginda insan ma'sum dan kekasih Allah..namun perjuangan baginda penuh dengan ujian dan rintangan..perit dan getirnya hanya Allah yang mengetahui..namun perit dan getir itu hanya seketika..kerna janji Allah sentiasa dalam genggaman baginda..inilah sunnah perjuangan sebenarnya..kalau baginda nabi pun melalui perit getir ini,inikan pula kita insan biasa...luka dan darah menjadi habuan hatta nyawa sekalipun..namun adakah sebab mehnah dan tribulasi ini kita perlu berhenti dari berjuang..tidak sahabat2..perjuangan ini perlu diteruskan jua..menyambung kerja yang ditinggalkan nabi kpd kita..islam telah sempurna..namun keizzahannya perlu dipelihara sampai bila2..tambahan di zaman yang penuh dgn fitnah dan mehnah ini..jadilah mata rantai yang menjadi penyambung dakwah nabi..duduklah di posisi masing2,berjuanglah dgn cara tersendiri asalkan prinsip dan pegangan tidak lari dari landasannya..semoga kita menjadi mata rantai yang menjulang kegemilangan Islam..banyakkan selawat ke atas nabi agar cinta dan kasih kita terus bersemi kpd insan yang teragung dan mulia ini..sollu 'ala nabi..('/)

Ahad, 8 Mac 2009

Peranan kita

Dah lama aku tak menulis. Himpunan tugas yang mengejar2 membuatkan aku letih sedikit untuk minggu ni. Tapi aku rasa seronok dengan tugas2 aku..bukan niat untuk mengatakan diri ini hebat, tapi sekadar untuk meluahkan rasa di jiwa.
Setiap org ada peranannya masing2 di muka bumi Allah ini. Aku dengan cara aku, org lain dgn cara org lain..kerja2 islam terpundak kepada semua org mengaku 'tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah'..
Hebatnya Allah menjadikan manusia itu berbilang-bilang bangsa dan warna kulit kerana dengan kepelbagaian inilah yang menjadikan manusia itu unik. Kita punya peranan masing2 yang perlu dipikul bersama untuk melihat Islam itu terus indah di takhta teragung..Islam pasti akan naik satu hari nanti, namun siapakah yang menjadi mata rantainya..?sama2 kita muhasabah diri dan berubah dari saat ini..