Memaparkan catatan dengan label Ikut suka aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikut suka aku. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mei 2012

Rajin, Please Come To Papa!!

Jadual Imtihan Tahun 3 dan tahun 4 Syariah
Jadual imtihan sudah keluar. Bermakna aku sudah boleh mengira-ngira hari untuk persediaan. Aku kan suka mengira. dalam kira-kira, kurang sebulan lagi aku akan menghadapi imtihan. Cepatnya!!

Macam biasa persediaan masih di tahap tidak memuaskan. Al-Quran paling utama. Ya Allah!! kurniakan aku sifat kerajinan yang membuak-buak.

Betullah orang kata, lingkungan hidup kita sedikit sen=banyak akan mempengaruhi kita. Aku tengok budak-budak ni tak buka buku, aku pun jadi malas sekali.haha..pandai aku nak salahkan orang.

Apa-apapun, kita adalah pemandu diri kita sendiri.So, pandailah bawa diri tu baik-baik yer. Jangan terbabas sudah. Doa dan Tawakkal itu penting selain usaha yang berterusan. kamu pasti berjaya.ermmm..kata-kata motivasi la pulak.


Ahad, 22 April 2012

Zaman Blog Sudah Berlalu?

Ada orang kata zaman blog sudah berlalu. Betul ke? Apa pandangan korang?

Kenapa berlalu? pastinya kerana si mukabuku aka facebook. entah la, bila dilihat balik, ada kebenarannya. tapi, ada juga salahnya.

Apa-apapun, berbalik pada niat masing-masing masa nak bukak fb dan blog tu. bagi aku, dua-dua penting sebagai wasilah dakwah masa kini. tak ada masalah kot.

Any way, just follow teknologi yang ada zaman sekarang ni. Jangan sampai orang kata kita ni ketinggalan zaman dah la. Paling kurang pun ada la fb peribadi tu. penting untuk penyebaran maklumat dan dakwah.

payahlah kalau kita tak mau ambik sume ni dengan alasan semua ni dicipta yahudi. Mana tau dicipta yahudi? kot-kot la Islam yang cipta, tetapi yahudi yang curi. Mana la kita tau kan. Macam ilmu-ilmu yang lain jugak.

Aku ada kedua-duanya, korang bila lagi?

Take Noted!!!

Rabu, 18 April 2012

BERSIH 3.0 Mesir Dibatalkan: Masih Boleh Raikan Cara Tersendiri.



BERSIH 3.0 di Mesir batal? Siapa kata batal? Bagi aku ia tidak batal dan masih terus berjalan. Masakan tidak, bersih 3.0 bukan hari ini, tetapi 28.4.2012 nanti. Jangan kita terpedaya dengan permainan mereka.

Namun kekesalan tetap berlaku. Kerana mereka menghalang kita melakukan sesuatu yang baru. SUARA telah merancang melaksanakan BERSIH 3.0 dengan cara baru, futsal, solat, tazkirah dan pulang. Ringkas, namun sangat menggerunkan mereka.
Aku kesal dengan mereka yang mengaitkan Al-Azhar dalam hal ini. Aku sangat kesal. Bagi aku, apapun kenyataan yang keluar dari mulut Syeikh Al-Azhar, itu bukan pandangannya sendiri. Pasti ada tangan dan mulut yang cuba mempengaruhi Syeikh.

Aku sebagai anak Malaysia berhak untuk menentukan hala tuju Negara aku sendiri. Kenapa perlu menghalang pembersihan system demokrasi yang telah lama diamalkan di Malaysia?

Ini bukan isu politik. Ini isu pembersihan system. Tidak kira apa parti sekalipun, pembersihan ini perlu disokong dan didokong. Biarlah siapapun yang menang atau kalah, yang penting menang dan kalah dalam permainan yang ‘fair play’.

Orang yang menghalang pembersihan ini adalah orang yang sangat kotor. Walaupun di sisi manusia dia berpangkat mulia, namun pada pandangan aku dari bangku seorang mahasiswa, dia adalah kotor dan hina.

Mana bukti kami berpolitik melalui BERSIH? Tunjukkan bendera parti yang kami naikkan semasa BERSIH 2.0 yang lalu? Tiada, tiada dan tiada. Orang ini penipu besar. Berbohong kepada Syeikh al-Azhar dan menyebabkan  seorang bakal mufti dibuang pengajiannya tanpa sebab dan bukti yang kukuh.

Sesungguhnya kerja-kerja menghalang penuntut ilmu ii adalah kerja yang hina dan tidak dapat dimaafkan dunia akhirat. Siapa yang sanggup memaafkan penipuan dan fitnah yang dahsyat ini?

Apapun halangan yang diberikan, kita perlu meneruskan perjuangan ini. Perjuangan ini jelas dengan matlamat yang jelas.

Mana yang takut berpolitik, usah takut, ini bukan isu berpolitik. Ini isu ketakutan mereka kepada kebangkitan anak muda. Dunia membuktikan zaman ini milik anak muda yang berjuang.

Walau jasad BERSIH 3.0 telah dihalang, namun rohnya masih bernyawa di dalam diri setiap kita yang cintakan keadilan.

Kita bukan generasi penakut. Dunia ini bukan untuk orang yang penakut. Apabila dihalang, kita ada cara lain untuk mengalirkan roh perjuangan ini

Kita masih boleh raikannya dengan cara tersendiri, kuningkan suasana dengan cara masing-masing. Ada baju kuning, pakailah untuk keadilan. ada peralatan lain yang berwarna kuning, gunakanlah untuk sokongan kepada keadilan. lakukanlah!!

Aku menulis bukan sebagai ahli mana-mana parti politik, tetapi sebagai seorang anak muda yang cintakan keadilan. Biar terkorban, asal tidak mengorbankan prinsip dan jati diri.

Dunia ini milik anak muda yang cintakan keadilan. Berani sifat yang mulia dan dituntut agama. Mari bersama kami. Raikan BERSIH 3.0.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Sorotan Seminggu


Sudah lama tidak menukilkan sebarang ayat di lembaran maya ini. Terasa rindu, namun tanpa idea di kepala, takkan mudah untuk menukilkannya.

Hari ini jumaat yang mulia. Menjadi penghulu segala hari dalam seminggu. Entah Jumaat ke berapa sepanjang aku di tanah air ini. hari ini bermakna aku kurang 40 hari untuk terbang semula ke Mesir.

Disaat ada kawan-kawan yang telahpun berangkat lebih awal, aku masih terkial-kial di sini mencari entah apa-apa.namun aku bukan orang terakhir yang akan berangkat pulang, ada juga aku dengar-dengar cerita yang nak balik pertengahan bulan 12.lantak.aku tak peduli.asal kome bahagia.

Raya Aidiladha @ Raya Haji makin hampir, 2 minggu lebih tak silap aku. Makanya di Malaysia ni,tambah2 di kampung aku yang permai ini, tidak kecoh sangat tentang perayaan terbesar umat islam ini. Hanya bilal sahaja yang sibuk mengumumkan tentang ibadah korban bagi yang nak join, boleh la daftar cepat, mengkeme nak beli lembu ni yop. kome lambat beno mendaftarkan diri. gitulah gamaknya tiap-tiap minggu. tak pernah yang cukup. sepangku 350 jer, namun memandangkan ekonomi yang meleset pada waktu ini, makanya susahlah nak cari sesiapa yang nak berbangkukan lembu di akhirat nanti.

Di Mesir pasti hebat sambutannya, tak dinafikan lagi. Lembu2 ni tak main dah. Deme main unta pulak, tinggi sikit kata deme. pasti meriah, rumah perak saja paling kurang 3 ekor sekali tumbang, hebat2 rakyat Perak di Mesir ni. tambah-tambah zakat dah bank-in ni yer. itulah keberkatan mengaji agama ni, rezekinya mencurah-curah.Alhamdulillah.

Sebut pasal zakat, aku sedikit sedih, bukan nak meminta simpati, tapi saja nak bercerita, aku dah tak tau nak tulis apa ni. Ceritanya zakat aku di blok tahun ni, katanya tunggu tahun-tahun akan datang. Tumpo yop. Aku punyalah mengharap poket aku penuh tahun ni, rupanya hanya impian. Takpelah, tak ada rezeki. Sabo je la.

Ok, I must to go..Salam alaik.