Ahad, 3 Mei 2009

10 Teknik Terbaik untuk Gagal

Gagal lagi? Semua orang hendak berjaya tetapi malangnya mereka semua masih gagal kerana mereka sendiri yang mengamalkan langkah-langkah yang memastikan kegagalan.Apakah amalan-amalan itu yang biasa dilakukan oleh kumpulan gagal?
Pada artikel kali ini saya akan berkongsi amalan-amalan yang sentiasa dilakukan oleh Si tewas.




1. Berada di dalam lingkungan orang gagal. 95% daripada orang yang kita bergaul adalah terdiri dari orang-orang yang gagal.Tandanya ialah orang sekeliling yang kita dampingi adalah mereka yang gagal. Dengarlah ucapan yang dituturkan oleh mereka. Apa yang anda dengar adalah hanya kritikan dan ucapan-ucapan seperti tak boleh, mana mungkin, payahlah ,aku dah buat, nampak tak boleh jalan, banyak orang dah gagal. Inilah ucapan yang sering anda dengar.Dari segi pencapaian mereka pula hanya biasa sahaja dan mereka ini sentiasa akan menasihatkan pada anda JANGAN BUAT, NANTI ANDA MENYESAL. Mereka seolah-olah ada kuasa untuk menentukan nasib anda. Anda sebenarnya berada di dalam lingkungan getaran tenaga emosi negatif yang terlalu kuat apabila anda berada dalam lingkungan mereka.Awas! Jauhkan diri anda dari mereka.

2.Anda berasa yang anda sudah pandai dan tahu segala-galanya.
Apabila perkara ini berlaku maka anda mula berhenti untuk belajar. Inu bermakna anda cuba menghentikan peningkatan diri anda. Orang yang berlagak pandai ,hanya memiliki teori yang banyak di dalam minda dan fikirannya. Mereka tidak mampu melaksanakan dan mereka ini amat pantang kalau ada orang lain yang cuba memberikan cadangan pembaikan. Mereka rasa mereka serba tahu. Awas! anda perlu belajar dan belajar untuk meningkatkan potensi diri , bersikap terbuka, amalkan apa yang anda tahu dan kesempurnaannya adalah berkongsi atau sebarkan ilmu yang anda tahu kepada orang lain supaya mereka juga boleh mengamalkan ilmu yang bermanfaat itu.

3.Anda bertanya sesuatu pada orang yang salah?
Kalau anda tanya pada itik yang sedang berenang di sungai, maka itik akan jawab dalam sungai itu hanya pada paras dadanya. Anda pasti akan gagal jika bertanya pada orang yang bukan ahli dalam bidangnya. Hanya Jauhari yang mengenal maknikam. Awas! jika anda hendak berjaya, pastikan mereka ada pengalamn, autoriti, kebolehan dan kepakaran. Dengan bertanya pada mereka yang ahli dalam bidang masing-masing ,maka anda dapat membuat keputusan yang lebih tepat.

4.Anda membuat keputusan berdasarkan pengalaman,emosi dan tanggapan anda sendiri. Apabila ada sahaja ada peluang yang muncul, anda sering hanya berfikir sendiri lalu membuat tanggapan berdasarkan pengalaman anda sahaja. Jika selama ini anda sering gagal maka ukuran keputusan sesuatu tindakan adalah berdasarkan apa yang anda percaya tentang kebolehan yang ada pada diri anda . Selalunya keputusan yang anda buat adalah aku memang tidak mampu buat, aku memang tidak boleh, dah banyak kali aku gagal, aku tidak berani. Secara automatisnya adalah telah membina satu benteng penjara yang besar dalam diri anda. Semakin hari halangan ini semakin menebal dan anda benar-benar merasakan memang anda TIDAK MAMPU. Awas!. Bergaullah dengan mereka yang telah berjaya melakukan sepertaaimana peluang yang muncul itu. Kalau mereka boleh buat yang pastinya anda PASTI BOLEH BUAT JUGA!

5.Anda fikir kejayaan begitu mudah dan dicapai dalam jangka masa pendek
Sudah berapa kali anda dengar pelbagai kejayaan yang telah dicipta oleh orang lain. Pada anda mereka mencapainya dengan begitu mudah dan selesa. Jadi anda pun cuba meniru seperti mereka. Dan apabila anda tidak mencapai seperti mereka maka anda pun membuat keputusan memang anda tidak mampu. Awas! kejayaan yang mereka cipta bukan dalam masa yang singkat. Kota Rom tidak dicipta dalam masa satu hari. Kejayaan adalah berkonsepkan TANGGA. Anda perlu mendaki dari satu anak tangga kepada satu anak tangga bagi capai kejayaan. Cepat atau lambat mendaki anak tangga berdasarkan pada siapa guru yang anda ikuti.Semua orang yang berjaya telah menempuh pelbagai kesusahan sebelum satu anak tangga ke satu anak tangga dapat didaki.

6.Anda hanya fikirkan kepentingan sendiri. Kebanyakan dari kita hanya fikirkan apa yang aku akan dapat, berapa banyak yang aku dapat ,apa yang mesti aku dapat, apa yang perlu aku rebut tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Awas! tahukah anda orang yang berjaya kehidupan mereka hanya memikirkan memenuhi keperluan orang lain?.Awas! Untuk menjadikan orang berjaya anda mesti belajar untuk berterima kasih dan belajar memberi pada orang lain. Apa yang anda beri itu yang anda akan perolehi.
Mulalah dengan memberi yang kecil-kecil dan apabila anda ada kemampuan beri yang lebih besar. Lihatlah golongan usahawan. Mereka sering memenuhi keperluan orang ramai mendapatkan barang keperluan yang orang ramai perlukan. Masalah pada orang adalah pendapatan pada mereka.

7.Anda mahu semuanya.
Anda hanya tahu hendak sahaja tetapi sebenarnya anda tidak tahu dengan jelas dan praktikal apa sebenarnya anda hendak. AWas! pastikan apa yang anda hendak dengan jelas seperti saya hendak pendapatan RM10 000 sebulan , saya hendak berat badan saya 56kg. Anda juga perlu tahu AMBAK. AMBAK adalah singkatan dari Apa Manfaat Bagiku. Anda perlu tahu apa manfaat dan pentingnya sesuatu kehendak yang anda perlukan . Mengapa anda mesti dapat capai kehendak anda itu. Motivasi yang paling kuat adalah berdasarkan SEBAB. Sebab apa aku mesti dapat matlamat itu.Dengan mengetahui kepentingan tersebut ,ianya akan mendorong anda lebih kuat untuk berjaya.

8.Tabiat anda suka bertangguh. inilah virus yang paling hebat yang menjadikan anda seorang yang tewas. Awas! Anda perlu bersegera dalam melakukan tindakan. Pastikan Perkara yang utama(important) didahulukan tindakannya megikut ranking keperluan.

9.Terlalu banyak perkara yang anda ingin buat sehingga hilang fokus.Kita terlalu ghairah untuk mencipta kejayaan sehingga kita hilang fokus pada sesuatu perkerjaan. Awas! Pastikan anda fokus pada sesuatu pekerjaan ,Buat sehingga berjaya .

10. Anda hilang hubungan dengan Allah, Pencipta kejayaan hakiki. Sering kali anda lakukan sesuatu misi dengan menumpukan pada usaha anda. Anda lupa bahawa yang menganugerah kejayaan adalah Allah. Dek kerana ghairah mengejar kejayaan, anda lupa dosa pahala, halal haram .lupa dan lalai sembahyang, lupa dan lalai berdoa. Anda hanya fikir kejayaan itu adalah dari diri anda semata-mata

Kesimpulannya, jika anda masih mengamalkan teknik tersebut maka bersedialah untuk mencapai kegagalan.

Tiada ulasan: