Sabtu, 8 Mei 2010

JUDI HALAL di MALAYSIA

MANGKUK.Itulah perkataan paling lembut yang mampu dizahirkan.Kenapalah masih ada yang menyokong puak-puak UMNO ni.BUTA,TULI,BISU,JULING etc...dah terang lagi menderang kejahilan puak-puak ni.Tak cukup-cukup dengan dosa-dosa yang ada,sekarang nak buat lagi dosa besar.Inilah akibat jika Agama bukan menjadi landasan hidup dan hawa nafsu menjadi raja hati.

JUDI.Bukan padi atau badi atau sudi,tapi JUDI. Jelas dah hukumnya haram dan Allah melaknat siapa yang melakukannya.bukan sebarangan larangan,tapi kenapa BODOH sangat puak-puak UMNO nak pandukan al-Quran dalam pentadbiran.Dayus sesiapa yang mengaku muslim tetapi tak merasa marah dengan perkara haram yang dilakukan ini.

Yang HARAM tetap HARAM,ini hukum Allah.bukan hukum manusia.HARAM bukan sebab tak ada lesen,HALAL bukan sebab ada lesen.Tapi dah hukum Allah.Tanggung siapa yang meredhai perbuatan ini.Menteri yang jahil agama,tak patut menjadi pentadbir.Kalau benda yang jelas inipun tak tau nak menilai,tak tau la nak menilai benda-benda yang lain.rasuah,salah guna kuasa etc...

Atas dasar apa lagi untuk menyokong UMNO,wahai kawan-kawanku di kelab UMNO Mesir,kalian masih waras untuk menilai.kalian pelajar agama..kenapa nak gadaikan maruah agama demi DUIT.Kelak kalian akan ditanya oleh Allah atas keredhaan kalian dengan kemungkaran UMNO itu sendiri.

Itu judi,belum dikarang soal arak.Kantoi baru-baru ni syarikat PERKESO rupa-rupanya antara pemegang saham terbesar dalam caslberg.WOW..hebat memang hebat.berjuta-juta orang Islam kini terdedah dengan risiko 'terteguk' arak.duit yang disalurkan telah melalui kilang arak.Perkara ini patut digeruni semua pihak.jangan biarkan UMNO membodohkan umat Islam.

Mufti-mufti tolong cepat keluarkan fatwa.ini soal hukum Islam,bukan soal politik yang disempitkan.kenapa lambat sangat keluar fatwa.kamu ada amanah besar.jangan main.

Tiada ulasan: