Isnin, 30 Mei 2011

Aku Pakar Motivasi!

Assalamualaikum dan salam satu akidah.bertemu lagi kita diruangan tanpa suara ini lagi.jangan ditanya ke mana menghilang kerana aku tetap di sini,cuma jari jemari lemah tak berdaya untuk mengungkap kata2 di lembaran ini.

Bumi Mesir kini dilanda musim demam imtihan.sana sini orang membicarakan soal imtihan dan sekitarnya.budaya membaca dan menghafal yang ditinggalkan 4 bulan kini kembali muncul.betapa ilmu itu menyinar di waktu fatrah imtihan ini.tak payah jariku menunjuk orang,aku apa kurangnya,sama seperti mereka.tertipu dengan habuan dunia yang sementara.

Tiada salahnya mengejar cita-cita,malah dituntut untuk mendakapnya.yang salahnya cuma matlamat itu sering menjadi nombor satu.padahal yang utama adalah keredhaan Pencipta ilmu itu.muhasabah bersama.

Aku mula imtihan pada 4.6.11 ini.doa2kan lah aku wahai sahabat2 ku.aku kadang2 lemah lelama begini.perasaan ini normal bagi manusia biasa seperti ku.bila otak mula berlari mengingat memori,aku jadi menyesal.rasa ingin memutarkan waktu dulu.tapi itu mustahil.rahsia Allah adalah rahsia.hikmahnya banyak,cuma aku yang membutakan mata.

Di sini aku bahagia,namun tekanan membuatkan kebahagiaan itu kekadang hilang.aku mahu terus mendakap bahagia,kerana aku ada cita-cita.tapi rukun Tuhan mengatur hambanya seperti roda.kekadang bahagia di atas,kekadang terjelopok di bawah dengan lemahnya.

Aku dan kamu perlukan motivasi.aku setuju dengan kata-kata "kita adalah pemotivasi terbaik untuk diri kita sendiri" kerana kita yang mengetahui apa cita-cita kita.namun kita kekadang terlalai longlai kerana hilangnya cita-cita.seperti aku,sedang mencari motivasi semula.stamina diri mesti dipertingkatkan ketika ini.semoga aku berjaya memotivasikan diriku sendiri.kamu juga perlu begitu.jangan pandang kegagalan dulu,pandanglah kejayaan yang sedang menunggu.selamat berimtihan!!

Khamis, 26 Mei 2011

BN Penipu!!


Meskipun pilihan raya negeri Sarawak telah berlalu lebih sebulan , namun Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) berkata mereka kini mempunyai lebih banyak bukti bagi menunjukkan bahawa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen.

Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya hari ini mendedahkan rakaman pita video pendek menunjukkan wang tunai diedarkan kepada pengundi di kerusi dewan undangan negeri Tamin yang berjaya dipertahankan oleh BN.

Video berkenaan dikatakan dirakamkan di beranda rumah panjang Unban Anak Endu yang terletak di Tenting Terentang di Nanga Selangau pada malam 14 April, iaitu dua hari sebelum pengundian.

Ong mendakwa tuai rumah panjang itu bersama beberapa tuai yang lain diminta ke pejabat BN di pekan Selangau dan diberikan beberapa cek oleh tiga pembantu calon BN berkenaan.

Tuai rumah panjang Unban Anak Endu itu kemudiannya menunaikan cek berkenaan dan mengedarkan RM50 kepada setiap penduduk yang dipercayainya akan menyokong BN, dakwa Ong.

Beliau pada Selasa lalu ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Tiada alasan yang diberikan oleh pegawai Imigresen tetapi Ong yakin pengusirannya ada kaitan dengan usahanya mengumpulkan dalil bagi membuktikan salah laku pada pilihan raya April lalu.

[Baca berita penuh]

Bila Nafsu Melampaui Akal: Maka Manusia Menjadi Hina


KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.

Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.

Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan.

Filem Wajib Tonton: Valley Of The Wolves Palestine 2011 (English Subs)

Isnin, 16 Mei 2011

Perutusan Hari Guru

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah pemilik langit dan bumi.tanpa rahmat dan kasih sayangNYA kita tak mungkin dapat menikmati Islam dan iman.

Ape kabo oghang kampung?lame sungguh tak mencoteng arang di papan blogger.com ni.semoge kome semue sihat disamping buku2 kuliah.sedo tak sedo dah 16.5.11 hari ni.cepat sungguh mase berlalu.rasenye baru jer sambut hari pekerja,tapi sekarang kena sambut hari guru plak.semoge masa yang berlalu tu kite isu dengan perjuangan Islam dan ummah.

Imtihan fasa ke-2 bakal menjelma tak lama lagi.confirmnye belum lagi.persediaannye??tepuk perut tanya hati masing2.

Aku ada 9 madah fasa ni,masyaAllah banyaknye tak terkata.1 lagi jer nak cukup 2 tangan.aku macam besa dok ralit lagi.teruk sungguh mu ni!!mu plok lagu mane derr?dah sedie blo??mu hebak,ku tau...same2 la kite jadi hebat dan terbaik fasa ni.same2 bertekad buat yang terbaik.cewaahh!kemaih tak aku sembang?kemaihkan..ni revolusi imtihan punya pasal la ni..terkesan sikit2 dgn kata2 ustzh mawaddati.he2..

Di samping sibuk dgn imtihan,jangan sesekali kite lupe dgn Islam dan ummah.semalam 15.5 tarikh yang jangan sesekali kite lupekan.itulah tarikh rasmi pendudukan secara haram oleh regim yahudi laknat ke atas tanah palestin.tahun ni dah ulangtahun ke-63.selama itulah palestin dianjingkan oleh zionis yang laknat.siapa lagi yang nak memperjuangkannya kalau bukan kita.betul tak derr?

Jangan lupa jugak dengan masyarakat melayu di mesir ni.pastikan biah solehah terus terpelihara dan kesatuan Islam terus terbela.isu anak melaka mesir pastikan kita cakna.isu anak perak lagi2 la.jangan anggap ia kecik.sama2 jaga persatuan dan kesatuan.anak2 perak semua kuat,aku tau.tu penting fikrah sama,nanti kerje pun sama.pertahankan hak kita.itu kewajipan bagi kita.:)ceramah la plak..padan muke kome.aku break dulu.c u d lain hari.wassalam..

Selasa, 3 Mei 2011

Ammu Driver Bas Mogok!!

Lama sungguh tak menulis.hari ni nak tulis jugak.aku mengalami writing blocked yang biasa dialami oleh seorang penulis.cewah!! bajet power.ada benda nak ditulis,tapi macam ada sesuatu yang menghalang jari jemari ini untuk menari.full stop.:)

apa isu terhangat dan sensasi sekarang?? malaysia?video seks mat boroi.kah kah kah! mesir? Medic got talent di mansurah.dunia?konspirasi amerika dalam pembunuhan osama bin laden.ini antara terhangat buat ketika ini.wah!! sangat hangat.mesir pun dah mula hangat.lupa lak satu lagi isu.anak perak mesir?xda apa.kah kah kah!!mana boleh gtau.rahsia la.ahh..mengarut jer aku ni.

Hari ni muktamar hewi pmram ke-24.esok lak muktamar pmram ke-78.aku macam besa la,jadi perwakilan yang setia.kalau masuk esok,aku dah jadi perwakilan buat kali ke-3 tak silap.ada pengalaman skit2.keh keh keh!tahun ni lain skit,muktamar buat dekat dewan solah kamil.selalu dekat nadi riadi yang luas tu.takpe la,kat mana pun sama jer.janji berjalan lancar.

Semalam ada gang bagi tau driver bas panjang kat kaherah ni mogok.katanya nak menuntut naik gaji.waaa..sudah pandai mogok2 sekarang.yang jadi mangsanya kanak2 nak pi sekolah ni la.kena cari alternatif lain yang sudah pastinya lagi mahal dari naik bas panjang.alah..tak mogok pun macam kome pi sekolah.kehkehkeh!kata faizal pada dirinya sendiri.semoga ammu2 astho tak mogok lama2.jenuh jugak nanti nak jalan.bukan isu ni jer,ada jugak isu2 lain yang melibatkan pemogokkan pekerja.(ayat kejadah ape tu?)abang polis pun mogok,tula taknak buat keje.majuk la sangat..tula,jahat sangat dulu.kesian pada kawan2 yang dirompak dan dicurinye pon.ada kes sampai 12 ribu nilai kerugian.bersabarlah banyak2.Allah pasti menggantikan dengan yang lebih baik.Insya'Allah.semoga Allah lindungi kita semua dari perkara yang tak kita sukai.namun Allah maha tahu.takbir!Allahu akbar!