Isnin, 3 Mei 2010

3 MEI: HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA-Adakah kita bebas?

3 MEI setiap tahun dipilih untuk dijadikan "HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA".seluruh dunia meraikannya dengan pelbagai cara.

Tetapi persoalannya,adakah kita sudah bebas?bebas dari segala ancaman dan bebas untuk memberikan pendapat melalui penulisan.segalanya terletak di bahu kepimpinan setiap negara masing-masing.

Satu indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders(Wartawan Tanpa Sempadan) mendapati Malaysia berada di kedudukan 131 pada tahun 2009 dan meningkat dari kedudukan 132 pada tahun 2008.Namun,indeks prestasi kebebasan media merosot dari 39.50 mata kepada 44.25 mata.(0.00 adalah terbaik dan 100 terburuk).

Indeks ini menunjukkan prestasi media di Malaysia sebenarnya.hari ini,sesiapa yang mengatakan sesuatu kebenaran yang menyentuh kepimpinan negara akan teropong dari jauh sebelum dikenakan tindakan yang tidak sewajarnya.situasi ini hanyalah satu permainan politik yang bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat untuk bersuara berlandaskan kebenaran.

Kehadiran media baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan lagi memeningkan pihak berkuasa.hari ini,rakyat sudah celik politik kerana peranan yang dimainkan oleh media baru.rakyat sudah meminggirkan surat khabar harian dan TV-TV kerajaan kerana tidak lagi menaruh kepercayaan kepada media-media ini yang dilihat tidak bebas.

Kerajaan patut memikirkan cara bagi melahirkan penulis prolifik dan bukannya menyekat kehadiran golongan ini.bukan meminta untuk diberi kebebasan yang tidak terkawal,tetapi minta untuk diberi keadilan yang berlandaskan perlembagaan negara yang perlu disantuni.

Ketakutan untuk bersuara adalah satu kelemahan yang perlu dibaiki bersama.Ancaman jangan dijadikan penyebab untuk kita menyembunyikan kebenaran dan menutup kezaliman yang ada.jadilah manusia yang bebas dan berani mendepani cabaran,kelak kita akan disegani manusia.

Tiada ulasan: