Memaparkan catatan dengan label Geram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Geram. Papar semua catatan

Selasa, 24 April 2012

Semangat Anak Muda

lawan tetap lawan
Saat ini, anak muda betul-betul dicabar rasa marah. sudahlah hak mereka banyak dinafikan, datang pula hentaman yang kuat dari orang yang diberikan kuasa.

Lupakah orang yang berkuasa dengan kuasa anak muda yang bergelar mahasiswa ini. Sejarah adalah rakaman terbaik jika hendak memutarkan kembali kegemilangan kebangkitan mahasiswa di seluruh dunia.

Tendangan, tumbukan dan kurungan bukanlah senjata yang boleh mematikan semangat anak muda sebaliknya boleh menjadi senjata makan tuan kepada si penguasa yang kejam. Walau mereka dibunuh dengan senjata, dikurung bertahun-tahun, namun semangat mereka tidak mati.

Penafian zakat, PTPTN yang membebankan, hak bersuara yang dinafikan, ini adalah pembunuh yang akan membidik dengan tepat kepala si penguasa yang cuba mempermainkan anak muda.

Pilihanraya adalah jalan terbaik untuk anak muda melakukan perubahan. Pastinya kumpulan yang membawa gagasan anak muda akan dipilih sebagai kerajaan dan kempulan yang banyak menyusahkan akan ditolak serta merta.

Anak muda kini seperti kembali ke zaman kegemilangannya. Tidak mudah dibodohkan dan dipergula-gulakan dengan kesenangan yang menipu. Hak adalah hak, tiada siapa yang boleh menafikannya.

Jangan main dengan semangat anak muda. Sekali mereka mara, berundur pantang sekali.

Rabu, 18 April 2012

BERSIH 3.0 Mesir Dibatalkan: Masih Boleh Raikan Cara Tersendiri.



BERSIH 3.0 di Mesir batal? Siapa kata batal? Bagi aku ia tidak batal dan masih terus berjalan. Masakan tidak, bersih 3.0 bukan hari ini, tetapi 28.4.2012 nanti. Jangan kita terpedaya dengan permainan mereka.

Namun kekesalan tetap berlaku. Kerana mereka menghalang kita melakukan sesuatu yang baru. SUARA telah merancang melaksanakan BERSIH 3.0 dengan cara baru, futsal, solat, tazkirah dan pulang. Ringkas, namun sangat menggerunkan mereka.
Aku kesal dengan mereka yang mengaitkan Al-Azhar dalam hal ini. Aku sangat kesal. Bagi aku, apapun kenyataan yang keluar dari mulut Syeikh Al-Azhar, itu bukan pandangannya sendiri. Pasti ada tangan dan mulut yang cuba mempengaruhi Syeikh.

Aku sebagai anak Malaysia berhak untuk menentukan hala tuju Negara aku sendiri. Kenapa perlu menghalang pembersihan system demokrasi yang telah lama diamalkan di Malaysia?

Ini bukan isu politik. Ini isu pembersihan system. Tidak kira apa parti sekalipun, pembersihan ini perlu disokong dan didokong. Biarlah siapapun yang menang atau kalah, yang penting menang dan kalah dalam permainan yang ‘fair play’.

Orang yang menghalang pembersihan ini adalah orang yang sangat kotor. Walaupun di sisi manusia dia berpangkat mulia, namun pada pandangan aku dari bangku seorang mahasiswa, dia adalah kotor dan hina.

Mana bukti kami berpolitik melalui BERSIH? Tunjukkan bendera parti yang kami naikkan semasa BERSIH 2.0 yang lalu? Tiada, tiada dan tiada. Orang ini penipu besar. Berbohong kepada Syeikh al-Azhar dan menyebabkan  seorang bakal mufti dibuang pengajiannya tanpa sebab dan bukti yang kukuh.

Sesungguhnya kerja-kerja menghalang penuntut ilmu ii adalah kerja yang hina dan tidak dapat dimaafkan dunia akhirat. Siapa yang sanggup memaafkan penipuan dan fitnah yang dahsyat ini?

Apapun halangan yang diberikan, kita perlu meneruskan perjuangan ini. Perjuangan ini jelas dengan matlamat yang jelas.

Mana yang takut berpolitik, usah takut, ini bukan isu berpolitik. Ini isu ketakutan mereka kepada kebangkitan anak muda. Dunia membuktikan zaman ini milik anak muda yang berjuang.

Walau jasad BERSIH 3.0 telah dihalang, namun rohnya masih bernyawa di dalam diri setiap kita yang cintakan keadilan.

Kita bukan generasi penakut. Dunia ini bukan untuk orang yang penakut. Apabila dihalang, kita ada cara lain untuk mengalirkan roh perjuangan ini

Kita masih boleh raikannya dengan cara tersendiri, kuningkan suasana dengan cara masing-masing. Ada baju kuning, pakailah untuk keadilan. ada peralatan lain yang berwarna kuning, gunakanlah untuk sokongan kepada keadilan. lakukanlah!!

Aku menulis bukan sebagai ahli mana-mana parti politik, tetapi sebagai seorang anak muda yang cintakan keadilan. Biar terkorban, asal tidak mengorbankan prinsip dan jati diri.

Dunia ini milik anak muda yang cintakan keadilan. Berani sifat yang mulia dan dituntut agama. Mari bersama kami. Raikan BERSIH 3.0.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Bestnya Makan Durian


Alhamdulillah, aku kini berada di tanah air tercinta, Malaysia bumi bertuah. bum i yang akan menyaksikan kebangkitan Islam dan tenggelamnya TOGHUT akhir zaman. aku berjaya menjejakkan kaki ke tanah air pada 3 ogos yang lalu selepas berlepas dari Mesir pada 2 ogos bersamaan 2 ramadhan.

Aku sebenarnya berat untuk meninggalkan kota Kaherah. nak nak dengan keadaan sekarang yang sangat getir. Namun aku gagahi juga kerana sebab2 yang aku ada mengukuhkan aku untuk terbang. aku bertekad untuk m embantu dari jauh. dengan kemudahan internet yang ada, aku perkudakan sebaik mungkin. 1st tiome dalam hidup aku menggunakan Berukban Malaysia. Speed nampak ok mula2 ni, taktau la plak nanti nak dekat akhir bulan, kot2 dia buat hal macam berukban Etisalat dekat Mesir.

Aku perlu menyelesaikan beberapa misi dekat tanah air ni. biar lah misi itu rahsia. namun aku akan kongsikan bersama buat tatapan anda semua.

perkembangan isu mahasiswa di mesir menampakkan sinarnya. PAS sedia membantu, ni yang sayang sangat kat PAS ni, kalau budak2 umno nak tau sebab apa kami sayang sangat dekat PAS, inilah jawapannya. kita tengok sekarang, siapa yang meniondas? dan siapa yang menolong? ada jawapan tafsirlah sendiri.

MEngikut sejarah, kerajaan yang menindas mahasisa tidak akan hidup lama di atas muka bumi. banyak dah contoh, cukuplah aku menyebutkan suharto di Indonesia. Mahasiswa adalah agen perubah masyarakat dan eko sistem negara. jika mahasiswa mengamuk, tunggulah kehancuranmu termasuklah mahasiswa pengampu yang hanya tau nak makan nak makan nak makan. Lantak la kat kome.apa aku peduli. Yang aku tau Pakatan Rakyat akan menang PRU-13 nanti. siap lah penyeleweng2 agama dan negara, kamu akan hancur.

Ganasnye post aku ni, lantak la, alang2 black list biar sampai jadi arang. buat pengetahuan kome semua, aku dah disenarai hitam kerana menyertai BERSIH dan aku digolong dalam 10 yang perlu diambil perhatian.hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahhahahaha...ambil kau aku gelak. sebab kutuk sikit dalam blog dan fb dah kena ambil perhatian.tobat aku tak faham, ounya penakut la puak2 ni,deiiiii...kalau tak boleh nak mengatakan pendirian dalam fb atau blog, ko pergi la soh fb diharamkan.jangan la penakut sangat. sengaaalllllll!!!!! kata menjunjung perlembagaan, tapi perlembagaan pun ko langgar, apa lagi hukum ketetapan Allah.pelik la aku puak2 ni.dah la, aku mengundur diri dulu.tata derrrrrrr...selamat berbuka puasa!!!

Jumaat, 29 Julai 2011

Amukan ultraman: Firaun kecik menggunakan kuasa Raksasa!!

Sekali lagi aku terjaga dari tidur yang panjang.blog tak diupdate dengan tulisan sendiri akibat kemalasan tahap ultraman.kini ultraman rajin dah kembali memanaskan suasana.

Selepas 9 julai banyak peristiwa dah terjadi kepada institusi demokrasi ala2 rimba buatan manusia.yang di malaysia,malaysia la.standard la huru hara.yang aku nak hebohkan porak perandanya hak mahasiswa di mesir ni.akibat tangan2 bernajis puak2 tak mau Islam ni,habis dilanggarnya orang2 yang mereka tak nak.Firdaus Mazlan atau nama comelnya Alang telah dinafikan haknya untuk menghabiskan pengajian di Dar al-ifta' akibat BERSIH 2.0.kezaliman ini tidak boleh dimaafkan dunia akhirat,aku cakap betul.geng2 ni memang tahap firaun.Alang seorang pelajar cemerlang,aku kenal dia.aku kagum dengan dia.tapi dilempar taik kepadanya dan puak2 anti-Islam ini menyalahkan pihak dar al-ifta'.baling taik,sembunyi dalam punggung.Allah maha melihat kerja buat makhluknya.mereka boleh lari dari manusia,tetapi dengan Allah tiada yang tersembunyi.Allah akan buka aib mereka.

sebut pasal aib,teringat aku pada akak KJ BOCOR.Segala kerja jahat ala firaun kj telah dibongkarkan satu persatu,aku dah kata,Allah maha adil.Dia takkan lepaskan mereka ni dari dunia lagi.Allah dah jamin akan dengar doa orang yang dizalimi walaupun dari seorang kafir.banyak dah bukti Allah melaknat orang melayu yang jahat kat mesir ni.sampai bila nak jahat?

Saranan aku pada kawan2,teruskan berdoa dan berdoa,jangan putus harap dengan Allah,tambah2 yang telah dizalimi.pelajar2 perak pun tak terlepas.black list katanya mengikut sumber pencacai.nama aku pun ada sekali.mereka nak buat apa?PRU nak dekat dah,sat jer dapat rasa benda haram ni.sampai masanya jatuhlah kome dengan hinanya.jangan cabar mahasiswa Islam,kami ada prinsip & pegangan.kamu ada kezaliman dan kuasa,kami ada Allah dan tenteraNYA

Jumaat, 16 Julai 2010

Aku Benci BN!

TAKZIAH RAKYAT MALAYSIA! Itulah perkataan yang ikhlas untuk seluruh rakyat Malaysia termasuk aku.keprihatinan yang kuat daripada kerajaan Malaysia kendalian BN telah menghadiahkan kita '5 In 1' kenaikan barang iaitu petrol Ron95,diesel,gas,gula.syabas,tahniah,arigato,cogratulation,mabruk untuk rakyat.sebelum pukul 12 malam tadi waktu malaysia mesti kelam kabut seluruh rakyat ke stesen-stesen minyak dan ke kedai-kedai runcit mencari barang-barang yang bakal naik itu.inilah bahana jika kekayaan negara tidak dibahagikan sama-rata kepada semua rakyat.balanya akan kembali kepada rakyat juga.yang diatas pasti mengatakan ini bukan bebanan,tetapi bagaimana dengan yang di bawah?walau hanya 5 sen petrol dinaikkan,jika diisi dengan banyak,untuk kegunaan yang banyak,untuk masa yang panjang ia pasti membebankan.impaknya akan terasa nanti dengan kenaikan mendadak barangan keperluan lain.nampaknya kerajaan malaysia sudah ketipisan wang sehingga terpaksa memeras rakyat.kita negara pengeluar minyak,mana mungkin minyak boleh mahal.aku pelik!

selepas ini pasti keluar statement yang membodohkan rakyat daripada pak menteri.Kenapa tiba-tiba berlaku kenaikan?walaupun aku jauh perantauan,aku dapat rasakan bebanan yang akan ditanggung oleh seluruh rakyat.Ibu dan abah di kampung pasti akan terbeban.aku benci BN!

Sudah masanya untuk BN dihumban ke kuburnya.jangan biarkan mereka terus kekal di Putrajaya.anak muda perlu bangkit menentang,kerana kekuatan negara kini ditangan kita,pangkahan kita menentukan masa depan negara.

Sudah-sudahlah dibodohkan oleh puak-puak selenga itu.biar apa ancaman,biar apa kecaman,biar apa ugutan jangan takut.selagi kuasa di tangan rakyat,mereka takkan hidup lama.Jika mahkamah dunia mereka dapat lari,mahkamah Allah jangan bermimpi untuk begitu.Allah hakim yang adil.mereka pasti dihukum.Aku benci UMNO-BN!

Rabu, 7 Julai 2010

ShoutBox Aku Bukan Untuk Mengiklan

KECEWA.Sekali lagi shoutbox aku disalahguna.kalau hari tu digunakan untuk bergaduh.kali ni shoutbox aku disalahguna untuk mengempen iklan masing-masing.adoi!korang ingat blog aku ni apa ha??blog tapak iklan ker?please la korang.jangan sabotaj blog aku lagi.biarlah aku bergumbira dengan berblog.jangan serabutkan kepada aku lagi wahai yang suka mengiklan,jangan la meganggu blog aku yang comel ni.please..!!!!!jangan sampai aku report bomba.ok.Terima Kasih atas pelawat yang tidak menyalahgunakan blog comel ni.syukran jazilan kepada korang.

ShoutBox Aku Bukan Untuk Mengiklan

KECEWA.Sekali lagi shoutbox aku disalahguna.kalau hari tu digunakan untuk bergaduh.kali ni shoutbox aku disalahguna untuk mengempen iklan masing-masing.adoi!korang ingat blog aku ni apa ha??blog tapak iklan ker?please la korang.jangan sabotaj blog aku lagi.biarlah aku bergumbira dengan berblog.jangan serabutkan kepada aku lagi wahai yang suka mengiklan,jangan la meganggu blog aku yang comel ni.please..!!!!!jangan sampai aku report bomba.ok.Terima Kasih atas pelawat yang tidak menyalahgunakan blog comel ni.syukran jazilan kepada korang.

Rabu, 9 Jun 2010

Malaysia Negara 'UNIK'

Salam buat pembace2 blog usangku skalian.hrp korang suma sht2 blaka yer.Nikmat kesihatan mesti dijaga.i2 antara nikmat trbsr yg ALLAH bg kat kt.

Hari ni aku bicara tntg 'cakap tak serupa bikin'.disebabkan aku dah naik meluat dgn telatah manusia mcm ni,trpksa aku luahkan kt blog ksygn aku ni.korang sbg pmbc nilailah yer.

Setiap org mst x lps dr bt slh.suma dr kt ada buat slh.kt bkn ma'sum mcm Nabi-nabi.kt masam.

YAHUDI.Sape yg x mrh dgn YAHUDI LAKNAT ni.Muslim yg rosak hati jer yg kt YAHUDI ni baik budi pekerti ~hotak ang~.Baru2 ni brtmbh2 la kemarahan kt si LAKNAT ni.kes serangan MAVI MARMARA.Seluruh dunia menjerit memaki hamun YAHUDI.BAGUS BANGAT suasana ni,aku suka.Sensitif jgk umat Islam ni dgn Palestin.Pertanyaan!adakah hanya benci di mulut,kt hati tu agak2 benci tak?ke msh ada sayang?

Tadi aku ada bc brita utusan UMNO,katanye ada kapal ISRAEL berlabuh di pelabuhan Klang.bkn Klang Singapura tau,Klang,Malaysia.waduhh..ape dah jd ni?kata xda hbgn dgn ISRAEL,tp blh plak kapal ZIONIS ni blabuh kt sini.Ape cer ni?

Unikkan negara kite terchenta.Dasar ape yg diguna pun aku tak tau.UMNO UMNO..knp msh ada org yg skg UMNO.Aku peliklah.kalau ada pmbc UMNO kt sni,fkr2 la yer.Fkr blk knp pmbgkg gelar UMNO-YAHUDI,Bkn sj2 tau.Ada bukti jelas dan nyata.APCO,ASIASOFT,ZIM ape ntah..suma syarikat YAHUDI yg ada kt Malaysia.Mustahil kalau xda hbgn diplomik ,blh bt prdagangan.bdk tak skolah pn tau.Korang kalau tak suka kat org,agak2 bg tak org tu msk rumah korang,msti tak bg kan!mcm tu la jgk hbgn negara.Ni bkn soal main2 DER,ni soal maruah dan kselamatan negara.Korang tak tkt ker negara korang jd balaci YAHUDI?Nauzzubillah.

Apa nak jd dgn negara kt 5 ke 10 taun lg aku x dpt byg la.rase tkt.kalau PR x brjy menawan PUTRAJAYA pd PRU-13 nanti,mgkn hbs negara ni dijual UMNO.Oleh i2,yg lyk ngndi,jom kt tmbgkan UMNO SEGERA!

Rabu, 2 Jun 2010

LL4G: Sampai Bila Hanya Mengutuk?

Niat di hati hr ni nak bubuh video serangan konvoi,tapi apekan daya,mula2 aku nak pki berukband,laptop aku lak msalah.tb2 lak jem.lps tu dgn tekad dan keazaman yg tggi,aku brlari plk ke cc abc.duduk pny duduk internet lak xda.memang siput sedut bin kuih siput btl la.last2 skali kuar la post ni tanpa gmbr sbb pki hp power jer.huhu!sabo jer la.ada la hikmahnye tu.

Korang ada ikt prkmbgn peserta konvoi LL4G tak?ker tak ada langsung.lantak la ape nak jd kt deme.jgn DER!peksa peksa gak,perkembangan dunia kena tau jgk.

Skrg ni sluruh dunia membantah pembunuhan tu.negara Islam ker negara kafir ker suma buat bantahan.maka penuhlah kedutaan2 Israel laknat dan si barua Amerika dgn penunjuk2 perasaan anti-Israel.di Turki paling hebat,siap kepung2 lg kedutaan Israel kat sana smpai pecah2 pagar dan pintu.Buat lagi.biar rasekan.zalim sangat.Kat Malaysiap pun tak kurang hebatnya.Ada dah NGO2 yg buat kat kedutaan Amerika di KL sampai ada yg nak bunuh diri akbt trlalu marah.marah pun agak2 la bro,xkan smpai bunuh diri,yd dak DER?Jumaat ni Pemuda Pas Pusat anjurkan lak.kalau aku kat Malaysia ni msti dah join punyer.kwan2 kat Malaysia jgn lupe turun.tunjukkan bantahan kite.kami kat Mesir dpt doa je la.Kat sini bahaye nak buat tunjuk perasaan ni.Kalau nak ke bawah tanah leh la buat.kat sini lg teruk kuku besinye dari Malaysia.Bersyukur la jd anak Malaysia.huhu!

Sekarang aku plg x sabar nak tgk reaksi pemimpin dunia.ape deme nak buat.takkan nak bincang lg kot.x hbs2 retorik jer dr dulu.pada hal gaza dah dikepung 2 tahun.meletup 1 isu,meletup la mulut2 pemimpin dunia.lps seminggu,smbg tidur blk.itu je la dr dulu smpai skarang.Yg sronok nun Si laknat Yahudi.Hari2 ratah rakyat Palestin.yg sepatutnya skarang ni dah ada tindakan tegas utk tekan si laknat tu.Bukan mengutuk jer tak hbs2.Doa dan qunut nazilah jgn lupe.Ingat tu DER!

Selasa, 1 Jun 2010

Berakhirnya Sebuah Pelayaran Kemanusiaan

Dalam kesibukan aku dan kawan2 di al-Azhar menghadapi imtihan@ujian.Terdapat di lautan maditeranean sana sebuah kumpulan kemanusian untuk Gaza juga sedang menghadapi ujian yg lebih besar dari kami.

Bantuan kemanusian yg diketuai oleh Turki itu membawa lbh 700 org aktivis kemanusian dgn bertan-tan barang bantuan utk rakyat Gaza setelah mereka dikepung lebih 2 tahun oleh Zionis si laknat.

Konvoi yg disertai hampir 50 negara itu telah diserang pada pukul 4 pagi waktu tempatan di kwsn lautan antarabangsa.mereka digempur dgn zalimnya oleh komondo zionis dgn menaiki helikopter dan melepas tembakan dgn sesuka hati,akibatnya 20 org telah terkorban dan 50 yg lain cedera.2 wartawan Malaysia juga telah ditangkap dan sehingga kini msh blm diketahui nsb mereka.konvoi fotilla juga telah dirampas dan ditarik ke pelabuhan Haifa,israel.Dilaporkan 80 aktivis telah ditahan oleh mrk krn enggan memberikan pengenalan diri dan yg lainnya akn dihantar ke negara masing2.

Betapa kejamnya si cilaka brnama ZIONIS.Bukan boleh lg digelar manusia mahupun binatang.kejam,rakus,biadap,syaitan atau ape bahasanya lagi.Tak ada lg undang2 yg mrk takut.buatlah perjanjian apa pun.Maha benar firman ALLAH yg mengatakan YAHUDI DAN NASARA tak akan tunduk dgn kita shgga kita mengikut mrk.Kejadian ni tlh menggambarkan betapa lemahnya umat Islam skarang shgga mrk jadi terlalu berani menindas sesiapa saja yg bkn dr kalangan mrk.yang lebih mengharukan apbl konvoi trt disertai oleh aktivis dr negara2 eropah spt francis dan greece.Agama bkn menjadi halangan misi murni mrk.demi dasar kemanusian mrk trn menawarkan diri.jika KITA yg seagama dgn rakyat Palestin ini tidak terasa dgn penderitaan mrk,mgkin kita kena cek balik iman didada.akibat terlalu sbk dgn urusan dunia sendiri shgg saudara seagama ditindas pun masih leka dibuai mimpi.Apa sudah jadi?

Sabtu, 29 Mei 2010

Ulamak UMNO Jangan Permainkan Agama


Membuat blogwalking ke seantero blog2 dan portal2 berita sdikit menggerakkan otak aku yg berIQ tggi ni.huhu!jgn mrh DER,aku cm memuji ciptaan ALLAH.Sana situ sinun ada isu.Lame2 bace rase nak muntah.byk beno masalahnye dunia nie.mcm tak prnah aman dan xda harapan nak aman.Inilah bukti dunia makin uzur dan trlalu hampir dgn prjanjian kehancurannye.Bilakah saat itu?aku pun xtau.bersedie jer la yer.

Dalam aku dok jalan-jalan tadi aku terserempak dan trtarik dgn tulisan DR.MAZA,ala yg dulu trkenal dgn kewahabiannye tu.lantak la tue.moge2 dia dh brubah.aku respect dgn kelantangannye membidas ulamak-ulamak pro UMNO @ ala-ala UMNO.korang bace la dlm malaysiakini ade.Aku sokong pndpt beliau tntg prangai alamak-alamak UMNO ni.jgn kate aku wahabi sdh.sekeh kang.huhu!Skarang byk sggh isu tntg ISLAM kt Malaysia.Trbaru isu JUDI yg diredhai kerajaan mengong BN yg diketuai UMNO.Jenuh la alamak2 UMNO brjela2 brhujah nak menangkan KERA mrk.Untk ape suma ni?ni soal JUDI bro,bkn PADI atau MAGGI.Agama mn yg galak brjudi ni?cube nyatakn.xkan korang nak ckp apek dgn nyonya main mahjung tu brjudi kot.ingt deme mcm org melayu ker suma nak brjudi.

Korang tak fikir ker akibat akn dtg?korang tak fikirkan laknat Tuhan?yg pergi sokong tu buat ape?come-on la,jgn gadaikan agama dan ilmu seciput korang tu.Korang dpt untg ker?ada Najib bg habuan ker?Aku bukanlah pandai mcm korang,tapi takla BODOH utk sokong benda yg jelas ALLAH dh haram.

BAGI LESEN SBB NAK KAWAL YG HARAM.Ape ni?ckp pakai otak ke lutut?tahap nombor ekor yg KERA-JAAN bg lesen tu pun xleh kawal,inikan pulak nak bg lesen lain.

Ada pulak puak2 UMNO ni guna maslahah.maslahah tengkorak hang.maslahah apenye brjudi ni,MAFSADAH ada la.Aku tak sedih puak UMNO yg x tau agama,aku sedih dgn golongan yg blajo agama ni.korang kalau dh sesat pun,jgn la nak sesatkan org lain.Kembali la ke jalanNYA.Semoga kite dikurnia HIDAYAHNYA.

Isnin, 17 Mei 2010

Doa Orang-orang Dizalimi Terus ke Langit

DOA ORANG YANG DIZALIMI DIMAKBUL ALLAH TANPA HIJAB TAMBAH-TAMBAH DOA BALA KEPADA PENZALIM.Itulah bilah ayat yg aku dpt td dr sorang member ms kami smbg2 smbl mnm KOPI RADIX tadi.msg2 xleh tido msm pns ni.menyembang smbl mnm2 adlh xtvt wajib bg kami.klu nak release2 tension lps study tu,kami smbg2 la smbl brtkr2 pndpt.adoi~~~cite pribadi lak.sorry DER...

Tula msg aku nak smpaikn.yg hrf beso kt ats tu.sjk akhir2 ni ramai sggh org dizalimi.aku tak tau la korang dah tau blm.ada usaha2 menganiaya kwn sndri.patut ke DER dorang bt mcm tu?tak ptt kan.org BODOH jer yg aniaya kwn ni.malu kat NATANG jer la.ko stuju tak DER?aku nak cite kat org2 ni,tlg la hntikan keje korang ni.sblm kami angkat tangan mintak NUSRAH ALLAH,tlg la hentikan.korang klu dunia lps,akhirat jgn mimpi nak lps tau.korang kena ingt,dunia ni bkn utk selamanya didiami.Kalau ada sorang TERANIAYA sbb tangan2 laknat korang,korang jaga yer.Satu dataran asyir buat solat hajat laknat korang.Jangan sampai benda ni jadi.korang kena ingat,Allah tengok ape saje korang buat.Tak lps 1 pun.

Aku nasihat,korang hentikan kerja-kerja kotor korang tu.korang taukan takrif ANIAYA tu mcmmn?xkan xtau kot,kate ngaji x tggl2.aku ckp btl ni.aku tak main settle tangan,kaki ni.aku tak mnt.aku main DOA jer.itu jer senjata ORANG ISLAM YANG BERIMAN sebenarnya.

Aku tkt,klu bkn aku org lain yg doakan.mane korang nak cari nak mintak maaf?kalau aku,klu korang rase ada ZALIMI aku.aku msh trbuka utk mintak maaf.settle masalah.kite kwn mcm besa.tapi klu aku 'kena' lps ni,korang sakit.Aku tak sior la nak kayu korang.aku DOA jer.ingat tau,Allah dah janji dan takkan sekali-kali mungkiri janjiNYA.

Kite sume dtg sini nak blajar bro,bt ape ko nak aniaya kwn ko sndiri.jgn aku ckp jgn..hentikan segera.org akn ingt smpai MATI tau ape yg korang buat.BERTAUBATLAH WAHAI KAWAN-KAWAN BAIKKU!!

Rabu, 12 Mei 2010

Lesen JUDI BOLA dah LULUS rupa-rupanya

Pagi ni aku nak tulis benda PANAS sikit.geram...~~segeram-geramnye ni.memang CILAKA Menteri UMNO ni,maaf,aku terpaksa berkasar.ini soal AGAMA bukan soal rama-rama.

Aku tak taulah samada korang dah tau ke belum benda ni.aku baru tau tadi je dari PESBUK.Korang mesti taukan tentang cadangan Menteri UMNGOK nak bagi lesen judi bola kat mesia,alasan BANGANGNYA sebab taknak banyak sangat pertaruhan haram sebab xda lesen.korang bolehterima tak alasan bongok ni?bagi aku seorang MUSLIM yang masih waras dan tau serba sikit hukum hakam agama,pastinye alasan ni memang CILAKA~~~..,-@,~_.Bahkan agama lain pun menolak judi.agama ape puak ni?undang2 mane die ambik?

Masa tu si AWANG kata dalam pertimbangan.timbang pakai dacing BEE-END yang slalu senget tu.rupa-rupanye korang tau tak,tup~tup dah kuar dalam paper cina rupanye yg benda haram ni dah diluluskan KERA-JAAN.Masa Awang umum tu pun dah lulus rupenye.habis satu Malaysia kena tipu.memang SIAL..Yang dpt lesennye syrkt BERJAYA pemilik SPORT TOTO tu dan pertaruhan boleh buat kat situ.GILA ke ape puak UMNO ni,tak takut mampos ker?korang redha ke benda haram ni ada dalam negara korang?Kenapa ada bebudak Azhar yang sokong UMNO lagi?bute ke ape korang ni.sanggup ker mkn duit haram?Takkan hukum JUDI pun nak bg tau.bdk baghu nak idup pn tau.

Satu lagi yg aku baghu tau,rupe2nye 7eleven pn syarikat BERJAYA ni yg punye.korang klu ada sape2 yg korg knl keje kt 7e ni soh la bhenti.duit gaji diarong tu SYUBHAH,Bercampur dgn perkara haram.byk lg keje lain.Lg pun 7e ni trg2 ada jual arakkn.yg keje dak2 melayu.memang pandai cara KAFIR ni buat keje.

UMNO~UMNO~UMNO,sampai bile la nak berubah.tak ckp2 ker benda2 haram ko buat.Ko memang dah gile la UMNO.ni mesti ikt telunjuk APCO-YAHUDI.

Kwn2,maafkn aku guna bhse kasar.lantak la korang nak kate ape2 pn,aku dh jlnkn tgs aku,korg bl lg?

Sabtu, 8 Mei 2010

JUDI HALAL di MALAYSIA

MANGKUK.Itulah perkataan paling lembut yang mampu dizahirkan.Kenapalah masih ada yang menyokong puak-puak UMNO ni.BUTA,TULI,BISU,JULING etc...dah terang lagi menderang kejahilan puak-puak ni.Tak cukup-cukup dengan dosa-dosa yang ada,sekarang nak buat lagi dosa besar.Inilah akibat jika Agama bukan menjadi landasan hidup dan hawa nafsu menjadi raja hati.

JUDI.Bukan padi atau badi atau sudi,tapi JUDI. Jelas dah hukumnya haram dan Allah melaknat siapa yang melakukannya.bukan sebarangan larangan,tapi kenapa BODOH sangat puak-puak UMNO nak pandukan al-Quran dalam pentadbiran.Dayus sesiapa yang mengaku muslim tetapi tak merasa marah dengan perkara haram yang dilakukan ini.

Yang HARAM tetap HARAM,ini hukum Allah.bukan hukum manusia.HARAM bukan sebab tak ada lesen,HALAL bukan sebab ada lesen.Tapi dah hukum Allah.Tanggung siapa yang meredhai perbuatan ini.Menteri yang jahil agama,tak patut menjadi pentadbir.Kalau benda yang jelas inipun tak tau nak menilai,tak tau la nak menilai benda-benda yang lain.rasuah,salah guna kuasa etc...

Atas dasar apa lagi untuk menyokong UMNO,wahai kawan-kawanku di kelab UMNO Mesir,kalian masih waras untuk menilai.kalian pelajar agama..kenapa nak gadaikan maruah agama demi DUIT.Kelak kalian akan ditanya oleh Allah atas keredhaan kalian dengan kemungkaran UMNO itu sendiri.

Itu judi,belum dikarang soal arak.Kantoi baru-baru ni syarikat PERKESO rupa-rupanya antara pemegang saham terbesar dalam caslberg.WOW..hebat memang hebat.berjuta-juta orang Islam kini terdedah dengan risiko 'terteguk' arak.duit yang disalurkan telah melalui kilang arak.Perkara ini patut digeruni semua pihak.jangan biarkan UMNO membodohkan umat Islam.

Mufti-mufti tolong cepat keluarkan fatwa.ini soal hukum Islam,bukan soal politik yang disempitkan.kenapa lambat sangat keluar fatwa.kamu ada amanah besar.jangan main.

Jumaat, 7 Mei 2010

Sinetron: 'Tangan Kotor Belakang Punggung'

TANGAN-TANGAN BELAKANG @ TANGAN-TANGAN KOTOR.Pernah dengar?atau pernah nampak?atau pernah mengalami?anda boleh tanya diri sendiri.saya tiada jawapan untuk itu.Apa yang berlaku dan berlegar disekeliling saya sekarang mempunyai kaitan dengan unsur-unsur di atas.peristiwa dan tragedi menimpa saya dan kawan-kawan jelas 'ada' yang memainkan peranannya.

Walau jauh berada di rantauan ini,tidak terlepas dari melihat gelagat 'spesis' tak bertamadun ni.

Tak faham lagi?susah la nak cerita,bukan takut,tapi tak reti nak cerita.ok lah,cerita la jugak.Baiklah,sekarang ni banyak peristiwa telah berlaku di sini.peristiwa negatif la ni.Dari sekecik-kecik kes sampailah sebesar-besarnya.baru-baru ni telah diberitakan pelajar qiraat syubra mahupun mansurah terpaksa mengambil peperiksaan pada bulan julai.walaupun telah sampai di bumi anbiya' sejak bulan september 2009 lagi,mereka telah dinafikan hak untuk mengambil imtihan yang sepatutnya pada esok hari.akibat kecuaian dan kelalaian pihak yang diamanahkan,maka yang menanggung padahnya adalah pelajar2 ini sendiri.ditambahkan lagi dengan KEBODOHON pihak ini menyalahkan pelajar dan persatuan pelajar tanpa sedikitpun meletakkan kesalahan atas bahu mereka.siapakah tangan-tangan kotor itu?

Isu perpindahan pelajar luar kaherah ke kaherah,kes ini juga dikhabarkan ada tangan-tangan kotor yang berada di belakang punggung yang merancang.siapakah mereka?

Yang terbaru dan ter'latest',ada ura-ura sebuah rumah negeri 'itu' seolah hendak digodam dan dilacurkan kesuciannya.ha...nak tau ek?bukan sekarang kot.kita tunggu episod 'Tangan Kotor Belakang Punggung' akan datang.kita perangi habis-habisan pengkhianat-pengkhianat ini.saya anggap BACUL mahasiswa yang tidak mempunyai sensitiviti atas isu-isu yang terjadi.paling kurang,ada benci dengan siri-siri kezaliman yang dilakukan.ish..kotor la

Ahad, 2 Mei 2010

Tok Guru Nik Aziz diugut bunuh, Korang tak rasa apa-apa ker?



Apa nak jadi dengan Malaysia?semakin hari semakin menjadi-jadi kerosakan yang berlaku.makin teruk dan membimbangkan.

Yang terbaru,Tok Guru Nik Aziz telah diugut bunuh oleh seseorang di Facebook.dengan kata-kata yang kesat sicilaka itu dengan beraninya membuat ugutan bunuh dan dia sanggup dihukum gantung.sungguh biadap sicilaka ini.inilah hasil didikan anak 1Malaysia yang sebijik berperangai Zionis laknatullah.

Yang lagi aku marah,tak ada pulak tindakan cepat yang dilakukan oleh pihak berkuasa.tak sama macam tindakan apabila orang-orang UMCO-BN yang kena ugut.Tiba-tiba jadi pekak.buat-buat tak dengar.inikah ketelusan yang dicanang-canangkan?Ini bukan soal politik lagi,ini soal nyawa,nyawa seorang ulama' yang disegani pulak tu.

Aku tengah dulu mamat gila ni kena tangkap.tunggu berapa lama polis buat kerja.dengar cerita dia pemuda gila UMNO.Tak tau tiba-tiba datang emosional aku menulis artikel ni.sangat2 marah.gila sapa yang rasa marah.

Emy search yang rock tu pun jadikan Tok Guru idola,tak tau la pulak ada golongan agamawan yang bencikan Tok Guru.UMCO-BN aku tak kisah,memang dasar tak hormat Islam,apalagi ulama',senang jer puak-puak ni pijak.

Aku risau satu jer,bala' Allah akan turun kat bumi Malaysia.nauzzubillah.apabila ulama' hanya dianggap sampah,maka tunggulah balasan Allah.

Aku bukan ta'sub Tok Guru,tapi aku pencinta ulama'.dah la ulama' Malaysia yang boleh pakai ada sikit.ada pulak yang bodoh nak ugut bunuh ulama'-ulama' ni,tak takut Allah ker?

Makin syaitan budak-budak tarbiah UMCO ni,dah macam budak-budak Yahudi(perangai).senang-senang nak bunuh orang.ingat tak ada undang-undang ke dunia ni.Malaysia ye tak ada undang-undang yang boleh percaya.semua nak rasuah.tapi undang-undang Allah ada,tunggu balasannya di sana kalau terlepas di dunia pun.

Moga engkau diberi hidayah oleh Allah wahai safuan.masih terbuka pintu taubat untukmu.

Jumaat, 30 April 2010

Sahabatku tergelincir Fikrah

Selamat menyambut perayaan mingguan bagi umat Islam seluruhnya.Penghulu segala hari datang lagi menjenguk kita buat keberapa kali ntahnya dalam hidup kita.

Isu mahasiswa al-Azhar khususnya dan Mesir amnya telah mewarnai bulan april ini.meletup-letup bagai lahar gunung berapi.geram,marah,sakit hati.semua ada.geram pada siapa?tentulah pada yang mencetuskan 'gunung berapi' itu.sabar ada tahapnya,marah pun ada tahapnya.sabar,sabar,sabar.husnul zhon,husnul zhon,husnul zhon.itulah perkataan popular bagi yang tidak memahami.sudah puas bersabar sebenarnya.sudah habis husnul zhon dan memujuk diri.habis sudah modal yang di bawah tahap marah.isu gejala sosial,penindasan ke atas PMRAM,pelajar qiraat yang tak naik-naik nama,perpindahan pelajar dan macam-macam lagi.mahu bersabar lagi?bacul sesiapa yang masih mahu mendiamkan diri.makin lama isu makin banyak dilahirkan.takkan mahu diam lagi?kita aturkan strategi yang tersusun rapi.ini bukan soal kecik jika ia berkaitan dengan penindasan dan pencabulan hak.ini sangat serius.perlu ditangani segera.kita Mahasiswa Islam.perlu ada jati diri yang kuat.

Jangan pelik jika melihat kebangkitan mahasiswa Mesir nanti.kami bukan kayu yang hanya seperti meja yang tak bergerak.bukan untuk mencetuskan provokasi,tapi inginkan reformasi.

Sejarah berdarah ARMA akan kembali.kami bukan suka menentang,tapi jika dicabar,kami sahut.ini jiwa pemuda.

Saya juga ingin merakamkan kesedihan atas 'tergelincirnya' seorang sahabat ke lembah yang boleh dianggap keji.Mahasiswa al-Azhar,tetapi pendokong kuat parti sekular di Bumi Anbiya' ini.bagi dia,tiada masalah.bagi saya itu satu dosa besar.kawan yang baik dan banyak membantu,tapi tak ada akal yang tinggi untuk menilai.saya terlalu sedih,kerana tangannya akan dinilai Allah sebagai pengkhianat.moga Allah memberikannya hidayah untuk berubah.sapa tahu?

Rabu, 21 April 2010

Analisis P094: UMNO terbukak seluar

UMNO sudah hilang pedoman.itulah kata2 yang layak untuk musuh yang satu itu.PRK Hulu Selangor membuka segala-halanya.Terbeliak mata rakyat dibuatnya.akibat memulakan isu moral sebagai bahan kempen,secara tak sedar sihingus membuka seluar bapanya sendiri.inilah balasan Allah atas orang yang tak menjaga aib saudaranya.

Hari ni,pemimpin DAP mencabar supaya juak-juak bersumpah tidak pernah meneguk arak.Sungguh memalukan.bayangkan,agama lain mencabar orang yang mengaku Islam.padahal,mereka sudah ada bukti bergambar yang kukuh dan sahih.memang memalukan.itu baru kes arak,belum lagi dibuka kes lain yang lebih memalukan.tengoklah rakyat Malaysia dan fikirkanlah.

Saya juga sedih apabila melihat gambar seorang ulama' yang disegani dan disayangi,Tok Guru Nik Aziz,telah diedit dengan jahatnya.bukan calang2 orang,ulama' ni,boleh mengundang laknat Allah Taala.bukan orang cina buat,bukan india buat,bukan juga iban yang buat,tapi orang Islam sendiri.Tersangat menyedihkan,inilah hasil didikan UMNO 52 tahun.menghasilkan maha firaun dan abu jahal abad ini.mereka berjaya.

Tiada alasan lagi untuk menolak UMNO-BN.Cukuplah kejahatan yang dilakukan.rakyat Malaysia perlu bersama menolak sijahat ini.tiada bahasa lagi yang boleh mengajar mereka kecuali dengan undi.minda rakyat telah ditutup selama ini.kebenaran telah nyata.saya hanya di sini boleh melahirkan rasa marah.inilah selemah-lemah iman yang saya ada.

Para blogger,tolong jangan takut untuk bersuara.tambah-tambah golongan yang faham tentang agama.ini peringatan untuk saya dan sahabat-sahabat sealiran.pejuang jangan mala,takut dan kedekut.jangan hanya jadi penonton.sangat rugi,sesekali jadilah penyerang atau pertahanan.malu kita kepada orang yang tak beriman dengan Allah,kerana mereka lebih sayangkan ulama' kita dari kita.pertahankanlah wahai akhi muslim semua.bersatulah

Khamis, 8 April 2010

Kerja Syaitan: Filem homoseksual pertama tempatan tunggu kelulusan LPF

Satu lagi percubaan merosakkan akhlak remaja Islam Malaysia, menggunakan nama kebebasan media, rakyat Malaysia dihidangkan dengan filem-filem yang kotor. percubaan kali pertama ini bakal membuka pintu kefasadan yang lebih teruk. Tak tau nak cakap apa dah, tak habis dengan satu hal, ada pulak hal yang lain. Dunia hampir kiamat.


KUALA LUMPUR: Filem bertemakan homoseksual pertama Malaysia mungkin memasuki pawagam tempatan tidak lama lagi, selepas kerajaan meringankan sekatan tapisan yang menyekat industri filem di negara ini sejak sedekad.

Walaupun filem berbahasa Melayu tidak memaparkan babak seks secara jelas mahupun adegan bercium, tayangannya bakal memberikan kebebasan kepada media popular di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam untuk mengorak langkah, di mana ramai pihak bimbang ia akan dipengaruhi konservatisme Islam.

“Dalam Botol, atau ‘In A Bottle’, berkisarkan kisah seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan rakan lelakinya berdepan masalah apabila beliau menjalani pembedahan menukar jantina,” kata penerbit filem itu, Raja Azmi Raja Sulaiman, yang turut menulis cerita berkenaan berdasarkan pengalaman seorang rakannya.

“Kami mengambil risiko. Saya berasa bimbang. Kami tidak tahu sama ada sekiranya Lembaga Penapisan Filem (LPF) filem itu masih membenarkan kami menayangkan filem ini akhirnya,” katanya. - AFP

Rabu, 7 April 2010

Baca boleh, percaya jangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (bawah, kiri) berkata kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan dewan undangan negerinya (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru sekalipun hasil kajian menunjukkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk menang.

Beliau berkata, buat masa ini kerajaan negeri pimpinannya itu mahu menumpukan kepada agenda pembangunan Perak selain mengotakan janji kepada rakyat negeri berkenaan.

"Terima kasih atas hasil kajian itu dan yang pasti ada pihak yang tidak gembira dengannya. Apa yang lebih penting bagi kita ialah kerajaan BN di Perak kini melaksanakan perkara yang betul dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi janji ke arah kebaikan rakyat," katanya kepada pemberita di Selama, hari ini.

Bagaimanapun, Zambry yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri berkata, hasil kajian itu mendorong BN Perak untuk bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Beliau diminta mengulas kajian oleh sebuah badan pemikir bebas, Ilham Center yang menunjukkan sokongan majoriti rakyat Perak telah beralih kepada BN dan parti itu boleh memenangi pilihan raya DUN jika ianya diadakan sekarang.

"Dalam penilaian saya, rakyat akan memberi mandat baru apabila tiba pilihan raya berdasarkan apa yang kita laksanakan untuk mereka," katanya.

- Bernama

Sumber: Malaysiakini



- Siapa percaya rakyat Perak menyokong BN? apa bukti? kita boleh bezakan antara penakut dan berani. kalau berani dia takkan keluarkan kenyataan ini. Rakyat Perak nakkan pilihanraya yang adil dan telus. bukan diadili oleh mahkamah yang senget. tunjukkan bukti kajian. kalau betul BN perak berupaya untuk menang, hari ni jugak pergi istana untuk mintak perkenan bubarkan DUN. Itu baru anak jantan. Betul tak?