Dah lama aku tak menulis. Himpunan tugas yang mengejar2 membuatkan aku letih sedikit untuk minggu ni. Tapi aku rasa seronok dengan tugas2 aku..bukan niat untuk mengatakan diri ini hebat, tapi sekadar untuk meluahkan rasa di jiwa.
Setiap org ada peranannya masing2 di muka bumi Allah ini. Aku dengan cara aku, org lain dgn cara org lain..kerja2 islam terpundak kepada semua org mengaku 'tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah'..
Hebatnya Allah menjadikan manusia itu berbilang-bilang bangsa dan warna kulit kerana dengan kepelbagaian inilah yang menjadikan manusia itu unik. Kita punya peranan masing2 yang perlu dipikul bersama untuk melihat Islam itu terus indah di takhta teragung..Islam pasti akan naik satu hari nanti, namun siapakah yang menjadi mata rantainya..?sama2 kita muhasabah diri dan berubah dari saat ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan