Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Jun 2010

Selamat Pengantin Baru Kakakku

Hari ni merupakan hari bahagia kakakku yang kedua.Selamat bergelar Isteri kepada seorang suami.Aku tumpang gembira dengan berita ini.namun aku hanya mampu mengucapkannya dari jauh tanpa mampu untuk melihat sendiri peristiwa bersejarah itu.Namun doaku tidak pernah putus dikirimkan agar majlis penting itu berjalan dengan lancarnya.

Bertemunya jodoh kakakku pada hari ini,maka tinggal dua orang saja lagi dalam keluargaku tidak berumahtangga termasuk aku.Kakakku yang seorang lagi pun sudah mengikat tali pertunangan tahun lepas.Mungkin tidak lama lagi akan mengikuti jejak langkah kakakku yang ke-2 ni.lepas tu?tibalah giliran aku untuk menjadi suami kepada seorang isteri.Masanya entah bila,Allah sahaja yang menyimpan rahsianya.silap-silap aku dulu dari kakakku.siapa tau?

Kalau ditanya bersedia atau tidak,bak kata orang,'tinggal panggil tok kadi jer'.itu kata org,kata aku,dari segi jiwa,sudah bersedia sangat,tapi kalau diukur poket,masih kosong tidak terisi.itulah masalah biasa bagi golongan mahasiswa yang ingin menukar status.Bak kata orang 'duit boleh dicari'.memanglah boleh dicari,tapi di mana?takkan nak tunggu turun dari langit kot?boleh jugak kalau wujud.

Aduh.kenapa aku ni.ingat kawin pulak tiba-tiba.orang lain yang kawin,orang lain yang pening kepala.yela,untuk mengelakkan dari maksiat,kawin jela ubatnya.Aku pelik,kenapa masyarakat terlalu memandang buruk kepada orang-orang muda yang ikhlas untuk menyelamatkan jiwanya dari dimamah maksiat.masyarakat sudah tidak kekok membenarkan anak dara mereka dikendong ke mana-mana oleh lelaki tanpa segan silu.Dunia dah terbalik dan hampir tenggelam dengan sistem yang korup ini.Semoga kita semua dipelihara Allah dari fitnah maksiat yang berleluasa.

Buat kakakku,Semoga kebahagian menjadi milikmu selamanya.Pikullah tanggungjawab baru ini dengan ikhlas dan tabah.

Khamis, 17 Jun 2010

Kelantan Fiesta: Pemuda PAS kecam sikap Umno


Wartawan Kita

KOTA BHARU, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dan mengecam sikap yang ditunjukkan oleh Umno negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelang majlis perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam tadi.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat yang diyakini bahawa Umno Kelantanlah yang bertanggungjawab untuk tidak membenarkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Katanya, ini telah melanggar persetujuan yang dibuat melalui rundingan lebih awal bahawa Menteri Besar Kelantan selaku tuan rumah akan menyampaikan ucapan di majlis yang akan disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja itu.

Selain itu, ujarnya sikap penganjur Red Carpet yang mengambil sikap menggantung sepanduk menguar-uarkan kempen 1Malaysia dan Perdana Menteri secara tidak langsung membelakangkan Pemangku Raja.

Ekoran daripada sikap Umno dan penganjur Kelantan Fiesta 2010 itu, beliau yang juga Adun Mengkebang berkata, Menteri Besar Kelantan membatalkan hasrat untuk hadir dan kerajaan negeri menarik diri daripada menjadi penganjur.

Beliau menambah, di dalam masa yang sama Pemangku Raja juga memaklumkan tidak dapat hadir dan akhirnya Perdana Menteri sendiri membatalkan hasrat untuk hadir dan bergegas pulang ke Kuala Lumpur jam 10.30 malam.

“DPPNK hairan dengan sikap Umno yang begitu takut dengan ucapan yang akan disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan atas sebab apakah mereka terlalu bimbang untuk mendengar ucapan tersebut atau adakah Umno bimbang kerana mereka sedar mereka telah melakukan banyak kesalahan termasuklah melesenkan judi sukan dan menafikan royalti minyak sebagai hak rakyat Kelantan.

Tambahnya, DPPNK difahamkan jumlah kehadiran penonton sangat mengecewakan pada malam tersebut.

“Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada Umno bahawa rakyat Kelantan masih teguh bersama kepimpinan YAB Menteri Besar dan menolak sikap politiking keterlaluan sehingga tidak menghormati Kerajaan Negeri Kelantan selaku tuan rumah,” katanya lagi.

Justeru, tambahnya DPPNK berpandangan perlunya sikap berhati-hati dalam menjalinkan sebarang kerjasama dengan kerajaan Pusat di dalam apa jua penganjuran program agar insiden seperti itu tidak berulang.

Rabu, 12 Mei 2010

Tiru Semangat Pakcik Nie!!


Adoi, nak tergelak pun ada baca berita ni. Masih ada lagi rupe-rupenye orang sanggup berpenat lelah kerana UMNGOK. agak-agak dapat duit tak?berjalan kerana BANGSA?ermmm..berbaloi ker? pakcik komando ni power la. Sanggup berjalan dari Butterworth ke KL.Pakai suar pendek lagi tue..KALAULAH KERINGAT ITU DICURAH UNTUK ISLAM?...huhuhu~~~~hatiku membisik2.Sape berani tiru pakcik komando ni???tapi bukan untuk UMNO la, untuk ISLAM. Angkat tangan!!!!!!


KUALA LUMPUR: Bekas komando yang berjalan solo tanpa henti dari Dataran Pemuda Merdeka di Jalan Bagan Luar, Butterworth, mengambil masa 29 jam 10 minit untuk menamatkan ekspedisinya sejauh 410 kilometer sempena sambutan Ulang Tahun Umno ke-64.

Abdul Halim Yaakob, 50, yang berlepas dari Butterworth pada jam 8.20 pagi, kelmarin tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur jam 1.10 petang semalam.

Abdul Halim menyifatkan kejayaannya menamatkan ekspedisi jalan kaki itu swebagai paling berharga.

"Saya melakukan perjalanan solo sempena sambutan Ulang Tahun ke-64 Umno adalah untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu melakukan sesuatu yang luar biasa dan ini adalah hadiah daripada saya buat Umno.

“Isteri dan anak banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya bagi merealisasikan ekspedisi ini. Perjalanan ini banyak cabaran namun saya bersyukur kerana dapat melepasi segala halangan,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Beliau yang menetap di Kampung Bukit Teh, Bukit Mertajam memulakan langkah bersejarah itu dengan ditemani isterinya, Halipah Yusoff, 40.

Nama Abdul Halim tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) berjalan kaki tanpa henti secara solo sejauh 410 kilometer selama 50 jam 40 minit dari Pulau Pinang ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 30 Ogos tahun lalu sempena Hari Kebangsaan ke-52.
Katanya, amanat arwah bapanya, Salleh Ahmad menjadi perangsang untuknya dalam melaksanakan misi itu supaya mengharumkan nama bangsa Melayu tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

“Pesanan ayah saya alang-alang membuat pekerjaan biar sampai memperoleh kejayaan dan jangan mengharapkan
wang semata-mata. Macam atlit sekarang inilah masalahnya kerana mengharapkan ganjaran,” katanya.

Isnin, 3 Mei 2010

3 MEI: HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA-Adakah kita bebas?

3 MEI setiap tahun dipilih untuk dijadikan "HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA".seluruh dunia meraikannya dengan pelbagai cara.

Tetapi persoalannya,adakah kita sudah bebas?bebas dari segala ancaman dan bebas untuk memberikan pendapat melalui penulisan.segalanya terletak di bahu kepimpinan setiap negara masing-masing.

Satu indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders(Wartawan Tanpa Sempadan) mendapati Malaysia berada di kedudukan 131 pada tahun 2009 dan meningkat dari kedudukan 132 pada tahun 2008.Namun,indeks prestasi kebebasan media merosot dari 39.50 mata kepada 44.25 mata.(0.00 adalah terbaik dan 100 terburuk).

Indeks ini menunjukkan prestasi media di Malaysia sebenarnya.hari ini,sesiapa yang mengatakan sesuatu kebenaran yang menyentuh kepimpinan negara akan teropong dari jauh sebelum dikenakan tindakan yang tidak sewajarnya.situasi ini hanyalah satu permainan politik yang bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat untuk bersuara berlandaskan kebenaran.

Kehadiran media baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan lagi memeningkan pihak berkuasa.hari ini,rakyat sudah celik politik kerana peranan yang dimainkan oleh media baru.rakyat sudah meminggirkan surat khabar harian dan TV-TV kerajaan kerana tidak lagi menaruh kepercayaan kepada media-media ini yang dilihat tidak bebas.

Kerajaan patut memikirkan cara bagi melahirkan penulis prolifik dan bukannya menyekat kehadiran golongan ini.bukan meminta untuk diberi kebebasan yang tidak terkawal,tetapi minta untuk diberi keadilan yang berlandaskan perlembagaan negara yang perlu disantuni.

Ketakutan untuk bersuara adalah satu kelemahan yang perlu dibaiki bersama.Ancaman jangan dijadikan penyebab untuk kita menyembunyikan kebenaran dan menutup kezaliman yang ada.jadilah manusia yang bebas dan berani mendepani cabaran,kelak kita akan disegani manusia.

Ahad, 18 April 2010

Video Kereta Achik Spin Terbakar

Selasa, 6 April 2010

Analisis program: Inspirasi Dakwah dari 'Siti Salon'.

Usai majlis pengebumian jenazah Hafizul Husna semalam,saya menyertai kursus keusahawanan anjuran BEKON KPIPM dengan kerjasama FELCRA dan Siti Salon Sdn Bhd.program yang pada asalnya akan dibuat pada sebelah pagi,ditunda pada pukul 2 ptg.Alhamdulillah,program berjalan lancar walaupun kekurangan peserta di sebelah lelaki.

Program yang menarik,menghiburkan dengan modul2 yang telah dikendalikan oleh cik rohaizat dari FELCRA.Tayangan2 yang mencuit hati dan membuka minda.motivasi yang diberikan menaikkan semangat peserta2.

Slot terakhir bersama Siti Salon,sebuah salon yang 1,1nya berkonsepkan Islam di Malaysia dan mungkin di dunia.apa yang hendak saya kongsikan di sini sebenarnya,kesungguhan dan ketabahan puan Siti Hajar,yang merupakan pengasas dan pemilik salon tersebut,yang cuba untuk menerapkan konsep salon Islam.beliau menceritakan dengan linangan air mata,kepayahan,kesusahan,hinaan orang kafir kepadanya atas usaha yang dilakukan.namun atas tiket misi dakwah islamiah,beliau bangkit meneruskan langkah dan tidak mudah terencot dengan hinaan dan cercaan.

Secara peribadi,saya sangat mengagumi semangat puan siti.seorang yang tiada asas agama dan tidak pernah ke universiti,namun perjuangannya tidak pernah terfikirkan pun oleh orang lain.

kecantikan yang merupakan asasi seorang perempuan selalu dieksploitasi oleh barat dan kuffar untuk menjahanamkan orang Islam.dan inilah asas kepada kerosakan umat Islam sekarang.

Usaha puan Siti ini harus dipuji dan dicontohi.tambah2 orang yang celik agama.yang mengaku pelajar agama.kenapa perlu membisu,memekakkan telinga dengan isu2 dunia dan negara.bersuaralah wahai para 'DAIE'.kita semua ada tanggungjawab yang berat.tidakkah kalian terpukul dengan usaha2 dakwah orang lain yang mengalahkan kita.Masing2 ada peranan yang perlu dimainkan.maka,marilah kita turun ke medan ini.

Isnin, 5 April 2010

Edisi berita: Kemalangan maut pelajar Perak di Mesir.


KAHERAH, 4 april-Ajal tak mengenal usia dan siapa.itu yang dapat saya simpulkan atas kejadian yang berlaku hari ini.kehilangan mengejut seorang kawan yang sama-sama menuntut ilmu di bumi kinanah ini.macam tak percaya,tapi dah berlaku.realiti dan takdir yang harus diterima dan diimani oleh muslim yang beriman kepada pengatur takdir,Allah RabbulJalil.

Kemalangan yang berlaku pada 11 lebih pagi tadi telah meragut nyawa Hafizul husna b. Sallehuddin,mahasiswa tahun 3,kuliah bahasa arab,Universiti al-Azhar Kaherah.Allahyarham yang menetap di sungai siput,Perak ketika kejadian dalam perjalanan pulang dari hayyu asyir dirempuh oleh kereta dari tepi menyebabkan mangsa terpelanting sejauh 10 meter kehadapan.akibat hentakan kuat dan kecederaan kaki kaki yang serius,mangsa telah dikejarkan ke hospital zahra',abbassiah,kaherah dan menghembuskan nafas terakhir di sana.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan hospital dan kelihatan beberapa BP PMRAM,ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa berada di sana.

Kehilangan Allahyarham amat dirasai oleh ahli keluarga dan rakan-rakan kerana Allahyarham seorang yang ceria dan rajin membantu orang lain.

Jenazah yang asalnya ingin dibawa pulang ke Malaysia pada hari ini,akan disemadikan di pekuburan keledang,hayyu asyir esok pagi.jenazah akan disembahyangkan di dataran hayyu asyir sebelum dibawa ke tanah perkuburan keledang.

Yang pergi,tetap pergi.yang hidup entah bila lagi.hidup mesti diteruskan.langkah perlu diatur,amalan perlu diukur.moga Arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah.

Selasa, 26 Mei 2009

Koleksi Gambar Majlis Perasmian Berpuasa Sunat dan Mogok Lapar PR Perak

Lihatlah Dunia Perjuangan Rakyat Perak Untuk Membubarkan DUN.




MB Rakyat Perak bersama rakyat menyertai kempen Bubarkan DUN Perak
YB Sivarkumar ditangkap FRU tanpa membuat salah

Ds Nizar memberi ucapan perasmian majlis berpuasa dan mogok lapar PR Perak




Para pemimpin PR duduk semeja

para wartawan menyerbu MB Rakyat Perak sebaik tiba di perkarangan Wisma DAP



Dato' Ngeh sedang memberi ucapan


lagi MB Rakyat Perak diserbu










Jumaat, 22 Mei 2009

Zamry Tersengeh, Rakyat Menangis

"..Yet today, malay nowadays are the malay we are..,

Sorry to interrupt, but I like to come to my own conclusion: people fear to dissolve the assembly legislative simply because - they are afraid of losing power, losing power make them becoming losing a lot of easy contract, losing contract means they are losing easy money. And losing money will be the most fear situation on these people life..."

"Kebenaran telah tiba", itulah kata Zambry. Mahkamah Rayuan hari ini telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang sah. Saya tidak mahu komen keputusan mahkamah kerana ada dua sebab. Pertama, saya bukan pakar undang-undang sedangkan yang pakar undang-undang pun ramai yang berpendapat Nizar adalah MB Perak yang sah. Keduanya, saya tidaklah jahil sangat untuk memahami mahkamah yang ada di negara kita ini. Cukuplah jika saya sekadar ucap `tahniah' kepada Zambry kerana beliau masih sanggup berdepan dengan rakyat Perak selepas penghakiman ini meskipun beliau tahu apa yang ada di dalam lubuk hati nurani rakyat Perak.



Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."


Saya tidak dapat menyelami hati dan perasaan majoriti rakyat Perak ketika ini. Mungkin bagi Zambry, rakyat seluruh Perak kini sedang berpesta dan bersukaria kerana menyambut kemenangan Zambry selaku MB Perak yang ditentukan oleh mahkamah. Pada saya hanya mahkamah akhirat yang mutlak. Buktinya, keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Nizar dianggap silap oleh Mahkamah Rayuan sebentar tadi. Selepas ini, mungkin.. mungkin...tiada lagi silap apabila kes ini dirayu oleh Nizar ke Mahkamah Persekutuan. saya yakin, Mahkamah Persekutuan tidak akan mengatakan Mahkamah Rayuan sebentar tadi silap. Maksud saya, mungkin tiada lagi kesilapan selepas ini. Ini bermakna, bawalah ke mana-mana mahkamah di Malaysia ini mungkin tiada lagi kesilapan dan Zambry terus ditabalkan sebagai MB Perak.

Rekod dunia mungkin boleh dicipta dengan berbagai peristiwa yang berlaku di Perak selepas lahirnya `spesis' katak yang lapar ini. Berbagai pandangan dan nasihat telah diberikan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak sekarang, tetapi masih ada yang suka memilih mahkamah untuk menentukan kerusi dan kedudukan mereka. Malangnya rakyat Perak, mereka tidak diberi peluang untuk berperanan menstabilkan keadaan politik yang cerca merba ini. Mereka hanya layak sebagai penonton kepada `drama' yang tidak berkesudahan ini.Bilakah semua ini akan berakhir????sama-sama kita tunggu dan lihat,

Selasa, 19 Mei 2009

Pas Lancar Dana Bina Kompleks RM27 Juta di Putrajaya




PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.



MinRedQalbi : Alhamdulillah...semoga usaha ini akan diberkati Allah. ini satu perancangan masa depan yang mendepani masa. Sama-samalah kita berdoa dan menyumbang untuk menjayakan usaha baik ini...Syabas PAS

Isnin, 11 Mei 2009

Gambar-gambar Hero Harapan Rakyat

Nizar diiringi Isteri dan Azmin Ali

Sempat lagi beramah mesra


Nizar sejurus tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta



Diserbu Orang Ramai dan Para Wartawan

Tersenyum lebar dan mengangkat tangan tanda kemenangan


ketika disoal jawab oleh para wartawan sejurus keputusan diumumkan


Makkal satthi...Hidup Rakyat












Isnin, 23 Februari 2009

Pengeboman di kaherah





Kaherah- 22/2/09 4 org mati manakala 17 yg lainnya cedera trmasuk 6 drpdnya cedera parah dalam 1 letupan bom di sini. Letupan yg brlaku berhampiran dengan masjid husin ini telah berlaku pada pukul 7.30 petang waktu tempatan di mana ramai pelancong asing sedang memenuhi kawasan yang dikenali sbg bazar khan al-khalili itu. Antara yang terkorban ialah 2 warga francis dan 2 lagi masih belum dikenal pasti sehingga berita ini ditulis. Antara yang cedera pula ialah 2 warga tempatan, 3 warga saudi, 1 warga german dan 10 warga german. 2 bom telah dilemparkan tetapi hanya 1 yang meletup dan pakar bom polis mesir telah berjaya mematikan 1 lagi bom yang tidak meletup. Ada saksi yang mengatakan bom itu dilemparkan dari atas satu bangunan berhampiran dan ada juga sumber mengatakan bom itu dilemparkan oleh seorang penunggang motorsikal yang melalui jalan itu.Para ulama' mesir mengutuk keras serangan ini dan menyifatkan pengebom sebagai pengecut dan bacul. Sehingga sekarang tidak dapat dipastikan siapa yang bertanggungjawab atas pengeboman ini.

Sumber berita:
-aljazera
-detik news
-berita harian