Imtihan sudah tiba! bermakna diri makin rajin.tak ada istilah tidur banyak,sembang banyak,termenung banyak,main banyak dan pelbagai lagi yg banyak2 selalu pak cik mak cik Azhari dan Azhariah buat.yang ada hanya study banyak,ngafal banyak,baca banyak,solat hajat banyak,doa banyak dan pelbagai lagi perbuatan yg jarang2 pak cik mak cik tadi buat di time lain ada di fatrah imtihan.Bukan untuk memburukkan,tapi ini realiti yg berlaku termasuk diri yg menulis.
Hebatnya penangan yg dikatakan imtihan sehingga bisa mengubah seorang manusia 360° dlm masa hanya sebulan.Takut,gentar,gerun...itulah kepastian yg terpapar.Persoalannya di sini,apa yg ditakutkan sangat tu?kenapa baru nak berubah?kenapa kena tipu diri sendiri?soalan tu,jawablah sendiri.
Imtihan banyak melahirkan hamba.Hamba yg sanggup melakukan apa sahaja asalkan kertas yg diidam digenggam erat.kertas yg tertulis maqbul,jayyid,jayyid jidan,mumtaz.Tidak salah memburu kejayaan,malah digalakkan.tetapi kenapa semangat itu tak sama seperti memburu SYURGA ALLAH.Study sampai lebuh subuh.study sampai sakitkan hati kawan.study sampai tak jalankan amanah yg terpundak.apa ni?study untuk apa ni?itulah dinamakan HAMBA KERTAS.Kejayaan dlm imtihan itu penting,tapi lbh penting menjaga hak ALLAH dan orang lain.Itukan juga tuntutan yg wajib kita tunaikan.
Allah kurniakan akal untuk kita berfikir,dihiasi pulak ilmu yg membimbing.Sungguh indah jika kejayaan kita disertai redha ALLAH dan redha makhluk lain.
Apa guna kita pulun hanya untuk sekeping kertas yg tak bernyawa.Yg gunanya hanya untuk menjadi bukti bijaknya kita dalam menjawab soalan imtihan.bangga ke hulu ke hilir menjaja 'akulah graduan al-Azhar' tetapi melanggar syariat Allah.Nauzzubillah.moga2 kita dijauhkan sifat itu.Pulunlah mencari SYURGA ALLAH spt pulunnya kita mencari SEKEPING KERTAS IJAZAH.fikir2kan brsama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan