Isnin, 5 April 2010

Edisi berita: Kemalangan maut pelajar Perak di Mesir.


KAHERAH, 4 april-Ajal tak mengenal usia dan siapa.itu yang dapat saya simpulkan atas kejadian yang berlaku hari ini.kehilangan mengejut seorang kawan yang sama-sama menuntut ilmu di bumi kinanah ini.macam tak percaya,tapi dah berlaku.realiti dan takdir yang harus diterima dan diimani oleh muslim yang beriman kepada pengatur takdir,Allah RabbulJalil.

Kemalangan yang berlaku pada 11 lebih pagi tadi telah meragut nyawa Hafizul husna b. Sallehuddin,mahasiswa tahun 3,kuliah bahasa arab,Universiti al-Azhar Kaherah.Allahyarham yang menetap di sungai siput,Perak ketika kejadian dalam perjalanan pulang dari hayyu asyir dirempuh oleh kereta dari tepi menyebabkan mangsa terpelanting sejauh 10 meter kehadapan.akibat hentakan kuat dan kecederaan kaki kaki yang serius,mangsa telah dikejarkan ke hospital zahra',abbassiah,kaherah dan menghembuskan nafas terakhir di sana.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan hospital dan kelihatan beberapa BP PMRAM,ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa berada di sana.

Kehilangan Allahyarham amat dirasai oleh ahli keluarga dan rakan-rakan kerana Allahyarham seorang yang ceria dan rajin membantu orang lain.

Jenazah yang asalnya ingin dibawa pulang ke Malaysia pada hari ini,akan disemadikan di pekuburan keledang,hayyu asyir esok pagi.jenazah akan disembahyangkan di dataran hayyu asyir sebelum dibawa ke tanah perkuburan keledang.

Yang pergi,tetap pergi.yang hidup entah bila lagi.hidup mesti diteruskan.langkah perlu diatur,amalan perlu diukur.moga Arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah.

Tiada ulasan: