Selasa, 4 Mei 2010
Penulis itu Tentera yang digeruni
Suasana sekitar yang nampak mendesak telah melahirkan ramai penulis-penulis segera.lebih-lebih lagi yang mempunyai laman sendiri.dari malas menjadi rajin,dari hilang semangat kepada semangat,dari laman bersawang kini siap dihias-hias.syukur pada Allah yang menimpakan cubaan ini dan menggerak hati-hati susuk ini.
Dulu,blog tidak dikenali langsung.malah tidak terlintas untuk memilikinya.kini,suasana memblog dan gelaran blogger menjadi siulan dan sindiran.tak terlepas diri ini.mula-mula rasa nak marah,tetapi lama kelamaan sindiran itu bertukar seolah pujian dan galakan.
Dulu,cukup sukar melihat kebangkitan penulis muda kelahiran al-Azhar.kini,gedung ini bagai kilang yang menghasilkan produk bermutu.
Dulu,penulis muda yang sedikit itu bagai tikus yang menyorok-nyorok takut disambar kucing.kini,penulis muda makin berani bagai helang.tidak langsung melepaskan musuh walau ia menjadi buruan tembakan susuk durjana.
Perlembahan Nil telah menjadi saksi betapa kemuncaknya kemarahan isinya.tidak tahan lagi dengan tekanan dan kezaliman yang dikenakan,lantas telah lahirnya bala tentera yang sedia untuk ke medan.
Penulis blog dijadikan senjata utama untuk menyuarakan rasa hati dan menzahirkan kemarahan yang memuncak.ancaman tidak lagi menjadi penghalang untuk tentera-tentera ini memulakan serangan bertubi-tubi sehingga musuh bergetar ketakutan.
Kuasa bukan menjadi ukuran perjuangan,kerana sejarah membuktikan suara mahasiswa merupakan senjata yang paling ampuh dan sangat digeruni.
Dengan tema,pemuda hari ini pemimpin hari esok,sepatutnya jundi-jundi ini tidak disekat dan diberi ancaman yang tak sepatutnya.pelbagai Akta yang diperkenalkan patut dimansuhkan demi sebuah kebebasan bersuara.
Selagi dunia ini berbumbungkan awan yang bebas,selagi itulah penulis perlu bebas berkarya.Pena mampu menggegar dunia.sahutlah!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan