Ahad, 31 Mei 2009

Sajak : Bila Islam Tertegak

Bila Islam tertegak
warna warni mula semarak
hati hati mula tawa
keadilan mula takhta
pencuri mula takut
peragut mula gentar
perogol mula tiada
rempit bukan masalah
rasuah bukan raja
arak bukan biasa
mahkamah bukan sarkas

Islam tetap tinggi
walau tidak diingini
Negara perlu Ulama'
walau dianggap semak
Raja perlu didaulat
walau sering dialat2
polis perlu bebas
walau sering dikerah keras

Islam mesti dijulang tinggi
kalau mahu rahmat Ilahi
Kitab Tanzil mesti dijunjung
kalau mahu berkat menggunung
Ulama' itu tiang seri
layaknya tinggi bukan di kaki.



Sekilas rasa
RedQalbi
8.01 pm/30.5.09/sabtu

Rabu, 27 Mei 2009

Debat politik wang di TV9, Zahid Hamidi tarik diri



KOTA BHARU, 26 Mei (Hrkh) - Mengejutkan. Beberapa jam lagi menjelang perdebatan di antara dua tokoh Umno dan PAS, tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik diri.

Sepatutnya jam 9.30 malam ini berlangsung perdebatan tokoh berkenaan dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9.

Mereka bakal memperkatakan isu politik wang.
Namun petang ini pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.

Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu.

"Saya merasakan tajuk yang akan dibincangkan mengenai politik wang amat mustahak dan relevan dalam situasi sekarang.

"Dan rakyat keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran Dato' Seri dan juga dari saya selaku wakil dari PAS untuk menangani permasalahan politik wang," katanya dalam surat yang dihantar kepada Zahid di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Menurutnya beliau memandang berat keputusan dibuat Zahid membatalkan kehadiran dalam rancangan Hujah malam ini.

"Saya memohon agar Dato' Seri dapat mempertimbangkan keputusan tersebut supaya saya dan Dato' Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang," ujarnya.

Oleh itu beliau memberi tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk mengesahkan kehadiran dan ikut serta dalam rancangan tersebut.
Salinan surat tersebut juga dihantar kepada Penerbit Eksekutif Rancangan Hujah TV9.



Redqalbi: Kenapa nak takut kalau dipihak yang benar??? pelikkan...seorang menteri takut berhadapan dengan rakyat. nilailah sendiri wahai rakyat Malaysia..Isu inipun sedap untuk dibahaskan. kena pulak dengan suasana sekarang yang parti2 politik Malaysia pakat2 buat pemilihan parti. percayalah rakyat Malaysia si bacul ini akan memberi 1001 alasan untuk menutup aibnya. Syabas kepada PR kerana sanggup menyahut seruan ini.

Selasa, 26 Mei 2009

Koleksi Gambar Majlis Perasmian Berpuasa Sunat dan Mogok Lapar PR Perak

Lihatlah Dunia Perjuangan Rakyat Perak Untuk Membubarkan DUN.




MB Rakyat Perak bersama rakyat menyertai kempen Bubarkan DUN Perak
YB Sivarkumar ditangkap FRU tanpa membuat salah

Ds Nizar memberi ucapan perasmian majlis berpuasa dan mogok lapar PR Perak




Para pemimpin PR duduk semeja

para wartawan menyerbu MB Rakyat Perak sebaik tiba di perkarangan Wisma DAP



Dato' Ngeh sedang memberi ucapan


lagi MB Rakyat Perak diserbu










Sabtu, 23 Mei 2009

' Kelab Tiada Dara '- Siapa nak jawab dan bertanggungjawab??




KUALA LUMPUR: Sekali pandang mereka seperti gadis remaja yang dikawal ibu bapa. Namun, sebenarnya golongan terbabit mengamalkan seks bebas dengan gemar bertukar-tukar teman lelaki berdasarkan simbol tatu kekal pada badan.

Tatu terbabit menandakan mereka menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ yang hanya dikenali orang tertentu atau kaki tatu, antaranya lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu dan kupu-kupu merah.

Gadis cetek ilmu agama berkenaan sanggup menahan sakit ketika mencacah tatu semata-mata untuk mendapatkan simbol tiada dara walaupun bayaran dikenakan setinggi RM150.

Trend terkini golongan terbabit itu diakui seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Kamalia atau Kim, 19.


Menurut Kim, minatnya terhadap simbol tatu tiada dara bermula selepas beberapa rakan tampil dengan bangga memperagakan tatu kepadanya.

Dia yang bekerja secara sambilan sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di sini, mendakwa rakannya termasuk bekas pelajar sekolah yang kerap bertukar-tukar teman lelaki memakai tatu terbabit sebagai lambang pernah melakukan hubungan seks dan kelompok yang tidak percaya kepada konsep ‘suci dan dara’.

“Golongan itu yang mempunyai idea bebas menganggap gadis suci dan tidak melakukan hubungan seks sebagai kolot dan ortodoks.

“Oleh itu, rakan saya mendapat idea memakai tatu di bahu atau belakang pinggang sebagai simbolik kumpulan tiada dara,” katanya.

Dia berkata, bagi golongan gadis yang memiliki tatu itu, mereka kerap mendapat jolokan sebagai golongan ‘barai’ iaitu merujuk kepada gadis hilang dara selepas menjalin hubungan seks bebas dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, katanya, hanya sekelompok kecil mengetahui rahsia tatu berkenaan berdasarkan simbolnya.

Kim dipujuk rakan untuk membuat tatu sebagai tanda setia kawan sebelum dibawa ke sebuah kedai tatu milik seorang lelaki warga asing.

“Selepas melihat katalog gambar tatu yang diberikan, saya bersetuju membuat tatu di belakang bahu kanan dengan lambang hati terbelah selain singkatan huruf awal nama bekas teman lelaki yang pernah meniduri saya,” katanya.

Proses membuat tatu hanya mengambil masa sejam sambil rakan memberikannya semangat. Sebaik proses menyakitkan itu selesai, rakannya meraikan kejayaan membuat tatu itu di sebuah pusat hiburan.


Dia kemudian diajak rakan untuk bertemu beberapa teman lelaki di sebuah kafe di Bangsar. Pertemuan singkat itu bertukar kepada acara ‘cari dan padan’ apabila masing-masing memilih pasangan yang bukan hanya boleh dijadikan rakan santai, malah boleh diusung ke bilik tidur.

Kim mendakwa sudah mula terjebak dengan aktiviti seks bebas seawal usia 16 tahun apabila dipujuk teman lelaki pertamanya yang juga anak seorang ahli perniagaan terkenal.

“Cinta seks kami hanya bertahan dua bulan apabila teman lelaki berusia enam tahun lebih tua meninggalkan saya tanpa alasan pun. Saya dipikat pula seorang pelajar kolej sebelum turut berakhir di ranjang selepas hubungan cinta putus beberapa bulan.

“Selepas itu, cinta saya bersilih ganti sebelum bertukar menjadi hubungan seks tanpa membabitkan soal komitmen atau perasaan. Ia tidak lebih hanya untuk suka-suka dan sekali sekala mendapat imbuhan wang atau dibawa membeli-belah lelaki berkenaan,” katanya.

Dia yang berjaya dipujuk wartawan supaya mendedahkan kisah silamnya mendakwa tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku berikutan ibu bapanya sendiri tidak pernah bertanya atau kisah dengan perjalanan hidupnya selepas tamat tingkatan lima.

Sementara itu, penceramah bebas, Ustaz Mohd Ibrahim, berkata Allah s.w.t melaknat umatnya yang bertatu, apatah lagi mengamalkan seks bebas atau zina.

“Perbuatan memiliki tatu jelas ditegah dalam Islam dan jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, orang Islam yang sudah bertaubat dan tidak berupaya membuang tatu boleh menyimpannya asalkan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

“Namun, sebaik-baiknya tatu berkenaan ditutup dengan kain ketika ingin mendirikan solat supaya tidak menimbulkan syak wasangka atau salah faham pada umat Islam lain,” katanya.

- Petikan berita Harian Metro Sabtu, 23 Mei 2009 -

Redqalbi : MasyaAllah, berderau darah aku membacakan berita ni..tak tau ape nak cakap lagi..sampai boleh buat kelab. kalu boleh buat kelab la gamaknya mau ahlinya melebihi 10 orang..bayangkan Rakyat Malaysia bertapa kritikalnya masalah Sosial dan kebrorokan Akhlak anak-anak Malaysia. Siapa yang bertanggungjawab atas semua ni??? ha, lu pikir la sendiri...!!!!lagi mau tanya...

Jumaat, 22 Mei 2009

Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir

PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.

Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain. Mstar.

Zamry Tersengeh, Rakyat Menangis

"..Yet today, malay nowadays are the malay we are..,

Sorry to interrupt, but I like to come to my own conclusion: people fear to dissolve the assembly legislative simply because - they are afraid of losing power, losing power make them becoming losing a lot of easy contract, losing contract means they are losing easy money. And losing money will be the most fear situation on these people life..."

"Kebenaran telah tiba", itulah kata Zambry. Mahkamah Rayuan hari ini telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang sah. Saya tidak mahu komen keputusan mahkamah kerana ada dua sebab. Pertama, saya bukan pakar undang-undang sedangkan yang pakar undang-undang pun ramai yang berpendapat Nizar adalah MB Perak yang sah. Keduanya, saya tidaklah jahil sangat untuk memahami mahkamah yang ada di negara kita ini. Cukuplah jika saya sekadar ucap `tahniah' kepada Zambry kerana beliau masih sanggup berdepan dengan rakyat Perak selepas penghakiman ini meskipun beliau tahu apa yang ada di dalam lubuk hati nurani rakyat Perak.



Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."


Saya tidak dapat menyelami hati dan perasaan majoriti rakyat Perak ketika ini. Mungkin bagi Zambry, rakyat seluruh Perak kini sedang berpesta dan bersukaria kerana menyambut kemenangan Zambry selaku MB Perak yang ditentukan oleh mahkamah. Pada saya hanya mahkamah akhirat yang mutlak. Buktinya, keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Nizar dianggap silap oleh Mahkamah Rayuan sebentar tadi. Selepas ini, mungkin.. mungkin...tiada lagi silap apabila kes ini dirayu oleh Nizar ke Mahkamah Persekutuan. saya yakin, Mahkamah Persekutuan tidak akan mengatakan Mahkamah Rayuan sebentar tadi silap. Maksud saya, mungkin tiada lagi kesilapan selepas ini. Ini bermakna, bawalah ke mana-mana mahkamah di Malaysia ini mungkin tiada lagi kesilapan dan Zambry terus ditabalkan sebagai MB Perak.

Rekod dunia mungkin boleh dicipta dengan berbagai peristiwa yang berlaku di Perak selepas lahirnya `spesis' katak yang lapar ini. Berbagai pandangan dan nasihat telah diberikan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak sekarang, tetapi masih ada yang suka memilih mahkamah untuk menentukan kerusi dan kedudukan mereka. Malangnya rakyat Perak, mereka tidak diberi peluang untuk berperanan menstabilkan keadaan politik yang cerca merba ini. Mereka hanya layak sebagai penonton kepada `drama' yang tidak berkesudahan ini.Bilakah semua ini akan berakhir????sama-sama kita tunggu dan lihat,

Selasa, 19 Mei 2009

Pas Lancar Dana Bina Kompleks RM27 Juta di Putrajaya




PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.



MinRedQalbi : Alhamdulillah...semoga usaha ini akan diberkati Allah. ini satu perancangan masa depan yang mendepani masa. Sama-samalah kita berdoa dan menyumbang untuk menjayakan usaha baik ini...Syabas PAS

Apabila yang haram jadi Menteri Besar

Oleh: Dato' Mahfuz Omar

MINGGU lepas suasana politik negara kita agak aneh. Dalam suasana tegang kerana penyalahgunaan pasukan keselamatan untuk menjaga 'keselamatan' kuasa politik Umno/BN, tiba-tiba 13 tahanan ISA dibebaskan.

Saya amat kesal sekali dengan kejadian pencerobohan oleh satu kumpulan yang dikatakan 'pasukan keselamatan' ke atas Dun Perak, sedangkan di luar pejabat SUK Perak, sejumlah polis sedang menyekat kebebasan rakyat untuk bergerak, berhimpun dan berpendirian politik.

Saya rasa ini kali pertama dalam sejarah negara kita sidang Dun dicemari oleh penceroboh yang bersenjata. Hal ini tidak akan berlaku sekiranya BN tidak melakukan rampasan kuasa pada Februari 2009 lalu. Rampasan kuasa ini walaupun kelihatan seperti mendapat restu istana, tetapi rakyat telah membuat penghakiman bahawa ia adalah sesuatu yang tidak baik.

Kerana pendirian tegas rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang menolak politik ugut, culik, paksa dan rasuah yang diamalkan oleh Umno/BN, maka ketika bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti, pemimpin BN mempertikaikannya. Bahkan, Najib Razak awal-awal sudah membayangkan kemungkinan BN tidak bertanding. Sebabnya hanya satu... takut kalah lagi.

Dalam keadaan politik ketakutan ini, nampaknya M Manoharan, Adun Kota Alam Shah lebih licik apabila beliau membuat ugutan untuk meletakkan jawatan jika tidak dibebaskan daripada tahanan ISA. Kerana terlalu takutkan pilihan raya kecil, Najib Razak tidak ada pilihan melain membebaskan Manoharan. Duabelas yang lain mendapat ?durian runtuh? daripada pembebasan ini. Cerita tentang Penanti dan ISA ini menyinggung hidup saya kerana saya pernah ditahan ISA dan pernah juga bertanding di Parlimen Permatang Pauh yang Dun Penanti terletak di dalamnya.

Kerana sindrom takutkan pilihan raya atau lebih tepat lagi takutkan penghakiman rakyat, BN melakukan taktik kotor untuk mendapatkan kuasa. Dulu mereka merampas kerajaan Perak, baru-baru ini mereka melakukan rampasan jawatan Speaker Dun Perak secara tidak berperlembagaan. Keadaan sudah menjadi kecoh kerana Dun Perak tidak dapat bersidang dengan baik dan sempurna, bahkan dianggap tidak sah.

Umno/BN terpaksa mengadakan sidang tegesa-gesa ini untuk mengelakkan Dun terbubar dengan sendiri kerana sudah hampir enam bulan tidak bersidang. Dan mereka berusaha dengan cara yang jahat untuk menlantik Speaker haram, R Ganesan dengan tujuan membolehkan mereka mengemukakan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Telahan mereka memang tepat kerana selepas sidang tersebut, mahkamah telah mengisytiharkan Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Maknanya Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar haram!

Kini Umno tidak ada jalan lain kecuali memperalatkan mahkamah untuk menjatuhkan Nizar. Masalahnya kedudukan Speaker Dun masih tidak jelas. Jika Dun brsidang juga, ia akan menimbulkan keadaan politik yang lebih kecoh terutama sekiranya undi tidak percaya dibuat. Bukan soal Speaker, tetapi tentang kedudukan Zambry Abdul Kadir.

Jika BN membuat usul undi tidak percaya kepada Nizar, maka dengan sendirinya mereka memperakui bahawa tindakan mereka merampas kuasa dan melantik Zambry sebagai Menteri Besar adalah tidak sah dan haram di sisi undang-undang. Kerja buat Zambry sebagai Menteri Besar semenjak 6 Februari 2009 adalah haram juga. Gaji yang diambil oleh Zambry juga haram. Di mana maruah dan air muka Zambry sebagai Menteri Besar haram dalam isu ini. Ia bukan soal pandangan rakyat atau pendirian mahkamah, tetapi pengakuan Umno/BN sendiri yang akan dibuat melalui undi tidak percaya itu.

Undi tidak percaya hanya dibuat kepada Menteri Besar yang sah. Tidak pernah berlaku undi tidak percaya dikemukakan kepada bekas Menteri Besar atau kepada orang lain yang bukan Menteri Besar. Ini bermakna usul undi tidak percaya jika berlaku adalah satu pengiktirafan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sebenar.

Dan sekiranya Nizar berjaya disingkirkan melalui undi tidak percaya, ini bermakna Zambry kena mengangkat sumpah semula kerana sumpah yang lama itu tidak sah hukumnya. Mana mungkin seseorang Menteri Besar itu dikenakan undi tidak percaya selepas Menteri Besar baru dilantik, melainkan dilantik Menteri Besar baru sesudah Menteri Besar lama dijatuhkan. Sumpah yang lama itu tidak laku, tidak sah dan haram. Walaupun Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi, namun kedudukan Zambry tetap haram.

Sekiranya Zambry memilih untuk menjatuhkan Nizar melalui undi tidak percaya dan dia mengangkat sumpah semula, ini bermakna Zambry memilih untuk memalukan Tuanku Sultan Perak. Baginda sudah tentu berasa malu kerana tindakan baginda memanggil Zambry mengangkat sumpah dahulu dianggap tidak sah, sedangkan baginda adalah bekas Ketua Hakim Negara.

Proses mengenakan undi tidak percaya ini dalam apa keadaan pun akan memalukan Sultan Perak. Pertama, baginda akan tercemar kerana telah melantik Zambry secara haram; kedua, baginda mendapat malu kerana mahkamah telah memutuskan Nizar yang dipecat oleh baginda sebagai Menteri Besar yang sah; dan ketiga baginda akan dimalukan lagi apabila Dun tidak mengiktiraf keputusan baginda dengan membuat usul tidak percaya kepada Nizar.

Dalam apa keadaan pun, baginda akan tercemar kerana permainan politik kotor BN yang didalangi sendiri oleh Najib Razak.

Tuanku Sultan Perak hanya ada satu pilihan untuk membersihkan nama baginda dan memulihkan keyakinan rakyat kepada istana, sekali gus menamatkan krisis politik ini iaitu dengan memperkenankan permohonan membubarkan Dun.

Semua pihak sudah sepakat supaya Dun dibubarkan. Pemimpin MCA dan Gerakan sudah membuat pendirian, Tengku Razaliegh juga telah memberi pandangan. Suhakam dan pengamal undang-undang juga mahukan Dun dibubarkan sebagai jalan keluar. Yang tidak mahu kerana percaya BN akan kalah hanyalah Tun Dr Mahathir.

Pemangku Sultan Perak sudah memberitahu bahawa istana berada di atas politik. Maknanya baginda tidak memihak. Sebagai ketua negeri, sudah tentu baginda mengutamakan rakyat Perak. BN berkata mereka mendahulukan rakyat juga dan inilah masa untuk membuktikannya. Jika Sultan Perak mengikut pendapat Mahathir yang tidak mahu pilihan raya, baginda akan dilihat memihak. Tetapi jika baginda membubarkan Dun semua rakyat akan berpuas hati kerana hak memilihkan kerajaan dikembalikan kepada rakyat, bukannya dengan membeli wakil rakyat.- tajdid _

Isnin, 18 Mei 2009

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3)

<>

(Gambar) David Ben Gurion

Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan-penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann.

Logo IIBR

Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.

Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel

Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel.

Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union. Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998.

Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.?

Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR.

Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel.

Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.

Kesimpulan

Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;

“Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia.”

Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan perancangan Allah itu sentiasa benar dalam membatalkan segala niat jahat makhluk-makhlukNya.

Wallahu’alam …

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2)




Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.

Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.

Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi

Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.

Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.

Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.

Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.

Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.
Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi

Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan

Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.

Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;

Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.
Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;

“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”

Khamis, 14 Mei 2009

Gempar,Melayu Pegang Babi Sebab Nak dapat Tuah




TAIPING: Cetek pengetahuan agama dan percayakan khurafat menyebabkan segelintir umat Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera.

Perbuatan jahil itu yang semakin menarik minat orang Melayu dari dalam dan luar negeri ini dilakukan di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka dekat sini.

Mereka datang untuk mencuba nasib biarpun perbuatan itu dilaknat Tuhan.

Difahamkan, kuil berkenaan memang dikenali di kalangan masyarakat Cina dan India hingga ada yang datang dari jauh, termasuk Singapura untuk melihat tarikan utamanya iaitu kehadiran babi hutan 30 hingga 50 ekor pada satu-satu masa di kawasan khas setiap malam.


Malah, keunikan kuil berkenaan pernah disiarkan dalam satu program saluran televisyen berbayar beberapa bulan lalu hingga menyaksikan pertambahan pengunjungnya saban hari.


Majoriti pengunjung hanya mempunyai satu tujuan iaitu membawa slip nombor ekor, geran kenderaan, wang kertas yang digunakan untuk membeli nombor ekor untuk diusapkan ke badan babi hutan terbabit kerana percaya ia mampu membawa tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor.

Yang menyedihkan, kepercayaan itu menular di kalangan orang Melayu di daerah ini sebelum merebak ke luar Perak.

Seorang penduduk, Abdul Karim Yusop, 51, ketika ditemui Harian Metro berkata kegiatan itu semakin menjadi-jadi sejak awal tahun ini.

“Saya tidak kisah ia dilakukan golongan bukan Islam, tetapi kesal apabila seorang rakan bukan Islam memaklumkan ada orang Melayu turut melakukannya.

“Rakan saya bertanya adakah perbuatan menyentuh babi itu dibenarkan dalam agama Islam dan saya memberitahunya ia perbuatan berdosa bagi umat Islam.

“Mendengar jawapan saya, dia terkejut dan memberitahu terdapat ramai orang Melayu menyentuh dan memeluk babi hutan di kuil berkenaan,” katanya.

Dia yang tidak berpuas hati kemudian ke kuil berkenaan kira-kira dua minggu lalu dan mengucap panjang apabila melihat beberapa orang Melayu terselit di kalangan pengunjung bukan Islam sedang mengusap babi hutan.

Abdul Karim yang tinggal di Gunung Semanggol, tidak jauh dari kuil berkenaan, berkata dia mengetahui individu terbabit orang Melayu apabila salam diberikannya disambut mereka.

“Apabila saya cuba bertanya lebih lanjut mengenai perbuatan itu, mereka mengelak sebelum beredar. Saya sedih kerana percaya ramai lagi orang Melayu, terutama dari luar negeri ini datang melakukan perbuatan terkutuk dan berdosa besar itu.

“Justeru, saya berharap Jabatan Agama Islam Perak menyiasat kerana risau jika dibiarkan berlarutan ia boleh menyebabkan akidah umat Islam tergugat,” katanya.

Dakwaan Abdul Karim menarik minat wartawan Harian Metro yang meninjau ke kuil berkenaan baru-baru ini selama sehari suntuk bersama jurugambar dengan menyamar sebagai pengunjung.

Terbukti, kehadiran orang Melayu di kuil berkenaan bukan perkara asing terutama di kalangan petugasnya.

Jumlah pengunjung mula bertambah mulai jam 7.30 malam apabila babi dari hutan berhampiran mula memenuhi kawasan khas yang disediakan.

Selain kereta, beberapa bas pelancong termasuk dari Singapura kelihatan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan utama memasuki ke kuil berkenaan, manakala pihak kuil turut menjual nasi lemak yang dibuat khas untuk diberikan kepada babi.

Kira-kira jam 9.30 malam, perhatian wartawan mula terarah kepada dua lelaki Melayu yang datang dan kelihatan di tangan mereka beberapa keping kertas dipercayai slip nombor ekor.

Tanpa membuang masa, dua lelaki terbabit menuju ke arah beberapa ekor babi berhampiran mereka sebelum mengusapnya dengan kertas di tangan mereka.

Sebaik berbuat demikian, mereka terus beredar dan apabila dihampiri wartawan yang bertanyakan mengenai perbuatan mereka, ini jawapan mereka:

“Apa salahnya mencuba nasib. Saya dengar ada orang kena nombor ekor hingga ratusan ribu ringgit apabila mengusap kertas nombor ekor atau wang digunakan untuk membeli nombor ekor kepada badan babi itu,” kata seorang daripada mereka sebelum beredar.

Kepercayaan karut itu dan kehadiran orang Islam di kuil berkenaan diakui beberapa pekerja di kuil terbabit sambil memberi contoh antara 100 pengunjung yang datang, 10 daripadanya orang Melayu.

“Semua itu (kepercayaan memegang babi membawa tuah) terpulang kepada diri masing-masing. Kami tidak pernah menghalang sesiapa masuk ke kuil ini. Tetapi setahu saya, perbuatan memegang babi salah bagi orang Islam.

“Namun mungkin mereka (orang Melayu) yang datang mempunyai alasan tersendiri. Asalkan pengunjung tidak melakukan perkara tidak elok, kami tidak boleh menghalang mereka memasukinya,” kata seorang petugas di kuil yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi, 32.



min RedQalbi : ish-ish gamak deme yer..apela nak jadi dengan umat melayu ni. tak habis-habis dengan keburukkannye..malu jugak kadang-kadang dengan status bangsa aku ni. Tula sebab nabi kata manusia ni mulia sebab ISLAMnya bukan dengan bangsanya. Aku pun kadang-kadang pelik jugak dengan orang yang kata memperjuangkan bangsa Melayu ni. aku nampak makin hari makin lingkup ada la bangsa ni. inilah akibatnya kalau perjuangan yang tidak jelas dan tidak relevan. hanya rekaan akal dan nafsu sahaja yang menjadi tempat rujukan. sama-samalah kita doakan moga bangsa melayu di malaysia tidak pupus ditelan sejarah

Sajak: kuasa Rakyat













Juang Rakyat
tak kenal erti rehat
musimnya tiada
semangatnya bara
tika mulut dikapit
kaki mula berayun-ayun
dipesan satu
jangan diacah semangat ini
nanti resah takkan bersudah
bukan mudah diludah-ludah
bukan senang ditendang-tendang
nanti hina dikapan sejarah
sudah tertulis di dalam sirah
kuasa Rakyat kuasa satria
jangan diacuh jangan dicucuh
apinya nanti membakar diri.


8.50am/khamis/singgahsana Raja
:: ilham sekilas ::
-RedQalbi-

Selasa, 12 Mei 2009

Luka Rakyat berdarah kembali

Aduhai Negeriku...episod yang menggetirkan ini semakin tinggi debaran rupanya. Hari ini Ok, esok Ko, hari ni menang, esok kalah, hari ini PR, esok Bee-End...lihatlah dunia betapa Rakyat Perak dihina. Jangan sampai Rakyat memilih jalanan sebagai mahkamah terakhir mereka jika mahkamah manusiawi yang rapuh tidak lagi dicalit keadilan walau segaris. Kenapakah ini semua perlu berlaku jika slogan 'RAKYAT DIUTAMAN' menjadi sebutan pimpinan Negara. Udah2lah dengan simbahan lumpur kejahatan yang ada. Rakyat tahu itu semua perancangan. Tidak usahlah menipu kami yang dibawah ini, kerana kami masih mampu mendongak ke langit. Segalanya kami nampak dan lihat. Buat ape hendak menzalimi kami..kami yang akan memilih 'Kamu' nanti. Di saat itulah kamu gunakan segala yang ada untuk memujuk kami yang tidak ada ape ini setelah hati kami robek dicarik2 kamu yang rakus. Ingat, kuasa kami kuasa satria.. Tiada apa yang kami mahukan..hanya keadilan yang sebenarnya kami tuntutkan..sukarkah untuk berlaku adil? Bukankah itu tuntutan Tuhan kepada penguasa di dunia..ingat, Tuhan sentiasa mengadilimu. Jangan sampai kami mengangkat tangan meminta kebinasaan hidup buat kamu..kami ada Tuhan yang sentiasa adil terhadap hambanya.. Ingat, orang yang teraniaya doanya tidak dihijab Tuhan.. Ingatlah akan janji buruk Tuhan kepada Pemimpin yang zalim.. Berubahlah wahai pemimpin2ku.


>Suara Satria Rakyat,
untuk Orang yang terasa..

Isnin, 11 Mei 2009

Gambar-gambar Hero Harapan Rakyat

Nizar diiringi Isteri dan Azmin Ali

Sempat lagi beramah mesra


Nizar sejurus tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta



Diserbu Orang Ramai dan Para Wartawan

Tersenyum lebar dan mengangkat tangan tanda kemenangan


ketika disoal jawab oleh para wartawan sejurus keputusan diumumkan


Makkal satthi...Hidup Rakyat












Siapa MB Perak yang sah telah terjawab


Alhamdulillah, kebenaran yang ditunggu telah Allah jelmakan. Kemenangan yang dinanti oleh seluruh rakyat kini telah didakap oleh DS Mohd Nizar Jamaluddin apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memutuskan bahawa Menteri Besar yang sah ialah DS Nizar dan meminta kepada kerajaan Kudeta BN yg diketuai oleh Zamry mengosongkan pejabat serta merta bagi membolehkan MB Nizar dan Exco Negeri yang sah menjalankan tugas mereka berkuatkuasa sertamerta. Mahkamah juga menolak permohonan Peguam Zamry untuk menangguhkan keputusan mahkamah itu.
MB Nizar ketika ini sedang dalam perjalanan pulang ke Perak untuk mengadap Tuanku Sultan Perak bagi memohon perkenan Sultan agar Tuanku berkenan untuk DUN dibubarkan dan Pilihanraya Negeri diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik Perak yang semakin meruncing sekarang. Nizar dijangka akan mengadakan mensyuarat exconya pada tengah malam ini di pejabat Pas Perak berhampiran bangunan Perak.
Di Kelantan, musyidul Am PAS merangkap MB Kelantan, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya berpuasa pada esok hari (selasa) dan solat sunat syukur 2 rakaat bagi menandakan rasa kesyukuran ke atas kemenangan ini yang disifatkan sebagai kemenangan rakyat.


Min RedQalbi : Abang-abang FRU tengah penuh dekat bangunan Perak..ha, ape drama selepas ini. Kite tunggu jela ye. Moga2 kemenangan ini tidak menjadikan kita lalai dan leka dari landasan perjuangan yang tak henti-henti dari diuji. Takbirrr!!!! AllahuAkhbar!!!

Jumaat, 8 Mei 2009

Babak Akhir ( selepas 5 jam )

selepas 5 jam berusaha, akhirnya cara kekerasan menjadi pilihan syaitan2 BEE-END untuk menghalau Sivakumar dari kerusinya..Bangsat kau BEE-END
terjatuh....... inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang pejuang demokrasi..yang halal tetap halal..teruskan perjuangan YB..Anta memang power
berkata sesuatu...Raja Nazrin berkata sesuatu kepada YB DS Nizar sambil dicuri dengar oleh YB Datuk Ngeh Koo Ham sebelum Baginda bertitah...ape agaknya yang dikata Raja tu ek..Raja Nazrin Bersama Raja Puan Muda berada di singgahsana untuk merasmikan Sidang DUN
Baginda Raja berkenan untuk bersalam bersama seluruh ADUN PR dan BEE-END durjana yang dimulai dari sebelah ADUN PR..
Inilah rentetan ape yang berlaku dsinegeriku Perak Darul Ridzuan, sekadar gambar-gambar untuk di kongsi bersama...kalau nak ulasan kome bukak la sendiri web Blogger2 lain..bersamalah kita mendoakan kesejahteraan Negeriku tercinta ini...yang pasti kebenaran tetap kebenaran walaupun ianya pahit untuk diterima manusia yang rakus macam ZAMRY KICAP
(dan lagi)...huhuhu...
SEKIAN



















Khamis, 7 Mei 2009

Hari Ini Dalam Sejarah ( Dalam dewan )

ha,kome tengok pulok ape yang jadi macam dewan..tu sebab aku kata sejarah..sejarah angkara BEE-END yang durjana dan derhaka dan~@!!~#@$#%%*&*&
ha, ni pulak muka tak dikenali atau lebih sopan tetamu tak di undang di dalam dewan..pelik, pelik..angkara siapakah ini

tu dia muka ADUN Katak dengan Speaker haram jadah

fuyooo..macam mantap jekan..speaker haram jadah tengah kendalikan sidang haram.tak guna punya cicak kobeng


ni lagi muka2 hantu yang tiba2 ada dalam dewan yang mulia


laaa, ada lagi mamat-mamat ni..macam mat bangla je sorang tu













Sidang haram sedang berlangsung...buat malu kat kat semut je


ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ



kat celah tu ada speaker haram..nampak tak, nampak tak



ha, nampak dah speaker haram..tak malu punya manusia..kecik2 taknak mampos dah besar jadi speaker haram..


Hee( ADUN Katak ) dikerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker



kecoh dibuatnya yob..macam sidang pondok2 je kankankan..Baghal punya BEE-END
........kome tunggu lak ape jadi selepas 5 jam sidang pondok-pondok ni di mulakan.....















Hari Ini Dalam Sejarah ( luar dewan )

Keadaan Di luar Dewan....




beberapa penyokong menyerbu DS Nizar yang baru sampai di Hotel






Polis menangkap Yb Zuraidah yang merupakan Ketua wanita PKR






Keadaan di hadapan Hotel Penginapan ADUN PR


hahaha...banyaknya lori merah..ada kebakaran ke???


seorang Blogger ditangkap

Rabu, 6 Mei 2009

Menjelang sidang Dun Perak esok

Tunggulah esok… apa akan berlaku, kata SU Dun Perak

IPOH, 6 Mei: “Apa yang akan berlaku esok sama-samalah kita tunggu dan lihat,” kata Setiausaha Dun Perak yang dilantik Speaker V Sivakumar, Misbahul Munir Masduki.

Beliau mengulas hal ini berikutan banyak pihak belum lagi mendapat kad untuk memasuki dewan termasuk wartawan akhbar tertentu.

Katanya, kad yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) adalah penting bagi membolehkan sesiapa sahaja untuk memasuki dewan untuk mengikuti sidang yang dijangka selama dua hari itu.

Sehingga kini, pejabat SUK telah mengedarkan kad jemputan kepada wakil rakyat dengan menyatakan mereka hanya boleh membawa isteri sahaja dan tidak membenarkan membawa pemerhati seperti biasa dengan alasan untuk ‘mengelakkan kerumitan’.


“Speaker berkuasa dan boleh membenarkan ketika kita sudah berada di dalam dewan tetapi sekarang, kad untuk masuk amat diperlukan bagi membolehkan urusan masuk dibenarkan,” tegasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak pada Siasah.


Esok, 7 Mei bakal berlangsung sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang akan dirasmikan oleh Sultan Perak yang menurut maklumat akan diwakili oleh Raja Muda, Raja Dr Nazreen Shah bermula jam 8 pagi esok yang dimulakan dengan perbarisan.


Sidang ini mendapat perhatian dunia kerana isu siapa yang sah menjadi Menteri Besar Perak, sama ada Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masih dibicarakan sehingga petang ini di mahkamah.


Menurutnya, pagi tadi Speaker Dun Perak, S. Sivakumar turut serta di dalam raptai sebagai persiapan untuk majlis perasmian dewan pada esok pagi.

Ustaz Misbah yang berada di Pejabat Perhubungan PAS Perak yang berhampiran dengan kedudukan dewan itu berkata, jalan-jalan masih lagi belum ditutup yang sekaligus menafikan lapuran portal berita yang berkata jalan telah ditutup.

Sementara itu ketika dihubungi Adun Selinsing, Haji Husin Din juga berkata, "tengoklah apa yang jadi besok pagi kerana inilah sejarah dunia kerana hanya Perak sahaja yang mempunyai dua MB, jawatan paling tinggi dalam pentadbiran negeri, bukan seperti ketua kampung atau JKKK biasa."

Katanya, persoalan yang bakal timbul berkaitan persoalan pertama tentang tempat duduk yang sah di dalam dewan yang mempunyai kaitan dengan kuasa penuh Speaker V Sivakumar ketika di dalam dewan.



Min Qalbi : sama-samalah kita bermunajat kepada Allah agar perancangan jahat dari musuh yang nyata ini tidak menjadi dan semoga Allah porak perandakan kumpulan mereka ini. ' Ya Allah, selamatkanlah negeri kami dari Syaitan yang bertopengkan manusia yang durjana ini '