Khamis, 6 Mei 2010

Gerakan mengkafirkan umat Islam; Apa peranan kita?

Anda sedar atau tidak.hari ini telah ada gerakan-gerakan yang ingin memurtadkan umat Islam Malaysia melalui pelbagai saluran media,terutamanya menggunakan web-web yang sangat-sangat diminati pemuda-pemudi malaysia seperti 'FACEBOOK'.

AWAS.Anda jangan terjerat dengan kawan dan fan club yang berselindung di balik nama.dan ada juga nama-nama yang jelas menghina Islam sepeperti; Kafir Bangga dan Ayah pin yang menggunakan nama sebenar Ariffin Muhammad.dan banyak lagi yang keberadaan mereka di alam maya hanya untuk menghancurkan Islam dengan memurtadkan umatnya yang lemah imannya.

Saya tidak risau dengan para agamawan yang tahu selok belok agama,tetapi saya risaukan melayu-Islam yang lemah jiwanya dan mudah terpengaruh dengan da'yah2 kafir dan murtadin ini.

Semoga kita semua dilindungi Allah dari terpedaya dengan muslihat2 syaitan ini dan sama-sama membanterasnya dengan tangan-tangan kita supaya ia tidak menjadi hujah keatas kita untuk dihentam oleh Allah taala kerana tidak melakukan kerja-kerja amal ma'ruf dan nahi mungkar.

Jadikan media baru sebagai tapak untuk mencari pahala yang lebih dan bukan menjadi tempat mengumpul dosa-dosa kering yang merugikan.

walau siapapun kita hari ini,kita adalah pendakwah dan pencegah kemungkaran.jangan pinggirkan media-media baru yang bersepah di alam maya,namun jadikan ia wasilah dakwah dan mencegah kemungkaran.meminggirkannya bermakna anda rugi.kerana dengan cara ini sahajalah kalam anda tersebar luas dengan segera ke merata dunia.

Jika kuffar boleh,kenapa tidak kita?dunia semakin bebas,bermakna manusia makin rosak,perbaikilah sama-sama.ayuh Pejuang-pejuang Allah.serulah dengan nama Tuhanmu.

Tiada ulasan: