Jumaat, 9 April 2010

Edisi Mengarut: Ramai percaya makhluk asing wujud


SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 20 peratus penduduk dunia percaya kewujudan makhluk asing dan mereka menyamar sebagai manusia, menurut satu tinjauan terbaru.

Malah, 40 peratus warga India dan China percaya makhluk asing ‘menyertai’ masyarakat dengan menyamar sebagai manusia.

Kepercayaan itu paling rendah di Belgium, Sweden dan Belanda iaitu lapan peratus, menurut tinjauan Reuters Ipsos membabitkan 23,000 orang dewasa di 22 negara.

Bagaimanapun, majoriti penduduk dunia - 80 peratus - tidak percaya makhluk asing wujud.

“Ada pertalian antara negara ramai penduduk menunjukkan lebih ramai percaya ia wujud dan menyamar berbanding negara kurang penduduk.

“Ia juga mungkin kerana di negara kurang penduduk, anda lebih mengenali jiran sebelah,” kata John Wright, Naib Presiden Kanan Ipsos. – Reuters

Tiada ulasan: