Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Rabu, 9 Mei 2012

Tuan Guru Nik Aziz Dihina

Inilah Akhbar Dajjal itu
Sekali lagi ulama' dihina dengan sedahsyatnya. kali ini giliran ulama' yang paling disegani ketika ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS menjadi mangsa.

umno kali ini menggunakan Rahim Nor (Bekas Ketua Polis Negara) untuk menyerang Tuan Guru melalui akhbar NST. Dia telah melabel Tuan Guru yang kita sayangi dengan gelaran 'Bapa Kafir'. Ya Allah, saya tidak mampu berkata apa sebaik sahaja mengetahui berita ini. Betapa dahsyatnya penghinaan ini kepada seorang ulama' yang dicintai Allah.

Saya risau,gejala ini akan terus merebak membarah di dalam masyarakat melayu Islam. Dikala Islam semakin diterima oleh non-muslim melalui pentadbiran Tuan Guru yang bersih dan bersifat kebajikan, ada juga manusia durjana yang ringan mulut menghina ulama' ini yang pastinya akan mengundang murka Allah.

Dikala non-muslim dari DAP yang digelar umno 'kafir harbi' ini mula pergi ke majlis-majlis ilmu anjuran PAS, ada juga manusia durjana yang bagai hilang akal dan pedoman menghina orang lain dengan penghinaan yang tidak boleh dimaafkan. Apa yang saya kagumi adalah, respon Tuan Guru mengenai penghinaan ini, beliau tidak langsung melenting dan marah dengan situasi ini. ini komen pertama beliau di fb.

"Saya ditunjukkan keratan akhbar muka enam NST hari ini. Saya tidak mahu memberika apa-apa komen"

Inilah akhlak yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita. betapa mulia sifat ini, namun tidak semua manusia mampu menahan kemarahannya bila dihina sedemikian rupa. termasuklah saya. saya kagum.

Menenai hukum menuduh seorang muslim sabagai kafir, saya tidak mahu bahaskan, mungkin semua orang tahu hukumnya. semoga Rahim Nor dibukakan hati oleh Allah untuk bertaubat dan yang paling penting memohon kamaafan daripada Tuan Guru atas kesalahan yang dia lakukan.

Saya selaku pendokong PAS tidak menerima tuduhan ini dan tidak sesekali memaafkan si pelaku yang jahil ini. Hancur umno!!






























Isnin, 30 April 2012

BERSIH 3.0

Subhanallah..ramainya manusia
BERSIH 3.0 baru saja berlalu dengan kejayaan yang membanggakan. Ramai anak muda turun menyatakan sokongan kepada Pilhanraya yang bersih dan adil. Syabas anak muda.

Sejarah tercipta apabila hampir 500 ribu turun di jalan-jalan Kuala Lumpur tidak kira dari agama, bangsa apapun dan juga melibatkan semua peringkat umur.

Tidak ketinggalan anak-anak Malaysia yang berada di luar Malaysia seperti negara-negara timur tengah dan eropah, turut turun menyatakan sokongan.

Di Mesir juga tidak ketinggalan walau diugut oleh pihak kedutaan. Tetapi aku tidak menyertainya. Tiba-tiba gambar keluar, Menakjubkan. Syabas buat yang menyertai.

Aku hanya mampu berbaju kuning di hari tersebut sebagai sokongan kepada perjuangan anak muda di Malaysia. semoga usaha aku yang sedikit ini dapat melepaskan diri aku dari tergolong dalam golongan yang bersama-sama orang yang zalim menindas rakyat.

Gambar dan video menjadi saksi betapa kejamnya polis mengendalikan demonstran yang tidak bersenjata. aku jadi geram dan marah dengan polis walaupun yang melakukannya hanya segelintir.siapakah yang patut bertanggungjawab?

Syabas sekali lagi. 4.0 menanti jika 8 tuntutan tidak dilaksanakan segera.

Ahad, 4 Julai 2010

FPI cegah murtad

BEKASI, Indonesia 3 Julai – Barisan Pembela Islam (FPI) yang bimbang dengan usaha mengkristiankan umat Islam dari golongan miskin di sini, mewujudkan satu program dengan melatih aktivis muda bagi membimbing penganut Islam agar tidak terpengaruh dengan agama itu.

Ketua FPI Bekasi, Murhali Barda berkata, lebih 1,500 sukarelawan telah berdaftar untuk menyertai program itu yang memulakan latihannya di masjid-masjid hari ini.

Katanya, aktivis akan berperanan sebagai ‘polis moral’ bagi menakutkan-nakutkan orang Kristian yang cuba menghasut umat Islam daripada keluar dari agama suci itu

“Kami melaksanakan program ini kerana kami mahu menakutkan orang Kristian tentang tindakan cuba memurtadkan umat Islam. Jika mereka enggan menghentikan usaha itu, kami sedia berjuang,” tegas Murhali lagi.

Projek FPI itu dibuat selepas 14 buah bas yang dipenuhi orang miskin beragama Islam dari kampung-kampung dibawa ke Yayasan Mahanaim yang dikendalikan penganut Kristian pada 30 Jun lalu.

Khabar angin mengatakan upacara murtad beramai-ramai akan diadakan, namun disangkal jurucakap yayasan itu, Marya Irawan yang mengatakan, mereka hanya mendekati golongan miskin.

FPI tidak yakin dengan laporan itu setelah melihat rakaman video yang menunjukkan beratus-ratus penduduk kampung turun dari bas, kebanyakannya wanita bertudung yang mendukung bayi dan berlegar-berlegar di tepi kolam.

Dalam rakaman video itu, penduduk kampung terlibat bingung ketika ditanya tujuan mereka dibawa ke yayasan itu, malah ada antara mereka yang menjawab mereka diminta pergi ke sana dengan harapan akan mendapat sepinggan nasi.

Konflik agama semakin meningkat di Bekasi, kira-kira 10 kilometer dari Jakarta sejak beberapa bulan lalu bermula dengan kumpulan perusuh yang memaksa penutupan dua buah gereja tahun ini.

Bulan lalu, patung tiga wanita dirobohkan pihak berkuasa selepas beratus-ratus aktivis memakai topi tengkorak dan jubah putih mengadakan tunjuk perasaan di jalan-jalan raya, mendakwa monumen itu melambangkan konsep triniti Kristian. – AP

Khamis, 17 Jun 2010

Sultan Brunei Menceraikan Isteri Keduanya


Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim, bekas wartawan TV3 dengan talak satu berkuat-kuasa petang semalam.

Pengumuman rasmi dibuat Istana Brunei, 8 malam semalam menerusi laman berita nasional Brunei iaitu http://www.rtbnews.rtb.gov.bn.

P
erceraian itu diumumkan Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar yang disiarkan di laman web berkenaan.

“Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010,” katanya dipetik dari laman itu.

Mengikut pengumuman sama, semua gelaran diraja ditarik balik.

Azrinaz Mazhar diijab kabul dengan Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2005 yang hanya dihadiri keluarga dan saudara terdekat kedua-dua pihak.

Berita perkahwinan mereka menjadi tumpuan dunia dan menjadi antara maklumat carian internet paling pupolar ketika itu.

Mereka mempunyai seorang putera dan puteri, yang masing-masing berusia empat tahun dan dua tahun.

Lebih dikenali dengan panggilan Naz, beliau mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999.

Beliau pernah dipilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM dua tahun kemudian.


Sumber:malaysiakini

Selasa, 15 Jun 2010

USTAZ IBRAHIM ZAKARIA, BEKAS CALON PAS LENGGONG & AJK DEWAN ULAMA PAS PERAK DITAHAN POLIS MESIR

Al Fadhil Ust Ibrahim Zakaria (Nama sebenar Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria) bekas calon PAS Lenggong 2008 dan AJK Dewan Ulama PAS Perak telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Cairo selepas mendaftar masuk untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber yang menghubungi saya, beliau berada di Mesir selama dua bulan untuk mengikuti ujian kelayakan master di Universiti Zamalik, Cairo. Ketika ditahan beliau bersama dengan isteri dan anaknya, walau bagaimanapun isteri dan anaknya dilepaskan pulang ke tanah air, beliau pula dikenakan tahanan lokap yang tidak diketahui di mana tempatnya. Sehingga sekarang, tidak ada siapa yang tahu punca-punca penangkapan.

PAS Negeri Perak dan PAS Pusat sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut penangkapan ini dan berusaha menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Mesir dengan kerjasasama Wismaputra bagi membebaskan Ust Ibrahim.

Seluruh ahli PAS diseru solat Hajat supaya Ust Ibrahim dalam keadaan selamat dan segera dibebaskan, kita yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah yang menyebabkan beliau ditahan oleh Polis Mesir.


sumber: misabah.blogspot.com

Rabu, 26 Mei 2010

Hukum Islam di Acheh


Indahnye bile hukum Islam terlaksana. segalanye terjage dan dijage. Bukan kate maksiat yang besar2, pakaian pun diambil kira. inilah realiti yang berlaku di Acheh dan tiada di Malaysia, dan kome bace ape kate Polis yang bertugas bile dipersoalkan tugasnye...SUBHANALLAH!



MEULABOH, Indonesia - Polis Islam di Aceh akan menerima 20,000 skirt panjang untuk diberikan kepada wanita yang melanggar etika pakaian Muslim, kata seorang pegawai, Ramli Mansur semalam.

"Mulai hari ini, saya akan menyerahkan kira-kira 20,000 skirt kepada polis syariah di Aceh Barat," katanya yang merupakan Ketua Daerah Aceh Barat.

Menurutnya, pesalah-pesalah wanita akan menukar seluar panjang dengan skirt panjang dan longgar jika polis syariah menangkap mereka.

Mansur berkata, pada suatu hari, dia terpaksa menjawab soalan daripada Tuhan apakah yang telah dilakukannya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

"Kami akan meningkatkan serbuan terhadap pesalah undang-undang syariah di sini. Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat di Aceh Barat," katanya.

Polis pencegah maksiat semalam menyoal 30 wanita mengenai pakaian yang dipakai mereka di sebuah kampung di Aceh Barat semalam.

"Apakah silapnya dengan pakaian saya? Undang-undang manakah yang telah saya langgar? Adakah saya seorang pengganas yang menyebabkan saya diminta menunjukkan kad pengenalan saya?" kata seorang wanita berumur 40 tahun, Fatima yang ditahan oleh polis agama.

Namun, protesnya tidak didengari dan dia menutup seluar jeannya dengan skirt yang dibawa dari rumah.

Polis agama itu tidak mempunyai kuasa untuk menangkap wanita kerana melanggar etika pakaian tetapi mereka diminta menukar pakaian yang tidak sesuai dengan ciri-ciri Islam. - AFP


sumber: kosmo

Sabtu, 17 April 2010

Achik Spin meninggal dalam kemalangan jalan raya



17 Apr 2010- Achik Spin telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya berhampiran perhentian Nilai. kereta toyota estima yang dinaiki bersama rakannya terbabas dan melanggar papan tanda lebuhraya lalu terbakar.Kemalangan berlalu dalam pukul 7 malam tadi.
Arwah yang duduk di kerusi sebelah pemandu dikatakan tersepit tidak dapat menyelamatkan diri dan meninggal di tempat kejadian. kawan arwah yang merupakan pemandu kereta berjaya keluar untuk menyelamatkan diri.

Sumber : oh artis! via from perak with love

P/S : Al-Fatihah untuk arwah. semoga Allah mengampunkan dosanya dan dosa kita.