Salam Aidilfitri Eid Mubarak.
Alhamdulillah, setelah berhempas pulas berlapar dan dahaga mengharungi ramadhan al-Mubarak, akhirnya hadiah aidilfitri sampai jua. Walaupun sedih meninggalkan ramadhan yang penuh kemuliaan, namun kemeriahan aidilfitri tetap dirasa. Adat di tanah melayu ini, perayaan aidilfitri lebih meriah daripada ramadhan. Ramadhan di sini hanya sekadar pesta makanan dan bazar. bukan pesta ibadah. namun bukan disemua tempat. Di Kelantan contohnya, kemeriahan ramadhannya sehingga kepimpinan ulama'nya membina satu tempat dinamakan Qariyah Ramadhan. SubhanAllah.
Aku, di penghujung Ramadhan telah diserang demam yang tak kurang hebatnya. Kesejukan seluruh badan dan tekak tak dapat menerima makanan yang banyak(walaupun sedap) disebabkan kesakitan di dalam tekak. Di hari yang seterusnya pulak, tengkuk pula diserang kesakitan yang teramat sangat sampai nak meneleng dan bersujud ketika solat pun sakit.MasyaAllah. Ujian kesakitan yang semoga menginsafkan diriku. dan sehingga ke saat inipun tengkuk aku masih merasa sakit dan sukar untuk menoleh. Allahhumma yasyfi..
buat setakat ini, rakyat Malaysia yang belajar di Mesir atau bekas pelajar MTI belum lagi menjejakkan kaki ke rumahku walaupun yang dekat2. mungkin semuanya masih sibuk menziarahi sanak saudara. macam aku jugak,tak ada ke rumah kawan2 lagi, baru ke rumah sanak saudara terdekat. Mungkin dalam sehari dua lagi aku meronda, lagipun tak syok beraya dalam sakit2 ni.
Hari ini juga merupakan hari kelahiranku yang ke-25. Alhamdulillah, suku abad sudah aku diberi nafas oleh Allah menjadi penghuni dunia. Terasa diri ini kerdil di hadapan Allah. Terasa malu dengan nikmat yang dikurniakannya namun amalku masih kurang untuk dihitung. semoga amalku yang sedikit ini diterima Allah dan dipanjangkan usiaku untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai di atas muka bumi-Nya ini. Terima kasih kepada yang memberikan ucapan dan yang mendoakan kesejahteraan diri ini. doa kalian dalah hadiah terbaik buat diri ini.jazakallah khair.
dikesempatan ini aku ingin memohon kemaafan kepada para pembaca blog pedas ini andai ada terasa hati dan jiwa di mana-mana artikel yang aku tulis. Aku pun bukan sempurna, kerana manusia tiada yang sempurna sifatnya.sebab itu kita memerlukan nasihat yang mendidik jiwa. bukan nasihat yang mengampu. aku menulis atas dasar nasihat menasihati sesama muslim. dan agama itu sendiri adalah nasihat. buat apa nak takut dengan nasihat.bagi aku, siapa yang salah perlu dibetulkan, hatta sebuah pentadbiran negara sekalipun. Nabi yang ma'sum pun sedia untuk ditegur inikan pula kita manusia biasa ni. Harapan aku, kita sama buka minda dan hati dan bersedia untuk ditegur oleh sesiapapun dan di mana2pun. kritikan pedas tu biasa la, kata orang lagi pedas lagi sedap dan lagi terkenang2. Hikmah tu bukan bermaksud lemah lembut macam sotong, tapi tegas. sebab apa kena tegas,sebab dia berkaitan dengan prinsip.so, pertahankanlah prinsip anda.
aku rasa cukup sekadar tu, sehingga ketemu lagi,kawan2 doakanlah kesembuhan aku dan kesejahteraan hidup aku di dunia dan akhirat. I love U all..tata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan