Seperti yang dijangkakan, cadangan KTMB untuk mengasingkan penumpang di dalam tren keretapinya pasti akan mendapat tentangan oleh pihak-pihak tertentu. tidak sampai pun sehari cadangan ini dikemukan. sudah ada suara-suara sumbang yang mempertikaikannya. yang peliknya golongan wanita yang menolaknya, bukan lelaki. saya mengharapkan KTMB tidak tunduk dengan pandangan-pandangan ini jika motto barunya ' Ikhlas Dari Hati ' hendak dilaksanakan. Sila baca keratan akhbar di bawah ini.
KUALA LUMPUR, 1 April — Badan-badan bukan kerajaan wanita menggesa Keretapi Tanah Melayu Berhada (KTMB) mengkaji semula ideanya mahu mengadakan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita atas alasan ingin menangani gangguan seksual.
Ini kerana polisi mengasingkan wanita dan lelaki semasa menggunakan perkhidmatan awam sebenarnya bukan cadangan wajar di negara ini.
Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (Awam), Haslinah Ya’cob berkata cadangan tersebut mesti dikaji dengan lebih teliti.
“Kalau untuk meningkatkan keselesaan golongan warga emas, wanita, keluarga dan sebagainya, penyelesaian yang lebih baik adalah menambah gerabak dan menambah frekuensi perjalanan untuk mengelakan keadaan penuh sesak.
“Sistem pengangkutan awam secara keseluruhannya perlu diselenggara supaya lebih efisien dan lebih menjamin keselamatan semua penumpang.
“Dari segi praktikal pun, kalau gerabak khas diwujudkan, ramai wanita mungkin ketingalan apabila tiada lagi tempat dalam gerabak khas dan terpaksa menunggu tren seterusnya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan supaya diwujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan komuternya dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpangnya.
Katanya, jika kereta api komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.
Haslinah berkata, kalau cadangan itu adalah untuk mengelakkan gangguan seksual ia bukan penyelesaian yang tepat.
“Pada asasnya sebab berlakunya gangguan seksual disebabkan oleh lelaki yang tidak hormat kepada wanita.
“Jadi penyelesaian jangka masa panjang adalah untuk mendidik masyarakat supaya menghormati wanita dan menerima kesaksamaan gender,” katanya.
Ahli Majlis Tertinggi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Datin Maheran Omar berkata, cadangan tersebut bukan satu pilihan bijak kerana perkhidmatan yang ada sekarang memang sudah selesa.
“Perkhidmatan sekarang memang sudah selesa jadi tidak perlu untuk mewujudkan gerabak berasingan antara lelaki dan wanita.
“Kalau sesak pun cuma pada waktu, pada masa-masa lain biasa sahaja. Lagipun waktu pagi adalah masa orang masuk ke pejabat, itu sudah menjadi kebiasaan.
“Selain itu, bagaimana kalau gerabak di bahagian wanita sudah penuh tetapi masih ramai lagi yang menunggu untuk masuk dan pada masa sama di gerabak lelaki terdapat banyak kekosongan. Bukankah ia amat merugikan?” katanya.
Beliau berkata, jika pengasingan itu dibuat sebagai langkah untuk menangani masalah gangguan seksual dalam kalangan wanita ia tidak perlu.
“Bukan setiap hari kita mendengar ada wanita menghadapi gangguan seksual, cuma kadang-kadang sahaja.
“Jadi tidak perlu untuk mewujudkan gerabak pengasingan tersebut.
“Lagipun kita sudah berada di zaman moden jadi tidak perlulah. Kalau konsert-konsert membenarkan lelaki dan wanita berasak-asak mengapa perlu diasingkan mereka dalam kereta api?” katanya.
Menurut Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah, cadangan untuk mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bukan jalan terbaik bagi mengatasi masalah gangguan seksual.
“Kita bersetuju sekiranya ia hanya bersifat sementara sahaja dan mesti merupakan pilihan untuk menumpang dan apa yang paling penting adalah mengubah pemikiran golongan lelaki mengenai masalah yang dialami wanita.
“Untuk jangka pendek tiada masalah cuma apa yang membimbangkan adalah dalam jangka masa panjang ini kerana masalah gangguan seksual bukan hanya berlaku dalam kereta api tetapi dimana sahaja.
“Mungkian kita perlu mengadakan lebih banyak kempen mengenai perkara ini supaya masyarakat sedar dan tahu masalah yang dihadapi oleh wanita.
“Kita tidak mahu cadangan ini akan menjadi satu permulaan bagi diskriminasi dari segi jantina,” katanya.
Tambahnya, kerajaan mesti mewujudkan satu polisi khas supaya lelaki dan wanita tidak dibezakan dari segi jantina.
“Perlu wujudkan satu polisi yang mana lelaki dan wanita tidak lagi dibezakan dari segi jantina. Kita tidak mahu perbezaan ini menjadi halangan antara kedua-dua jantina.
“Jadi pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mengubah pandangan serta persepsi masyarakat terhadap wanita. Sekurang-kurangnya wanita juga perlu diberi pilihan sama seperti lelaki,” katanya.
Sumber : themalaysianinsider.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan