BERSIH 3.0 di Mesir batal? Siapa kata batal? Bagi aku ia
tidak batal dan masih terus berjalan. Masakan tidak, bersih 3.0 bukan hari ini,
tetapi 28.4.2012 nanti. Jangan kita terpedaya dengan permainan mereka.
Namun kekesalan tetap berlaku. Kerana mereka menghalang kita
melakukan sesuatu yang baru. SUARA telah merancang melaksanakan BERSIH 3.0
dengan cara baru, futsal, solat, tazkirah dan pulang. Ringkas, namun sangat
menggerunkan mereka.
Aku kesal dengan mereka yang mengaitkan Al-Azhar dalam hal
ini. Aku sangat kesal. Bagi aku, apapun kenyataan yang keluar dari mulut Syeikh
Al-Azhar, itu bukan pandangannya sendiri. Pasti ada tangan dan mulut yang cuba
mempengaruhi Syeikh.
Aku sebagai anak Malaysia berhak untuk menentukan hala tuju Negara
aku sendiri. Kenapa perlu menghalang pembersihan system demokrasi yang telah lama
diamalkan di Malaysia?
Ini bukan isu politik. Ini isu pembersihan system. Tidak kira
apa parti sekalipun, pembersihan ini perlu disokong dan didokong. Biarlah siapapun
yang menang atau kalah, yang penting menang dan kalah dalam permainan yang ‘fair
play’.
Orang yang menghalang pembersihan ini adalah orang yang
sangat kotor. Walaupun di sisi manusia dia berpangkat mulia, namun pada
pandangan aku dari bangku seorang mahasiswa, dia adalah kotor dan hina.
Mana bukti kami berpolitik melalui BERSIH? Tunjukkan bendera
parti yang kami naikkan semasa BERSIH 2.0 yang lalu? Tiada, tiada dan tiada. Orang
ini penipu besar. Berbohong kepada Syeikh al-Azhar dan menyebabkan seorang bakal mufti dibuang pengajiannya tanpa
sebab dan bukti yang kukuh.
Sesungguhnya kerja-kerja menghalang penuntut ilmu ii adalah
kerja yang hina dan tidak dapat dimaafkan dunia akhirat. Siapa yang sanggup
memaafkan penipuan dan fitnah yang dahsyat ini?
Apapun halangan yang diberikan, kita perlu meneruskan
perjuangan ini. Perjuangan ini jelas dengan matlamat yang jelas.
Mana yang takut berpolitik, usah takut, ini bukan isu
berpolitik. Ini isu ketakutan mereka kepada kebangkitan anak muda. Dunia membuktikan
zaman ini milik anak muda yang berjuang.
Walau jasad BERSIH 3.0 telah dihalang, namun rohnya masih
bernyawa di dalam diri setiap kita yang cintakan keadilan.
Kita bukan generasi penakut. Dunia ini bukan untuk orang
yang penakut. Apabila dihalang, kita ada cara lain untuk mengalirkan roh
perjuangan ini
Kita masih boleh raikannya dengan cara tersendiri, kuningkan suasana dengan cara masing-masing. Ada baju kuning, pakailah untuk keadilan. ada peralatan lain yang berwarna kuning, gunakanlah untuk sokongan kepada keadilan. lakukanlah!!
Aku menulis bukan sebagai ahli mana-mana parti politik,
tetapi sebagai seorang anak muda yang cintakan keadilan. Biar terkorban, asal
tidak mengorbankan prinsip dan jati diri.
Dunia ini milik anak muda yang cintakan keadilan. Berani sifat
yang mulia dan dituntut agama. Mari bersama kami. Raikan BERSIH 3.0.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan