Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Jun 2011

Identiti Anonymous Dikenalpasti dan didedahkan


WICKFORD, Britain - Identiti individu yang disyaki mengetuai ketua kumpulan penggodam komputer global, LulzSec didedahkan semalam sebagai pelajar pintar berusia 19 tahun, Ryan Cleary.

Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut dengan menggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya di sini.

Ryan ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, yang berharga £330,000 (RM219,545) kelmarin.

"Kemungkinan besar bandar ini merupakan pusat pergerakan untuk menggodam rangkaian komputer milik kerajaan-kerajaan di dunia," kata seorang pakar komputer kelmarin

Pelajar itu kini direman di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.

Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya.

Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.

Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.

Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwa bertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.

Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).

LulzSec merupakan kumpulan serpihan geng penggodam Anonymous yang melancarkan serangan siber ke atas firma MasterCard dan PayPal pada tahun lalu.

Rabu, 22 Jun 2011

Bapa rayu anak kembar dimatikan


PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.

Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.

Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.

Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. - Agensi

Khamis, 26 Mei 2011

Filem Wajib Tonton: Valley Of The Wolves Palestine 2011 (English Subs)

Sabtu, 23 April 2011

Wira revolusi Mesir antara 100 paling berpengaruh

DiCedok Dari; MyMetro
NEW YORK: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, Canselor Jerman, Angela Merkel dan bintang pop remaja, Justin Bieber adalah antara 100 orang paling berpengaruh di dunia.

Senarai tahunan yang dikeluarkan majalah Time itu semalam turut menyenaraikan Wael Ghonim, eksekutif Google berusia 30 tahun yang menjadi wira dalam revolusi Mesir.


“Wael Ghonim mewakili golongan muda yang menjadi sebahagian besar daripada penduduk Mesir,” menurut profile dalam majalah berkenaan.

Pengiktirafan juga diberikan kepada Hamada Ben Amor, penyanyi rap Tunisia yang lebih dikenali sebagai ‘El Jeneral.’ Lagunya, ‘Rais Lebled,’ (Tuan Presiden) membantu meningkatkan semangat rakyat Tunisia untuk memberontak sehingga menumbangkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang memerintah negara itu selama 23 tahun. Saif al-Islam Kadhafi, yang berikrar untuk menumpaskan pemberontakan di Libya, turut tersenarai. - AP

Jumaat, 22 April 2011

'Isteri Ben Ali ejen Mossad'



DiCedok dari: Berita Hairan
ALGIERS: Pengawal peribadi bekas Presiden Tunisia, Zen El Abedeen Ben Ali mendakwa Ben Ali dan isteri, Laila El Trabolsi, adalah penyokong Israel dan Laila pula adalah ejen Mossad dan terbabit dalam pembunuhan beberapa pemimpin Palestin yang hidup dalam buangan di Tunisia.

Abdul Rahman Sobeir yang mendedahkan maklumat itu menerusi laman sosial Facebook, turut mendakwa pasangan itu dan menantu lelaki mereka, Selim Shaiboub, serta beberapa ketua keselamatan, terbabit dalam akitivi jenayah.

Menurut laporan akhbar Algeria, Al Shorouk, pada 1991 Laila mengarahkan dua ejen perkhidmatan perisikan Tunisia untuk membunuh seorang ahli perniagaan Tunisia yang juga rakan karib Ben Ali kerana membantah perkahwinan beliau.
"Menantu Ben Ali juga dalang di sebalik kematian kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Radeif pada 1992, tindakan yang sudah dibuktikan penyiasat keselamatan negara," kata Sobeir. - Agensi