Assalamualaikum dan salam satu akidah.bertemu lagi kita diruangan tanpa suara ini lagi.jangan ditanya ke mana menghilang kerana aku tetap di sini,cuma jari jemari lemah tak berdaya untuk mengungkap kata2 di lembaran ini.
Bumi Mesir kini dilanda musim demam imtihan.sana sini orang membicarakan soal imtihan dan sekitarnya.budaya membaca dan menghafal yang ditinggalkan 4 bulan kini kembali muncul.betapa ilmu itu menyinar di waktu fatrah imtihan ini.tak payah jariku menunjuk orang,aku apa kurangnya,sama seperti mereka.tertipu dengan habuan dunia yang sementara.
Tiada salahnya mengejar cita-cita,malah dituntut untuk mendakapnya.yang salahnya cuma matlamat itu sering menjadi nombor satu.padahal yang utama adalah keredhaan Pencipta ilmu itu.muhasabah bersama.
Aku mula imtihan pada 4.6.11 ini.doa2kan lah aku wahai sahabat2 ku.aku kadang2 lemah lelama begini.perasaan ini normal bagi manusia biasa seperti ku.bila otak mula berlari mengingat memori,aku jadi menyesal.rasa ingin memutarkan waktu dulu.tapi itu mustahil.rahsia Allah adalah rahsia.hikmahnya banyak,cuma aku yang membutakan mata.
Di sini aku bahagia,namun tekanan membuatkan kebahagiaan itu kekadang hilang.aku mahu terus mendakap bahagia,kerana aku ada cita-cita.tapi rukun Tuhan mengatur hambanya seperti roda.kekadang bahagia di atas,kekadang terjelopok di bawah dengan lemahnya.
Aku dan kamu perlukan motivasi.aku setuju dengan kata-kata "kita adalah pemotivasi terbaik untuk diri kita sendiri" kerana kita yang mengetahui apa cita-cita kita.namun kita kekadang terlalai longlai kerana hilangnya cita-cita.seperti aku,sedang mencari motivasi semula.stamina diri mesti dipertingkatkan ketika ini.semoga aku berjaya memotivasikan diriku sendiri.kamu juga perlu begitu.jangan pandang kegagalan dulu,pandanglah kejayaan yang sedang menunggu.selamat berimtihan!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan