Rabu, 5 Mei 2010

AGAMA suku POLITIK suku = SESAT


Politik merupakan satu asas yang sangat penting dalam Islam.ini dibuktikan dengan sirah Nabi-nabi terdahulu yang merakamkam betapa agungnya kerajaan yang dibentuk.Antara raja terulung dan teragung ialah kerajaan Nabi Sulaiman alaihi salam yang merangkumi seluruh kehidupan di bumi termasuk jin dan binatang.keagungan kesultanan Nabi Sulaiman telah terakam kemas di dalam al-Quran al-karim.

Nabi junjungan kita Muhammad saw juga merupakan seorang pemimpin yang agung dan dihormati.dengan cara pemerintahan Baginda yang adil dan amanah telah menjadikan Kota Madinah sebuah kota yang penuh bercahaya.

Di dalam al-Quran juga ada merakamkan satu surah yang dinamakan al-Mulk yang bermaksud Kerajaan.Sebuah kerajaan teragung milik Tuhan yang satu yang memerintah seluruh alam buana,langit dan bumi.Tiada satupun Raja teragung selainNya di dunia ini.Ini sudah cukup untuk menceritakan betapa agungnya kekuasaan Allah.

POLITIK.Sering disalah tafsirkan.terlalu sempit menafsirkan politik hanya berlegar di sekitar PARTI.Padahal politik Islam itu terlalu indah dan perlu disebarkan kepada masyarakat untuk difahami dan dijadikan panduan di dalam kehidupan.

Baru-baru ini timbul isu tuduhan dan fitnah PM kepada T.G Nik Aziz yang mengatakan T.G tidak menghormati Sultan Selangor kerana berceramah politik di dalam masjid ketika kempen pilihanraya Hulu Selangor baru-baru ini.Ini dikatakan telah melanggar titah tuanku sultan yang melarang sebarang ceramah politik di masjid dan fitnah ini telah disangkal oleh T.G seterusnya menuntut PM memohon maaf dan menarik balik tuduhan itu.ini merupakan satu kerja jahat yang bertujuan melaga-lagakan tuanku sultan dan T.G.

Adakah anda bersetuju politik Islam tidak wajar dibawa masuk ke dalam pagar masjid? hanya orang yang tidak faham sahaja yang bersetuju dengan perkara karut ini. Mereka tidak sedar bahawa di dalam solat juga mengajar selok belok politik. Imam di hadapan sebagai ketua dan makmum di belakang sebagai rakyat. Mana mungkin dipisahkan.

Mana mungkin politik itu diasingkan dari agama.itu karut dan sesat.Islam itu syumul dan baik untuk semua.mana mungkin Agama yang terbaik ini mengasingkan politik dari kehidupan umatnya.jangan menjajah fikiran anda dengan ideologi yang sesat ini.

Tiada ulasan: