Isnin, 11 Mei 2009

Siapa MB Perak yang sah telah terjawab


Alhamdulillah, kebenaran yang ditunggu telah Allah jelmakan. Kemenangan yang dinanti oleh seluruh rakyat kini telah didakap oleh DS Mohd Nizar Jamaluddin apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memutuskan bahawa Menteri Besar yang sah ialah DS Nizar dan meminta kepada kerajaan Kudeta BN yg diketuai oleh Zamry mengosongkan pejabat serta merta bagi membolehkan MB Nizar dan Exco Negeri yang sah menjalankan tugas mereka berkuatkuasa sertamerta. Mahkamah juga menolak permohonan Peguam Zamry untuk menangguhkan keputusan mahkamah itu.
MB Nizar ketika ini sedang dalam perjalanan pulang ke Perak untuk mengadap Tuanku Sultan Perak bagi memohon perkenan Sultan agar Tuanku berkenan untuk DUN dibubarkan dan Pilihanraya Negeri diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik Perak yang semakin meruncing sekarang. Nizar dijangka akan mengadakan mensyuarat exconya pada tengah malam ini di pejabat Pas Perak berhampiran bangunan Perak.
Di Kelantan, musyidul Am PAS merangkap MB Kelantan, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya berpuasa pada esok hari (selasa) dan solat sunat syukur 2 rakaat bagi menandakan rasa kesyukuran ke atas kemenangan ini yang disifatkan sebagai kemenangan rakyat.


Min RedQalbi : Abang-abang FRU tengah penuh dekat bangunan Perak..ha, ape drama selepas ini. Kite tunggu jela ye. Moga2 kemenangan ini tidak menjadikan kita lalai dan leka dari landasan perjuangan yang tak henti-henti dari diuji. Takbirrr!!!! AllahuAkhbar!!!

Tiada ulasan: