Memaparkan catatan dengan label bersih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersih. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mei 2012

Sebuah Sajak: Si Kuning dan Si Merah

Dalam dok sibuk study tadi, saya menggatalkan tangan untuk buat satu sajak ringkas dan saya sudahpun postnya di facebook. Ini adalah manifestasi dari dua perhimpunan besar yang baru sahaja berlangsung. Satu pada 28 April yang lalu iaitu Perhimpunan BERSIH 3.0 yang melihat ratusan ribu marhaen turun, dan satu lagi Perhimpunan Raksasa umno yang dihadiri hanya puluhan ribu 'peminat' yang dipaksa untuk pergi di samping imbuhan 6T yang ditawarkan sang penguasa. sangat sadis.



 Si Kuning dan Si Merah

Warna baju berbeza,
haluan juga berza
tingkah sangat berbeza
ketua mesti berbeza
layanan turut berbeza.

Si kuning dipukul riuk
Si merah dijemput masuk
Si kuning berjalan rela
Si merah diupah ketua.

Oh sadis si merah
Oh hebat si kuning.

Dua-dua masuk berita
Dua-dua cerita auta
resam dunia yang tua.







Ahad, 6 Mei 2012

Fatwa Itu Harganya Mahal

Sekali lagi majlis fatwa kebangsaan menjadi agen kepada umno. sangat menyedihkan hati. kenapa rakyat dihukum sedemikin sedangkan yang bersalah adalah sang penguasa.Aku tak faham.

Sekalian penyelewengan dan penindasan disepikan, tetapi kes yang menentang kerajaan dibincangkan dengan lumat dan mudah dikeluarkan fatwa. sangat bias!

Ada orang kata mereka ini saudagar agama.aku tidak pasti.jika perbincangan mereka memang berpandukan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan kias aku tidak dapat menolak. jika sebaliknya, kita sama-sama minta jauh.

kerana apa? jika sesuatu hukum tidak berlandaskan empat masdar syariah ini, maka ia hanya mengundang murka Allah. sangat sadis!

Kita berlindung dari perkara-perkara sedemikian. 

Rabu, 2 Mei 2012

"Kita sertai Bersih bukan kerana Ambiga"- Ketua Pemuda PAS Pusat


Bagi yang belum faham, sila fahamkan. Jika sudah faham baru tak salah faham. Bila tak salah faham, baru dunia aman.  Take Noted!!

Isnin, 30 April 2012

BERSIH 3.0

Subhanallah..ramainya manusia
BERSIH 3.0 baru saja berlalu dengan kejayaan yang membanggakan. Ramai anak muda turun menyatakan sokongan kepada Pilhanraya yang bersih dan adil. Syabas anak muda.

Sejarah tercipta apabila hampir 500 ribu turun di jalan-jalan Kuala Lumpur tidak kira dari agama, bangsa apapun dan juga melibatkan semua peringkat umur.

Tidak ketinggalan anak-anak Malaysia yang berada di luar Malaysia seperti negara-negara timur tengah dan eropah, turut turun menyatakan sokongan.

Di Mesir juga tidak ketinggalan walau diugut oleh pihak kedutaan. Tetapi aku tidak menyertainya. Tiba-tiba gambar keluar, Menakjubkan. Syabas buat yang menyertai.

Aku hanya mampu berbaju kuning di hari tersebut sebagai sokongan kepada perjuangan anak muda di Malaysia. semoga usaha aku yang sedikit ini dapat melepaskan diri aku dari tergolong dalam golongan yang bersama-sama orang yang zalim menindas rakyat.

Gambar dan video menjadi saksi betapa kejamnya polis mengendalikan demonstran yang tidak bersenjata. aku jadi geram dan marah dengan polis walaupun yang melakukannya hanya segelintir.siapakah yang patut bertanggungjawab?

Syabas sekali lagi. 4.0 menanti jika 8 tuntutan tidak dilaksanakan segera.

Rabu, 18 April 2012

BERSIH 3.0 Mesir Dibatalkan: Masih Boleh Raikan Cara Tersendiri.



BERSIH 3.0 di Mesir batal? Siapa kata batal? Bagi aku ia tidak batal dan masih terus berjalan. Masakan tidak, bersih 3.0 bukan hari ini, tetapi 28.4.2012 nanti. Jangan kita terpedaya dengan permainan mereka.

Namun kekesalan tetap berlaku. Kerana mereka menghalang kita melakukan sesuatu yang baru. SUARA telah merancang melaksanakan BERSIH 3.0 dengan cara baru, futsal, solat, tazkirah dan pulang. Ringkas, namun sangat menggerunkan mereka.
Aku kesal dengan mereka yang mengaitkan Al-Azhar dalam hal ini. Aku sangat kesal. Bagi aku, apapun kenyataan yang keluar dari mulut Syeikh Al-Azhar, itu bukan pandangannya sendiri. Pasti ada tangan dan mulut yang cuba mempengaruhi Syeikh.

Aku sebagai anak Malaysia berhak untuk menentukan hala tuju Negara aku sendiri. Kenapa perlu menghalang pembersihan system demokrasi yang telah lama diamalkan di Malaysia?

Ini bukan isu politik. Ini isu pembersihan system. Tidak kira apa parti sekalipun, pembersihan ini perlu disokong dan didokong. Biarlah siapapun yang menang atau kalah, yang penting menang dan kalah dalam permainan yang ‘fair play’.

Orang yang menghalang pembersihan ini adalah orang yang sangat kotor. Walaupun di sisi manusia dia berpangkat mulia, namun pada pandangan aku dari bangku seorang mahasiswa, dia adalah kotor dan hina.

Mana bukti kami berpolitik melalui BERSIH? Tunjukkan bendera parti yang kami naikkan semasa BERSIH 2.0 yang lalu? Tiada, tiada dan tiada. Orang ini penipu besar. Berbohong kepada Syeikh al-Azhar dan menyebabkan  seorang bakal mufti dibuang pengajiannya tanpa sebab dan bukti yang kukuh.

Sesungguhnya kerja-kerja menghalang penuntut ilmu ii adalah kerja yang hina dan tidak dapat dimaafkan dunia akhirat. Siapa yang sanggup memaafkan penipuan dan fitnah yang dahsyat ini?

Apapun halangan yang diberikan, kita perlu meneruskan perjuangan ini. Perjuangan ini jelas dengan matlamat yang jelas.

Mana yang takut berpolitik, usah takut, ini bukan isu berpolitik. Ini isu ketakutan mereka kepada kebangkitan anak muda. Dunia membuktikan zaman ini milik anak muda yang berjuang.

Walau jasad BERSIH 3.0 telah dihalang, namun rohnya masih bernyawa di dalam diri setiap kita yang cintakan keadilan.

Kita bukan generasi penakut. Dunia ini bukan untuk orang yang penakut. Apabila dihalang, kita ada cara lain untuk mengalirkan roh perjuangan ini

Kita masih boleh raikannya dengan cara tersendiri, kuningkan suasana dengan cara masing-masing. Ada baju kuning, pakailah untuk keadilan. ada peralatan lain yang berwarna kuning, gunakanlah untuk sokongan kepada keadilan. lakukanlah!!

Aku menulis bukan sebagai ahli mana-mana parti politik, tetapi sebagai seorang anak muda yang cintakan keadilan. Biar terkorban, asal tidak mengorbankan prinsip dan jati diri.

Dunia ini milik anak muda yang cintakan keadilan. Berani sifat yang mulia dan dituntut agama. Mari bersama kami. Raikan BERSIH 3.0.

Rabu, 22 Jun 2011

Bersih 2.0 : Pemuda PAS Perak Sangkal Tuduhan Zambry

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyangkal tuduhan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Himpunan BERSIH pada 9 Julai ini ada agenda tersembunyi untuk menawan Putrajaya tetapi tidak menyedari bahawa cara Umno / Barisan Nasional (BN) merampas secara jahat Kerajaan Negeri Perak dengan menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai alat bagi mengesahkan cara kotor untuk kembali mentadbir Kerajaan Negeri awal Februari 2009 yang lalu.

Bagi kami, himpunan ini adalah pentas khas terutamanya rakyat Negeri Perak menyuarakan bantahan mereka cara kotor Umno / BN yang telah merampas Kerajaan Negeri daripada mandat rakyat setelah memberikan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat (PR) layak mentadbir Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu. Sudah tentu tujuan utama kepada rakyat Perak yang menyertai himpunan ini adalah bagi memastikan PRU 13 nanti bersih untuk menghalang Umno / BN merampas sekali lagi Kerajaan Negeri dengan cara singkat.

Setakat dalam rekod politik tanahair, dengan mengadakan himpunan tiada langsung satu kerajaan negeri pun dirampas sepertimana Umno / BN dapat lakukan di Negeri Perak dahulu. Hanya Umno / BN sahaja yang benar-benar dapat lakukan cara pelbagai himpunan bagi mendapat mandat secara singkat untuk kembali mentadbir. Beberapa kerajaan negeri yang dimenangi oleh PR dengan izin Tuhan telah bangkit secara luar biasa rakyat yang telah dapat menghalang penyelewengan dalam PRU yang telah diadakan.

Bagi kami himpunan yang bakal diadakan dijamin ianya adalah himpunan aman tetapi jika hura-hara berlaku dengan gangguan pihak Polis adalah arahan daripada Umno / BN yang inginkan ianya gagal. Kami tegaskan akan menggerakkan rakyat Perak untuk turut serta dalam himpunan ini nanti bagi menyekat politik singkat jalanan untuk terus menjadi Menteri Besar secara tidak tehormat!

MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.