'SELAMAT HARI IBU'.Untuk semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu.siapa yang mampu untuk mengalahkan pengorbanan ibu.Insan yang telah melalui detik-detik cemas melahirkan.mengendong ke hulu-hilir berat perut hampir 9 bulan 10 hari.Hanya dengan nilaian ini sahaja tidak mampu untuk kita balas.
Namun,kita kadang-kadang leka untuk mengingati insan mulia ini.kita lupa,seorang PM yang soleh lahir dari seorang ibu,seorang doktor pakar juga lahir dari seorang ibu,seorang graduan paling berjaya juga lahir dari seorang ibu.walau apapun kedudukan kita sekarang ini,kita lahir dari seorang ibu.Nabi s.a.w sangat-sangat memuliakan ibu sehingga ada hadith Baginda yang menyarankan umatnya mentaati ibu selepas Allah dan Rasul.satu kedudukan yang tinggi dan ini menunjukkan ibu adalah insan yang mulia dan wajib dimuliakan.
Tetapi di akhir zaman ini ibu-ibu tidak lagi diletakkan di tempat yang sepatutnya.mereka sudah mudah dilupakan.anak-anak derhaka sudah banyak bertebaran.rumah orang-orang tua bukan lagi tempat yang sunyi.semua ini angkara anak derhaka.betul kata orang,'seorang ibu boleh menjaga 10 anak,tetapi 10 anak tidak boleh menjaga seorang ibu'.memang realiti sudah berlaku.bila sudah berharta dan berkedudukan,ibu dibuang di tepi-tepi jalan,ditinggalkan di rumah usang tanpa di jenguk-jenguk lagi.si ibu pasrah menanti hadirnya 10 anak,namun harapan hanya harapan dan terus pudar.
Si Tanggang moden tidak lagi segan silu mengherdik si ibu.namun si ibu tetap tidak sanggup menyumpah batu.hanya doa yang lancar dikirimkan.moga-moga si anak cepat insaf dan bertaubat.namun sampai bila?jika seketul hati tidak dapat menahan,doa laknat pasti menjelma.itu hak seorang ibu.Allah mengangkat darjat mereka dan memakbulkan pemintaan mereka.antara doa yang paling mustajab adalah doa ibu.Sayangilh ibumu selagi ada,jika telah pergi,jangan sesali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan