Memaparkan catatan dengan label analisis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label analisis. Papar semua catatan

Rabu, 9 Mei 2012

Tuan Guru Nik Aziz Dihina

Inilah Akhbar Dajjal itu
Sekali lagi ulama' dihina dengan sedahsyatnya. kali ini giliran ulama' yang paling disegani ketika ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS menjadi mangsa.

umno kali ini menggunakan Rahim Nor (Bekas Ketua Polis Negara) untuk menyerang Tuan Guru melalui akhbar NST. Dia telah melabel Tuan Guru yang kita sayangi dengan gelaran 'Bapa Kafir'. Ya Allah, saya tidak mampu berkata apa sebaik sahaja mengetahui berita ini. Betapa dahsyatnya penghinaan ini kepada seorang ulama' yang dicintai Allah.

Saya risau,gejala ini akan terus merebak membarah di dalam masyarakat melayu Islam. Dikala Islam semakin diterima oleh non-muslim melalui pentadbiran Tuan Guru yang bersih dan bersifat kebajikan, ada juga manusia durjana yang ringan mulut menghina ulama' ini yang pastinya akan mengundang murka Allah.

Dikala non-muslim dari DAP yang digelar umno 'kafir harbi' ini mula pergi ke majlis-majlis ilmu anjuran PAS, ada juga manusia durjana yang bagai hilang akal dan pedoman menghina orang lain dengan penghinaan yang tidak boleh dimaafkan. Apa yang saya kagumi adalah, respon Tuan Guru mengenai penghinaan ini, beliau tidak langsung melenting dan marah dengan situasi ini. ini komen pertama beliau di fb.

"Saya ditunjukkan keratan akhbar muka enam NST hari ini. Saya tidak mahu memberika apa-apa komen"

Inilah akhlak yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita. betapa mulia sifat ini, namun tidak semua manusia mampu menahan kemarahannya bila dihina sedemikian rupa. termasuklah saya. saya kagum.

Menenai hukum menuduh seorang muslim sabagai kafir, saya tidak mahu bahaskan, mungkin semua orang tahu hukumnya. semoga Rahim Nor dibukakan hati oleh Allah untuk bertaubat dan yang paling penting memohon kamaafan daripada Tuan Guru atas kesalahan yang dia lakukan.

Saya selaku pendokong PAS tidak menerima tuduhan ini dan tidak sesekali memaafkan si pelaku yang jahil ini. Hancur umno!!






























Ahad, 6 Mei 2012

Fatwa Itu Harganya Mahal

Sekali lagi majlis fatwa kebangsaan menjadi agen kepada umno. sangat menyedihkan hati. kenapa rakyat dihukum sedemikin sedangkan yang bersalah adalah sang penguasa.Aku tak faham.

Sekalian penyelewengan dan penindasan disepikan, tetapi kes yang menentang kerajaan dibincangkan dengan lumat dan mudah dikeluarkan fatwa. sangat bias!

Ada orang kata mereka ini saudagar agama.aku tidak pasti.jika perbincangan mereka memang berpandukan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan kias aku tidak dapat menolak. jika sebaliknya, kita sama-sama minta jauh.

kerana apa? jika sesuatu hukum tidak berlandaskan empat masdar syariah ini, maka ia hanya mengundang murka Allah. sangat sadis!

Kita berlindung dari perkara-perkara sedemikian. 

Isnin, 30 April 2012

BERSIH 3.0

Subhanallah..ramainya manusia
BERSIH 3.0 baru saja berlalu dengan kejayaan yang membanggakan. Ramai anak muda turun menyatakan sokongan kepada Pilhanraya yang bersih dan adil. Syabas anak muda.

Sejarah tercipta apabila hampir 500 ribu turun di jalan-jalan Kuala Lumpur tidak kira dari agama, bangsa apapun dan juga melibatkan semua peringkat umur.

Tidak ketinggalan anak-anak Malaysia yang berada di luar Malaysia seperti negara-negara timur tengah dan eropah, turut turun menyatakan sokongan.

Di Mesir juga tidak ketinggalan walau diugut oleh pihak kedutaan. Tetapi aku tidak menyertainya. Tiba-tiba gambar keluar, Menakjubkan. Syabas buat yang menyertai.

Aku hanya mampu berbaju kuning di hari tersebut sebagai sokongan kepada perjuangan anak muda di Malaysia. semoga usaha aku yang sedikit ini dapat melepaskan diri aku dari tergolong dalam golongan yang bersama-sama orang yang zalim menindas rakyat.

Gambar dan video menjadi saksi betapa kejamnya polis mengendalikan demonstran yang tidak bersenjata. aku jadi geram dan marah dengan polis walaupun yang melakukannya hanya segelintir.siapakah yang patut bertanggungjawab?

Syabas sekali lagi. 4.0 menanti jika 8 tuntutan tidak dilaksanakan segera.

Rabu, 28 September 2011

Undang-undang Allah vs Undang-undang Manusia


HUDUD kembali menjadi perbualan hangat. Setelah sekian lama isu ini terdiam begitu sahaja, ia kembali menggegarkan negara.

HUDUD adalah hukum Allah.Ia bukan hukuman, malah satu nizom yang memelihara manusia dari melakukan perkara-perkara yang melanggar fitrah manusiawi.Menjaga maqasid syariah yang lima iaitu agama, keturunan, akal, harta dan maruah.

Polimik HUDUD lebih membimbangkan apabila ia dimain-mainkan oleh sebuah akhbar melayu Islam.namun hinaan ini dipandang sepi oleh pihak berwajib dan menganggap ini hanya gurauan,bukannya hinaan.

Di mana Islam diletakkan di Malaysia? dulu pernah meletupnya Islam Hadhari bawaan PM terdahulu Paklah.Islam ingin dihadharikan mengikut acuan mereka,bukannnya Islam yang mengacu mereka.memang sesat.

PM Malaysia ke-6 Najib Tun Razak sudah membuat pengakuan bahawa Malaysia tidak akan melaksanakan HUDUD selagi bn memerintah negara kerana melihat kepada realiti Malaysia yang tidak mengizinkan.apa pandangan anda dengan kata-kata PM Malaysia yang beragama Islam ini?adakah ia berkata mengikut lunas-lunas agama yang dianutinya?no komen.

umno seperti yang kita sama-sama maklum adalah sebuah parti politik melayu yang secara jelas menolak HUDUD dan Islam. dan seteru terkuatnya PAS sangat berbeza pandangan dengan mereka kerana PAS adalah parti yang mendokong HUDUD sejak penubuhannya lagi.

Kelantan adalah negeri pertama di Malaysia yang membentangkan proposal untuk melaksanakan HUDUD. Namun niat kepimpinan negeri di bawah pemerintahan TG Nik Aziz terbantut akibat tekanan darpada PM ketika itu Dr. Mahadhir Muhammad.Namun mereka tidak pernah melupakan hasrat yang suci ini walau apa tekanannya pun.

Malaysia yang sedang dilanda kebrorokan akhlak dan jenayah yang membimbangkan perlu dicari jalan penyelesaiannya dengan segera.Tiada yang lebih baik dari hukuman Tuhan.HUDUD lah jawapannya.

Wajib bagi kita menyokong pihak yang ingin melaksanakan suruhan Allah.Dan wajib juga bagi kita menjatuhkan pihak yang menyuburkan kefasadan di atas muka bumi Allah.gunakan kuasa undi kita.sila mendaftar segera sebagai pengundi.

Rabu, 21 September 2011

Kes Jenayah Berleluasa, Islam adalah Penyelesaiannya.


Menonton siaran berita tv tiada apa yang dilaporkan kecuali politik membodohkan manusia dan koleksi kebejatan akhlak rakyat Malaysia.

Akhir-akhir ini kes jenayah di Malaysia semakin menggerunkan.Kes-kes jenayah tahap tinggi semakin berleluasa dan membimbangkan.bunuh, rompak bersenjata, samun, rogol, bunuh, bakar dan lain-lain berlaku hampir setiap hari.

Itu yang besar-besar.yang kecil-kecil seperti kecurian dan ragut usah dikira.sampaikan hendak meninggalkan kenderaan tanpa berkunci 5 minit pun naik takut.adakah ini negara yang kita inginkan?

Kes jenayah yang berlaku adalah satu teguran Allah bagi pemimpin Malaysia yang jauh dariNya.juga buat rakyat Malaysia yang semakin mudah menghina dan mempersendakan agama Islam dan Rasulullah.

Tiada makna sebuah kemerdekaan jika keadaan rakyat dalam ketakutan dan tidak tenteram seperti di zaman keganasan penjajah.

Islam adalah penyelesaian segala masalah.bila Islam bukan lagi pimpinan,maka tunggulah teguran Allah kepada hambaNya yang lalai.

Allah dalam sabdanya banyak menceritakan cara urus takbir negara mengikut acuanNya.malangnya,manusia tidak mengambilnya sebagai pedoman dan panduan malah mengambil cara lain sebagai pemandu kepada kehidupan,maka terhasillah kesesatan yang menyimpang dari Islam dan jauh dari syurga Allah.

Tiba masanya rakyat Malaysia bangkit dan sedar akan perkara ini.kepimpinan negara perlu ditukar dari sekular kepada Islam sejati.sampai bila kita terus diburu jenayah yang berleluasa dan dijerut oleh penguasa yang zalim.-rQ

Selasa, 20 September 2011

Hantu Bonceng: Penghinaan kepada Rasulullah yang Tidak Boleh dimaafkan.


Industri perfileman negara sudah banyak melakukan kontroversi yang menggugah iman. yang terbaru giliran Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham mengambil tempat sebagai pencetus kontroversi.

Kalau selalu, penghinaan yang dilakukan tidaklah terlalu jelas. Namun hantu Bonceng lebih berani dengan secara jelas menghina Rasulullah melalui dialog jeritan Zizan RL selepas diganggu oleh kawannya ketika di atas katil hospital.

Zizan yang ketika itu ketakutan menjerit syaitan, syaitan!! dan mengucap dua kalimah syahadah yang songsang kerana mengatakan "Rasulullah syaitan".Dialog yang berlaku di 10 minit yang pertama filem ini mengguris hati umat Islam yang sensitif akan isu ini. bukan sahaja kalimah syahadah, malah laungan azan juga dipermainkan oleh pemain filem ini.bagi yang sudah menyaksikan filem ini,pasti akan terjumpa satu persatu kelompongan yang wujud dan menaikkan darah di dalam badan.

Bagi rQ, tiada istilah tersalah dalam isu ini. ini kerana sebuah filem sebelum ia ditayangkan kepada umum ia mestilah ditapis oleh beberapa pihak yang diberi kepercayaan dan berautoriti seperti LPF(Lembaga Penapisan Filem).LPF lah yang bertanggungjawab memastikan samaada sesuatu filem itu layak untuk ditaayangkan atau tidak.

rQ tidak pasti samaada di dalam LPF terdapatnya orang yang berautoriti di dalam agama untuk menapis masalah-masalah seperti ini.tetapi menurut pengarahnya Ahmad Idham, filem ini telah ditapis oleh orang yang pakar di dalam agama sebelum diizin tayang. siapa orangnya? hanya Ahmad Idham yang tahu.

Tiba masanya untuk industri perfileman negara mempunyai satu badan syariah yang dikendalikan oleh golongan ulama' dan cendiakawan Islam.sampai bila kita ingin melihat agama Islam dihina oleh tangan-tangan orang Islam sendiri di negara kita sendiri.

Jika kita marah dengan filem-filem luar negara yang sering menghina Islam, kenapa kita perlu diam jika filem-filem orang kita sendiri yang melakukannya.

Bagi yang melakukannya,eloklah bertaubat memohon ampun dari Allah atas kesalahan yang dilakukan. dan eloklah pihak produksi mengaku kesalahan yang terjadi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi dari terus menegakkan benang yang basah dan menghina orang yang menegur mereka.tiada guna untung berjuta-juta namun mendapat murka allah dan manusia.

rQ masih menunggu ulasan dari ulama' dan cerdik pandai Islam tentang isu ini, bagi rQ isu ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja.sesuatu mesti dilakukan demi membela Islam tercinta. setakat ini hanya PAS yang bersuara dan mengatakan bantahan.mana pergi yang lain?-rQ



Isnin, 19 September 2011

Media Mainstream VS Media Altenatif


Sehari dua ni muka PM 1Malaysia sering memenuhi ruang rancangan di tv, tambah-tambah pulak di dalam berita tv di seluruh stesen tv termasuk tv al-Hijrah.

Tiada masalah untuk menayangkan muka PM, namun janganlah disetiap masa muka sama jer yang keluar tv.seperti yang dijangka semua pihak, pilihanraya mungkin kurang 5 bulan dari sekarang dan masa yang berbaki inilah digunakan oleh pihak BN untuk membina imej sebaik-baiknya seolah tiada kesalahan yang mereka lakukan di samping menyerang kem Pakatan Rakyat seolah PR seburuk-buruk kejadian di bumi dan tak layak dihormati.kejam!!

15 minit yang pertama dari berita tv wajib menayangkan serangan BN ke atas PR dan pemimpinnya.aku tercari-cari jugak berita yang tidak membuat demikian, namun carian aku gagal dan ternyata media mainstream bukanlah media bersifat saksama tetapi bersifat pengampu dan penakut dengan manusia.

Itu cerita mengenai tv, belum lagi kita cerita tentang surat khabar yang ada.patutlah jualan utusan Malaysia merudum dengan teruk sekali,berita yang ditulis pun tahap sampah dan fitnah,tiada yang pelik jika akhbar2 ini diboikot oleh golongan muda dan pencinta negara.

Walaupun dilihat pakatan Rakyat kalah di gelanggang media mainstream, namun di internet mereka memiliki ramai penyokong dan media-media yang dikendalikan oleh penyokong dan pendokong mereka pun mantap dan banyak.

Jika dikira mood anak muda zaman ini yang lebih meminati internet dari menonton tv,maka PR mempunyai peluang untuk menarik hati anak muda untuk mengundi mereka pada PRU akan datang.

Anak muda adalah penentu masa depan negara.di tangan merekalah terletaknya pilihan terbaik untuk negara.ini disebabkan jumlah yang ramai dikalangan pengundi dari kalangan anak muda.namun,ini tidak bermakna jika kesedaran dari anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi masih ditahap kritikal.

mari anak muda, kita ubah negara kita ke arah lebih baik melalui pimpinan yang terbaik dan bertakwa.kebatilan tidak boleh dibiarkan berleluasa di saat kita boleh mengubahnya dengan tangan kita.

Jumaat, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia?


Assalamuaikum w.r.m.t

Hari ni 16 september, hari jumaat dan hari cuti untuk rakyat Malaysia kerana kari ini merupakan hari pembentukan sebuah negara Malaysia yang menggabungkan tanah melayu dan sabah, sarawak yang dinamakan Hari Malaysia.sejauhmana kebenaran fakta yang tertulis dan digembar-gemburkan mengenai peristiwa ini, wallahu'alam.

Sejarah adalah sebuah dokumentasi peristiwa lampau. dengan sejarah manusia dapat membina sebuah tamadun.bukan sahaja kisah seratus tahun dahulu, malah peristiwa satu saat yang lalu itu juga adalah sejarah yang perlu dikenang jika ia satu kebaikan.

namun, penulis sejarah tidak lari dari melakukan kesalahan. tidak juga lari dari melakukan 'dengan sengaja' penipuan sejarah.kenapa ini semua berlaku?jawapannya ada pada kalian dan silakan mengkaji.aku cuma ingin membangkitkan kesedaran kepada kalian agar tidak percaya dengan bulat apa yang ditulis dan apa yang diceritakan mengenai sejarah.

Sejarah yang banyak dipesongkan adalah sejarah kemerdekaan negara kita Malaysia. Orang Malaysia lebih mempercayai umno adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar dan semata-mata umnolah yang menggadaikan segalanya demi kemerdekaan negara. Padahal perjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajah sudah lama diperjuangkan oleh generasi ke generasi.umno hanyalah datang di saat-saat perjuangan menuntut kemerdekaan sudah menampakkan hasil dan akhirnya merekalah yang didendang sebagai wira dan melupakan pejuang-pejuang yang lain yang bermati-matian berjuang.

Baru-baru ini ketua kluster sejarah dari jabatan Profesor Malaysia mengatakan Malaysia atau nama lamanya Tanah Melayu hanya dijajah dua tahun dan bukannya 400 tahun yang diwarwarkan sebelum ini.ahh..mana nak percaya ni?

Yang jelas, ini adalah satu permainan untuk mengelirukan rakyat yang makin terkeliru dengan sejarah negara yang banyak dipesongkan ini.

Cerita mengenai pemalsuan sejarah ini bermula dari ceramah Timb. Presiden PAS Hj Mat Sabu yang mengatakan di dalam salah satu ceramah beliau bahawa Mat Indera yang menyerang Bukit Kepong bukanlah komunis, malahan hero yang patut diangkat. ini berhujahkan polis semasa itu adalah polis yang bekerja dengan British berpandukan pakaian dan sebagainya.

sejauhmana kebenarannya hanya Allah yang tahu. Bolehlah dari sekarang kita melakukan kajian agar tidak ditipu lagi. banyak lagi yang dipesongkan dari sejarah Malaysia yang kita pelajari dan ketahui. Sejarah tidak pernah menipu, yang menipu hanya penulis dan tukang cerita sejarah!!