Jumaat, 2 April 2010

Isu Kartika : SIS bersuara dan bergembira


Kenapa mereka menyokong? kenapa mereka bergembira? kenapa? kenapa? kenapa? adakah hukum Islam itu zalim kepada wanita? adakah wanita itu sama tarafnya dengan lelaki? adakah arak itu kesalahan yang ringan? apa implikasinya? persoalan-persoalan yang pasti mengharapkan jawapan. Kes kartika bukan yang pertama, bukan juga yang terakhir. Ramai lagi yang melakukan kesalahan yang sama. Tetapi kemana kes mereka? moga Allah mengampunkan Kartika dan menerima taubatnya. Pujian harus diberikan kepada beliau kerana berani menentang arus 'negara Islam Malaysia'.


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR 1 April — Sisters In Islam (SIS), antara pertubuhan bukan kerajaan yang pernah menentang hukuman sebatan ke atas bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno menyambut baik pengampunan Sultan Pahang yang menggantikannya dengan kerja-kerja khidmat masyarakat.
“Sisters in Islam mengalu-alukan keputusan meringankan hukuman sebat kepada Kartika kepada kerja khidmat sosial yang diputuskan oleh Sultan Pahang, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Ahmad Shahm,” kata Pengarah Eksekutif SIS Dr Hamidah Marican dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.
Keputusan menggantikan hukuman itu dimaklumkan kepada Kartika semalam,
Kartika akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang esok untuk menjalani hukuman tersebut.
Sehingga akhir bulan lalu SIS telah diambil keterangan polis dua kali dalam tempoh lima bulan berhubung isu pelaksanaan hukuman sebatan ke atas kaum wanita Islam.
Terbaru, Hamidah telah menemui pihak polis pada 22 Mac lalu di bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan.
Siasatan terbaru itu berdasarkan laporan polis dibuat Majlis Agama Islam Selangor berhubung kenyataan akhbar yang dikeluarkan 17 Feb lalu, yang mempersoalkan motif kerajaan melaksanakan hukuman merotan ke atas tiga wanita berkenaan awal bulan lalu.
Sehubungan itu, SIS melahirkan keprihatiannya ekoran perkembangan terbaru ini sedangkan beberapa isu berkaitan dengan persoalan perlembagaan dan syariah, garis panduan menjatuhkan hukuman dan komitmen Malaysia terhadap instrumen hak asasi manusia antarabangsa yang dibangkitkan dalam kes Kartika masih belum selesai.

Tiada ulasan: