Putus asa...inilah penyakit bahaya yang selalu menyerang manusia. Putus asa selalu terjadi kpd org yg selalu gagal dalam mengejar apa yang dikehendakinya. Gagal dan terus gagal yang menimpa diri mengakibatkan turunnya motivasi diri sekaligus individu itu akan futur. Tentulah makin besar matlamat yang hendak dicapai makin besarlah kegagalan atau cabaran yang akan ditempuhi.
Jika di lihat kpd sirah para nabi dan rasul terdahulu, tidak sdkt yg menimpa musibah dan cabaran ketika membawa panji dakwah Islam..ini kerana ape, krn matlamat mrk sgt besar..matlamat mrk ialah utk memastikan Islam tertegak dan tersebar di seluruh pelusuk alam...nabi Muhammad s.a.w ketika cuba masuk ke thoif utk menyebarkan risalah dakwah disambut oleh penduduk ketika itu dgn balingan batu dan najis yg mengakibatkan tertumpahnya darah suci baginda..namun baginda tidak putus asa dgn apa yg berlaku,baginda terus merancang strategi dakwah dgn lbh terperinci lg dgn melakukan hijrah pertama umt Islam ke Madinah munawwarah..akhirnya tertegaklah kerajaan Islam pertama di Madinah..inilah peristiwa yang boleh kita ambik pengajaran dan iktibar dari kekuatan semangat seorang utusan Allah yang tidak kenal erti putus asa..banyak lagi kisah perjuangan para nabi dan rasul yang boleh kita ambil, namun cukuplah ini sbg satu pengajaran kpd kita.
Putus asa boleh dikaitkan dgn hlgnya keyakinan diri seorang utk mencapai sesuatu matlamat..krgnya keyakinan diri mengakibatkan hlgnya daya utk menolak diri kehadapan dan sekaligus tercetusnya putus asa..soalan yang sering berlegar di fikiran kita ialah berapa kalikah aku harus mencuba..jawapannya ialah selagi tidak tercapai matlamat selagi itulah kita perlu mencuba dan mencuba tidak kiralah seribu kali,seratus ribu ataupun sejuta..berusahalah mencapai impian kita agar kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi ini..'gagal sekali tak bermakna gagal utk selamanya'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan