Industri perfileman negara sudah banyak melakukan kontroversi yang menggugah iman. yang terbaru giliran Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham mengambil tempat sebagai pencetus kontroversi.
Kalau selalu, penghinaan yang dilakukan tidaklah terlalu jelas. Namun hantu Bonceng lebih berani dengan secara jelas menghina Rasulullah melalui dialog jeritan Zizan RL selepas diganggu oleh kawannya ketika di atas katil hospital.
Zizan yang ketika itu ketakutan menjerit syaitan, syaitan!! dan mengucap dua kalimah syahadah yang songsang kerana mengatakan "Rasulullah syaitan".Dialog yang berlaku di 10 minit yang pertama filem ini mengguris hati umat Islam yang sensitif akan isu ini. bukan sahaja kalimah syahadah, malah laungan azan juga dipermainkan oleh pemain filem ini.bagi yang sudah menyaksikan filem ini,pasti akan terjumpa satu persatu kelompongan yang wujud dan menaikkan darah di dalam badan.
Bagi rQ, tiada istilah tersalah dalam isu ini. ini kerana sebuah filem sebelum ia ditayangkan kepada umum ia mestilah ditapis oleh beberapa pihak yang diberi kepercayaan dan berautoriti seperti LPF(Lembaga Penapisan Filem).LPF lah yang bertanggungjawab memastikan samaada sesuatu filem itu layak untuk ditaayangkan atau tidak.
rQ tidak pasti samaada di dalam LPF terdapatnya orang yang berautoriti di dalam agama untuk menapis masalah-masalah seperti ini.tetapi menurut pengarahnya Ahmad Idham, filem ini telah ditapis oleh orang yang pakar di dalam agama sebelum diizin tayang. siapa orangnya? hanya Ahmad Idham yang tahu.
Tiba masanya untuk industri perfileman negara mempunyai satu badan syariah yang dikendalikan oleh golongan ulama' dan cendiakawan Islam.sampai bila kita ingin melihat agama Islam dihina oleh tangan-tangan orang Islam sendiri di negara kita sendiri.
Jika kita marah dengan filem-filem luar negara yang sering menghina Islam, kenapa kita perlu diam jika filem-filem orang kita sendiri yang melakukannya.
Bagi yang melakukannya,eloklah bertaubat memohon ampun dari Allah atas kesalahan yang dilakukan. dan eloklah pihak produksi mengaku kesalahan yang terjadi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi dari terus menegakkan benang yang basah dan menghina orang yang menegur mereka.tiada guna untung berjuta-juta namun mendapat murka allah dan manusia.
rQ masih menunggu ulasan dari ulama' dan cerdik pandai Islam tentang isu ini, bagi rQ isu ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja.sesuatu mesti dilakukan demi membela Islam tercinta. setakat ini hanya PAS yang bersuara dan mengatakan bantahan.mana pergi yang lain?-rQ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan