Jumaat, 22 Mei 2009

Zamry Tersengeh, Rakyat Menangis

"..Yet today, malay nowadays are the malay we are..,

Sorry to interrupt, but I like to come to my own conclusion: people fear to dissolve the assembly legislative simply because - they are afraid of losing power, losing power make them becoming losing a lot of easy contract, losing contract means they are losing easy money. And losing money will be the most fear situation on these people life..."

"Kebenaran telah tiba", itulah kata Zambry. Mahkamah Rayuan hari ini telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang sah. Saya tidak mahu komen keputusan mahkamah kerana ada dua sebab. Pertama, saya bukan pakar undang-undang sedangkan yang pakar undang-undang pun ramai yang berpendapat Nizar adalah MB Perak yang sah. Keduanya, saya tidaklah jahil sangat untuk memahami mahkamah yang ada di negara kita ini. Cukuplah jika saya sekadar ucap `tahniah' kepada Zambry kerana beliau masih sanggup berdepan dengan rakyat Perak selepas penghakiman ini meskipun beliau tahu apa yang ada di dalam lubuk hati nurani rakyat Perak.



Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."


Saya tidak dapat menyelami hati dan perasaan majoriti rakyat Perak ketika ini. Mungkin bagi Zambry, rakyat seluruh Perak kini sedang berpesta dan bersukaria kerana menyambut kemenangan Zambry selaku MB Perak yang ditentukan oleh mahkamah. Pada saya hanya mahkamah akhirat yang mutlak. Buktinya, keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Nizar dianggap silap oleh Mahkamah Rayuan sebentar tadi. Selepas ini, mungkin.. mungkin...tiada lagi silap apabila kes ini dirayu oleh Nizar ke Mahkamah Persekutuan. saya yakin, Mahkamah Persekutuan tidak akan mengatakan Mahkamah Rayuan sebentar tadi silap. Maksud saya, mungkin tiada lagi kesilapan selepas ini. Ini bermakna, bawalah ke mana-mana mahkamah di Malaysia ini mungkin tiada lagi kesilapan dan Zambry terus ditabalkan sebagai MB Perak.

Rekod dunia mungkin boleh dicipta dengan berbagai peristiwa yang berlaku di Perak selepas lahirnya `spesis' katak yang lapar ini. Berbagai pandangan dan nasihat telah diberikan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak sekarang, tetapi masih ada yang suka memilih mahkamah untuk menentukan kerusi dan kedudukan mereka. Malangnya rakyat Perak, mereka tidak diberi peluang untuk berperanan menstabilkan keadaan politik yang cerca merba ini. Mereka hanya layak sebagai penonton kepada `drama' yang tidak berkesudahan ini.Bilakah semua ini akan berakhir????sama-sama kita tunggu dan lihat,

Tiada ulasan: